tak suka buleh stop. maaf ya

15 June 2015

Belanjawan nikah

Bismillah...

ramai kawan2 aku yang tanya, berapa bajet semuanya untuk majlis penikahan tu.. ok akan ku listkan di sini..cuma nak terangkan kat sini, pihak suami hanya bagi Mas Kahwin dengan gelang sahaja. Tiada wang hantaran..maka, semua belanja kenduri belah aku, aku tanggung sendiri. kecuali Mak sponsor jamuan sebab Mak kata alang2 aku kahwin, dia nak join majlis persaraan beliau. ramai kawan2 Mak jemput. i tak kesah pongg..hahah.. ok jom tengok list.

1) katering - RM10 x 300pax = RM3000.00
2) homestay pihak lelaki (1 malam) = RM150.00
3) Bridal (baju 2 persalinan, aksesori, hiasan meja beradab simple, pelamin) = RM1600.00
4) photographer (tak berapa pro tapi ok laa dari tiada) sanding+outdoor = RM700.00
5) doorgift (paperbag+makanan ringan+pengikat) = RM233.70
6) sewa dewan = RM 530.00
7) bilik chalet 1 (separuh hari) = RM80.00
8) bilik chalet 2 (2 malam) = RM 240.00
9) par hantaran kepada pihak lelaki (9 par) = RM773.10
10) bil tok kadi = RM100.00
11) baju akad nikah (jahit sendiri baju kurung putih) = RM50.00
12) baju bertandang = RM190.00
13) kasut majlis = RM60.00
14) bunga telur = RM33.40
15) SPA = RM299.00

jumlah keseluruhan = RM 8039.20.

sebenarnya, ni adalah anggaran belanjawan kasar sepanjang persediaan majlis perkahwinanku. senarai belanjawan yang tiada dalam list adalah beli kertas sendiri untuk print kad jemputan, sampul surat kad jemputan, kos belanjawan balik naik flight uruskan hal nikah, belanjawan urusan mahkamah (wali) dan ada lagi kot. total dalam 10k lah jugak..huhu..

bab wali tu, aku malas dah nak ungkit. buat sakit hati ajo..sekarang ku dah bahagiooo..ALhamdulillah..hehehe..

oklaa..baii