tak suka buleh stop. maaf ya

07 May 2012

cerita ex aku #5

bismillah .

malam ni aku nak sambung cite pasal ex aku selepas yang ni (kelik sini) . tah malam ni aku jiwang sikit gara2 kes mamat ni . yep memang sekarang ni aku dok jiwang sambil dengaq lagu-lagu 90an . pergh malam-malam buta ni pulak.

okey sambung . lepas aku break ngan si Adie , tak lama aku 'dirisik' oleh Nazri . orang panggil dia abe Yie . hok3 . kami kenal pong lepas aku stay umah bff aku . kira dia ni sepupu la ngan bff aku .

cite aku ngan dia bermula bila satu malam ade 2 orang sepupu lelaki bff aku datang umah . yelah aku stay uma dia , so ade laa yang gatal nak kenal kan . dah nak tengah malam sikit , diorang nak balik . aku memang stayy je dalam bilik sebab aku ni kan pemalu *pewasan!* . bff aku masuk bilik cakap "wey wawa ada orang nak nombor tepong mu" . dah aku single mingle kan , so aku kasi jelah . mesej punye mesej lah malam tu . adooi . lawak2 .

tah bile si Nazri ni mitak kapel aku pong dah lupe . yang aku ingat masa tu aku masih lagi dok umah bff aku , sebab kursus BI ngan komputer ada 3 hari seminggu tak silap . waktu tu kami dating dalam rumah je pong . jangan salah paham . dalam rumah bff aku tu ada mak ayah dia , adik beradik dia ada 6 termasuk bff aku tuh . kami dating depan pintu umah sambil hirup udara malam . hak3 . bila dia dah balik umah , sambung mesej lagi . 

ada satu hari aku ada bukak mesej bergambar dari seseorang . mesej love2 . dulu2 pakai nokia 3310 je pong . bila aku tanya ni sapa , dia kata kawan dia pakai henset dia untuk terima mesej awek dia . mati2 aku caya doh . innocent betei ! tapi waktu tu , hubungan kami macam dah renggang . dulu selalu je kua dating hari Jumaat *hari dia cuti* . lepas solat Jumaat aku pi jumpa dia . tapi lepas tu aku keje , susah betul nak kua . ade je alasan nak pegi sana lah , sini lah . aku pong caya lah kan . memang aku ni senang nak mempercayai orang .

ada satu kenangan yang aku takkan lupa ialah masa tu ada pilihanraya taun 2007 . masa tu aku dok sokong BN , dia lak sokong PAS . aku berdebatlah ngan dia . aku cakap kita takleh nak kejar akhirat saja , dunia pong kita kena jaga juga . lepas kami berdebat gitu dia terus kata "Macam mana nak jadi isteri kalau masa ni dah tak dengar cakap abang?" . heh , punya la aku hangin doh dia cakap gitu . eh helo ko tu baru je boipreng aku . bukan laki aku . tak semestinya aku perangai kasar masa kawan , dah kawin pong sama gak . dah kawin mestila aku tau batas2 percakapan seorang isteri kepada suami supaya suami tak terasa hati dengan kita . syurga bawah tapak kaki suami . tu aku taulah . ngek tul . haha memang aku takkan lupa kenangan ni .

tak lama lepas tu , aku dapat tau aku kena gi Program  Khidmat Negara atau nama pendek PLKN , dapat dekat Perlis pulak tu . waktu tu hubungan kami macam dah pudar . tapi aku try pertahankan lah . okey aku bertolak dari Kota Bharu dalam pukul 8 macam tu . sedih juga nak tinggalkan Bonda kesayangan sorang2 . 3 bulan beb . adeeii . aku sampai sana petang dalam pukul 5,6 petang macam tu . ari tu kami bebas lagi lah . henset masih lagi dekat tangan . pihak pengurusan PLKN kasi can lagilah .

waktu tu malam . aku terima satu sms ni . dia tanya aku , apa hubungan aku ngan Yie . aku cakap lah aku ni gf dia . dah memang aku gf dia kan . dia balas balik , dia kata dia adik angkat Yie . so i just "ohh yeke ok" . tapi tak lama lepas tu , dia kata dia gf Yie pulakk ! aku pong dah heran mana satu betul ni . pastu si Nazri ni plak tepon2 aku , marah2 aku sebab aku bagitau kat minah tadi yang aku gf dia . eh watdehel dah memang aku gf dia . seriusly aku sedih gile hari tu . dahla hari 1st aku sampai dekat sini , dapat balak pulak buat hal . memang terbaik .

the next day , pompuan tu konon2 nak komplot ngan aku supaya kami jangan ada apa2 hubungan ngan si Nazri tuh . aku say ok lah . plus aku memang dah rasa sangat2 sakit hati ngan Nazri . tapi ... adoila minah ni boleh plak suh aku jangan kontek Nazri sebab dia takleh tinggalkan si Nazri tuh . apahal laa minah ni . kau nak amek , amek jelah . si Nazri plak suh aku jangan buat aweks dia sakit hati sebab diorang nak tunang masa keputeraan Kelantan . aku just , fine ~ do wateber you want . macam laa haku kesah kan .

beberapa hari lepas tu , henset kami kena simpan ngan pengurusan PLKN . aku pong dah jadi lupa dekat si Nazri tuh . sebab busy dengan aktiviti , seronok banyak aktiviti , kawan2 baru . memang aku bahagia . syukur , ada hikmah di sebaliknya .

so , weekend tiba . tiap2 minggu setat malam sabtu henset akan diberi kepada pelatih . tapi masa minggu pertama tu diorang kasi pagi sabtu . bila aku bukak je , bertalu-talu mesej masuk . huh kebanyakannya dari si Nazri . boleh dia mitak aku balik ? eh eh awok ni . nak tau apa dia tulis ? dia suh aku call balik . dia mitak maaf . dia tak jadi tunang ngan pompuan tu . dia kata pompuan tu pakai guna2 sihirkan dia . eh ape2 jelah . tapi tah kenapa hati aku lembut , aku on balik ngan dia . lepas peristiwa tuh , aku rasa macam dia taking care aku lebih . tapi tahlah . kita tak nampak kan ?

waktu kat PLKN tu , aku ada cuti raya cina , so baliklah Kelantan jap . masa cuti tu , aku ada jumpa dengan  dia . haha aku dah tak lembut macam mula2 kapel dulu . memang aku macam kasar . siap dia kata lepas aku g PLKN aku jadi kurang ajar ngan dia . aku tanya dia balik , sape yang buat hal . tak ngaku woo .

aku pegi PLKN balik . tapi aku tak sure aku on lagi ke tak lepas tu . sebab masa kat PLKN aku kapel ngan dak PLKN aku sendiri . alah bukan lama pong . tu pong jantan tu ramai pompuan . haha . buleh pulak dia tipu aku nama dia Armand . mati2 aku caya . padahal nama dia tak silap aku , Muhammad bin Ya . eh yeke ntah dah lupa . selingan lah sikit ye . tapi aku tak anggap dia sebagai ex aku pong . sebab dah macam main2 je . lupa kann ~

so , macam tu jelah kisah aku ngan si Nazri . takde la lama sangat ngan mamat ni . 3,4 bulan je kot ? lepas aku masuk IPG (baca : maktab) masa aku single , si mamat ni ada mitak kapel balik . tapi huh tak hingin aku . aku dah masuk IPG baru nak terhegeh2 . sorry bro . dulu masa aku takde pape ko tak hargai aku . so , watpe aku nak hargai ko ?

nanti aku sambung ex aku yang ke 6 . :P

3 comments:

Abang Zam said...

sekali cerita pasal ex da. barang yg lepas usah di kenang giteww

nEuR0 shEwAzni said...

takdelah kenang sangat bang Zam . sekadar sebuah memori yang takkan luput . kalau taknak ingat , kena basuh hotak .

UniMeOw said...

betol2,,cmner nak lupa pon mst tingat gak..

kalo xmo igt,,tpaksa mtk pansieve kat prof dumbledore la...huhu