tak suka buleh stop. maaf ya

10 December 2014

ALhamdulillah, Sudah Nikah

Bismillah..

Rasanya ramai yang tertanya2 dan terkejut bila dapat undangan nikah. Paling terkejut sebab bukan dengan yang 4 tahun, tapi yang lain. Hehe..so, let me story this lah..

Aku sebenarnya kenal En Suami di FB. ye FB. Kenal pada tahun 2010. Tapi pada masa tu aku baru je couple dengan si F. Oleh sebab dah ade bf, so aku malas nak layan lelaki lain. Yang aku paling teringat, aku pernah private message dengan En Suami ajak dia join kursus praperkahwinan yang dianjurkan IPG aku (masa tu IPG kat KL..tapi aku sendiri tak sempat join,bz). Tapi beliau cakap takleh join sebab dok jauh (Uitm Perak tak silap)

So, dalam tahun 2011 macam tu tak silap, aku remove En Suami dari FB. Konon2 'eh tak kenal lah sape ni buat semak FB aku je'. Konon2 nak setia lah katakan. Hua3. Aku teruskan hidup seperti biasa dan masih couple dengan si F sampai tahun 2013. Lama tu kawan 4 tahun. Tapi si F buat hal, so aku amek langkah tinggalkan dia. Jangan tanya kenapa malas nak ungkit dalam ni.

Akhir tahun 2013. Memang hati pedih sangat, kita ni kira jadi lah 4 tahun kawan. Plan nak tunang nikah bagai. Tapi, aku buat keputusan, banyakkan ingat ALLAH. Buat solat taubat, buat semua seperti saudara baru. Doa dengan ALLAH semoga ingatan dihapuskan. ALhamdulillah, ALLAH tunaikan permintaan itu. Selang beberapa bulan, kira masuk awal tahun 2014, En Suami muncul.

Muncul bagaimana? Hehe. Dia 'add' aku semula dalam FB. Dan entah kenapa aku boleh ingat beliau. Macam 'Eh dia ni, dulu aku pernah remove. Alamak, approve jelah. Hope dia tak marah aku pernah remove dia dulu'. So, aku approve. Kebetulan masa tu guna profile picture dukung anak kawan. Then dia private message aku, tanya aku dah kawin @ belum. Aku terus cakap belum lagi. Dukung anak kawan. Lepas tu aku tak ingat sama mintak ID wechat sape so aku teruskan berhubung dengan dia as friend dalam Wechat.

Tapi En Suami hanya Wechat aku lepas kerja, yakni waktu siang hari sebab malam dia kerja. Tak lama lepas tu, beliau minta no fon. Aku bagi jela. Taktau kenapa laju je bagi dekat dia.

2 bulan lepas kami kawan alam maya, beliau menyatakan beliau suka aku. Tapi aku masa tu wat deekkk je sebab sebelum ni pernah ada lelaki cakap suka aku padahal dah ada tunang. Cuma masa beliau kata 'mahu jadikan yang halal', taktau kenapa hati is beating sooo fast.
Mula pada saat itu, aku buat solat hajat, aku buat istikarah. aku tak pernah jumpa beliau sebelum ni. Jadi aku berdoa kalau betul jodoh, dekatkan kami.

Pada masa tu, aku belum posting lagi. Pernah 1 hari aku tanya En Suami , apa akan jadi kalau aku posting jauh. Seriusly beliau hanya kata 'takpe, nanti kita tengok macam mana'. Lupa nak mention, En Suami kerja di Subang dan menetap di Seksyen 7, Shah Alam. ALLAH Maha Kaya Maha Berkuasa. Pada akhir bulan 3, keputusan posting tapi hanya negeri sahaja di war2 kan. Dalam banyak2 negeri yang aku pilih, 1st-Kelantan, 2nd-Negeri Sembilan, 3rd-Selangor, aku dapat 3rd choice! Masa tu perasaan bercampur baur. En Suami pula dah happy sebab aku dapat kat situ.

Seminggu lepas tu (kalau tak silap) keluar pula keputusan PPD mana yang aku bakal berkhidmat. Aku dapat PPD Petaling Perdana. Then aku cari semua sekolah yang berada dalam PPD PP. Wau, banyak. Based on jarak rumah dia dengan sekolah yang paling jauh adalah 50 km! Paling dekat? Haha SK Seksyen 7 belakang rumah dia sewa je. Namun sekolah mana tidak dinyatakan lagi. Kami guru yang fresh ni perlu melapor diri di Pusat Konvensyen Ladang Midlands. AND WHO KNOWS?? Pusat konvensyen tu dekat jee dengan rumah sewa En Suami, dalam jarak 2km jeee. So, kami decide nak jumpa face to face for the 1st time after aku setel lapor diri.

Masa kat pusat konvensyen tu, agak lama laa nak dapat tau keputusan sebab kena dengar ceramah macam2 lagi. Dah tengah hari pukul 12 baru dapat tahu. Masa tu berdebar-debar ALLAH saja yang tahu. Bila dapat keputusan, aku dapat posting di SKBA! just 6-7 km from his house! ALLAHU, masa tu taktau nak cakap. Jodoh ke ape ni.

Lepas dapat posting, aku tinggal dengan sepupu buat sementara waktu di Klang. Tapi takkan selamanya nak duduk kat sana kan. Sepupu dah nikah. Tak elok lama2 anak dara duk rumah dia. So, aku memulakan operasi mencari rumah sewa yang dekat dengan sekolah. Masa tu dah jumpa 1 rumah, dekat je dengan area En Suami sewa, tapi penyewa rumah tu dah bagi sewa dekat orang lain. Hurmm, bukan rezeki. Aku dengan En Suami cari lagi rumah sewa, dan jumpa 2 rumah yang agak murah. Tapi yang mengejutkan rumah yang aku nak sewa, betul2 berhadapan dengan rumah sewa En Suami! ALLAH, makin dekat kami berdua.

ALLAH itu Maha Kaya. Apa yang telah ditentukan oleh-Nya adalah yang terbaik untuk kita. Kami berkawan dan bulan 6 beliau bawak jumpa Mak nya di Terengganu. Kemudian, 14.9.2014 kami bertunang. Kami bertunang tak lama, dalam 2 bulan 2 minggu. Kami nikah pula pada 23.11.2014 (birthday En Suami ni). It happen soo fast.

Itu cerita aku. Cerita nikah aku. Jumpa En Suami dalam FB. Tak salah nak cari jodoh dalam FB. Cuma janganlah terlalu taksub & percaya dengan janji manis seorang lelaki yang belum dikenali. Yang paling penting, sentiasa berdoa kepada ALLAH agar kita selamat dunia akhirat. Perbaiki diri kita. kan ALLAH dan janji dalam surah An Nur? "Lelaki baik untuk wanita yang baik dan sebaliknya".

meh nak tepek gambar sikit..