tak suka buleh stop. maaf ya

31 December 2011

tak payah perli

bismillah .

entry ni aku taip sejurus aku rasa tersentap dengan seorang hamba ALLAH ni . serius niat aku bertanya sebab nak tahu . kalau ada boleh aku join . dan aku bertanya bukan nak tarik perhatian . tapi apelah nasib badan kena PERLI laa pulak .

serius aku tersentap dengan komen2 beliau . berbau negatif . tapi bagi pihak lain yang memberi repon positif kepada soalan saya , terima kasih banyak2 .

ceritanya bermula aku tanya sesuatu pada wall group JPP maktab aku . bawah ni cerita dia :


 lepas tu ade orang komen2 , timbul laa satu komen menyentapkan aku :


 dak aih , apa masalah sampai nak perli2 aku ?? aku ade nganjing korang ke ?? aku bukan attention seeker lah . kalau aku nak buat pon , aku tak buat dekat situ . hatta nak iklankan ape2 pun aku malas .

aku pun ade group sendiri kalau rasa nak attention seeker sekali pun . neh group tercinta aku , ye yang aku buat sendiri .






MALAYSIAN SPECIALIST REMEDIAL TEACHER'S GROUP 

(AMBILAN JAN 2010) 



so , aku harap lepas ni takde laa orang yang suka perli2 orang lain , suka sentap2 orang ikut suka hati je . tak baik tau buat orang lain sakit hati . okbai .

17 December 2011

pishing !

bismillah .

aku nak cakap pasal pishing ye , bukan fishing . mengikut kefahaman aku , pishing ni macam mintak direct emel dan password seseorang itu menggunakan satu laman web yang konon2 perlu emel dan pasword untuk masuk dan dapat bla bla bla~

ade satu kes yang aku baru sedar malam ni . dah lama dah aku tengok ade dalam 2 hari kot . baru hari ini aku tergerak nak tengok . biasanya kawan fb kita yang akan kuarkan benda ni melalui status iaitu :



try nak sign up dulu . tapi ternyata tak buleh . maknanya memang betullah tu pishing . kalau betul lah ni facebook Malaysia punya , kenapa perlu minta emel dan password terus ? adakah dia link terus pada Facebook ? tapi url lain . so kena la sign up dulu kan . naahh nampak sangat penipuan di situ .

bile kita kelik pada link tu , dia akan keluar sebijik macam ni :


nah , sebijik kan ? tapi korang perhatikan betul2 , dari atas hingga ke bawah , ada yang tidak kena . yess yang abwah sekali tu . kenapa ada tanda ???????? banyak sangat ?

aku dah try sign up benda alah ni , tapi tap buleh . pastu aku try fake account , emel wateber@yahoo.com , password : hellyou , tetiba plak masuk ke fb aku . pergh memang cuak ah ! aku terus tukar password fb aku , ngan emel sekali . dua-dua aku tukar .

bahaya ni kawan2 . kalau ada yang pernah tekan benda ni , cepat2lah tukar password . kbai .

14 December 2011

tugasan cuti sekolah !

bismillah .

hoho nampaknya cuti sem akhir tahun aku ni memang dipenuhi dengan aktiviti berpaedah ! aku dapat satu job dari makcik aku untuk ajar anak-anak dia Matematik . yang utama si Kakak yang lemah sangat , exam dapat markah 4/100 . memang kesian sangat . okeylah takdelah aku bosan duk rumah cuti2 kan .

so , lepas aku pegi Kedah aritu sebab ade program  , aku balik dok rumah terus . dalam 3 , 4 hari macam tu aku terus gerak pergi rumah makcik aku dekat negeri 9 , aku datang ngan sepupu aku lagi sorang untuk ajar si Eka .

masa aku buat entry ni rasanya ni dah minggu ketiga . insyaALLAH 20haribulan nanti aku baliklah . balik untuk memalaskan diri dekat rumah . ke~ke~ke~ .

masa dok sini fuh asik full je perut . rumah makcik aku ni memang penuh dengan makanan ! memang buncit je perut aku . si sepupu aku yang lagi sorang tu berat badan dah bertambah .

adess takde idea lah . moh tengok gambow ~

operasi melukis

TADA !! hasilnya .
 sekian . kbai

03 December 2011

rindu ? zina hati ?

bismillah .
aku dapat benda ni dekat fb . tengok dulu .

CTRL + klik untuk tumbesaran .

CTRL + klik untuk tumbesaran .

CTRL + klik untuk tumbesaran .

CTRL + klik untuk tumbesaran .

my opinion lah kan , kalu teringat ikhlas tu takpe laa kan . kalo ingat pasal romen tu memang lah masuk dalam zina hati . tapi aku rasa , orang yang duk stalk atau cakap pasal crush dia lagi laa menjengkelkan . kih3 .

hahaha . kbai . jangan butthurt .

27 November 2011

Program Semarak Rukun Negara, Jom Ke Felda.

bismillah .

nah amek kau . panjang bebenor nama program tu . aku join satu program ni , lebih kurang macam program anak angkat jugak lah . stay dekat Felda .

program ni diadakan di sebuah Felda di Pendang , Kedah iaitu di Felda Lubuk Merbau . perghh memang best lah kan .

sebenarnya aku join program ni sebab aku nak release tensen . kau bayangkan lah 4 killer paper + 1 paper BSMM (Bulan Sabit Merah Malaysia) . dari 14/11 besday aku ni! sampai laa 18/11 . so aku pun join lee di samping tambah pengalaman . nak melancong je pon sebenornya .

perjalanan makan masa hampir 8 jam dari KL setat kul 9 pagi . tapi bahagia dapat tengok kiri dan kanan padi menghijau .

well aku malas nak cerita sangat pasal program ni . yang aku sangat2 hepi sebab aku dapat jumpa kawan lama yang memang lamaaa gilaaa tak jumpa . adala dalam setahun ? dua tahun ?

meh tengok aku tempek gambar beliau . hik3 single lagi ni ade sape berkenan tak ?


ok bai .

awak sah Suami dia.tahniah

bismilllah .

tiada apa yang mahu aku ceritakan di sini .
cuma tersentak melihat satu status .
bermulanya aku membuka FB seorang insan .
terus kepada FB anak keduanya .
dan secara tidak sengaja membaca status ini :

" taniah kepada Mohd Saiful Affandi ngan skali lafaz tros mjadi seowng suami skrg nie... taniah wat along... dtg larh kenduri t at kangar perlis semua kwn2 aq... ( November 17 at 6:58pm) "

hati tiba-tiba terasa tersentak umpama dihempuk bantal berisikan kekabu halus . haluss , tetapi masih terasa .

tak apa lah , kenangan dahulu akan tersimpan kejap dalam memori ingatan .



14 November 2011

Aku cukup sudah 21 . spesel from Abang Madan .

bismillah .

alhamdulillah . maka hari ni dah cukup dah 21tahun umur aku . dah buleh mengundi dah tapi aku tak daftar lagi . rasa malas bebetul nak daftar bile tengok politik kotor dekat negara kita sekarang ni .

dah dah lupakan pasal politik . hari yang amat bersejarah ni memang takde buat ape2 pon sebab FINAL EXAM !! arghh . dahla tu sreett je setat arini yakni 14, 15, 16, 17 . tu pun aku rasa 18 tu ade exam Bulan Sabit Merah . adeh adehh .

tapi itu tak penting sangat . yang penting doa dari Bonda tersayang , tercinta , terkasih dan doa rakan2 . semoga dapat jawab final exam dengan baiklah hendaknya . InsyaALLAH .

oh hari ni dapat ucapan khas dari Abang Madan . apa ? tak kenal Abang Madan ? buleh kelik sini . nak tau kena baca dari awal hingga akhir sapa Abang Madan atau Ramadhan nama penuhnye .

meh sini tengok ucapan Abang Madan ,


hak3 aww comel laa Abang Madan ! tenkiu very much !

11 November 2011

11.11.11

bismillah .

belek2 fb tadi , ramai yang buat status tarikh hari ni iaitu 11 November 2011 (11.11.11) , nak buat tarikh kawen . kalau jadi alhamdulillah lah . tapi kalau sekadar nak berangan macam aku pon boleh . berangan itu penting okay untuk jadikan ia satu motivasi dalam diri . eh tah pape aku merapu .

aku ade print screen contoh laa . amek dekat fb aku je . hahaha . comey2 la diorang nii . i like !

CTRL + klik untuk tumbesaran

CTRL + klik untuk tumbesaran


so , aku ni suka bebeno ngan tarikh2 cantik ni . sebab tu otomatik aku akan cek dah berapa lama aku ber'kawan' dengan myBuBu . wahh tak leh lawan gak . dah 1 tahun 4 bulan tepat tepat .



ahaks ! comey nye comey nye !

kbai .

02 November 2011

nombor lawa lagi ! 1331

lawa nii .

1 tahun 3 bulan 3 minggu 1 hari .

31 October 2011

the ring, thanx sayang !

bismillah .

cerita ni sepatutnye semalam lagi aku update . tapi dah terlanjur tertido , bangun pagi esoknya busy tolong orang pindah rumah . so ari ni aku nak cerita lah .

malam sabtu lepas aku ngan bff aku , Thiba ngan myBuBu kua tengok midnite movie dekat Times Square . nak tengok movie "Ape Tengok-tengok" . sekali cerita tu takde orang tengok langsung ! so kakak GSC tu kata movie ni akan dikenselkan . pastu myBuBu call , cari aku tak jumpa . aku pulak tengah kalut nak tengok senarai cerita malam tu .

marah beno BuBu tak ingat jalan dalam Times Square . haihh mase ni laa dia nak marah2 . pastu aku cari dia . masih bengkek lagi nii . sekali , "nah" . terus dia bagi kotak hadiah kecik tetengah bengkek dalam Times Square yang kosong pada pukul 12.00 am . hahahaha . terus hilang rasa bengkek .

ototo . dapat cincin emas 750 . so sweet lah BuBu ni .


sebenarnya , cincin ni dia kasi aku sebab ari tu aku dah hilangkan cincin yang Bonda kasi . tak sengaja :( . tengah pakai losyen dalam kete , pastu nak g beli air terus lupa dah nak pakai balik . nasib baik Bonda tak marah sangat . risau juge !

anyway , terima kasih Abang sebab hadiahkan cincin emas ni untuk Sayang . hik3 . yeah i do love you .

29 October 2011

tuto : taruk lagu dalam blog.

bismillah .

dulu aku penah buat tutorial pasal mula2 nak buat blog , sila kelik sini .

hari ini dapat IM dari adik angkat kesayangan ku , Miss Umi tanya pasal macam mana nak letak lagu dekat dalam blog . cara nya teramat lah mudah akekeke .




LANGKAH 1

sila kelik sini untuk ke page lagu itu . nanti dia akan kua macam ni :


CTRL + klik untuk pembesaran gambar
oke dah kua macam dekat atas ye ? jom ke langkah 2 plak.




LANGKAH 2

ok dah bukak link macam dekat atas tu, korang buleh taip tajuk lagu kegemaran korang dekat tempat carian .  lepas dah taip tekan laa "Search" . apa ? tak jumpa ? sila tengok gambar rajah di bawah untuk penjelasan lebih lanjut .


CTRL + klik untuk pembesaran gambar


nak taip Perfect Two ke, Loving You ke , Meriah Kari ke , up to you lah . oke jum ke langkah ke 3 pulak ye adik kakak .




LANGKAH 3
tadi aku taip "Mariah Carey" . banyak jugak lagu yang keluar . lepas tu bile korang dah jumpe lagu yang korang nak , kelik dekat senarai dia tuh mana yang berkenan di hati ye . tengok gambar kalau tak paham .


CTRL + klik untuk pembesaran gambar


LANGKAH 4 

bile dah pilih lagu tu, dia akan loading page baru . biarkan dia selesai loading . selepas itu dia akan keluar page baru lah adooi . pastu scroll ke bawah dan lihat di bahagian kanan page , seperti gambar rajah di bawah .


CTRL + klik untuk pembesaran gambar
CTRL + klik untuk pembesaran gambar




LANGKAH 5

ada beberapa options nak taruk lagu tu dalam blog , iaitu :

(Option A)

haa tekan logo B seperti yang ditunjukkan dalam gambar di atas (LANGKAH 4) . selepas itu dia akan keluar macam ni,



CTRL + klik untuk pembesaran gambar


lepas tu isilah ape yang dia nak . dia akann otomatik akan masukkan lagu dalam blog.




(Option B)

benda ni boleh dibuat sekiranya anda sudah mahir pasal nak add widget dalam blog . apa itu widget ? kalo ade masa nanti aku terangkan ya .




tekan copy untuk men-copy-kan embed code . kemudian copy la dekat blog .


CTRL + klik untuk pembesaran gambar


*                    *                    *                    *                    *                    *

ha amacam ? dapat tak dengar lagu dekat blog tuh ? kalo tak dapat nanti komen2 ye . kbooii .

21 October 2011

lemah dan kuat

bismillah .

semalam ada perjumpaan bagi semua . kohort Pemulihan Bahasa Melayu . maksudnya semua junior dan senior dalam major Pemulihan berkumpul dalam dewan kuliah . anjuran Datin Rasyidah . tujuannya untuk menyatukan kami .

so senior buatlah beberapa aktiviti . sedikit malangnya junior ambilan 2011 ada yang tak hadirkan diri . sebab ape aku taktau . salah satunya mentor mentee . aku dapat senior Kak Nas . orang Kelantan and nice 'kakak' .

sebelum berakhir kami main game personaliti . sepotong kertas dibahagi kepada dua bahagian . satu untuk kelemahan dan satu lagi untuk kekuatan . tak paham ape aku taip ? memang aku fail lah . tengok gambar jom .


Kekuatan :
-berani
-yakin
-berdikari
-rajin buat ABM (alat bantu mengajar)
-kreatif
-berani mati punya orang (ni aku tau Aleng yang tulis)

Kelemahan :
-makan banyak
-suka merapu
-berjimat sangat
-kuat dengar lagu
-banyak cakap
-couple (jadahnye jadi kaitan ?)
-ngada2

sempat laa aku snap before bahagian kelemahan dikoyakkan dan dibuang manakala bahagian kekuatan disimpan dalam balang dan bakal disimpan dalam bilik Pemulihan .

sekian .

18 October 2011

penat dan miskin

minggu ni busy gile . serius . hari khamis ngan jumaat lepas ada pameran Hari Ilmu Pendidikan . untuk MQA tak habes habes ngan MQA!! rasanya . oke fine Sabtu Ahad rehat . hari senin ade kelas , oh kena setting untuk pameran ICT . ye pameran lagi . dan hari ni pameran ICT . habes dalam pukul 3.30 petang . pastu latihan kawad kaki plak pukul 5 sampai pukul 7 . malam setat balik pukul 8 lebih centu . habes kul 11 malam .

esok ade pertandingan kawad kaki . omaigoat oh kambing saya . penat siot . dahla takde duit .

MISKIN 

MISKIN 

MISKIN 

PENAT 


PENAT 


MISKIN PENAT 


kbai .

11 October 2011

guru oh guru

bismillah .

godek2 fb tadi jumpak benda ni . so baiklah aku post sini supaya jadi ingatan pada masa hadapan . hik3

GURU OH GURU

1. Menulis rancangan mengajar

2. Menanda kedatangan murid/pelajar

3. Menanda buku kerja murid. 1 murid = 3 buah buku 1 kelas = 45 orang murid Jumlah Buku bagi 1 kelas = 135 Buah buku Seorang guru akan mengajar sekurang-kurangnya 5 kelas > 5 X 135 = 675 Buah buku.

4. Menghadiri/ mengendalikan pelbagai jenis mesyuarat - Mesyuarat JKK sekolah - Mesyuarat Guru - Mesyuarat Sukan - Mesyuarat Panitia seorang guru mungkin ada 2 panitia - Mesyuarat PIBG - Mesyuarat Kelab Guru - Mesyuarat Kokurikulum - Mesyuarat Program lebih dari 6 program anjuran sekolah Hari Guru Maulidur Rasul Maal Hijrah Kemerdekaan Bulan Bahasa Hari Anugerah Sekolah Selamat

5. Aktiviti kokurikulum, kadang-kadang seorang guru bertanggungjawab terhadap 2 unit - Perjumpaan unit uniform kekadang hadir Sabtu - Perjumpaan permainan tambah untuk pertandingan pulak - Perjumpaan persatuan / kelab - Latihan rumah sukan setiap minggu

6. Menghadiri pelbagai jenis kursus dalaman / luaran

7. Mengisi pelbagai jenis borang. Borang keluar masuk & buku keluar masuk Borang emis / hrmis/ label Buku Hadir Kursus / balik dari kursus Borang Fleksi PMR / SPM Borang kehadiran murid ke kelas fleksi Buku Pemantauan / salah laku murid Buku catatan relief guru Buku tugasan mingguan Laporan mingguan Laporan keceriaan Borang menghantar dan mengambil kertas peperiksaan selepas mengawas peperiksaan Buku Kokurikulum murid Borang permarkahan kokurikulum

7. Menghantar murid ke Klinik

8. Mengisi maklumat murid di dalam file peribadi

9. Menceriakan bilik darjah selalunya duit poket sendiri

10. Mengisi markah ujian/ peperiksaan

11. Mengisi data murid SMM

12. Menangani masalah disiplin murid / pelajar

13. memasukkan data disiplin di dalam e-disiplin

14. Melayani karenah Ibu Bapa / penjaga

15. Mengecat sekolah

16. Membersihkan bilik / stor / bilik khas

17. Menganjurkan program-program wajib (Hari terbuka dsb)

18. Menyiapkan program Head Counting

19. Melaksanakan pelan tindakan PPD, JPN (seperti KIA2M, etc)

20 Menyiapkan file gerko, persatuan, kelab dan sebagainya

21. Menghantar murid ke pertandingan atau kejohanan

22. Mengendali masalah / kebajikan murid

23. Menunggu semua murid pulang sebelum guru pulang.

24. Mengadakan kelas tambahan, kelas intensif dan sebagainya

25. Menyediakan Bahan Bantu Mengajar (BBM)

26. Berniaga (jualan hari kantin, etc)

27. Menjaga kebajikan murid / ke rumah murid bermasalah

28. Bekerja lebih masa (menyiapkan pentas, backdrop, banner dsb)

29. Menyediakan kertas peperiksaan / ujian

30. Menanda kertas peperiksaan / ujian. 1 subjek 2 paper – 2 2 x 45 = 90 90 x 5 = 450 kertas

31. Perkembangan staf

32. Mengendalikan perhimpunan murid

33. Gotong-royong kadang2 guru perlu bawa semua alatan


* Terdapat lagi tugasan sebagai seorang guru terutama yang ada tugas khas….. tetapi cukuplah sekadar ini untuk nilaian kita bahawasanya tugas seorang guru amatlah berat. Walaupun kita sering menganggap cikgu cuti banyak dan sebagainya. Tetapi hakikatnya tugas seoran guru amatlah berat. Jarang sekali bagi pekerjaan lain membawa balik kerja-kerja pejabat ke rumah, berbanding guru yang terpaksa menanda buku dan menulis rancangan mengajar sehingga lewat malam. Sungguh besar pengorbanan mereka dalam mendidik anak bangsa kita. SELAMAT BERJUANG SEMUA GURU-GURU HANYA ALLAH SAHAJA YANG DAPAT MEMBALASNYA….. 

angka itu.

bismillah .

aku taktau lah kenapa aku sedikit obses dengan nombor . tambah2 kalau nombor chantek macam tarikh pada hari ini iaitu 11.10.11 . so bile nampak kat fb kawan aku tarikh ari ni , aku cepat2 bukak blog neuroshewazni ni untuk tengok daisypath aku . ehh chomel dah satu tahun 3 bulan . hoho .

cutekan ?
okbooi .

09 October 2011

from Semarak to PD

lepas majlis akad nikah semalam , makan sedikit ade jamuan dekat umahnye pengantin pompuan . pastu lepak jap terus angkat punggung . tup2 si BuBu bawak pegi PD ! yeah port dickson . hehe buat kerja gila lagi . balik malam aku drive . bawak kat highway je . tak berani bawak tempat yang kecik2 .




p/s : tah kenape gambar pusing2 aku taktau pusing ah kat sini !

08 October 2011

Selamat Pengantin Baru

bismillah .

alhamdulillah , hari ini 8/10/2011 maka satu pasangan telah disatukan . sahabat baik BuBu iaitu incik Fadhil ngan miss Adibah selamat disatukan tadi . malas nak ceta panjang meh tengok gambaq mehh .







tu je , kbooi .

HKL

bismillah .

cerita ni cerita semalam lagi . ari jumaat . pegi temankan BuBu ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) , sakit dada katanya . lama jugak cek , semua sekali dari kul 9 pagi sampai pukul 12 tengah hari . pergh siap g xray bagai . haha selamber rowk je pakai tshirt ngan seliper jepun . ah lantak lah . jadilah diri anda yang sebenarnya .

tengah tunggu giliran.

pas Jumaat ngengada nak tengok cite pulak . tnegok cite Johnny English Reborn . oloh lawak2 . pas habes ceta tu pegi jenjalan kat Times Square . hajat nak carik makan dekat food court . tapi LUPA yang food court floor 10 dah tukar ke bawahhh LG . tapi takpelah jalan2 dulu nampak fish spa :) so buat fish spa jap . hik3 seronok . rasa tenang dan rileks .

muka tahan geli kene geget ngan ikan :)

okie tu jelah aktiviti pada hari itu . hahaha

06 October 2011

1,2,3,4 i love you

tengah belek2 blog tadi , ehh baru perasan yang kami tapi aku punya blog! punya http://daisypath.com/  ada angka yang cukup menarik . hik3

1 tahun , 2 bulan , 3 minggu , 4 hari .

awlaa comel kan angka tuh . meh meh tepek kat blog jap .



 see , see . . .




comel kan ?? hik3 . gediks 

lama tak update

macam2 jadik dalam beberapa minggu ni . i mean setat last post aku sampai sekarang lah . haha . entah malas lah nak update . kang kata lebih2 .

cuma malam ni ade kerja BSMM nak kena buat . esok pagi teman BuBu pegi medical checkup dekat Hospital Tawakkal .

eh lupaa , aku ngan dia baik balik . kbooi

13 September 2011

hujan di tengah hari.

bismillah .

betul kata orang , ku sangka panas sampai ke petang , rupanya hujan di tengah hari . betul semalam terasa bahagia dengan kau . seronok .

tapi hari ini , semua itu akan berakhir . jangan kau salahkan aku . kau yang mulakan dahulu . kau ambil mudah kata-kata ku . kau sangka aku adalah wanita yang lemah lembut hatinya . kau silap sayang . aku bukan begitu .

memang betul aku terlalu sayang padamu . namun tindakan kau memang sudah melampaui batas bahkan sudah melimpah luah dan menenggelamkan seluruh bumi rata . bumi itu , hijauan nya mati lantaran lebihan tekanan . begitu juga hati ku .

aku tidak akan pernah sesekali menyesali keputusan ini . alhamdulillah , ku kenal siapa kau . sedangkan peluang kedua  yang ku diberi kau sia-siakan , inikan pula hati dan perasaan ku . kau silap .

selamat tinggal sayang . teruskanlah hanyut kau dan dunia kau . aku tidak bodoh untuk bersama hanyut bersama mu .

12 September 2011

pengalaman memandu di KL!

bismillah .

hari ni aku aku telah memandu kereta buat pertama kali di KL ni . ye aku tahu aku dah ade kat KL selama 3 tahun tapi ni 1st time aku drive . dem yu kutuk aku .

kereta yang jadi mangsa kali ni kompem2 laa kereta BuBu saya . tepek gamba jap

baru beli bulan 5 ritew
hik3 . sangat teruk aku memandu kereta tu ye makcik dan pakcik sekelian . hal ini kerna aku belum cekap kaki tekan klac dan minyak . HAHAHA . empunya kereta aku tengok air muka ok tapi aku tau dalam hati dia cuak . keh3 .

oh by the way , aku kena prektis banyak lagi bawak kete BuBu muchuk saya ni . insyaALLAH kena mahir sebab taun depan nak pakai kereta bawak pegi sekolah . hik3 . kbai .

29 August 2011

PBS Terakhir

bismillah .

PBS (Pengalaman Berasaskan Sekolah) pada sem ini adalah yang keempat yakni yang terakhir . untuk sapa2 yang tak tahu , PBS ni kejap je , seminggu je . kenapa aku kata last ? sebab mulai sem depan iaitu sem 5 , aku dah kena praktikum .

masa PBS kami tak buleh mengajar , hanya memantau sahaja . bile dah masuk praktikum , sudah mula kena mengajar lorh . praktikum yang pertama ni kena sebulan je . *so kena laa pinjam kete mak . kikiki*

oh , by the way nape cite pasal praktikum neh . lambat lagii . aku nak ceta pasal PBS dulu . hik3 .

gambar 1st day *sorry senget*

gambar 2nd day *eh tak senget pulak*


gambar 3rd day *sorry senget*

gambar 4th day *sorry senget*
Last day
hari last kene mengajar , sebab tu adalah tugasan esaimen . hik3 .


cerita lama , Mancing di Lumut .


bismillah .

ye memang cerita ni dah lama . dah masuk 1 bulan yang lepas . 30 dan 31 Julai lepas aku pergi mancing ngan BuBu dan kawan2 . dekat Lumut . mancing atas kelong . alah mancing laa sangat . mane laa aku reti . ni pestime kot . haha .

ok aku tak dapat ikan , BuBu yang dapat , tapi dapat pengalaman . pengalaman kutip kupam *kupang* , ribut atas sungai . hehe .

layan gambar meh . aku tak letak dalam fb , malas nanti ade orang bising2 .

menunggu bot
kami !


kutip kupam dengan akak Lyza

aww sengal


hehe naik bot lee
tu ikan yang BuBu dapat .
 sekian terima kasih !