tak suka buleh stop. maaf ya

29 August 2010

1ST DAY SBE AT SK SRI NETING , KELANTAN

huu ~ ari petama-tama dah sampai lewat , gara-gara tertido lepas sahur . ngek tul . subuh tah kemana , baju kurung tak iron lagi . wdhjfk tol lah . tu laa malam tadi dok "nantilah prepare , nantilah prepare " . HAMBIK KAU NANTI ! da lewat padan muke aku .

aku masuk dalam sekolah dengan penuh tawadduk *cis xleh blah . tengok-tengok diorg dah berhimpun cis malu aku . then ade guru pompuan gamit aku dok kt depan perhimpunan . maluu sioott .

habes perhimpunan aku salam cium tangan ngan chegu-chegu pompuan kat tapak perhimpunan tuh . sume tanye , cikgu ganti ke , ros ke . aku dengan sopan santunye cakap " tak , saya pbs je *sume blurr* pengalaman berasaskan sekolah 1 minggu . then sume "ooo" . huhuhu . buat sorang-sorang kene laa pandai bawak diri . after that aku greet puan guru besar , mitak maaf sebab lewat then naik pejabat kumpul maklumat sekolah . alhamdulillah aku dah ade pengalaman mase 1stSBE dlu . so takde laa kekok sangat . after that aku terus cao gi bilik pemulihan . aku lepak situ *dengan keadaan sangat boring dan ngantuk* dari pagi sampai laa balik sekolah . chegu pemulihan situ , kak da ajak aku gi bilik guru . tapi aku segannn . lagipun esaimen sem ni berfokuskan major aku iaitu pemulihan bahasa Melayu so aku leh laa wat alasan lepaks situ . *sumpah esok kene bawak laptop* .

esok aku kene setat buat keje dah . after this kene cari printer and print soalan . hope sempat buat laaaaaaa ~ esuk nak g sekolah naik kete boleh tak ??? urrmmm .

26 August 2010

SATU MUHASABAH ; Kenapa Yahudi Bijak

mase aku dok berfacebooking td , aku terbace ni . so aku egat aku nk share lam blog aku . tah dpt tah tidak . klo tak dapat , taip url jelah .

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?". Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran? Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin. Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, "ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak" Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu, dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka.. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah ...... tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar matematik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!! !. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) di sini murid-murid ditekan dengan pelajaran sains dan mereka digalakkan mencipta produk. Segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yang diberi keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Di akhir tahun di universiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan mempraktikkannya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

pameran seni di spanyol
dgn berani mmenzahirkan penghinaan
sbg bukti islam semakin lemah.
xkira dari pucuk pimpinan hingga ke orang bwahan

Berpusat di New York, Dewan Perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja). Jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell, Coca cola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah. Barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan matematik yg mudah tetapi konsisten di samping mendengar musik klasik (bagi umat Islam lebih baik diperdengarkan bacaan ayat suci Al-Quran - admin). Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berkhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk pertumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka. Demikian juga sukan yg memerlukan kosentrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak. Merokok menjanjikan generasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali! Di sini perokok seperti di anak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok, dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menakjubkan sekali!!! Dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel , maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan !!

Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi goblok? Saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, di mana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke muzium, hidung anda akan segera terbau asap rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti terdapat di sana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan matematik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita dapat melahirkan generasi yg bijak seperti Yahudi? Jawapannya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan di atas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esei sepanjang 5 mukasurat penuh. Eseinya hanyalah mengenai 'Mengapa saya gemarkan tomato! ' Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Penulis : Dr. Stephen Carr Leon

Di alih bahasa oleh :Adibah Mohd NoorMatriculation Lecturer, Department of SciencesUIA Matriculation Centre, Petaling Jaya, Selangor.

(Bukan menyokong Hitler, tetapi hanya untuk membuka minda kita - Admin)

http://syurgadidunia.blogspot.com/

25 August 2010

dia puteraku .

aku mahu , puteraku itu , di matanya ada wajahku , di hatinya ada namaku , di jiwanya ada cinta hanya untukku . . .

tiada menerima madu daripada rama-rama yang menawan , melainkan hanya aku , lebah hodoh serba kekurangan . . .

aku , umpama ratu , satu-satunya yang bertakhta di hantinya . . .

akulah yang tiada gantinya , jika satu hari aku pergi menjauh darinya . . .

tiada ku meminta emas permata yang mengaburi mata . . .

itu semua tidak bisa menindas kepercayaan , kejujuran dan kesetiaan yang telah ku hamparkan . . .

kerna dia , puteraku , begitulah ku rasa padanya . . .

dia arjunaku . . .

tiada ku mahu dia berpaling tadah dariku , melainkan pergilah menjauh dariku , hingga tiada lagi ku lihat kelibatnya . . .

suara , dengarkan aku , apa ku mahu . . .

24 August 2010

syukur , ku punya kamu .

aku mau berTERIMA KASIH kepada sahabat dunia akhirat , Nor Ain and Thiba sebab take care about aku . walau kadang-kadang kebenaran itu susah untuk ditelan , tapi hakikatnya kebenaran tetap kebenaran . aku hanya pasrah kerna aku tahu ALLAH itu ada untuk aku . aku tahu DIA telah ciptakan jalan yang terbaik untukku . apa yang aku perlu buat ialah berikan sesuatu yang terbaik untuku sendiri , yang mana tidak menyanggah peraturan-NYA . insyaALLAH , yang penting , family , careerku , dan juga diri ku sendiri . sang lelaki yang bernama kekasih , adalah pelengkap pemanis rasa kehidupan semata-mata . tabahkan diri dalam menghadapi kehidupan . kadang-kadang itu yang mendewasakan kita .

23 August 2010

tak paham !

aku sangat pelik laa ngan sorang pompuan ni . emosi tak tentu pasal . aku bukan tak kasi pakwe aku tolong ke pape . aku cuma bertanya . salah ke ? bukan nak cari gaduh ngn ko la ngek ! bodoh punye pompuan . hee . berbulu aku ngan pompuan macam ni . sikit-sikit nak emo . emo sebab laki plak tuh . aku tanye ngan perasaan kosong je . bukan nak cari gaduh . blah ar . menci aku pompuan macam ni . bukan kata nak jaga kaum sendiri . damn !

22 August 2010

kamera baru !

alhamdulillah , dengan nikmat dari ALLAH , dapat jugak aku beli kamera digital yang baru . rm399 je ! klo korang nak beli , baik g cepat . tadi aku beli , dapat free gift : payung *sgt besar doe! , bateri satu , beg waterproof , tripod stand , and memori 4GIGABYTE . ya 4 . so tunggu ape lagi ?

boleh pulak kan aku baik ngan sidia balik . haha semalam kemain gaduh . itulah kami . sidia lah yang temani aku ke Low Yat untuk beli kamera tersebut . hehe . rasanya tak rugi aku beli sebab 12megapixel and 3x zoom . oke lah tu . kalo nak beli yang terer-terer, nampaknya kene laa tunggu habes grad . hehe . oke papai !

18 August 2010

semalam~

alhamdulillah . seronok dapat berbuka bersama yang tersayang . terima kasih kepada en. MOHD FAIZUL sebab bawak saye pegi makan kat steak house . walaupun tekak kureng bab-bab makanan Barat ni, tapi alhamdulillah dapat gak dihabiskan jua . hehe . walaupun sebelom nak dapatkan steak house tu kene majok-majok dulu , namun berkat kesabaran Ramadhan *eh ade kaitan keee?* dapat jua laa makan kat situ . kesimpulannya , cakap pakai akal bukan perasaan .


bercakap pasal semalam , haa semalam merupakan majlis persaraan puan pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik Kuala Lumpur . betapa grand nye majlis beliau . yang paling best, 'kami' kasi dia loket berlian emas . pergh . kenangan yang sangat grannndd . wjfdkf . haha . mari layan gambar yang aku amek , kat bawah ni .



*sempat lagi si Haziq neh . haha*

13 August 2010

kucing itu seksi !

ari ni aku nak taip pasal kuceng . sebab aku ni cat-lover . tahukah anda bahawa kucing itu seksi ? hal ini kerana 'cat-walk' . biasanya 'cat-walk' diguna pakai oleh model-model ketika memperagakan pakaian atau fesyen terkini .




SEE SEE ? seksi an . hahaha . wjfdh btol lah . ni laa bile takde keje . merapu je bulan-bulan pose . ohye ! lupe laa nk wish ! SELAMAT BERPUASA saye ucapkan kepada my MOTHER , sanak saudara , pakwe = faizul ,mak-mak ayah-ayah sedara = mama lomg , abah nawi , mami , ayah mad , mok jah , ayah jik , mak ayah , ayah yo , mokcik najah , ayah din , cik dah , sepupu-sepupu = kinah , mimi , kak ain , abang lan , kak nija , bee , amir , amir , abe sya , kak ja , kak long aa , kak long ee , ejo , ejat , udin , sahabat-sahabat = ain , eryn , thiba , azril , pijah , hunny , ismi , yana , nurul , eming , bla bla bla . adoiii ~ banyak sangat neh ! to all lah senang . haha ~ papai !

p/s : jangan lupe niat . nah ni niat dia

09 August 2010

BIG yg seronok !

hari ni aku dan ahli kumpulan Pemulihan Bahasa Melayu telah menjalankan aktiviti BIG ( Bina Insan Guru ) di salah sebuah sekolah agama rendah d Klang . aku lupe plak name skolah tu . ampuan ape ntah . maafin yaa guru-guru di sana . sangat seronok sebab aku bersama lagi 3 orang sahabat telah mengendalikan senam taru yang terdiri daripada murid-murid tahun 5 . lepas tu kami buat mural . sangat chantek ! seronok buat ! mase tu lah ade murid pempuan kasi surat kat aku . nak tandatangan . pergh sekali macam artis daa . huhuh . malas nak cakap panjang-panjang , layan je gamba ~ zasssssss ~!!!!!!








08 August 2010

pulang dengan hati yang sangat kecewa !

mungkin bagi sesetengah orang , perkara tu sangattt kecik dan tak perlulah ambil hati sangat . namun adakah mereka berada dalam diri aku dan merasai nya ? pedih sangat . kenapa mesra sangat layanannya ? namun bukan pada aku . ye , aku memang sensitif . dari dulu telah ku beri amaran , aku bukan wanita yang kuat dari segi emosi . aku lemah . hatiku minta dibelai , di jaga , di manja . namun yang terima adakah hati yang pedih . kenapa ? susah sangat kah menjaga hati ku ? jika susah , pulangkan balik hati itu . tidak usahlah kau simpan jika hanya membasi kannya .

06 August 2010

ya ALLAH , selamatkan dia

hari ni aku mendapat khabar berita bahawa chenta hati ku suspek denggi . aduhai . risaunye aku . tapi masalah besar sekarang aku sibuk ! tension nye aku . aku nak g melawat si dia . aku sangat risau . sekarang dia ade dekat hospital tawakal , kL . petang ni aku ade tournement boling . aduh penting jugak sebab ni amek markah . balik pulak petang . kalau balik pukul 6 mungkin aku sempat jenguk dia sekejap . hari sabtu aku ade kelas . hari ahad pula aku ade pertandingan pantun . hari isnin ade BIG (bina insan guru) and aku kene reka senam tari yang sesuai . aduhai ! sibuknye . sekarang aku kena rancang betul-betul supaya masa berjalan seiring dengan duit dan kesibukkanku . minta-minta lah aku sempat menemuinya . risaunya aku .

04 August 2010

hari ini hari selasa ;)

kenapa ari ni ari selasa ? dah memang ari ni ari selasa laa .
tapi ape kene ngan ari selasa ? haa , ari ni kami telah menjalankan aktiviti mewarna di Prasekolah di IPG kami . memang sangat seronok sebab kami dapat ilmu camne nak kaler ngan cantik dan betul pakai CRAYON . hehe ni hasil nye . tapi hasil aku sorang jelah . sebab gamba lain ade ngn dak kelas aku .

sila , sila tengok .


haaa . cantik tak . chegu Prasekolah tu cakap warne zifarah , eh zirafah lagi susah . aku ni pulak suke an benda susa , so aku try buat sendiri lukisan ni dbimbing oleh beliau .

ni gamba 1st aku siap warne . camne , oke ke tak ? any commento ?


pastu oleh sebab aku punye gambar takleh warne warni , maka aku pun tambah laa sikit kaler kat bawah kaki zirafah tuh . hoho .


cantik kan ? ye saya suka !