tak suka buleh stop. maaf ya

31 October 2011

the ring, thanx sayang !

bismillah .

cerita ni sepatutnye semalam lagi aku update . tapi dah terlanjur tertido , bangun pagi esoknya busy tolong orang pindah rumah . so ari ni aku nak cerita lah .

malam sabtu lepas aku ngan bff aku , Thiba ngan myBuBu kua tengok midnite movie dekat Times Square . nak tengok movie "Ape Tengok-tengok" . sekali cerita tu takde orang tengok langsung ! so kakak GSC tu kata movie ni akan dikenselkan . pastu myBuBu call , cari aku tak jumpa . aku pulak tengah kalut nak tengok senarai cerita malam tu .

marah beno BuBu tak ingat jalan dalam Times Square . haihh mase ni laa dia nak marah2 . pastu aku cari dia . masih bengkek lagi nii . sekali , "nah" . terus dia bagi kotak hadiah kecik tetengah bengkek dalam Times Square yang kosong pada pukul 12.00 am . hahahaha . terus hilang rasa bengkek .

ototo . dapat cincin emas 750 . so sweet lah BuBu ni .


sebenarnya , cincin ni dia kasi aku sebab ari tu aku dah hilangkan cincin yang Bonda kasi . tak sengaja :( . tengah pakai losyen dalam kete , pastu nak g beli air terus lupa dah nak pakai balik . nasib baik Bonda tak marah sangat . risau juge !

anyway , terima kasih Abang sebab hadiahkan cincin emas ni untuk Sayang . hik3 . yeah i do love you .

29 October 2011

tuto : taruk lagu dalam blog.

bismillah .

dulu aku penah buat tutorial pasal mula2 nak buat blog , sila kelik sini .

hari ini dapat IM dari adik angkat kesayangan ku , Miss Umi tanya pasal macam mana nak letak lagu dekat dalam blog . cara nya teramat lah mudah akekeke .




LANGKAH 1

sila kelik sini untuk ke page lagu itu . nanti dia akan kua macam ni :


CTRL + klik untuk pembesaran gambar
oke dah kua macam dekat atas ye ? jom ke langkah 2 plak.




LANGKAH 2

ok dah bukak link macam dekat atas tu, korang buleh taip tajuk lagu kegemaran korang dekat tempat carian .  lepas dah taip tekan laa "Search" . apa ? tak jumpa ? sila tengok gambar rajah di bawah untuk penjelasan lebih lanjut .


CTRL + klik untuk pembesaran gambar


nak taip Perfect Two ke, Loving You ke , Meriah Kari ke , up to you lah . oke jum ke langkah ke 3 pulak ye adik kakak .




LANGKAH 3
tadi aku taip "Mariah Carey" . banyak jugak lagu yang keluar . lepas tu bile korang dah jumpe lagu yang korang nak , kelik dekat senarai dia tuh mana yang berkenan di hati ye . tengok gambar kalau tak paham .


CTRL + klik untuk pembesaran gambar


LANGKAH 4 

bile dah pilih lagu tu, dia akan loading page baru . biarkan dia selesai loading . selepas itu dia akan keluar page baru lah adooi . pastu scroll ke bawah dan lihat di bahagian kanan page , seperti gambar rajah di bawah .


CTRL + klik untuk pembesaran gambar
CTRL + klik untuk pembesaran gambar




LANGKAH 5

ada beberapa options nak taruk lagu tu dalam blog , iaitu :

(Option A)

haa tekan logo B seperti yang ditunjukkan dalam gambar di atas (LANGKAH 4) . selepas itu dia akan keluar macam ni,



CTRL + klik untuk pembesaran gambar


lepas tu isilah ape yang dia nak . dia akann otomatik akan masukkan lagu dalam blog.




(Option B)

benda ni boleh dibuat sekiranya anda sudah mahir pasal nak add widget dalam blog . apa itu widget ? kalo ade masa nanti aku terangkan ya .




tekan copy untuk men-copy-kan embed code . kemudian copy la dekat blog .


CTRL + klik untuk pembesaran gambar


*                    *                    *                    *                    *                    *

ha amacam ? dapat tak dengar lagu dekat blog tuh ? kalo tak dapat nanti komen2 ye . kbooii .

21 October 2011

lemah dan kuat

bismillah .

semalam ada perjumpaan bagi semua . kohort Pemulihan Bahasa Melayu . maksudnya semua junior dan senior dalam major Pemulihan berkumpul dalam dewan kuliah . anjuran Datin Rasyidah . tujuannya untuk menyatukan kami .

so senior buatlah beberapa aktiviti . sedikit malangnya junior ambilan 2011 ada yang tak hadirkan diri . sebab ape aku taktau . salah satunya mentor mentee . aku dapat senior Kak Nas . orang Kelantan and nice 'kakak' .

sebelum berakhir kami main game personaliti . sepotong kertas dibahagi kepada dua bahagian . satu untuk kelemahan dan satu lagi untuk kekuatan . tak paham ape aku taip ? memang aku fail lah . tengok gambar jom .


Kekuatan :
-berani
-yakin
-berdikari
-rajin buat ABM (alat bantu mengajar)
-kreatif
-berani mati punya orang (ni aku tau Aleng yang tulis)

Kelemahan :
-makan banyak
-suka merapu
-berjimat sangat
-kuat dengar lagu
-banyak cakap
-couple (jadahnye jadi kaitan ?)
-ngada2

sempat laa aku snap before bahagian kelemahan dikoyakkan dan dibuang manakala bahagian kekuatan disimpan dalam balang dan bakal disimpan dalam bilik Pemulihan .

sekian .

18 October 2011

penat dan miskin

minggu ni busy gile . serius . hari khamis ngan jumaat lepas ada pameran Hari Ilmu Pendidikan . untuk MQA tak habes habes ngan MQA!! rasanya . oke fine Sabtu Ahad rehat . hari senin ade kelas , oh kena setting untuk pameran ICT . ye pameran lagi . dan hari ni pameran ICT . habes dalam pukul 3.30 petang . pastu latihan kawad kaki plak pukul 5 sampai pukul 7 . malam setat balik pukul 8 lebih centu . habes kul 11 malam .

esok ade pertandingan kawad kaki . omaigoat oh kambing saya . penat siot . dahla takde duit .

MISKIN 

MISKIN 

MISKIN 

PENAT 


PENAT 


MISKIN PENAT 


kbai .

11 October 2011

guru oh guru

bismillah .

godek2 fb tadi jumpak benda ni . so baiklah aku post sini supaya jadi ingatan pada masa hadapan . hik3

GURU OH GURU

1. Menulis rancangan mengajar

2. Menanda kedatangan murid/pelajar

3. Menanda buku kerja murid. 1 murid = 3 buah buku 1 kelas = 45 orang murid Jumlah Buku bagi 1 kelas = 135 Buah buku Seorang guru akan mengajar sekurang-kurangnya 5 kelas > 5 X 135 = 675 Buah buku.

4. Menghadiri/ mengendalikan pelbagai jenis mesyuarat - Mesyuarat JKK sekolah - Mesyuarat Guru - Mesyuarat Sukan - Mesyuarat Panitia seorang guru mungkin ada 2 panitia - Mesyuarat PIBG - Mesyuarat Kelab Guru - Mesyuarat Kokurikulum - Mesyuarat Program lebih dari 6 program anjuran sekolah Hari Guru Maulidur Rasul Maal Hijrah Kemerdekaan Bulan Bahasa Hari Anugerah Sekolah Selamat

5. Aktiviti kokurikulum, kadang-kadang seorang guru bertanggungjawab terhadap 2 unit - Perjumpaan unit uniform kekadang hadir Sabtu - Perjumpaan permainan tambah untuk pertandingan pulak - Perjumpaan persatuan / kelab - Latihan rumah sukan setiap minggu

6. Menghadiri pelbagai jenis kursus dalaman / luaran

7. Mengisi pelbagai jenis borang. Borang keluar masuk & buku keluar masuk Borang emis / hrmis/ label Buku Hadir Kursus / balik dari kursus Borang Fleksi PMR / SPM Borang kehadiran murid ke kelas fleksi Buku Pemantauan / salah laku murid Buku catatan relief guru Buku tugasan mingguan Laporan mingguan Laporan keceriaan Borang menghantar dan mengambil kertas peperiksaan selepas mengawas peperiksaan Buku Kokurikulum murid Borang permarkahan kokurikulum

7. Menghantar murid ke Klinik

8. Mengisi maklumat murid di dalam file peribadi

9. Menceriakan bilik darjah selalunya duit poket sendiri

10. Mengisi markah ujian/ peperiksaan

11. Mengisi data murid SMM

12. Menangani masalah disiplin murid / pelajar

13. memasukkan data disiplin di dalam e-disiplin

14. Melayani karenah Ibu Bapa / penjaga

15. Mengecat sekolah

16. Membersihkan bilik / stor / bilik khas

17. Menganjurkan program-program wajib (Hari terbuka dsb)

18. Menyiapkan program Head Counting

19. Melaksanakan pelan tindakan PPD, JPN (seperti KIA2M, etc)

20 Menyiapkan file gerko, persatuan, kelab dan sebagainya

21. Menghantar murid ke pertandingan atau kejohanan

22. Mengendali masalah / kebajikan murid

23. Menunggu semua murid pulang sebelum guru pulang.

24. Mengadakan kelas tambahan, kelas intensif dan sebagainya

25. Menyediakan Bahan Bantu Mengajar (BBM)

26. Berniaga (jualan hari kantin, etc)

27. Menjaga kebajikan murid / ke rumah murid bermasalah

28. Bekerja lebih masa (menyiapkan pentas, backdrop, banner dsb)

29. Menyediakan kertas peperiksaan / ujian

30. Menanda kertas peperiksaan / ujian. 1 subjek 2 paper – 2 2 x 45 = 90 90 x 5 = 450 kertas

31. Perkembangan staf

32. Mengendalikan perhimpunan murid

33. Gotong-royong kadang2 guru perlu bawa semua alatan


* Terdapat lagi tugasan sebagai seorang guru terutama yang ada tugas khas….. tetapi cukuplah sekadar ini untuk nilaian kita bahawasanya tugas seorang guru amatlah berat. Walaupun kita sering menganggap cikgu cuti banyak dan sebagainya. Tetapi hakikatnya tugas seoran guru amatlah berat. Jarang sekali bagi pekerjaan lain membawa balik kerja-kerja pejabat ke rumah, berbanding guru yang terpaksa menanda buku dan menulis rancangan mengajar sehingga lewat malam. Sungguh besar pengorbanan mereka dalam mendidik anak bangsa kita. SELAMAT BERJUANG SEMUA GURU-GURU HANYA ALLAH SAHAJA YANG DAPAT MEMBALASNYA….. 

angka itu.

bismillah .

aku taktau lah kenapa aku sedikit obses dengan nombor . tambah2 kalau nombor chantek macam tarikh pada hari ini iaitu 11.10.11 . so bile nampak kat fb kawan aku tarikh ari ni , aku cepat2 bukak blog neuroshewazni ni untuk tengok daisypath aku . ehh chomel dah satu tahun 3 bulan . hoho .

cutekan ?
okbooi .

09 October 2011

from Semarak to PD

lepas majlis akad nikah semalam , makan sedikit ade jamuan dekat umahnye pengantin pompuan . pastu lepak jap terus angkat punggung . tup2 si BuBu bawak pegi PD ! yeah port dickson . hehe buat kerja gila lagi . balik malam aku drive . bawak kat highway je . tak berani bawak tempat yang kecik2 .




p/s : tah kenape gambar pusing2 aku taktau pusing ah kat sini !

08 October 2011

Selamat Pengantin Baru

bismillah .

alhamdulillah , hari ini 8/10/2011 maka satu pasangan telah disatukan . sahabat baik BuBu iaitu incik Fadhil ngan miss Adibah selamat disatukan tadi . malas nak ceta panjang meh tengok gambaq mehh .







tu je , kbooi .

HKL

bismillah .

cerita ni cerita semalam lagi . ari jumaat . pegi temankan BuBu ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) , sakit dada katanya . lama jugak cek , semua sekali dari kul 9 pagi sampai pukul 12 tengah hari . pergh siap g xray bagai . haha selamber rowk je pakai tshirt ngan seliper jepun . ah lantak lah . jadilah diri anda yang sebenarnya .

tengah tunggu giliran.

pas Jumaat ngengada nak tengok cite pulak . tnegok cite Johnny English Reborn . oloh lawak2 . pas habes ceta tu pegi jenjalan kat Times Square . hajat nak carik makan dekat food court . tapi LUPA yang food court floor 10 dah tukar ke bawahhh LG . tapi takpelah jalan2 dulu nampak fish spa :) so buat fish spa jap . hik3 seronok . rasa tenang dan rileks .

muka tahan geli kene geget ngan ikan :)

okie tu jelah aktiviti pada hari itu . hahaha

06 October 2011

1,2,3,4 i love you

tengah belek2 blog tadi , ehh baru perasan yang kami tapi aku punya blog! punya http://daisypath.com/  ada angka yang cukup menarik . hik3

1 tahun , 2 bulan , 3 minggu , 4 hari .

awlaa comel kan angka tuh . meh meh tepek kat blog jap .



 see , see . . .




comel kan ?? hik3 . gediks 

lama tak update

macam2 jadik dalam beberapa minggu ni . i mean setat last post aku sampai sekarang lah . haha . entah malas lah nak update . kang kata lebih2 .

cuma malam ni ade kerja BSMM nak kena buat . esok pagi teman BuBu pegi medical checkup dekat Hospital Tawakkal .

eh lupaa , aku ngan dia baik balik . kbooi