tak suka buleh stop. maaf ya

25 February 2011

dah lama kan !

bismillah .

aigoo aigoo . dah lama tak merapu dalam blog kesayangan aku ni . sebenarnya banyak perkara yang berlaku tapi rasa MALASSSS bebeno nak meluahkan di sini . ceh .

okelah . rasanya aktivti yang pertama ialah short-break aku di Genting Highlands . saje je lepak atas tenangkan fikiran setelah kejadian hampir debik ni . hahahah . tapi debik2 pon , aku malas nak simpan lama2 . so aku bawak laa ole2 dari sana . meh tengok gamba sikit ! aku pegi Snow World ngan Strawberry Farm je . tak menyempat nak main indoor apatah lagi nak main outdoor . sejukk kot kalu kene air !


naik cable car (Gondola)


Strawberry Farm

in Snow World (eksyen semata2)

sebelum masuk harus amek gamba !

berry berry .

petani kurang berjaya . hahaha .
oke kemudian pada hari Rabu baru2 ini pula aku ngan satu kumpulan (major Pemulihan Bahasa Melayu) pergi melawat sekolah kluster cemerlang iaitu Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9 (1) . hoh agak best laa kan dapat jenjalan . jangan banyak taip moh tengok gambaaa ~

tunggu bus harus bergamba dulu .



dalam bus juga harus .

sila masuk :)

one word : P.E.R.G.H

di kantin . harus makan dulu .

ini tujuan utama .


this girl is cute !

asal cermin je macam ni . adoi ~

gamba yang paling aku suka :)


tu je lah kot . sekian . hahahaha .

21 February 2011

apsal perlu harsh orang lain ?

aku masih tertanya-tanya . kenapa kita harus menyusahkan orang lain padahal orang tu dah banyak berkorban untuk kita . tapi kita masih layan dia macam dia tak boleh buat apa yang kita buat !

untuk apa kita harsh kepada mereka ini ? mereka sudah banyak berkorban untuk kita . bukan setakat berkorban masa , bahkan tenaga ! tetapi kenapa kita tak boleh bagi mereka sedikit masa untuk menikmati kehidupan ini ??? kenapa kita harus terlalu mengongkong mereka ??

cuba tanya diri sendiri ! adakah kita rasa curiga terhadap mereka itu ? adakah nanti mereka akan berpaling tadah kepada orang lain ? BELUM atau sudah ? jika belum , biarkan mereka asalkan mereka tidak melampaui batas . asalkan mereka masih tahu tanggungjawab masing2 .

kenapa kita hanya nampak orang lain sahaja ? kenapa kita tak berfikir dan bertanya pada diri sendiri ? cukup sempurnakah diri kita ? sudahkan kita menjalankan tanggungjawab kita ?

kita hanya nampak kesalahan orang lain . yelah , mata boleh nampak mulut , belakang dan lubang idung orang lain tapi kita takboleh tengok yang kita sendiri .

tanya lah pada diri kita . jangan kita asyik salahkan Mak / Ayah / Atuk / Nenek / Paklong / Maklong / Pak Ngah / Mak Ngan / kawan / sahabat / kekasih / pakwe / makwe / musuh / cikgu / ketua kelas / ketua kampung / dan lain lain lagi . jangan sampai orang menempelek muka barulah tahu malu .

sekian .

p/s : tak puas hati kepada orang2 di atas . salahkan ambil masa untuk rehatkan diri sedangkan kita hari2 kerja cari duit ?

17 February 2011

kau rasa nak kena debik dahi ke ??

kepada kau yang mulut jahat macam makan cabai pastu tak gosok gigi sepuluh hari ,

meh sini aku nak tanya kau sedikit . hari ni aku pergi kelas tak pakai ape-ape atau istilah lain BOGEL ke ?

apa aku pakai baju badut ke yang boleh buat kau ketawa macam tak ingat nak mati ?

apa aku pakai kain murah kau pakai kain mahal sebab tu kau macam cibai ?

meh lagi nak tanya ada selame ni kau pakai baju buruk macam kain buruk lap jamban tandas awam ade aku kutuk depan-depan ?

dan lagi satu , ADE AKU PAKAI BAJU KAU ??

YE !! memang aku tak puas hati ngan kau . walaupun kau mungkin akan kata "eleh setakat baju je nak kecoh2 ". dengar sini betina jalang yang rasa kau hot sangat . selama ni kau kutuk aku , kau kutuk kawan2 aku dan kau kutuk orang lain aku peduli hape tu masalah kau , aku diam aje . yelah kau kan PEREPEK !!! eh silap eja , perfect kann . muka kau kan lawa macam bunga taik ayam . tapi meh sini aku nak bagitahu kau , mungkin laa kau tak tahu kan , APE-APE PERKARA YANG BERKAITAN NGAN MAK AKU , KAU KUTUK , MEMANG KAU CARI PASAL DENGAN AKU .

bukan sekali kau 'hina' baju Mak aku yang aku pakai tadi . kalau ikutkan hati panas remaja aku ni , nak je aku debik atas dahi kau . tapi aku takmau buat macam tu nanti kesian kat kau nangis macam budak 3 taun sebab otak aku ni masih waras berfikir tentang hati dan perasaan orang lain . CEWAHH !! aku boleh puji diri sendiri kau boleh puji diri kau ??

aku masih waras yang aku ni seorang insan yang gagah perkasa
lemah belajar di institut pendidikan guru . kalau aku buat gitu , memang kompem jadi kes Mahkamah HEP kan . maka aku taklah bodoh macam kau untuk menggunakan kekerasan ke atas insan lemah macam kau .

aku rasa , sebenarnya kau cemburu kan sebab aku pakai baju mahal . kau ingat tu 10 hengget je ke ?? tu rm90 ye . indonesia mari . kau ade ?? lepas tu aku meragam eh bukann , melaram pakai heels Rorine . kau ada ?? pastu aku mekap aku pandai buat eyeliner , kau boleh ?? atau kau sakit hati ngan aku sebab aku berani pakai pelik dari orang lain ?? padahal takde pelik kau je pelik . huh .

KAU BERANI BELIT SELENDANG MACAM NI ???

KAU ADA BAJU MAHAL MACAM NI ???


so , aku harap lepas ni kau tak payah laa nak bukak mulut kau yang bau busuk tengik tu luas-luas ye . kalau kau tak suka keep it in your brain (if you have brain) or tell secretly to your bff yang mulut pun lebih kurang busuk macam kau jugak . hahahaha .

entry ni bukan nak hina kau balik , atau nak kau mitak maaf dekat aku . aku bukan sedesperek macam tu . sekadar luahan hati aku yang aku tahan nak debik dahi kau tadi , dan supaya kau sedar diri sikit .!! dan untuk kau tidak lupa bahawa AKU PUNYA TAHAP KESABARAN JANGAN BIAR SABAR AKU MELAMPAUI BATAS NYA .

sekian .

yang bebenor nak debik dahi kau tadi,
Neuro Shewazni

06 February 2011

scheduled date of breast surgery (part 1)

bismillah .

hari ni aku pergi hospital lagi setelah membuat biopsy pada tahun lepas ,  maka hari ni keluarlah result biopsy tersebut . resultnya , alhamdulillah ketulan tersebut bukanlah kanser atau barah . ia hanya ketumbuhan yang ape ntah doktor tu panggil . lebihan tisu ? ehh aku tak amek port sebab aku terlalu lemah untuk dengar sume ni .

lepas tu doktor lelaki , ye doktor LELAKI tersebut membuat pemeriksaan sekali lagi . aduhh . katanya semakin membesar . masyaALLAH . so doktor tu suggest operate secepat mungkin supaya lump tu tak jadi semakin besar . tarikh yang telah aku ambil adalah pada 16.4.2011 iaitu pada hari Sabtu .

masa nak cari tarikh ni , banyak betul perkara yang bermain di fikiran . aku tak boleh buat bulan 3 sebab aku perlu 'turun padang' (PBS-Pengalaman Berasaskan Sekolah) . ketika kami turun , kami dak2 IPG ni dikehendaki mengumpul maklumat untuk buat assigments . aduhh . terlalu suntuk masa itu .

tambahan lagi esaimen sume tu banyak yang berpartner dan group . aku agak risau . heyy !! bukan aku yang nak tarikh tu okayy !! aku dah cakap banyak kali aku akan sibuk tambahan lepas tu nak exam . korang mesti akan cakap "Apsal tak buat cuti sem nanti ?? " .

beb , sebenarnya otak aku dah berpusing cari alasan takmau operate dalam masa terdekat . namun doktor tu seakan mendesak aku buat secepat mungkin dikhuatiri akan bertambah besar dan payahlah nanti . adooi . aku tertekan . sampaikan aku menangis dalam bilik doktor tu sebab tekanan dari mak aku dan doktor .

tolonglah fahamm . ye memang aku nak mengelak tetapi aku mengelak bersebab . bulan 4 tu semua orang kritikal siapkan esaimen . tapi doktor , mak suruh buat cepat2 . masalahnya aku pun sibukk !! lepas buat pembedahan tu aku terpaksa bercuti selama 5 hari . you tell me 5 hari tu aku boleh buat macam2 . aku risau kalau group work aku salah faham . harap takk . sebab bukan aku nakkk .  waaa !! takutnya pembedahan .

entahlah . semangat aku pun dah hilang . sekarang gerun banyak menguasai diri . otak aku selalu terbayang2 macam mana nanti aku akan dioperate sebab aku hanya akan dibius tempat yang akan dibedah sahaja bermakna aku sedar dan boleh cakap , lihat , hidu dan dengar . aduhh . napa aku takde kekuatan ni .

dahlah . sekian . mood dah lari .

MONAVIE : yang terbaik untuk kesihatan anda .

bismillah .

baiklah . di sini aku takkan taip panjang2 cakap apa itu apa ini . apa yang aku nak tulis kat sini ialah Monavie : untuk kesihatan badan . jus ini baru saje dalam pasaran Malaysia . cakap pasal kebaikan dia , memang lah banyak . WAITTT !! ini bukan pil atau makanan tambahan yang di uar2 kan merbahaya . tidakk . ia hanya jus yang di kisar dari 19 buah jenis buah . ye SEMBILAN BELAS jenis buah dan buah yang menjadi bahan utama ialah buah ACAI , yang hanya terdapat dalam hutan Amazon .

ramai orang kita tidak tahu mengenia jus ini kerana ianya masih baru . maka di sini saya (saya bahasa yang lebih baik) akan nyatakan apakah itu jus Monavie . kredit di sini .



Monavie merupakan satu gabungan buah acai berry yang hanya terdapat di hutan Amazon serta gabungan 18 jenis buah-buahan terpilih dan terbaik dunia untuk membekalkan daya tenaga paling optimum untuk badan kita. Kandungannya telah disahkan oleh pakar-pakar antarabangsa mempunyai unsur-unsur anti-pengoksidaan yang amat tinggi serta nutrient-nutrient berkhasiat yang boleh meransangkan penyembuhan luar biasa serta menyediakan pertahanan badan daripada pelbagai jenis penyakit. Buah acai berry sendiri terdiri daripada kandungan-kandungan protein, lemak, fiber, vitamin, mineral-mineral dan garam-galian unik dan berkualiti untuk pemulihan SEMULAJADI daripada pelbagai penyakit.






baiklah , persoalan yang kedua pula jus Monavie ni datang dari mana ?

Ibu pejabat serta kilang pemprosesan di Utah Amerika Syarikat. Monavie diproses mengikut sistem piawaian GMP yang mementingkan kebersihan, ketulenan serta kepakaran teknologi. Monavie baru diperkenalkan pada 2005 di Amerika Syarikat tetapi telah berkembang dan mendapat pengiktirafan dengan begitu pesat dan pantas di Amerika Syarikat dan Eropah dan kini diMalaysia.


dan persoalan yang paling utama yang di utarakan dalam negara kita yang kebanyakan Muslim ialah halal . dan alhamdulillah , jus Monavie ini adalah HALAL .

MonaVie telah disahkan HALAL oleh The Islamic Food and Nutrition Council of America pada 30 June 2009. Sila lawat www.ifanca.org untuk keterangan lanjut. Bebas dari segala jenis dadah serta tiada kesan sampingan.
Monavie telahpun disahkan HALAL oleh Jakim  pada 1hb September2010



apakah kebaikan Jus Monavie ini ? alhamdulillah , jus Monavie ini dapat membantu memulihkan penyakit seperti di bawah :


  1. Susah tidur malam
  2. Sakit Sendi
  3. Lemah Lutut
  4. Kolestrol Tinggi
  5. Kencing Manis
  6. Buah Pinggang
  7. Gout
  8. Sakit kulit, Gatal-gatal
  9. Arthritis
  10. Sakit Jantung
  11. Kanser
  12. Stroke/Lumpuh
  13. Sakit tulang belakang
  14. Resdung
  15. Eczema
  16. Letih Lesu
  17. Asma
  18. Masalah Haid Tidak Teratur
  19. Lemah Antibodi
  20. Denggi
  21. Sembelit
  22. Buasir
  23. Jangkitan Faraj
  24. Gastrik
  25. Darah Tinggi
  26. Lemah Tenaga Batin/Mati Pucuk
  27. Ingatan lemah/ Mudah Lupa
  28. Alzheimer
  29. Alahan
  30. Mengawal HIV
  31. Senggugut
  32. Masalah Pundi Kencing, Angin Pasang
  33. Migrain
  34. Lain-lain Penyakit


sudah banyak testimoni-testimoni yang mengatakan bahawa mereka berasa bagus setelah mencuba produk ini . cakap banyak pun tak guna . saya sudah mencuba produk ini satu botol . hasilnya , alhamdulilllah . sistem penghadaman saya berjalan dengan lancar . bahkan tanda-tanda jerawat di muka saya juga hilang .

muka saya masa raya . takde mekap . sila abaikan muka yang sengal
setelah saya mencuba selama sebulan , inilah hasilnya :

ini gambar ketika awal percubaan


ini muka 4/2/2011 . alhamdulillah hampir licin
nota : tiada sebarang 'edit' pada gambar kecuali crop untuk membuang bahagian gambar yang tidak diperlukan .

anda berminat ? anda boleh menghubungi saya di nombor 017-2024324 atau emel tik_girlz04@yahoo.com atau di facebook saya http://www.facebook.com/neuroshewazni jika anda berminat dan untuk keterangan lanjut mengenai Jus Monavie ini . anda juga boleh lawati laman web di sini :








akhir kata dari saya , " Harta yang paling bernilai dalam dunia ini adalah KESIHATAN "

05 February 2011

Nampak Dia Kahwin, Kau Rasa Kesal?

bismillah .

artikel ni telah di ambil di sini : Terfaktab yang best . harap maklom .

Gong Xi Fa Chai.
Buat skandal-skandal lama yang bermata sepet, terima kasih sebab ajak aku datang ke rumah.
Nanti raya ke-empat aku pergi.

Mandat yang diberi harus dilunaskan.
Ini cuma cebisan tulisan aku yang ditimba dari tempat aku golek di ranjang.

Pesanan ringkas yang aku terima dari seorang kawan tadi, membuatkan aku teringat akan panggilan telefon lewat petang Ahad. Panggilan yang membuatkan aku mengerti, manusia selalunya begini. Bila kehilangan, baru kita akan mencari semula apa yang ditinggalkan.
*    *    *    *    *    *    *    *    *    *    *    * 
Kawan  : Aku pergi majlis kahwin Ana.
Aku       : Kau pergi?
Kawan  : Dia jemput.
Aku       : Oh, baik. Kuat betul kau pergi kan?
Kawan  : Aku rasa aku mampu tengok, tapi tak rupanya.
Aku       : Habis tu?
Kawan  : Nampak dia bersanding, hati aku sebak.
Aku       : Nak sebak kenapa?
Kawan  : Dulu aku abaikan dia, aku tinggalkan dia sebab kejar perempuan lain.
Aku       : Benda lama.
Kawan  : Tahu, tapi Ana satu-satunya perempuan yang terima aku, cintakan aku sebagaimana diri aku.
Aku       : Habis perempuan lain?
Kawan  : Perempuan lain kenal aku bila aku dah berjaya, tak nampak aku dari susah.
Aku       : Kau yang buat keputusan ni, kau tanggung sendiri.
Kawan  : Pernah aku pujuk Ana, tapi hati dia dah tiada lagi pada aku.
Aku       : Berapa kali kau lukakan hati dia? Banyak sangat kan?
Kawan  : Ya. Aku rasa berdosa sangat.
Aku       : Sudahlah. Ana dah jumpa jalan bahagia dia.
Kawan  : Tiada peluang langsung buat aku kan?
Aku       : Mulakan hidup baru, macam Ana buat bila kau tinggalkan dia dulu.
Kawan  : Dia pernah sakit sebab aku, dia pernah masuk hospital sebab aku.
Aku       : Sudahlah, jangan fikir lagi. Tumpukan apa yang kau ada sekarang.
Kawan  : Aku tahu. Cuma aku perlu luahkan pada seseorang. Teringatkan kau, tu yang aku telefon.
Aku       : Tiada masalah.
Kawan : Kau dah jumpa jalan bahagia kau juga kau?
Aku : Sedang melaluinya, alhamdulillah. Doakan aku jumpa penghujung yang menggembirakan.
Kawan : Pasti.
baiklah . bila aku membaca dialog rakan blogger aku di atas , ada sedikit tertusuk dalam hati aku . bukann !! bukan aku yang jadi macam 'Kawan' , tapi aku sebagai 'Ana' a.k.a bekas awek dia . sebak rasanya . bukan aku rasa aku yang baik , bagus . tapi rasanya orang yang pernah hadir dalam hidup aku biasanya orang yang susah . kemudian mereka menjadi bagus . tatkala itu kami berpisah . dan seperti sekarang juga . aku bersama susah dan senang (banyak susah dari senang) . terfikir . kenapa mereka tidak menghargai ?
dan ! yang paling menusuk hati , bila kita dah senang , dan yang baru tinggalkan mereka , mula lah mereka mencari2 kasih sayang dalam diri ini . and the answer is : NO . good bye is still good bye .

fikir-fikirkanlah dan selamat beramal .

sekian .

01 February 2011

Harimau Malaya ONLY!!!!

bismillah .

meskipon benda ni dah lama , tapi aku nak buat gak entry ni . sebagai bahan bukti . hah . kau apa tahu masa hadapan nanti ? benda ni aku kopipes (dah mitak share ye!) dari http://sokernet.blogspot.com/2010/12/amaran-keras-dari-sokernet.html . beliau kata macam ni :

Belia Sabah mahu digunakan digunakan gelaran Harimau Malaysia, bukan Harimau Malaya

TUARAN: Belia di Sabah teruja dengan skuad bola sepak Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki 2010, tetapi mahu gelaran "Harimau Malaya" yang dirujuk kepada skuad itu digantikan dengan "Harimau Malaysia".

Ramai belia di Sabah dikatakan tersinggung dengan ungkapan Harimau Malaya yang sering digunakan pihak media.

Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Jahid Jahim, berkata ramai golongan belia di Sabah menghubungi beliau yang mengadu tersinggung dengan pihak media yang sering merujuk pasukan Malaysia dengan gelaran Harimau Malaya atau Singa Malaya.

"Saya lihat memang ada asas mereka berperasaan begitu kerana ia tidak melambangkan semangat 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Sepatutnya perkataan Harimau Malaysia yang digunakan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Jahid yang juga Ketua Pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS) berharap media nasional terutama pengarang sukan sentiasa bertanggungjawab dan mengambil kira sensitiviti peminat bola sepak di Sabah khususnya golongan belia berhubung penggunaan perkataan Malaya yang jelas maksudnya secara literal, tidak membabitkan Sabah dan Sarawak.

"Walaupun penggunaan perkataan Harimau Malaya yang merujuk kepada pasukan Malaysia yang memenangi Piala AFF Suzuki itu hanya perkara kecil, namun ia bercanggah dengan aspirasi dan semangat 1Malaysia," katanya.


Sumber: Berita Hairan

Ini adalah hujah paling bodoh dalam sejarah bolasepak Malaysia. Memikirkan yang ianya datang dari seorang menteri sukan hanya menunjukkan yang menteri ini tidak faham sebutir haram pun pasal sukan, khususnya bolasepak.

Datuk Jahid Jahim ini aku berani bertaruh sebelum ini tidak tahu sebutir haram pun pasal bolasepak Malaysia. Dan belia Sabah yang merasa tersinggung kononnya pasukan bolasepak Malaysia diberi gelaran Harimau Malaya yang sebenarnya selama ini hanya tahu tengok perlawanan bolasepak Manchester United.

Inilah masalahnya bila kita menjadi juara. Tiba-tiba semua bercakap pasal bolasepak Malaysia dan Harimau Malaya dan semua mengaku jadi pandai. Tapi kalau betul pandai tidak apa. Masalahnya bila ada yang tak berapa pandai berlagak konon pandai.

Pasukan bolasepak Malaysia wujud lama sebelum Malaysia terbentuk atau Malaya mencapai kemerdekaan,yakni pada tahun 1953 ketika melawan Korea Selatan (sebagai perlawanan antarabangsa diiktiraf yang pertama). Lama sebelum itu pula FAM sudah diasaskan pada 1933, bermula dengan Football Association of Malaya dan kemudiannya ditukar ke Malaysia.

Tetapi nama gelaran pasukan bolasepak kita ialah Harimau Malaya bersempena mengambil nama spesis harimau dari nama yang sama yang hanya wujud di Semenanjung Tanah Melayu. Tidak ada kena-mengena dengan isu politik atau perkauman. Dan Pak Belang bernama Harimau Malaya ini (Panthera tigris malayensis nama saintifiknya di Malaysia, Panthera tigris jacksoni di seluruh dunia) dinamakan Harimau Malaya atau Malayan Tiger sebab alamat rumah dia di Semenanjung Tanah Melayu/Malaya, sebab itu bukan dinamakan Harimau Malaysia atau Harimau 1Malaysia. Tak percaya tanya Animal Planet!

Menamakan pasukan bola kebangsaan dengan nama haiwan tertentu adalah normal dalam bolasepak. Pasukan Filipina digelar Azkal yang membawa maksud anjing jalanan dan tidak ada siapa pun yang nak kecoh walaupun maksudnya agak hina. Indonesia digelar Garuda dan walaupun ianya hayawan mitos tetap tidak menjadi masalah. Iraq digelar 'Lions of Mesapotamia' bukannya 'Lions of Iraq'. Singapura pula dinamakan 'The Lions' walaupun kita tahu tidak ada singa di Singapura (kecuali di zoo). Kenapa Tunisia digelar Les Aigles de Carthage (Helang Carthage) walaupun kerajaan Carthage itu sudah beribu tahun terkubur?

Ini semua soal tradisi. Tradisi dalam bolasepak adalah penting. Dan pasukan bolasepak kita dari berpuluh tahun dulu diberi gelaran Harimau Malaya. Itu tradisi bolasepak kita. Mengubahnya hanya membuat arwah Supermokh menyumpah kita semua nanti.

Jadi aku harap Datuk Jahid Jahim dan mereka yang lain sila fahamkan betul-betul perkara ini. Jangn bodohkan diri sendiri, awak tu menteri merangkap ketua pemuda.

Sekarang aku nak tanya, masa Harimau Malaya tak reti main bola dan asyik kalah dulu, apasal Datuk Jahid Jahim tak pernah kompelin isu nama Harimau Malaya ini?

sekian .

isu-isu semasa di bulan ini . dan aku .

bismillah .

ape yang isu2 semasa ni . aiyook . isu 1st ialah aku balik umah dah ! yay ! dapat rest cukup2 yang penting dapat makan yang cukup2 yang boleh menyebabkan aku buncet dan demok ye bukan gemok . baiklah isu kedua ialah isu Mesir . aku ade jugak godek2 pasal Mesir ni . ishh risau jugak yaa kat rakyat Malaysia di sana . isu ketiga ialah banjir . alhamdulillah kat Kelantan rasanya banjir dah takde . tapi negeri macam Johor ada banjir ea ? moga banjir cepat2 surut ye . isu last yang paling benci aku nak hurai kat sini : isu Tenang . malas nak review . beli paper semalam , itu yang muncul dulu . cehh ! bosan . blah la luu !

ohye cakap pasal tudung aritu kan aku nak apdet . hadoi last2 aku tak pakai pon macam tu sebab dah lambat nak keluar . sampai dekat uma pengantin dah kul 9 lebih2 malam . so buat apa aku nak pakai over kan . so aku pakai je tudung bawal biase warne perperl . ni hasil yang aku dapat :

tudung yang dibeli

gambar dari belakang 1
gambar dari belakang 2
dari depan





dan hasil daripada fotogidikkkk !!

saya yang gedikk !! arghh !!