tak suka buleh stop. maaf ya

31 December 2010

end of 2010

bismillah .

di saat aku tulis post ni , ade dlm lebih kurang sejam setengah lagi sebelom masuknya tahun baru . tapi sekarang ni aku ade kat UIA Gombak . menumpang kasih eh tak menumpang tidur di sini untuk 2 malam . sedih kann . kenapa ? haa sebab aku balik awal dari Kelantan . padahal maktab bukak 2hb . adess .

punca nya aku saje gedik . eh taklah aku ade sebab yang hanya kawan aku Q je yang tahu . haha bodoh betul aku rasa . tapi walaupun aku ada awal kat sini , aku dapat pelbagai pengalaman baru .

aku dapat rasa macam mana rasa hidup di kampus universiti . yelah sebelum ni aku penah masuk UITM Machang tapi lepas tau dapat tawaran maktab kat kL ni bonda terchenta pujuk aku masuk sini . ohok . alaah lagipun aku masuk UITM Machang tu seminggu je , mase minggu orientasi .

sebenarnya hajat di hati nak kua tangok bunga api tahun baru dengan chenta hati .namun last2 minit beliau kata Nenda beliau sakit di kampung di Penang . lagipun rancang lagi nak pergi majlis kahwin sahabat beliau , nampaknya tak jadilah nak pergi .

well , tak apa . aku tak ada rasa kecewa . yelah kita rancang ALLAH tentukann . so sebagai nak ubati kecewa aku sebelum parah so aku happy2kan diri kat UIA ni . tadi kua makan dengan sahabat lama , Q ku panggil dia .

tahun baru . apa azam korang ? azam aku tahun baru ni adalah untuk memperbaiki kelemahan diri aku . aku nak jadi yang lebih terbaik dan membaiki segala kesilapan pada tahun lepas . aku nakjadi better than before lah senang cerita .

well , pape pon aku ucapkan selamat menyambut Tahun Baru 2011 . semoga korang pegang azam korang yee .

sekiann .

29 December 2010

ALHAMDULILLAH MALAYSIA MENANG !

TIADA YANG LEBIH NAK DI NYATAKAN DI SINI !!

MALAYSIA ADALAH JUARA !!!

BUAT INDON : JANGANLAH DOK CARUT MALAYSIA NI ANJINGLAH , PANTAT LAH , BABI LAH . SEDARLAH ANDA .

NOTA : ALHAMDULILLAH ~

bola ! bola ! bola !

ALHAMDULILLAH !!!!! KETIKA AKU NAK BUAT ENTRY BARU NI MALAYSIA DAH GOAL!

GOAAALLLLLLLLLLLL !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

benci kL

ermph ! esok malam aku dah balik kL . ye Kuala Lumpur bukan Kedai Lalat mahupun Kedai Linda . huh . apa nak jadi ngan aku ! tu laa . sape suruh beli tiket awal2 ? ceh aku takkan bagitau nape aku beli tiket melainkan orang tanya aku dan orang yang tanya aku tu aku jawab tuk orang yang aku kenal sahaa nyaw !

huh nyesal memang nyesal . rasa takmau balik kL . tapi kL tu tempat aku study

*kalau ye pon apsal kau balik awal arghh !*

aku naik ketapi malam esok yakni 30hb dan memang yakin halal suci bersih aku sampai pagi besoknye . pastu maiboifi datang amek .

adess banyak rasanya barang yang perlu dibawa balik . barang orang kirim . maiboifi kirim keropok ye sume total rm50 . haha tapi tak beli lagi . esok2 lah baru beli malas lah nak pikir .

sesetengah orang happy balik kL . sesetengah okay ! sebab dapat jumpa pakwe . aku pon balak jumpa pakwe gak tapi tah macam takde eksaited plak . menyampah adalah !

huh tah pape aku merapu .

malam ni bola ! yes indongek lawan yess MALAYSIA KU TANAH AIR KUU ~ cakap pasal indon , adoi aritu aku ade bahas ngan diorang macam haremm ! malas aku nak ulas . baru aku paham indon tu macam mana .

pape pon , bismillah aku doakan moga team mALAYSIA TANAH AIR KU menang . insyaALLAH . aminn .

sekian .

sakit belakang !

bismillah ~

dah berapa hari tak hapdet . dah tak de pape yang menarik berlaku ye semenjak tiga menjak ni . keje aku makan tido solat makan tido solat dan juga on9 duaploh lima jam . tipu jee .

dann . oleh sebab itu aku bangun tengah hari ye bukan pagi ini maka belakang ku teramat la sakitt ! ouch ni dah tesalah belikat atau tesalah urat tidak lah ku tahu .

ah malas nak hapdet . tapi dok berblogwalking ni jadi banyak idea nak tulis tapi nak tulis hapaa ????

malas !

27 December 2010

bola AFF 2010

bismillah .

sebenarnya aku bukannya minat sangat ngan bola . serius . kalu korang tanya pasal bola luar negara , ape aa MU lah , Chelsea lah . sumpah aku tak tahu ! tapi kalu bola kebangsaan , aku memang suka tengok .

oke lah beberapa jam yang lepas ada perlawanan bola piala AFF Suzuki . aku tak tengok sebab rasa berdebar la plak tengok pemain Indonesia ada pemain import . oke fine sampai lah keputusan pun aku tanya kat Chenta Hati .

lepas tu aku on9 . amboi2 kecoh plak indon ni pasal Malaysia punye penyokong pakai laser kena mata penjaga gol . aku tengok tadi ulasan bola tah pape je penjaga gol . main lembik ! pastu nak salahkan orang .

tak habes caci pasal laser , amboi caci maki kat Malaysia pasal budaya pulakk ! no point la indon neh . siap kata kita ni budak Inggeris lah .

aku senang je . hujahan aku kat diorang macam ni je . aku tak taulah diorang leh balas balik ke tak . cett . aku tengok dekat official fb AFF Suzuki Cup 2010 :

menang bising kalah pon bising . dhla pkai pemain import . benda laser2 ade bukti ke Malaysia bt tah2 korang yg mnyelit pastu salahkn Malaysia . sape tak kenal korang ? kalu benci Malaysia takpayah kerja kat sini ! hee bt semak je . mencaru...t-carut nombor 1 . pastu kata kat Malaysia suh sopan . suruh laa warga ko dulu adab sopan . huhh .

ape Inggeris2 ? yang korang Belanda tu ape ceta ? malu btol . indon mudah lupa . ke tak belajar sejarah kat sekolah ? opsss ke tak sekolah ?? opss sory ! hahaha .

batik , alat muzik bukan MALAYSIA je pakai la bodoh ! Thailand pon ada . apsal ko tak cakap kat Thai ? takut negara Thai anta garuda kat korang ke ???


p/s : tah pape la diorang ni . hmm

26 December 2010

twin !

bismillah ~

haish pepagi macam ni memang banyak idea bebenor dan diluah-taipkan dalam blog . part yang paling best bile dalam tandas gosok gigi cucu eh cuci muka dan amek wuduk . haish x kusyuk aku amek wuduk !

cakap pasal pagi , biasa kalu mengantuk sangat lepas Subuh apa lagi panjat katil balik arr . haha . tapi tengok keadaan jugak . kalu takde keje tak panjat jugak . panjat benda lain . kereta .

dah dah . tah pape haku merepek ni .

oke , jom kupas pasal topik di atas .

sebelum ni aku memang teringin sangat nak ber-anakkan anak kembar . aku tengok macam comel je kembar2 ni . muka sama , nama nak sama . baju kasut bagai sume pasti si kembar nak sama dengan pasangan masing2 . pastu jimat masa beranak je dah ada dua orang anak . hehh ! gatal tol . pastu kan suami isteri masing2 dukung anak sorang satu . amboii nampak suwiitt gitew . tapi aku ade gak terpikir , "aku nak anak kembar , tapi ade ke keturunan aku ni kembar ? belah mak aku takde rase nye "

agak lama lah aku menyimpan 'keinginan' ini . and aku keep thinking adakah aku beroleh anak kembar ? berapa chances dia sume . aku baca dalam lama web sesawang cehh bersawang jee bahawa kalu ade keturunan kembar , insyaALLAH dapat lah anak kembar :) .

so , petang semalam balik kampung kejap ziarah Nenek . kebetulan Makcik sakit nak bersalin , tapi ade kat sepital lah . semalam sebelum balik Pakcik khabarkan kena belah plak . insyaALLAH sume berjalan dengan lancar . pastu bile dah balik kampung tu pepaham lah bila si anak jumpa ngan Ibu nya . amboi banyak ceritaaa ~ sampaikan cerita 7 taun lepas pon boleh dibincangkan . haha .

talking punya talking , aku hanya menjadi pendengar yang setia je . baru aku terperasan , aku terdengar bahawa arwah Abah aku mempunyai kembar , tetapi kembar perempuan . ya salam ! aku bukan lupa yang arwah Abah ada kembar , tapi tak perasan bahawa keluarlah satu kenyataan iaitu "aku ade keturunan kembar iaitu Abah ku sendiri" . haha punya laa selame ni tak terlintas di fikiran .

mungkin aku ni anak tunggal . tapi insyaALLAH . kalu berusaha mesti dapatkan . rasanya kalu Mak aku boleh beranak lagi lepas lahirkan aku , mungkin aku dapat adik kembar ? hehehe .

p/s : korang ada tak keturunan kembar ? mesti comel :)

24 December 2010

malam jiwang ke ?

bismillah ~

jiwang ke malam ni ? rasa nya romantik bila kadang2 ber'aku' ber'kau' ngan boifren ? sila kelik sini . haha . mitak maaf laa kepada sesape yang menyangka kami gaduh malam ni . takk . kami tak gaduh ! sumpah aku makan nasik bubur yang mak aku buatkan tadi ! sesaje je komen2 macam tu .

kadang2 , be different ni ok jugak . at least we try something new . hanya antara kau dan dia je tahu . bestkan ? malam ni masing2 mood oke . kami bergurau senda . haha . tapi hidup ni ibarat roda . sekejap kau atas sekejap kau bawah .

hape tah aku merepek . takpe kalo ko dah kelik kat atas tuh , kau tahu lah

p/s : kalo balak tak sporting jangan buat ! kang bertalak tujuh baru kau tahu .

sekiann .

22 December 2010

kronologi di Jabatan Pembedahan

bismillah .

sepert yang telah di 'date' kan oleh doktor , maka ari ni aku perlu buat biopsy . kan ari ahad itu aku xjadi buat sebab lemah semangat . so ari ni nak ceta la sket pasal ape yang dah jadi ari ini .

6.17 pagi - bangun pagi2 , hangatkan air , mandi dll , siap2 mekap2 .

7.00 pagi - bertolak dari rumah .

7.30-8.00 pagi - jammed atas Jambatan Sultan Yahya Petra

8.06 pagi - sampai di hospital . terus pegi ke JP (Jabatan Pembedahan) tapi tak bukak lagi sebab date pukul 9.30 pagi .

8.10-9.10 pagi - pegi brekfast kat kafe hospital dan relaks2 tenangkan diri .

9.15 pagi - masuk balik ke JP . urus borang dll tunggu giliran . dapat giliran ke 3 . tengok 2 orang doktor perempuan yang ade dalam bilik rawatan . tarik nafas lega .

10.00 10.15 pagi - lepas orang kedua selesai rawatan , nama dipanggil masuk . baiklah , masuk . duduk di atas katil dengan perasaan berdebar . oh tidak rupanya ade lagi sorang doktor dan ternyata beliau adalah seorang lelaki . terpaksa berspeaking dengan beliau sebab difahamkan bahawa beliau adalah seorang warganegara Iraq (perang Mak aku tambah akekeke) . muka pucat lesi sambil badan menggeletar sepanjang duduk atas katil .

aku diberi penerangan bahawa suntikan akan diberi maximun tiga (3) kali . tetapi sekiranya kali pertama berjaya ambil sample , oke dah habes jika tidak , terpaksa buat sampai 3 kali . jika tak dapat , maka tiada suntikan akan diberikan lagi . aku minta nak tengok jarum . jarum yang dipakai jarum biasa sahaja . walaubagaimana pun , aku tetap gerun . dua orang doktor perempuan member cadangan supaya aku buat rawatan selepas ini sahaja memandangkan aku terlalu gemuruh (kalu patient pengsan susah woo!) dan supaya mereka tidak membazir masa layan aku sorang saja !

10.15 -11.00 pagi - memberi laluan kepada pesakit lain terlebih dahulu . sementara aku bersembang dengan seoran Ibu membawa anak perempuan berusia 13 tahun , sama sakit , sama kes dan sama rawatan seperti aku . tak tahan lalu pergi tandas sebentar .

11.00 pagi - seusai balik dari tandas , adik perempuan tadi sudah masuk dalam bilik rawatan . wahh aku sudah mula rasa tercabar ! walaupun perasaan gerun masih ada .

11.05 pagi - adik itu keluar . aku cuba melangkah dengan berani . YEAH ! kena berani . tapi gerun jugak . meraung2 (membebel dalam nada suara yang kuat) aku dalam tu . tapi bukan nangis ea . haha . mulut tak brenti sebut aduhh , aduhh . tensen ! tensen ! memang mulut aku agak bising . terus buat rawatan .

aku pegang tangan Mak aku erat2 . doktor sentuh kulit . okehh aku dah sedia ngan jarum !! eh , tak sakit ? rupanya doktor itu hanya ukur tempat untuk dicucuk . aduhai tak kena lagi rupanya ! kemudian doktor Iraq tu datang lagi . terus ku palingkan muka . okeh SEDIA DAHH !! aku pejam mata sambil mulut bising "erghh . erghhh " . jarum mula masuk kulit . adess pedih macam kene gget semot . alahh , xde pape pon . macam kita kene injek BCG dulu jer .


sebenarnya aku gerun mase jarum mula3 nak masuk kulit je . okeh lepas tu aku rase macam doktor tu dok pulas2 jarum dalam kulit aku . pedih ? sikit je . lagipon aku dah oke dah . cuma masa nak masuk jarum j aku takut . lepas dia 'godek2' jarum dalam isi terus dia kuarkan jarum dan kasi kapas .

okehh fuhh . aku mahu turun dari katil tapi doktor Iraq kata "waitt!!" . halamakk . takkan nak kena lagi sekali kottt ?
aku tunggu apa yang nak dibuat . aku tengok doktor tu letak jarum baru . ha sudahh ! kena buat sekali lagi ke ?? mulut aku mula bising sekali lagi "alamak kena amek lagi ke ?? alahh janganlah . harap2 laa yang ni dah cukup . mitak MITAKLAHHH TAKK ! " .

doktor suruh aku baring lagi sekali . ha sudahh ! aku dah redha kalu dia nak buat sekali lagi suntikan . aku dah SEDIAA ! tapi bila aku dah sedia ehh?? dia mai letak plaster je dekat tempat cucuk ?? ceit nak mainkan aku apa ?? aku tengok doktor tu bengis je letak plaster tuh . cehh rilex arr ko egat aku ni berani ke bab jarum2 ni haa ?? dah siap kemas baju ucap " thank you very much doctor " dua kali plak tu takut2 dia tak dengarrr . cepat2 kua dari bilik rawatan .

11.30 pagi/tengah hari - amek kad dekat kaunter . difahamkan bahawa result akan keluar 3 minggu akan datang . aduhh . ya ALLAH moga2 tu bukan kanser . aminn .

12.00 tengah hari - kuar dari sepital dengan rasa bahagia yang teramat sangat . hehe !

12.30 - 3.00 petang - makan/ lunch dan shoping barang sket ngan Mak . gaji dia semalam . hehh ! beli barang keperluan laa . bukan benda remeh temeh .

sekarang - rasa amat bahagia . ya ALLAH , syukur pada-MU . alhamdulillahh . takde lagi dahh bayangan jarum bodoh muka ngeri sebesar injek perinter .

PESANAN IKHLAS : SAHABAT2 WANITA , SILA BUAT SELF-EXAMINATION KEPADA BREAST ANDA . ANDA MUNGKIN AKAN TERKENA . SEDANGKAN BUDAK UMUR 13 TAHUN PUN SUDAH ADA . SAYA SAYANG KALIAN . tapi kalu buat biopsy jangan jadi macam saye ye !




catatan : ari ni taip pakai tangan kiri , lambat , sebab kelima-lima jari kanan sudah berinai :)

21 December 2010

esok rabu jumpa doktor

bismillah .

esok hari rabu . esok kene jumpa doktor lagi . esok aku kene ngadap tempat yang 'berpusaka' eh bukan 'berpuaka' bagi aku tu . esok esok esok !!! arghhhh ! tensen laa . aku takmau buat biopsy leh tak ? macam2 dalam palotak aku sekarang ni .

" doktor , saya tak nak buat biopsy . saya nak terus buat operate . kalu saya buat pon nanti akan kene operate jugakkan ? "

korang rasa apa jawapan doktor tu ?

1) erm . boleh . datang lagi bile awak dah cuti blaja nanti

2) tak boleh . kami perlu tahu ianya apa sebelum kene bedah

3) tak boleh . kami tak boleh bedah sesuka hati sebelum kami tahu perkara apakah lump itu yang sebenarnya .

4) tak boleh tak boleh tak boleh ! argghhh ! eh ni ayat aku . sorry

tadi Mak aku cerita kat aku lee , dia kate ade student , aku taktau student hape (mesti cerita aku dah heboh kat klinik Mak aku ceit) kes macam aku . dia buat cucuk dan doktor kata takde pape bagi ubat je . UBAT ???? bahan kimian yang banyak ! aku paling tak suka ubat melainkan terrrlaku terpaksa .

adoi . adoi . apakah sekarang ini . gementar rasa nya . my mind keep telling me that the kacak+hensem+sweet look doctor nak gak aku buat biopsy-yang-paling-aku-benci tu .

adoi . adoi . nak lari pon takleh . terpaksa hadapi . kata2 semangat dari kawan2 kejap je mai . masuk bilik doktor sume lari . ceih ! tu doktor bukan singa !

adoi . adoi . semnagat ilang . makan tak lalu . tidor tak lena . bila tak lena mula lah mengantuk .

ADOI . ADOI ! TAKUTNYE AKU ESOK !

sekian .

20 December 2010

dia yang cabar !

ye . entry ni dbuat khas bukanlah sesaje nak mengutuk , mencaci , merendahkan martabat (eh ko jual murtabak kee?) mahupun nak melemahkan semangat beliau , namun beliau sendiri yang mencabar aku membuat entry seperti ini .


tengah tahan senak ke bang ?????


kenapa ko buat ?


aku buat benda ni sebab orang di atas , ye ye btol tu yang dalam gambar tu yang cabar aku . kalau berani buat satu entry pasal dia . dan YEAH ! aku sekarang telah membuat nye . ceh macam buat kek jee .

aku tak paham lagi la ape ko cakap ?

ok . ok . begini . sebenarnya lelaki di atas ade buat satu perjanjian dengan aku . ermm . perlu ke aku cakap ye ? haha

laa . cakap je laa ape perjanjian korang . ok2 ni rahsia kita .

haha . ko nak tahu keee ? aku dengan dia dah janji kalu aku sepak+tumbuk dan lain-lain lagi sebanyak sepuluh kali . aku dah lupa . haha . aku nak kene tanya balik Holand Brute . tak kesah yang penting kalu dia tak dapat bertahan dalam masa 5 minit , aku dikira pemenang dan orang yang kalah perlu belanja orang yang menang . sekiranya dia dapat bertahan , aku kalah so aku laa yang akan belanje dia .

tapi kenapa dia buat macam tu ?

kenapa ko tanya ? sebab dia sengal . suka cabar orang . kalu orang lain macam Faraidayu Shakila mungkin laa dia bleh buat main-main . ngan aku ? sorry . aku geram+tahap babun ade dia kata aku penakot ? haa sekarang ko yang penakot . aku dah buat entry ni . padan muka kau !

ok . ok . agak paham . tapi sape Holand Brute tu ?

hahaha . ok budak ni aku panggil dia Alam je . sahabat baik si senak kat atas . dia lah mastermind sume ni . dia lah segala mala yang rancang semua ni .

ok . ehh ! lupa nak tanya . sape mamat kat atas tu ye ?

mamat tu ? dialah

Muhamad Hafiz !!!!!!!!!!!!! a.k.a Tay !!!

aaa . aku nak kenal dia boleh ?

boleh boleh ! sila kelik nama dia . HAHAHAHA


sekian ~

19 December 2010

soul , mane kau . kembalilah padakuuu !

bismillah ..

hari ni adalah 19.12.2010 . tarikh dimana aku perlu berjumpa doktor pakar untuk 'penyakit' aku .sila rujuk entry terdahulu -di sini- , pagi2 lagi aku dah bangun . takde la pagi sangat dalam kul 9pagi . yelah aku tido pon dah lewat pagi , kul 5 pagi sebab takleh tido lah.

9.00-9.45 pagi - bersiap-siap . mandi , mekap , pakai wangi2 .

9.25-1045 pagi - bertolak ke hospital di Kota Bharu .

10.45 pagi - menuju ke jabatan pembedahan .

11.00 pagi - mendaftar dan bagi borang temujanji kepada kaunter .

11-2.30 petang - menunggu dan menunggu , dan menunggu dan menunggu giliran .

2.30 petang - nama dipanggil masuk .

2.35 petang - membuat pemeriksaan .

2.40 petang - pegawai perubatan mengesahkan perlu buat biocpsy untuk mengambil sample cell . perlu cucuk dekat situ dengan jarum .

2.45 petang - aku menggelengkan kepala tidak setuju kerana takut .

2.50 petang- pegawai perubatan yang memahami dan lemah lembut memberikan ruang untuk aku mencari kekuatan diri setelah semangat terbang meninggalkan jasad bertanya tarikh yang sesuai .

2.55 petang - aku bersetuju hari rabu ini buat biocpsy

3.00 petang - menunggu kad

3.10 - 5.30 petang - blah dari hospital , berenti makan sekejap . tapi Mak je yang makan . aku tak lalu makan sebab masih lagi dalam keadaan trauma tambah gaduh ngn bf . setelah Mak siap makan terus pegi beli Mekdi tapi masih tidak lalu makan .

sekarang - terasa terlalu penat dan mencari2 di manakah semangat aku menghilang .

sekian .

p/s : aku xtaw nak eja biocpsy tu macam mana . harap maklum .

18 December 2010

kenapa ye ?

bismillah ..

adoi . asik tengok dashboard tapi taktau nak ceta apa . cuma petang tadi ade sedara masuk wad IVU kat hospital Perdana (Kota Bharu) , Shuma kami panggil dia . sian sangat tengok dia . taktau nak cakap macam mana . wayar membaluti tubuhnya . aku hanya mampu berdoa " Ya ALLAH moga dia sentiasa diberi kekuatan lawan sakit dan semoga sempat sembuh " . terasa insaf bila mengenangkan diri yang sihat walafiat . aku pandang Mak aku . alhamdulillah dia masih sihat cuma batuk2 kesan daripada demam musim banjir hari tu .

cakap pasal hospital , date due aku jumpa doktor pakar makin dekat . ari Ahad ni (19.12.2010) . gemuruh rasanya . apa ye prosedur yang bakal aku tempuhi . aku dah dengar pengalaman dari dua orang sahabat . aduhhh . aku dah mula risau dan lemah semangat . makan pon dah tak lalu . hari ni pun makan nasik sekali sehari sahaja .

kawan2 selalu bagi sapot . tak kira kawan baik aku ke , kawan fb ke , kawan tak kenal sangat pun ke . diorang tak kasi aku banyak fikir . diorang kata aku akan baik . Ya ALLAH , aku bersyukur diorang doakan aku macam tu . korang yang belum ddoa tuk aku , sila laa doa sekarang .

dah takde pape dah nak di hapdet . serius soul aku dah mula menjauh dari body aku . ouh soul kembalilah pada kuuuuuu !

sekian .

14 December 2010

kenapa nama 'NEURO SHEWAZNI' ?

bismillah ~

haa hari ni aku nak ceta kenapa nama aku ialah "NEURO SHEWAZNI" ?
sebab ramai yang tertanya-tanya kan . tambah-tambah lagi yang mengenali diri ini - kawan2 aku lah ! yelah nama sebenar aku lain , yang ni lain .

baiklah sebelum eloklah aku bagitau nama sebenar aku . nama yang pertama diberi oleh parents aku ialah nama isteri Nabi Adam iaitu SITI HAWA . tapi tak taulah kenapa tak jadi tup2 dalam surat beranak tertera nama NUR WARDAH BINTI MD NAZIR . dalam bahasa arab 'NUR = cahaya' , 'WARDAH = bunga mawar' .



masa zaman kicik2 , orang panggil aku 'MEKWA' bukan kekwa ye adik kakak . sepupu panggil 'WA' je . atau orang selalu panggil aku 'WADAH' . sorry to say but aku benci orang paggil aku 'WADAH' sebab nama aku 'WARDAH' . buat penat je Mak aku kasi nama pastu panggil lain . pantang aku !

lepas tu bila masuk sekolah menengah , aku cakap kat kawan2 baru ngan kawan2/senior aku panggil aku 'Wa' . tapi tah camane diorang panggil aku 'WAWA' . maka terlekatlah nickname tu sampai sekarang . so korang takpayah nak cakap aku ni gile glemer ke nama Wardah ade hati nak jadi Wawa . bukan aku yang taruk harap maklong ! (amek trademark akak MeowwMania jap)

nama Neuro Shewazni aku pakai/femes pada taun 2003 mase aku form1 lagi lah . eh ke form 2 ah ? aku pon dah lupa . mase form 1-3 aku sekolah kat sekolah pempuan saje sebelom bertukar ke sekolah campuran jantina(betol ke tah ayat aku) . mase tu femes adik/kakak angkat . haha . waktu malam lepas prep malam dan waktu supper adik/kakak ni sibuklah kasi sekeping kad comel gudluck and whatsoever lah . mase tu aku ni rupa buruk so takde kakak nak layan aku . maka aku pakai la nama NS ni sebagai samaran . haha .

haha penat aku membebel pasal nama aku ni . okeh jom kita (eh kita? ah kalau korang baca kira kitalah ya) tengok susur galur nama Neuro Shewazni ni .

pertama kali aku dapat idea nama NS ni ketika aku melawat arwah Abah aku yang eksiden . agak parah sebab melibatkan kepala . masa ni aku baru form 1 . bulan 5 masa tu . ari tu ari ahad mase aku masuk wad tuh . wad tuh nama Wad Neuro-ape-ntah aku lupa . oleh sebab Nur ngan Neuro tu hampir sama/dekat , maka terlekatlah Neuro .

Shewazni pulak . aku pecahkan kepada she , wa , zni . okeh 'SHE' merujuk kepada jantina aku iaitu perempuan . 'WA' pulak yelah nama aku kann . 'ZNI' pulak hanya penyedap rasa eh kata .

so how ? simple je kan susur galur sejarah Neuro Shewazni ni ? nama ni aku pakai dalam internet je . tengok lah kat Friendster ke , Myspace ke , FB ke sume aku pakai nama ni . aku sorang je yang pakai nama ni . emel aku plak tik_girlz04@yahoo.com . haa ni pon ramai yang tanya kenapa tik ? nanti aku jawab entry akan datang . kalu korang Google nama NS ni , rasanya aku sorang je pakai . wey kalo ade sape2 lagi yang pakai HABAQ MAI CHEQ!!! memang parah laa sapa pakai nama NS ni . err nak g letak 'TM' sebagai hak milik boleh ? agaga .



okehlah sekiannn ~

13 December 2010

aku eksiden . hari ini

bismillah ~

masa : 6 petang
tempat : di jalan raya . dari rumah ke pasar petang
pihak terlibat : van bodoh yang parking tepi jalan , pakcik tua yang tak tengok jalan , aku yang blur naik motor

kejadian ini berlaku setelah aku melanggar pakcik-tua-yang-tak-tengok-jalan kerana dia telah menaiki basikal berlawanan arus manakala aku yang ikut arus (jalan aku betol) pula cuba mengelak pakcik yang sudah jalan ketengah .

geram gile aku . pemandu van dan bini dia yang berenti beli ayam hanya tersengih . macam p***** je . sialan . kau yang parking salah pastu sengih2 macam kerang busuk . manakal pakcik yang tua tu , bukan kata nak berenti dulu tengok ade kereta ke tak . aku pulak baru kua dari simpang . maka tak patut van tu berenti ngan punggung terjulur . kepada pemandu van yang dah pergi , aku nak cakap satu je kat kau = " yu are suck . fuck off "

maka aku terpaksa membayar RM10 untuk pakcik tu baiki basikal . seriusly aku tersangatlah marah ye . bahu aku rasa sakit seperti terseliuh sahaja . aku marah sebab sikap tak bertanggungjawab sesetengah pihak yang pentingkan diri sendiri . aku bukan nak kata aku baik , tapi dah cuba sedaya mungkin untuk elak berlaku benda gini . macam sialan .


inilah rangka kemalangan yang telah terjadi . padahal van tu boleh sahaja parking di kawasan berlabel basikal kerana di situ lebih luas . tapi bila kepala bodoh , bodoh disitu jugak . pakcik basikal pon satu . main lintas je . kalu ketepi tak apa ni KETENGAH!!!!!! betapa marahnya aku !

DAN YANG PALING AKU MARAH GORENG PISANG YANG AKU INGIN BELI DAH TAK TERBELI SEBAB MOOD AKU DAH TAKDE ! CILAKAK BOTH OF THEM !

08 December 2010

aku teramat terkilan . aku akan pergi .

bismillah .

ketika entry ini ditulis , aku sudah berhenti meraung . kenapa meraung . hati ku teramat kecewa . kenapa kecewa . kerana selama ini aku hanya bertepuk sebelah tangan . kenapa bertepuk sebelah tangan . sebab dalam hatinya tiada aku .

" eh kau ni ! tipu jelah ! mane ade . xkan lah dia buat macam tu kat ko ?"

ye . sebab status di FB berbunyi - aku sedih kehilangan orang yang aku sayang,

" eh kau ni ! ade lah tu sape2 . kan ko cakap aritu nenek dia sakit ? kawan dia cakap aritu kan ? "

ye , aku sangka begitu jugak . lalu aku telefon dia . risau jugakkan . tapi kau tahu kah apa jawapan dia ? dia jumpa 'awek' lama tadi, dah nak kawen . aku tanya balik , awek ? dia kata kawan rapat . aku tanya lagi . awek ? dia kata dulu dia suka perempuan ni , tapi tak pernah luah .

" laaa , pastu yang ko nak sedih kenapa ? kan perempuan tu nak kawen dah . ko ni bangang la Wawa ~ haha "

wei ko sedar tak status dia tu apa !!!!! paham tak status dia tu apa !!!!! dia sedih sebab cinta-tak-kesampaian dia tu nak kawen !!!!! dia kehilangan orang yang dia sayang !!!!!! dia bukan sayang aku tapi dia sayang perempuan itu !!!! dalam hati dia bukan aku !!!!! aku hanya bertepuk sebelah tangan !!!! ko faham ke takk !!!!!!

" ok . ok . aku faham . ko relax laa wawa "

ko bagitau aku macam mana aku nak rilek ? aku chenta dia , setia , hanya dia je . takde laki lain dah .

" alahh , sume orang ada kisah silam kan ? "

kisah silam !!!! aku pon ada lahh !!!! aku amek masa 6 bulan untuk pulih dari patah hati !!!! masa tu aku tak kapel ngan sape2 pon !!!! bila aku dah lupa sapa2 baru aku terbuka hati !!!!

" habes yang kau nak mengamuk2 ni kenapa ? "

kenapa kau tanya !!!!! dia langsung tak sayang aku . aku ni hanya bertepuk sebelah tangan sahaja !!!! kenapa dia mainkan aku sampai macam ni sekali ???

" habes ko nak buat apa sekarang ?? ko nak tikam dia ?? ko nak maki dia ? "

aku taknak buat pape kat dia . aku nak undur diri sahaja . aku sedar aku tiada dalam hatinya . buat apa kita masih lagi disitu padahal kita sebenarnya NOTHING to him ? just leave ..

" ko tak nyesal ke ? "

haha , soalan ape tu ? nyesal ? mungkin ada . tapi aku bukanlah seorang yang suka PAKSA , RAMPAS .

JUST LEAVE ~ AKU AKAN PERGI .




ini hanyalah dialog dalam diri aku tiada kena-mengena dengan sesiapa pun .









"

beginner blogger :)

bismillah .

ari ni aku nak tolong kawan aku buat blog .
hihi . simple2 jelah .










SEKIAN TERIMA KASIH

06 December 2010

salam MAAL HIJRAH .

bismillah~



alhamdulillah , dah masuk tahun baru dalam kalendar Islam . tak syak lagi hari ini sangat redup . sejuk tak , panas pun tak . malah Matahari yang pemalu juga telah memoncolkan diri setelah hampir seminggu asik ujan .

disini , ye di blog ini , saye ingin mengucapkan 'SALAM MAAL HIJRAH' kepada semua . semoga apa yang berlaku pada tahun lepas menjadi pengajaran dan pedoman untuk menyambut tahun baru .

azam aku tahun ini . aaa semoga amalan bekalan akhirat dapat ditingkatkan lagi . ameen ~

azam korang ? hok3 .

05 December 2010

cucur ikan bilis Adabi Plus

bismillah ~

haha . ye memang pelik kan tajuk di atas . kenapa pelik ? sebab aku telah menambah sedikit ramuan dalam serbuk cucur ikan bilis Adabi tu . apekah bahan2 dia ? let's check it out !


Ramuan >>>



1. tepung cucur ikan bilis Adabi
2. tepung gandum Tesco Cois
3. 2bijik bawam merah
4. secukup rasa ikan bilis

care-care nak buat yeh :

1. tumbuk bawang dan ikan bilis tadi




2. masukkan bahan2 tumbukan , eh ditumbuk ke dalam tepung instant itu .




3. letakkan secukup rasa tepung Tesco Cois tadi .

4. letak air dan gaul sama rata (boleh tambah hirisan bawang merah sedikit)




5. panaskan kuali dan letak tepung dan dan dan goreng lee ape lagi .




6. dah siap boleylee dimakan bersama Perencah yang sedap ini dan teh panas . perghh meletop yu !



sekian terima kasih ~

Chenta Hati = September

haa yang ni plak yg Chenta Hati aku punya . mana yang betol mana yang salah haku pon tak tawu . layan jelahhh ~ gagaga




SEPTEMBER

sangat bersopan santun & bertolak ansur

sangat cermat,teliti & teratur

suka menegur kesilapan org lain & mengkritik

pendiam tapi panda bercakap

sikap sangat cool sangat baik & mudah simpati

sangat perihatin & terperinci,amanah,setia & jujur

kerja yg dilakukansangat sempurna

sangat sensitif ygtidak diketahui

org yg banyak berfikir

daya pentaakulan yg baik

otak bijak & mudah belajar

suka mencari maklumat

kawal diri dari terlalu mengkritik

pandai mendorong diri sendiri

mudah memahami org lain(daya firasat yg tinggi) krn banyak simpan rahsia

suka sukan,hiburan & melancong

kurang menunjukan perasaannya

terluka hatinya sangat lama disimpan

terlalu memilih pasangan

sukakan benda yg luas

bersistematik




malas aku nak ulas . kalo korang kenal ini budak korang paham lah dia . har har har !

aku = bulan NOVEMBER

bismillah .
hoho pade malam ini aku telah berblogwalking seantero alam maya sebab bosan . pastu aku ternampak laa bende ni . aku rase macam dah penah posting sebelom ini . takpelah aku post lagi skali . blog aku , so suke hati aku lah . agaga .

(taken from http://nickirfan.blogspot.com/2009/11/normal-0-false-false-false-en-my-zh-cn_29.html)



NOVEMBER

banyak idea dalam perkara

sukar utk dimengertikan atau difahami sikapnya

berfikiran kehadapan

berfikiran unik dan bijak

penuh dgn idea-idea baru yg luarbiasa

pemikiran yg tajam

daya firasat yg sgt halus dan tinggi

bagus utk jadi doktor

cermat dan teliti

personality dinamik

sifat yg berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia

banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra

berani, pemurah setia dan byk kesabaran

terlalu degil dan keras hati

apabila hendak. Diusahakan sehingga berjaya

tak suka marah kecuali digugat

mudah ambil berat terhadap orang lain

pandai muhasabah diri

cara berfikir lain dari org lain

otak yg sangat tajam

pandai mendorong diri sendiri

tidak hargai pujian

kekuatan semangat dan daya juang yg sgt tinggi dan apabila hendak sesuatu

cuba sampai berjaya

badan yg tough

kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam

romantik

tidak pasti dgn hubungan kasih sayang

suka duduk dirumah

sangat rajin dan berkemampuan tinggi

amanah, jujur setia dan pandai berahsia

tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi

bercita-cita tinggi

perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah




har har har . ada betol ade tidak . rasa nya banyak yg btol meh nak tengok mane yang salah tuu ~
1) bagus utk jadi doktor = aku tak penah lak tahu . tapi dulu ade laa cite2 aku nak jadi doktor , tapi doktor sakit jiwa ! haha sepadan gitwe ngan aku . tapi sekarang ni aku tengah study kat Institut Pendidikan Guru di Cheras . ye chegu ye .

2) cermat dan teliti = haa yang ni ade pro dan kontra . kalau bab2 seni mungkin betol lah kot . tapi kalu bab2 masak , memang aku fail ! FAIL ! hahah

3)
personality dinamik = ini aku tak paham hape kebende ????

4)
sifat yg berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia = tipu kot ? aku ni boleh dikatakan suka show off dengan kenkawan . aku cuba buang tapi tak pandai . tapi kalu bab2 SPY , haha aku terer . weekkk spy pakwe aku lah !

5)
badan yg tough = badan yang macam mana tu ? perut buncettt ade lah . teettt SALAH !

6)
tidak pasti dgn hubungan kasih sayang = pada mula2 mungkin ye . tapi lama2 pasti lah . har4 !

itu sahajaaa ~ yang lain semua betol . tapi tak semua betol tu negatif . kalao ko tak kenal aku jangan nak fikir bukan2 . kenal duluu , baru tauuu ~

oke sekian mekasih !

03 December 2010

nnasik goreng bujang SATUU!!!

bismillah ~

hoho . ari ni , malam ini aku nak hapdet pasal, ye tajuk di atas . ari ni pertama kali aku masak nasik goreng tanpa perencah . tak kesah la perencah Adabi ke , Maggi ke . without them . biase aku masak pakai benda2 tu . biasa aku masak pakai rice cooker . orang bujang laa katakan . tapi kali ni aku masak kat umah (home sweet home) tapi takde perencah plak . lapar tapi aku malas nak makan nasik dengan lauk . demand betol !

so langkah pertama yang aku amek ialah search internet . aku takmau kaco mak aku yang sedang nyenyak itu . lagipon aku tak paham sangat cara mak aku masak . kekeke . aku taip macam2 . antaranya ialah resepi nasi goreng biasa, resepi nasi goreng biasa orang bujang dan nasi goreng biasa orang bujang, . haha lepas tu aku amek satu blog , aku bace resepi dia . oke resepi dia perlulah bawang opkos la kan , sos tiram , lauk pauk kalo nak letak , garam dan nasik .

oke lepas egat2 lupa aku terus turun dapur . godek2 ape yang ade . aku amek sos tiram , kicap manis , sos cili dan telur letak sebelah dapur .

aduss , bawang merah xde la plok ! takpe lah pakai jelah bawang besar dan bawang putih .
lepas tu aku amek cili satu puntung (eh puntung ke?) , sedikit ikan bilis . bahan2 tu aku tumbuk . ohye kalo nak buat nasik goreng atau masak sayur goreng aku memang suka tumbuk ikan bilis dengan bawang . bile tumis sedap baunya .

lepas tumbuk aku panaskan minyak dan tumis . pergh bau diaaa . pastu aku letak sedikit garam . aku letak sedikit sos tiram , sos cili . lepas tu masukkan nasik . aku letak sikit je sebab aku bajet makan sorang je . mak aku dia tak makan malam2 . takut kolestrol dia naik . last sekali aku masukkan telur .

pastu aku teringat yang aku lupa letak kicap . aku letak sket . maka jadilah saperti ini :

sila abaikan sepotong puding roti di tepi pinggan itu.

haa amacam rasa ? bagi orang yang kebulur macam aku ni sedap lah . beberapa pest mortem yang aku dah pikirkan :

1) ari ni masak takde bawang merah
2) nasik jadi manis sket sebab letak kicap manis . aku tak suka manis , aku suka masin .
3) aku patut pelbagaikan lauk
4) aku patut letak sedikit sayur .

haha okelah ye tuan puan nasik dah siap dah habes makan poon . sekiann ~