tak suka buleh stop. maaf ya

30 November 2010

A L.U.M.P

entry ini ditulis bukan untuk mengaibkan diri aku sendiri . entry ini ditulis untuk mengingatkan diri sendiri bahkan juga sahabat-sahabat perempuan di luar sana .

di breast kanan aku terdapat satu lump atau ketulan . aku telah berjumoa doktor di Klinik Kesihatan namun doktor mengatakan bahawa lump itu tidak merbahaya . namun doktor mengesyorkan aku berjumpa doktor pakar pada 12.19 ini . betapa kecut aku mendengar dari mulut Mama ku . hal ini aku tersangatlah takut akan jarum dan pisau bedah .

bercakap pasal lump ini , sahabat aku di IPG juga mengalami nya . identiti dirahsiakan . beliau akan dioperate bulan hadapan . aku sudah mula gelisah . di sini aku selitkan sedikit info mengenai 'penyakit' yang aku alami .===>>>

Kelainan Payudara Yang Tidak Merbahaya (Benign Breast Conditions)

Anda mungkin pernah ataupun mempunyai simptom-simptom tersebut…

  • Adakah anda merasa ketulan, benjolan ataupun kawasan yang “keras” di payudara anda?
  • Adakah payudara anda berasa sakit ataupun terasa sakit bila disentuh (sensitif)?
  • Adakah kesakitan payudara (mastalgia) menjadi lebih kuat apabila anda kedatangan haid?
  • Adakah kesakitan itu berterusan dan tidak mengikuti kitaran haid?
  • Adakah anda perlu memakan ubat untuk menghilangkan rasa sakit payudara?
  • Adakah kelainan payudara anda menjejaskan perhubungan anda dengan suami anda?

Jika jawapan anda 'ya' bagi mana-mana soalan di atas, maka anda mungkin mengidap keadaan yang dikenali sebagai kelainan payudara yang tidak merbahaya (benign). Keadaan ini juga dikenali sebagai penyakit payudara fibrocystic, mammary dysplasia, penyakit payudara tidak merbahaya (benign) atau sistik mastitis kronic.

Payudara Anda

Payudara adalah kelenjar yang terdiri daripada banyak saluran (ducts) yang dikelilingi oleh lobus (lobes) tisu-tisu kelenjar dan tisu lemak. Peranan utamanya ialah membuat dan mengeluarkan susu. Payudara dipengaruhi oleh hormon seks wanita yang dikeluarkan oleh ovari. Hormon-hormon inilah yang menyebabkan payudara membesar dan berubah mengikut kitaran haid dan juga keadaan mengandung.

Oleh kerana jumlah hormon-hormon ini berubah semasa kitaran haid, ramai wanita akan merasa perubahan pada payudara mereka.


Berapa kerapkah kelainan payudara tidak merbahaya ini berlaku?
Doktor mendapati ramai pesakit mengalami keadaan payudara ini. Kebanyakan wanita mempunyai struktur tisu yang membolehkan keadaan ini berlaku. Oleh itu, ini merupakan penyakit yang paling kerap menimpa payudara!

Apakah kelainan payudara yang tidak merbahaya?
Kelainan ini adalah “penyakit” bukan kanser (barah) yang boleh terjadi pada sebelah atau kedua-dua belah payudara. Ia selalunya dikenali dengan adanya ketulan ataupun ketulan berisi cecair (cyst) ataupun sista.

Ia boleh terjadi di satu bahagian payudara atau melibatkan keseluruhan payudara. Ia boleh menimbul sebagai satu atau banyak ketulan berisi cecair. Ketulan ini mungkin terasa sakit atau hanya terasa sakit apabila disentuh. Ia juga mungkin hilang terus untuk seketika dan timbul semula kemudiannya.

Perubahan hormon akan menyebabkan kelainan payudara berubah-ubah, terutama perubahan yang berkaitan dengan kitaran haid. Kelainan ini boleh terjadi di semua peringkat umur selepas kehadiran haid tetapi ia lebih kerap di antara umur 30 tahun dan umur tamat datang haid (menopause).

Kelainan ini akan menjadi lebih teruk dengan meningkatnya umur, di mana pengeluaran hormon dari ovari telah mencapai tahap maksima untuk beberapa tahun. Ia akan berkurangan selepas putus haid dan kebanyakan kelainan payudara akan hilang dalam masa 1 atau 2 tahun kecuali jika wanita tersebut mendapat rawatan estrogen tambahan. Sesetengah wanita akan mengidap ketulan berisi cecair sehingga tua, walau apapun rawatan diberikan.

Apa yang menyebabkan kelainan ini?
Mengapa penyakit ini terjadi masih belum diketahui, tetapi keadaan ini dipercayai disebabkan oleh ketidakseimbangnya hormon seks wanita. Ia tidak akan terjadi sebelum umur mula datang haid dan akan berkurangan selepas umur tamat haid (menopause).

Bagaimana saya tahu bahawa saya mengidapinya?
Kelainan ini selalunya dikenali semasa wanita berjumpa doktor untuk pemeriksaan atau semasa cuba mendapat rawatan kerana kesakitan atau terasa sakit apabila disentuh atau ketulan pada payudara yang dirasai semasa melakukan pemeriksaan payudara sendiri.

Dalam keadaan ini doktor anda akan melakukan beberapa ujian atau merujuk anda ke doktor pakar. Ujian-ujian ini termasuk ujian radiologi seperti mamogram atau X Ray payudara dan ultrasound. Satu lagi ujian ialah menyedut keluar cecair dari ketulan tersebut untuk pemeriksaan makmal dengan mengunakan jarum. Doktor pakar mungkin akan melakukan satu pembedahan kecil yang dipanggil biopsi di mana tisu dari ketulan akan diambil untuk diperiksa. Kalaulah ketulan anda sangat besar ataupun menunjukkan ciri-ciri yang meragukan, doktor pakar mungkin melakukan pembedahan untuk mengeluarkan ketulan tersebut.

Sekiranya keputusan ujian tidak menunjukkan kanser, doktor anda akan memberitahu anda berita baik ini dan memberi nasihat seterusnya. Anda harus bertenang semasa menunggu keputusan pemeriksaan ini. Ia merupakan perkara yang biasa, kalaulah anda dinasihati untuk menjumpai doktor anda tiap tahun atau beberapa bulan sekali. Ini bergantung kepada keputusan patologi yang diterima dan simptom yang anda mengalami walaupun diagnosanya bukanlah barah/kanser.

Apakah rawatannya?
Sekiranya kesakitan tidak keterlaluan, atau hanya datang untuk beberapa hari dalam sebulan, kebanyakan doktor akan mencadangkan cara mudah untuk merawatnya. Gunakanlah coli yang baik dan memakai pakaian yang tidak ketat.

Anda juga mungkin akan dinasihatkan agar mengurangkan pengambilan kopi, teh dan 'cola' di mana kandungan kaffein boleh memburukkan keadaan. Kawal juga kandungan gula dalam makanan anda. Jika kesakitan payudara (mastalgia) berterusan, anda mungkin akan diberi ubat mengurangkan cecair di badan (Diuretic) atau ubat penahan sakit.

“Rawatan” tersebut di atas hanya dapat mengurangkan rasa sakit untuk sementara waktu.

Apabila kesakitan payudara menjadi lebih kuat sehingga menyekat aktiviti fisikal anda (berlari, menari atau senaman lain), rawatan yang lebih khusus mungkin diperlukan. Rawatan ini termasuklah memakan ubat yang telah biasa digunakan untuk memberi kesan jangka panjang menghilangkan rasa sakit pada keadaan kelainan ini. Ubat ini akan mengurangkan pengeluaran hormon di mana ia akan memberi peluang payudara anda berehat.

Rumusan
Kelainan payudara yang tidak merbahaya adalah merupakan keadaan bukan kanser payudara yang paling kerap. Ia menyebabkan payudara berasa sakit atau terasa sakit bila disentuh. Kelainannya boleh berubah-ubah dari bulan ke bulan kerana keadaannya dipengaruhi oleh perubahan kadar hormon wanita.

Ia biasanya dikesan semasa payudara diperiksa sendiri dan kemudian dipastikan dengan ujian perubatan. Kita bernasib baik kerana keadaan atau simptom ini boleh dihilangkan ataupun dikurangi dengan rawatan doktor. Kesakitan boleh hilang ataupun dilegakan.

Kalau ketulan cecair yang terdapat di payudara anda tidak mempunyai simptom dan anda tidak terasa apa-apa kesakitan, kemungkinan besar, ini tidak memerlukan apa-apa rawatan tetapi anda akan dinasihati untuk membuat pemeriksaan semula pada waktu yang ditetapkan oleh doktor anda.

Jadi jika anda ragu-ragu samaada anda mengidapi keadaan ini, sila berjumpa doktor anda. Bertanyalah tentang rawatan dan ubat yang boleh membantu. Walaubagaimanapun, bertenang. Anda akan rasa lebih selesa apabila mengetahui bahawa ini adalah keadaan yang tidak merbahayakan. Anda tidak keseorangan kerana agak ramai wanita juga mempunyai kelainan payudara yang tidak merbahaya ini!


taken from : http://www.radiologymalaysia.org/breasthealth/bm/PenyakitPayudara/kelainan.htm

p/s : kepada sahabat perempuan yang ku sayang . sila lah buat self-examination . terima kasih .

27 November 2010

besties at SMK Tumpat . luv ya ! :)

bismillahirrahmanirrahim ~ assalamualaikum . hoho di petang yang dingin >sebab gelombang banjir kedua< aku rase bersemangat nak buat entry khas pasal sahabat-sahabat rakan seperjuangan yang sesama berjuang tuk SPM .

dalam sibuk menimba ilmu , sahabat-sahabat inilah yang membuat hidup bertambah ceria . akan ku cerita kan satu persatu . diorang ni happy go lucky . ada jugak sahabat yang same2 ponteng , same2 makan meesup . (korg ingat lagi tak ! ) same2 rempit ke tempat tuisyen kat Kota Baharu , bermalam di rumah aku . hehe .

sebelum aku berada di sini , aku telah bersekolah di SMK Zainab 1 di Kota Baharu . lantaran result PMR aku hanya 3A , aku memutuskan untuk keluar dari sekolah ini dan bersekolah di kampung . tak payah nak dok asrama lagi .


1) NURUL FARHANI (hunny, honey, hani)



aku selalu panggil dia honey . kami same-same budak baru kat SMKT . dia dulu dari SMK Ahmad Maher . member yang agak gila2 . bab2 mengarut bagi kat dia . wekk :P sekarang ade kat Uitm Machang , tempat aku dulu . tapi sebelum tu dia masuk matrik . so tak sempat mau ketemu .

2) NURAIN (ain)



ni pon sama kes ngan aku . budak baru . dia dari sekolah MPKB . apeh ? korang taktahu ape MPKB ? MPKB tu sekolah Maahad Muhammadi Perempuan Kota Baharu . dia ni cool je . and budak paling pandai dalam kelas aku . tapi dia jenis rilex . dia kawan je ngan sume orang . tak macam sesetengah orang kalo dah pandai memilih kawan . love yu lah ! sekarang ade kat UPSI . hoho . gud2 . nanti leh ganti cikgu2 kat SMKT yep .

3) SITI NORDIYANA (yana, mc'na)



ini budak same jugak laa ngan kes aku . sekolah dia dulu hampir sama dengan sekolah si Ain tapi lain sikit . dia dari MP3 , iaitu Maahad Muhammadi Perempuan Pasir Pekan . sekarang berada di Kolej Kejururawatan kat Terengganu . dah nak habes kot . japg jadi le Nurse Yana . pergh . kekekek .

4) TUAN NURUL HIDAYAH (nurul, nuyu, yu)




hahahah . ramai yang sama kes macam aku neh . Nurul ni pon sama . dulu sekolah kat SMK Geting . dekat je ngan SMKT . dia macam Yana , sekarang ade kat Kolej Kejururawatan kat Kedah tak silap . pon nak habes gak . aku tuggu depa2 ni belanje aku je . gagaga .

5) NOR HAFIZAH (pijah)




ni lah otai . taiko . haha sume kasi kat dia lah . dia penduduk tetap kat SMKT tuh . memang asal kat situ . dia ni jenis rileks . perangai gile2 dan happy go lucky . kekeke . sekarang ade kat Uitm Machang . dulu sebelom aku ke IPG , aku dok ngn dia kat Uitm lah . kos sama . kolej kediaman sama . sama-sama orientasi . dem aku benci orientasi kat sana . hahah . rasanya ni dah last sem diorang kot . aku pon tak tahu sangat .

6) SITI KHUZAIFAH (jpah)


sama cam Pijah tu . penduduk asal kat SMKT . sekarang pon ade kat Uitm Machang tapi lain kos . kami sama2 masuk lah ngn Pijah . seronok kalo jenjalan kat pantai ngan dia neh . gile2 jugak . aku suke kalo buat keje jahat ngan dia . haha !

7) NOR ATIYAH (tiyah)



tiyahhhh ! Mak aku paling ingat dia ni . yang lain Mak aku ingat jugak tapi yang ni paling ingat sebab dia pandai masak . nasik goreng yang dia masak tu Mak aku cakap sedap . aritu dia masak ngan sapa eh ? ngan Jpah ye . kui2 . sekarang ni tak silap aku dia ade kat Uitm Terengganu . part mana aku dah lupe . sowii ~ kekeke

8) JULEANA (mc'jue)



pergh ni sahabat aku yang paling vogue . sekarang study kat sebuah Kolej kat Pahang . aku tak ingat/taktau nama Kolej dia . haha korang jangan tengok pada paras rupa . dia ni baik sangat walaupon perangai gila2 . aku suka cakap merapu ngan dia . haha mcjue2 .

9) HABIBAH HANIM (bibah)


bibah ... aku kenal dia sebab dulu mase aku form4 aku masuk asrama kejap . sebab Mak aku outstation . kami satu dorm dan dia budak kelas sebelah aku . kami same je aliran . dia penduduk asal SMKT . seronok kawan ngan dia ni . gila-gila . haha . sekarang ada kat UIA . amek ape aku taktahu lah . kekeke .

10) NOR RUZIANA ISMI (ismiey)


hehe ismiey . same lah macam Bibah . kenal sebab kami satu dorm mase kat asrama dulu . sekelas ngan Bibah . suka kawan . dia happy . sekarang Uitm kat mana aku dah lupa laa . hehe .


p/s : sampai sekarang aku masih kawan ngan diorg2 ni . walaupon masing2 dah jauh , dah sambung study tempat berlainan , dah ade bff baru , tapi kawan lama tak lupa . diorang leh terima aku . terima kasih sahabat ! susah nak cari sahabat macam korang !

26 November 2010

hati sudah kaku umpama dibius

masalah itu umpama tiada hentinya . itulah ujian yang harus kita tempuhi . masalah ada pelbagai jenis . masalah aku ? khabar angin dari sahabat mengatakan bahawa sidia ada skandal . wahh . boleh bikin panas an neh ? tapi aku malas nak pikir pape . kalo btol dia buat , biarlah dia buat . aku malas nak melayan . ALLAH itu maha Adil . bia lah dia buat jahat asalkan aku tidak . biarlah mungkin dia yang tidak setia asalkan bukan aku . haish ! malas tol ngan masalah neh .

22 November 2010

Neuro Shewazni

ohoh . ari ni aku dengan penuh kerajinan mengGooglekan keyword 'neuro shewazni' . and for the result , banyak gile kua dowh . aku pon tak tahu ape laa yang femes tuh . haha ade laa dalam 7 carian . tapi kalo ade yang pakai nama aku untuk benda-benda yang tidak senonoh , tu bukan AKU . haha .

14 November 2010

alhamdulillah . angka 1 dh tukar 2

bismillahirrahmanirrahim . alhamdulillah . aku dah dipanjangkan umo pada hari ini ,
yakni 14 November 2010 . umo dah bertukar dari 19 ke 20 . udah tuaa ..
hehehe .

mau ucap terima kasih kepada my Chenta Hati , Muhammad Faizul sebab temankan kite beli kek walaupun terpaksa berkejar dengan kerja .


agak sedih sebab dia tak dapat sama-sama sambut dek hambatan kerjaya . takpa ~ tak kesah . untuk masa depan kami jugak . AHAKS !


inilah kek yang dibeli . sedap ! from King Confectionery .

ni plak hadiah from my bff , AM . thanx a lot . huhuh .


keadaan 'party' dalam bilik bff , Ain . haha . jemput seluruh budak kelas . tapi pompuan sahaja . sebab tak cukup kek . maafin ya Azwan , Anwar , Ayub , Ammar , and Fikri .

09 November 2010

2 new experinces !!

bismillahirrahmanirrahim ~

jutaan + ribuan + ratusan terima kasih aku ucapkan kepada chenta hati, Muhammad Faizul sebab bawak diri ini yang ku panggil 'diri jakun' ke Bukit Ampang dan Kolam Air Panas Selayang

gamba Bukit Ampang ni taken from=>http://shw.nerd104.fotopages.com/18058022/pandangan-dari-bukit-ampang-1.html.sebab g haritu lupa nak amek gmba . tapi ginilah suasana dia .


ni plak gambar Kolam Air Panas Selayang . pon tak amek gamba . jadi gamba ini sebagai gantian dan gambaran tempat tersebut . taken from => http://zulnizam.blogspot.com/2009/05/20-may-2009-kolam-air-panas-selayang.html


semua ini tidak dirancang sama sekali . tetiba aje badan dah terpacak kat puncak bukit . tengok keindahan Kuala Lumpur waktu malam . subhanALLAH ~ chantek sangat . walaupon sejuk , dah name bukit pastu baru je lepas hujan , tapi kami lepaks jap kat situ dalam 30 minit camtu . bertolak lepas solat Maghrib , sampai pukul lapan sepuluh minit . lepas tu masuk wakti Isyak . ya ALLAH tenang dengan azan dari atas bukit . ramai jugak yang lepak kat atas siap ade orang jual stimboat tak silap .

next destination , Semenyih dan Zoo Negara . WHAT ? ZOO NEGARA . halaah . apsal tak leh ke dating kat Zoo . sebagai pencinta haiwan . rase nye tak jadi hal yang besar . alahh , sikit-sikit nak dating tempat branded, mewah . pakai lawa-lawa mekap tebal-tebal . sesekali be yourself . tudung , tshirt , jeans and selipar . dah cukup . mekap , bedak tabur and lipbalm . hoooo ~

Zoo Negara :




Semenyih :


kedua-dua gamba ni aku printscreen kan dari satu movie . ape tak tahu ape yang best pasal Semenyih ? penah tengok ceta Lagenda Budak Setan ? haa tempat si Ayu ngan si Kasyah tuuu . dan tempat 'Ayu Baru' luah perasaan kat bff dia , Sue .

01 November 2010

bola dan exam

wah3 ~ tak sia-sia aku pegi tengok bola dekat Stadium Bukit Jalil , Liga Piala Malaysia -Kelantan vs Negeri Sembilan- . walaupun bakal menghadapi final exam ari selasa , tapi semangat Kelantan punye pasal aku pegi jugak . tu pun sebab makcik aku , Suti , ajak aku pegi . dia yang sponsor . *thanx a lot Sutie!* . that's was my first time aku pegi stadium . lepas tu aku beli selendang ngan pakai kat kepala macam ninja tuhh .


wahh ~ aku sangat teruja . 4/5 jumlah kerusi stadium dikonker oleh penyokong dari Kelantan . semangat ouhh ~


amek kau . yang depan aku tu just penyokong Negeri Sembilan .

tapi , satu je yang buat aku terkilan dengan penyokong Kelantan . bila emosi baling botol dan mercun . bukan aku tak suka , tapi aku takut . nasib baik aku dok kat ats sekali . kesian orang kat bawah sana kena botol . kalau nak sumpah seranah , aku tak kesah sebab perkataan tak mencederakan tubuh badan orang lain . dosa tau . aniaya orang . aku pon ade gak maki hamun . biasa la . tapi kalu baling botol , harap jangan lah buat . kesian ouh . yang mercun tuh , fuhh kalu terbakar orang bawah camano ?

tu je lah yang aku terkilan . bab2 lain , ni halll ~ aku tabik spring sebab semangat kita orang Kelantan menebal . barulah betul perpaduan hidup . dan MENANG !! wauuu suke gileee ! sakit tekak aku bersorak . dan bersyukur ke hadrat ILLAHI atas kemenangan pasukan Kelantan .



yang paling best tu pertama kali aku masuk stadium , masuk stadium tengok bola , masuk stadium tengok bola dengan yang tercinta , masuk stadium tengok bola orang sponser . amek kau perkaitan dia . huhu sangat2 terima kasih dekat Sutie .

okeh dah habes cerita pasal bola , now cerita pasal exam pulak . aku punye tarikh keramat - 2, 10, 11, 15 ari bulan November . aduhh . aku dah study cukup-cukup , esok-esok serah pada takdir ALLAH je . moga-moga dengan izin-Nya aku dapat jawab semua soalan dengan jayanya ~ aminn .

dah cukup . sambung study lak ....