tak suka buleh stop. maaf ya

01 January 2014

Jom tukar lirik! (1)

salam uols. hai2~

aku saje je bosan2, nak tukar lirik. aku penah try terlintas nak nyanyi lagu ni tapi lirik terbalik. macam nganjing penyanyi asal ado, nak balas dendam pun ado.

lagu yang terpilih, haha jeng2 lagu::: JUDIKA - Aku Yang Tersakiti. lirik asal adalah seperti yang di bawah :

Pernahkah kau merasa
Jarak antara kita
Kini semakin terasa
Setelah kau kenal dia
Aku tiada percaya
Teganya kau putuskan
Indahnya cinta kita
Yang tak ingin ku akhiri
Kau pergi tinggalkanku
Tak pernahkah kau sadari
Akulah yang kau sakiti
Engkau pergi dengan janjimu yang telah kau ingkari
Oh Tuhan tolonglah aku
Hapuskan rasa cintaku
Akupun ingin bahagia
Walau tak bersama dia
Memang tak ‘kan mudah
Bagiku ‘tuk lupakan segalanya
Aku pergi untuk dia
Tak pernahkah kau sadari
Akulah yang kau sakiti
Engkau pergi dengan janjimu yang telah kau ingkari
Oh Tuhan tolonglah aku
Hapuskan rasa cintaku
Akupun ingin bahagia
Walau tak bersama dia… dia…
Oh Tuhan tolonglah aku
Hapuskan rasa cintaku
Akupun ingin bahagia
Walau tak bersama dia
tapi aku nak tukar lirik tu dengan lirik yang ala-ala kejam. hak2 . korang nanti nyanyi laa guna lirik ni tapi melodi yang sama. hahahaha

Pernahkah kau merasa
Jarak antara kita
Kini semakin terasa
Setelah aku kenal dia
Kau tiada percaya
Teganya aku putuskan
Indahnya cinta kita
Yang tak ingin kau akhiri
Ku pergi tinggalkan kau
Tak pernahkah kau sadari
Kau lah yang ku sakiti
Aku pergi dengan janji ku yang telah ku ingkari
Oh Tuhan tolonglah aku
Hapuskan rasa cintaku
Akupun ingin bahagia
Walau tak bersama dia
Memang tak ‘kan mudah
Bagi mu ‘tuk lupakan segalanya
Engkau pergi untuk dia
Tak pernahkah kau sadari
Kau lah yang aku sakiti
Aku pergi dengan janji ku yang telah ku ingkari
Oh Tuhan tolonglah aku
Hapuskan rasa cintaku
Akupun ingin bahagia
Walau tak bersama dia… dia…
Oh Tuhan tolonglah aku
Hapuskan rasa cintaku
Akupun ingin bahagia
Walau tak bersama dia
ni maknanya takde kerja. hahaha kbai uolssss~

p/s : lagu yang asal dan lagu yang diubah memang ade kena mengena dengan aku.

Trip Kelas ke Universal Studio Singapore. (Part 3)

bismillah..

fuh, berdekad baru aku update pasal trip kelas aku pegi USS neh. hahah. kitorang plan laa nak g 30/10/2013 aritu. tapi bas akan amek kitorang pada pukul 2 pagi 30/10/2013.

yang menjadi masalahnya, pihak bas tak boleh amek kitorang dalam IPG sebab pak guard tak bagi masuk melainkan ade surat. aduduuu banyak plak songehnye kan. maka kami amek keputusan untuk keluar awal dalam pukul 10.30 dan lepak di MyMydin Kota Serimas. hohoho. sib baik ade surau dengan mamak 24jam. kalau tak, melolong laa kitorang. pape pun, Alhamdulillah bas sampai seperti yang dijanjikan, pukul 2 pagi. :)


tak aci muka aku takdek! hahah

ok bile dah ade dalam bas tu, ape lagi tidoq laa. kang pagi yang menyinari nanti nak g main benda pelik2 pulak kann. kami sampai dekat Tol ape ntah jap aku tanya pakcik Gugel.........ahh tak jumpa tak ingat nama. takpe nanti aku tau aku update je dekat sini haa.

dalam pukul 6.30 kami pun sampai lah di tol tersebut. dah sampai Johorlah yek. berenti kejap kat sini untuk rest, solat, breakfast, cuci muka atau mandi. aku tak mandi dah, sebab sebelum naik bas aku dah mandi. aku cuci muka, gosok gigi dan membuang je. hahaha. lepas tu, kami tunggu abang Farid. beliaulah penjual tiket kepada kami. ni fb dia : https://www.facebook.com/pakejuss in case korang nak pegi USS kan. kami pegi aritu ade harga promo. now taktaulah kena tanya abang tu tau!

then kami tunggu dan kami dapatlah tiket-tiket kami ni. iyeahuuu. gambar sikitt


okeyy,, muka eksaited !

ada lagi satu gambar kami amek ramai2. ntah pegi mana. takpe nanti kalau dah jumpa, aku update je kat sini. hik2.

then bermula lah pengembaraan kami ~ jom2 tengok gambaqq

jambatan yang menghubungkan Malaysia dengan Singapura

Sudah sampai ke Pulau Sentosa~ USS semakin menghampiri~

ahahah. takat ni dulu laa yee.. nanti sambung part 4 pulak. wuu wuu wuu . nanti aku cite tips2 nak masuk dalam USS. iyeahuuu!

Trip Kelas ke Universal Studio Singapore. (Part 2)

Bismillah.

hoho sambungan part 1 yek. part 1 tu pasal passport. yang part 2 ni pulak aku nak cite pasal tukaran wang Ringgit Malaysia (MYR) kepada Singapore Dollar (SGD). tarikh aku taip ni masih tarikh yang sama iaitu pada 27/10/2013 hari Sabtu.

aku dah banyak buat 'kajian' (kajianlah sangattt kann) dekat Pakcik Google neh pasal tips-tips pelancongan ke USS dan tips-tips tukar matawang. nak tukar-tukar ni kena pandai survery tempat money changer yang murah-murah sebab rate antara satu sama lain berbeza. biasalah ade yang nak untung banyak, ade yang nak untung sikit kan. lagipun ni PERTAMA KALI aku nak convert duit neh. pehh pengalamannn...

maka hari ni hari Sabtu aku pun turunlah KL. tujuan utama sebenarnya nak jalan-jalan dengan buah hati jek. nak tukar matawang tu alasan je. haha! tapi jalan-jalan kejap je sebab dia balik awal, esok dia kerja. so aku pun melilau carik port money changer dekat Jalan Masjid India tu sorang-sorang. ramai betul orang hari ni~! yelah hari baru gaji tambah kaum India buat persiapan untuk Deepavali kan.

melilau mata aku meliar cari perkataan "Pengurup Wang Berlesen".kebanyakkan pemilik pengurup ni berbangsa India. jangan tanya aku nape tau. mungkin sebab ramai orang India dekat situ. banyak kedai pengurup wang. sambil lalu sambil aku jeling rate yang depa letak. nanti kalau nak compare lihat perkataan "We Buy" lah. haa gitu..

tapi waktu aku pergi tu dah lambat. dah pukul 6 petang. so tak banyak tempat aku leh terjah. kedai yang aku pergi ni pekerja perempuan pakai tudung. mungkin India-Muslim. dia bagi rate 1 SDG = 2.57 MYR. ermm mungkin kalau aku survey dapat carik port lagi murah kot. tapi takde beza sangat pun. beza salah satu sama lain dalam 2.52, 2.58, 2.53 dan lain-lain (nampak sikit tapi beza beringgit juga okey!)

maka, aku dapat 128.50 MYR = 50 SGD. erm, cukuplah tu kot. tak perlu banyak-banyak sebab tiket kenderaan semua dah setel. so duit bawak tu untuk beli barang-barang cenderamata dalam USS untuk Bonda dan erm siapa-siapa yang aku rasa nak bagi. wakaka.

meh tengok duit SGD. ohya sebelum terlupa, kalau nak convert duit tu, jangan lupa convert duit kecil-kecil macam $2, $5, atau $1 senang nak buat kiraan bila melancong nanti.


duit Singapore Dollar.



Trip Kelas ke Universal Studio Singapore. (Part 1)

Bismillah ..

(sapu-sapu sawang . uhuk berhabuk sudah blog ni)

intro dulu lah. pejam celik pejam celik dah hampir 5 tahun 6 bulan dah dekat IPG Teknik ni. walaupun sudah berpindah kampus [dari KL ke Enstek, Nilai] namun isi hati kami masih IPG Teknik. wahh panjang gitu intro. bila dah nak habis ni, so pakat-pakatlah nak buat trip kelas yang terakhir yang bagi aku agak 'gila' haha. biasa pegi Sungai Gabai, Port Dickson, Melaka. tapi untuk kali terakhir ni, kami sepakat nak pegi ..... USS ! pegi Singaporee . weee~

waktu aku taip entry ni pada 27/10/2013 hari Sabtu. lambat taip entry. hasil kesepakatan dak-dak kelas ni, nak g USS ni dah lama, sebelum hari raya Aidiladha lagi sebenarnya. musyawarah punya musyawarah, maka kami sepakatlah nak g USS pada 29 atau 30/10/2013. jadi, pada 9/10/2013 hari Rabu kami pun bergeraklaa ke Imigresen Seremban nak buat passport. nilah pertama kali aku masuk pejabat Imigresen nak buat passport. eksaited jugaklah.

lepas berkumpul 18 orang, kami pun pegi laa ke Imigresen (naik 4 biji kete). masa tu takde sape pun yang pernah tau macam mana nak buat passport berkumpulan. memang ada yang pernah buat buku merah ni tapi bukan berkumpulan. yang berkumpulan ni sah untuk sekali guna je. so kami beramai-ramai masuklaa. masa kat kaunter pertanyaan tu, akak Imigresen tu cakap kami kena buat appointment dulu untuk passport berkumpulan ni. lagi pula pegawai Imigresen pulak takde hari ni. ha sudahh, kalau macam ni lambatlaa nak tempah tiket.

tapi ALLAH Maha Kaya, Dia permudahkan urusan kami. ketua trip masuk semula dalam pejabat tu nak amek no pegawai sebab nak letak tarikh appoinment. tetibe je pegawai tu ade. eh pelik bin ajaib neh. oleh sebab kami semua dah ade, pegawai tu bagi cadangan untuk dia uruskan semua pada hari tu. Alhamdulillah. tapi kami punya kalutlah, nak g potostet IC lah, amek gambar passport instant lah. sebab syarat dia gambar passport perlu sama latar belakang. maksudnya kalau latar biru, semua latar biru, kalau putih semua putih siap ada ukuran yang ditetapkan. so, kami dah nak cepat kami pegi je buat passport instant tuh depat pintu pejabat Imigresen. tapi mahallah, 4 keping RM12. amekau. nih gambar baki. buat passport tuh nak 2 keping jek.

gambar sememeh

lawak betul masa nak amek gambar neh. yelah syarat nak amek gambar kena pakai tudung yang gelap. sape yang pakai tudung hitam/gelap terpaksa bagi pinjam/tukar-tukar tudung ah. haha nasib baik tandas dekat jek. aku tak tukar, tapi aku amek selendang baju punjabi classmate aku, Thiba buat macam kat atas tu. serius sememehhhh. nak letak gambar passport kumpulan takde pulak. nantilah aku update gambar tu yekk.

*update gambo passport berkumpulan




lepas siap urusan amek cop jari bagai semua, kitorang pun keluarlah dengan perasaan LEGA YANG AMAT ~ syukur Alhamdulillah sangat-sangat. lepas tu tanpa membuang masa dah lapaq ni, kami pegi solat kat Giant Senawang pastu makan dekat Nasi Arab Damsyik dekat Senawang jugee. nak tepek 1 gambar lah



sekian dahulu setakat ini. nanti sambung part 2.