tak suka buleh stop. maaf ya

Showing posts with label kerja maktab. Show all posts
Showing posts with label kerja maktab. Show all posts

09 June 2013

lamanyaaaaaa . dan jaminan posting dihapuskan .

bismillah .

amboi, lama betul aku tak tulis ape-ape dekat blog . almost 1 year . heh . rasa malas lah nak update blog . tapi malam ni , rasa nak update pulak .

by the way , kisah yang terbaru ialah kisah KPM nak hapuskan jaminan penempatan (posting) IPTA dan IPGM . rasa macam ade batu 50kg hempap kepala . TAPI , aku takmo cerita pasal ni . maleh maleh maleh . better aku sambung ape yang tak tersambung kann .

post kedua terbaru pasal ex nombor 5 . aku nak sambung plak cite pasal ex no 6 . haha !

till then ~

12 April 2012

1ST PRAKTIKUM

bismillah .

sepatutnya orang post pasal praktikum ni pada minggu pertama hari pertama yakni 19 Mac 2012 . tapi aku hapdet ni sehari sebelum tamatnya praktikum aku yang pertama pada esoknya hari yakni 13 April 2012 . kenapa aku tak buat macam tu . sebab pertama aku malas . kedua aku takde mood sebab nak tumpu pada RPH (rancangan pengajaran harian) budak2 ni . even gambo pon aku rasa malas nak amek !

so aku dah habis di interview , eh silap di observed oleh pensyarah dan guru pembimbing (terima kasih Puan Chin dan Kak Sharifah Hafizah-sebab banyak membantu) pada hari senin lepas . so memang rasa lega gila2 . elok plak hari rabu semalam cuti . memang heaven laa . tak sedor2 diri esaimen banyak boleh plak layan Dangerous Boys *sila google* yang SNSD buta reality show .

pening aku ngan dashbord baru blogger . adehh

dan paling bersyukur , markah praktikum adalah A untuk diriku dan partner praktikum miss Aini :) syukur alhamdulillah sangat2 .

so , sebelum tamat aku nak tepek gambar aku ngan anak murid yang aku kasihi . hew hew hew . sedih jugak deknon ooi , aku nak tinggalkan sekolah ni sebab senolah ni best . serius best tak tipu .



27 November 2011

Program Semarak Rukun Negara, Jom Ke Felda.

bismillah .

nah amek kau . panjang bebenor nama program tu . aku join satu program ni , lebih kurang macam program anak angkat jugak lah . stay dekat Felda .

program ni diadakan di sebuah Felda di Pendang , Kedah iaitu di Felda Lubuk Merbau . perghh memang best lah kan .

sebenarnya aku join program ni sebab aku nak release tensen . kau bayangkan lah 4 killer paper + 1 paper BSMM (Bulan Sabit Merah Malaysia) . dari 14/11 besday aku ni! sampai laa 18/11 . so aku pun join lee di samping tambah pengalaman . nak melancong je pon sebenornya .

perjalanan makan masa hampir 8 jam dari KL setat kul 9 pagi . tapi bahagia dapat tengok kiri dan kanan padi menghijau .

well aku malas nak cerita sangat pasal program ni . yang aku sangat2 hepi sebab aku dapat jumpa kawan lama yang memang lamaaa gilaaa tak jumpa . adala dalam setahun ? dua tahun ?

meh tengok aku tempek gambar beliau . hik3 single lagi ni ade sape berkenan tak ?


ok bai .

11 October 2011

guru oh guru

bismillah .

godek2 fb tadi jumpak benda ni . so baiklah aku post sini supaya jadi ingatan pada masa hadapan . hik3

GURU OH GURU

1. Menulis rancangan mengajar

2. Menanda kedatangan murid/pelajar

3. Menanda buku kerja murid. 1 murid = 3 buah buku 1 kelas = 45 orang murid Jumlah Buku bagi 1 kelas = 135 Buah buku Seorang guru akan mengajar sekurang-kurangnya 5 kelas > 5 X 135 = 675 Buah buku.

4. Menghadiri/ mengendalikan pelbagai jenis mesyuarat - Mesyuarat JKK sekolah - Mesyuarat Guru - Mesyuarat Sukan - Mesyuarat Panitia seorang guru mungkin ada 2 panitia - Mesyuarat PIBG - Mesyuarat Kelab Guru - Mesyuarat Kokurikulum - Mesyuarat Program lebih dari 6 program anjuran sekolah Hari Guru Maulidur Rasul Maal Hijrah Kemerdekaan Bulan Bahasa Hari Anugerah Sekolah Selamat

5. Aktiviti kokurikulum, kadang-kadang seorang guru bertanggungjawab terhadap 2 unit - Perjumpaan unit uniform kekadang hadir Sabtu - Perjumpaan permainan tambah untuk pertandingan pulak - Perjumpaan persatuan / kelab - Latihan rumah sukan setiap minggu

6. Menghadiri pelbagai jenis kursus dalaman / luaran

7. Mengisi pelbagai jenis borang. Borang keluar masuk & buku keluar masuk Borang emis / hrmis/ label Buku Hadir Kursus / balik dari kursus Borang Fleksi PMR / SPM Borang kehadiran murid ke kelas fleksi Buku Pemantauan / salah laku murid Buku catatan relief guru Buku tugasan mingguan Laporan mingguan Laporan keceriaan Borang menghantar dan mengambil kertas peperiksaan selepas mengawas peperiksaan Buku Kokurikulum murid Borang permarkahan kokurikulum

7. Menghantar murid ke Klinik

8. Mengisi maklumat murid di dalam file peribadi

9. Menceriakan bilik darjah selalunya duit poket sendiri

10. Mengisi markah ujian/ peperiksaan

11. Mengisi data murid SMM

12. Menangani masalah disiplin murid / pelajar

13. memasukkan data disiplin di dalam e-disiplin

14. Melayani karenah Ibu Bapa / penjaga

15. Mengecat sekolah

16. Membersihkan bilik / stor / bilik khas

17. Menganjurkan program-program wajib (Hari terbuka dsb)

18. Menyiapkan program Head Counting

19. Melaksanakan pelan tindakan PPD, JPN (seperti KIA2M, etc)

20 Menyiapkan file gerko, persatuan, kelab dan sebagainya

21. Menghantar murid ke pertandingan atau kejohanan

22. Mengendali masalah / kebajikan murid

23. Menunggu semua murid pulang sebelum guru pulang.

24. Mengadakan kelas tambahan, kelas intensif dan sebagainya

25. Menyediakan Bahan Bantu Mengajar (BBM)

26. Berniaga (jualan hari kantin, etc)

27. Menjaga kebajikan murid / ke rumah murid bermasalah

28. Bekerja lebih masa (menyiapkan pentas, backdrop, banner dsb)

29. Menyediakan kertas peperiksaan / ujian

30. Menanda kertas peperiksaan / ujian. 1 subjek 2 paper – 2 2 x 45 = 90 90 x 5 = 450 kertas

31. Perkembangan staf

32. Mengendalikan perhimpunan murid

33. Gotong-royong kadang2 guru perlu bawa semua alatan


* Terdapat lagi tugasan sebagai seorang guru terutama yang ada tugas khas….. tetapi cukuplah sekadar ini untuk nilaian kita bahawasanya tugas seorang guru amatlah berat. Walaupun kita sering menganggap cikgu cuti banyak dan sebagainya. Tetapi hakikatnya tugas seoran guru amatlah berat. Jarang sekali bagi pekerjaan lain membawa balik kerja-kerja pejabat ke rumah, berbanding guru yang terpaksa menanda buku dan menulis rancangan mengajar sehingga lewat malam. Sungguh besar pengorbanan mereka dalam mendidik anak bangsa kita. SELAMAT BERJUANG SEMUA GURU-GURU HANYA ALLAH SAHAJA YANG DAPAT MEMBALASNYA….. 

29 August 2011

PBS Terakhir

bismillah .

PBS (Pengalaman Berasaskan Sekolah) pada sem ini adalah yang keempat yakni yang terakhir . untuk sapa2 yang tak tahu , PBS ni kejap je , seminggu je . kenapa aku kata last ? sebab mulai sem depan iaitu sem 5 , aku dah kena praktikum .

masa PBS kami tak buleh mengajar , hanya memantau sahaja . bile dah masuk praktikum , sudah mula kena mengajar lorh . praktikum yang pertama ni kena sebulan je . *so kena laa pinjam kete mak . kikiki*

oh , by the way nape cite pasal praktikum neh . lambat lagii . aku nak ceta pasal PBS dulu . hik3 .

gambar 1st day *sorry senget*

gambar 2nd day *eh tak senget pulak*


gambar 3rd day *sorry senget*

gambar 4th day *sorry senget*
Last day
hari last kene mengajar , sebab tu adalah tugasan esaimen . hik3 .


14 July 2011

selamat ulang tahun ketiga, SAYANG !!

bismillah .

alhamdulillah pada hari ini iaitu 14 Julai , maka cukup sudah 3 tahun aku berada di Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Pendidikan Teknik Kuala Lumpur .

'lencana' kami . pergh ada gamba rimau tuu .


gambar di pintu gerbang . hehe


kad matrik dari sem pertama . heh

banyak perkara yang berlaku sepanjang tiga tahun berada di IPGM K.Teknik ni . kekadang tak rasa tiga tahun dah ade kat sini .

kenangan pon banyak dikutip . cinta paa profesion keguruan juga makin bertambah . dan alhamdulillah , aku rasa aku dah buat pilihan yang tepat .

malas nak taip panjang2 sangat . HAPPY ANNIVERSARY , SAYANG !!

04 July 2011

larian 1Murid 1Sukan

bismillah ~

alhamdulillah lah aku dapat join gak . memula aku tanak join sebab ade plan lain , hiking Broga (lain cerita) .
tapi sebab ramai yang ade kerja pagi sabtu tu , maka hiking dijalankan pada waktu malam ahad .

awal gile kot bangun !! 6.30 dah siap2 nak turun . dem2 . sebab 7.50 pagi dah tutup kehadiran . pastu aerobik jap . pastu dengar PM berucap sebarang dua , dan ape lagi setat lari lah .

aku memang lari , tapi lari jongging bukan jalan ye harap maklom . keke .

malas banyak cerita , mari tengok gambar .





p/s : korang jalan ke lari ????

result exam .

bismillah ~

alhamdulillah . kali ni dapat result yang masih dalam berkeadaan baik . bersyukur sangat . huhu . kalaulah aku belajar dengan lebih tekun , pasti dapat yang lagiii baik .

berapa result ? kekeke ~

13 April 2011

aku jadi mangsa plak !

dah lama tak menconteng dalam blog Merapu ni . dalam seminggu dua ni macam2 perkara berlaku . argh biasa laa esaimen lah , tugasan lah . ok  aku takmau ulas banyak2 pasal esaimen walaupun banyak perkara yang berlaku sekarang . now i want to talk about what happend today .

ari ni aku ke HEP sebab aku minta pengecualian kuliah . hal ini kerana .... (ceh skema lak ayat) aku ada schedule operate breast aku yang aku ceta dulu tu . apa tak tau ? meh kelik sini .

oleh kerana aku buat tu hari Sabtu , maka aku nak lah balik awal sikit hari Jumaat . sape tak takot kene bedah weii . so aku mitak la cuti ari Jumaat sebab ari Jumaat tu aku ade kelas lagi .

so permohonan aku ditolak . aku tak puas hati . aku tanya kenapa permohonan aku tak diluluskan ? kerani tu cakap tak tahu dan kalu nak tahu tanya kepada orang yang bertanggungjawab (OYB) .

so aku kua lah jumpa OYB . aku tanya kenapa . dia pon explen aku operate hari Sabtu bukan Jumaat . maka aku pon explen more lah aku kata aku buat di Kelantan . maka aku nak balik awal . boleh dia kata "balik la malam tu' .

wth ??? okai aku tenangkan diri aku kata "saya nak rehatkan badan dan fikiran . saya ni bukannya berani sangat" . okai lepas tu aku bagitau lagi maybe pihak hospital akan kasi cuti 1 minggu .

tau apa dia tanya ? kredit intraksi dah cukup atau belom . aku plak tak pasti . pastu OYB terus cakap panjang lebar yang kalau aku tak cukup interaksi aku tak leh masuk dewan exam . aku protes . aku kata macam mana saya tak dapat masuk sedangkan saya ada cuti ??

dia kata lagi "tak semestinya awak ada surat cuti kalu awak tak cukup jam interaksi awak tak leh masuk dewan jugak" . again aku menyumpah wth .

aku cakap kat dia bukan aku yang nak tarikh ini . pihak hospital yang kasi . last2 dia kata terpulang pada aku then dia luluskan permohonan aku .


seriushit aku tak paham dengan orang atasan ini . dulu pihak hospital mendesak aku melakukan bedah pada tarikh yang genting . saan aku nak pegi PBS (Pengalaman Berasaskan Sekolah - kene perhati proses PNP di sekolah dan ada kerja tugasan PROJEK kot!) . okai skip the next month . dapat laa tarikh tu . aku dah cakap kat doktor yang maktab ni macam leceh sikit . tau apa dia cakap "pihak kami akan hantar surat notis kepada pihak kolej anda . anda ada hak ke atas kesihatan diri anda" .

sekarang ni aku takmau cakap banyak . aku geram ! aku menjadi mangsa kepada dua2 pihak . apakah ???? satu pihak nak aku buat cepat2 sebab takut lump aku membesar . satu pihak lagi seolah2 tak nak kasi aku cuti . eh WHAT THE HELL hah ?????

nak salahkan siapa ni ??? nak salahkan penyakit ?? nak salahkan Tuhan sebab bagi penyakit ni ?? sumpah aku tak merungut dapat sakit ni . aku terima . tapi bila keadaan menekankan aku macam ni , aku geram tahu tak !!

sudahlah . dua2 macam B***H !!!

07 March 2011

Pengalaman Berasaskan Sekolah 3

bismillah.

sebenarnya hari ni adalah hari Isnin , hari kedua aku kat Sekolah Kebangsaan Hamzah (1) . hari pertama tak sempat nak hapdet sebab terlalu sibuk wooh . hari pertama dah kena buat kerja sedikit . apa kerja aku ? aku dan rakan-rakan kena jalankan ujian saringan kepada murid tahun 3 . semua sekali ada ntah berapa tapi aku buat untuk dua orang .

sekolah ni sekolah gred A . sekolah bestari . so , segala kerja menggunakan ICT . hatta nak amek kehadiran just scan tag nama je . pastu nak surat menyurat semua pakai virtual (maya) . pergh . mana kau nak cari sekolah macam ni kat Kelantan ? kL tak yah cakap laa kan . semua ni sebab Guru Besar dia terer komputer . semua software buat sendiri sebab GB ade ijazah software komputer (aku taktau nak sebut) . amek kau . so pengajaran aku , tak kira cikgu baru atau cikgu lama kene terer lah bab2 ICT ni . takkan tau pakai Microsoft Word je kut ?

oke hari ni hari kedua , aku dah mula menjalankan soalan tugasan yang diberi oleh pihak IPG walaupun masih lagi blur . huhuhuh . soalan tah pape je atau aku yang tak paham soalan ?? aku pun tak tau . tapi hari ni aku dan rakan2 kene tolong cikgu buat soalan diagnostik untuk PROTIM . kesian la weyh . budak darjah 4 tapi masih lagi merangkak membaca macam budak darjah 1 . tapi apa boleh buat ???

ni aku on9 dekat library sebab buat ujian tu dekat sini . tapi diorang rehat sekejap , so aku curik masa untuk hapdet jap . kui kui kui .

apepon , selamat berPBS kepada rakan2 yang setat PBS ari ni (sekolah setat ari Isnin spt kL , Pahang , Johor dll)

02 March 2011

KOT 2011 .

bismillah .

pada 1 Mac 2011 , maka bermulalah kemuncak Kejohanan Olahraga Tahunan . ceh . ayat skema je . banyak cakap tak guna . juara keseluruhan rumah kuning . yang last rumah aku , rumah biru . tapi walaupun last , aku tetap bangga dengan atlet rumah sukan aku sebab bagi acara adess aku lupa la plak 100x4 kot , ntah aku kureng bab2 nama ni , PECAH REKOD LAMA TUUU . korang ade ? miahahaha . wekk !!

mungkin semangat sukan tahun ni menurun kot . tapi tak kesah . hidup ni umpama roda . kejap kau atas , kejap kau bawah . arghh !! cakap banyak tak guna . meh tengok gamba meh .

maskot rumah sukan i , stich

tengah kawad
adess . rupanya2 takda sangat gamba . hahaha ! malas aku nak aplod . kalo korang dah jadi frens aku , leh ler tengok . kalo tak . sorry le . miahaha .

sekian .

Bulan Sabit Merah Malaysia - ada hikmahnya !

bismillah ~

terlebih dahulu haruslah dinyatakan bahawa aku dah terpilih masuk badan beruniform Bulan Sabit Merah Malaysia . huuu ~ my Mom dah la nurse , so sebenarnya aku tak suka sangat bab2 yang berkaitan ngan nurse ni . but , what to do ? aku nak sangat masuk KRS (Kadet Remaja Sekolah) sebab aku memang sukaaa sangat kawad . tapi tak dapat . dah banyak kali berusaha nak tukar , tapi pensyarah tak kasi . siap kasi brainwash kat aku lagi taww ~

tapi , tu cerita dulu . kini aku dah sedar apa hikmah disebaliknya . dulu aku sering tertanya2 kenapa aku tak dapat KRS atau Pengakap sebab itu pilihan pertama dan kedua aku . yang aku dapat pilihan ketiga . namun , aku tak nampak . aku hanya nampak apa yang aku suka , tanpa menyedari apa yang terbaik untuk diri aku .

sekarang aku dah sedar apa hikmahnya . pertama , ramai budak perempuan kelas aku yang terpilih . jap aku kira . ada ..... dalam 4 orang . ramai tuu . dan yang paling penting , kawad dalam BSMM bermula kaki kiri . sedangkan KRS bermula dari kaki kanan .

dari aku tingkatan 1 hingga aku masuk PLKN , aku tak pernah kawad kaki kanan . aku dah cuba , tapi masih pening . nasib baik aku tak masuk KRS . mereka pakai kaki kana untuk memulakan apa2 langkah . sekarang , aku dah mula memperkukuhkan lagi kepercayaan aku kepada yang Maha Esa .

kita mungkin tak dapat apa yang kita suka kan . tapi kita duberi pilihan yang lain . sesungguhnya , ALLAH itu Maha Mengetahu . DIA tahu mana yang terbaik buat kita . tak semestinya apa yang kita suka dan minat baik untuk diri kita .

mari lihat gamba aku kawad . ngeh3 .

tabik hormat !!

selepas kawad , my rumek injured lorh .
sekian .

01 November 2010

bola dan exam

wah3 ~ tak sia-sia aku pegi tengok bola dekat Stadium Bukit Jalil , Liga Piala Malaysia -Kelantan vs Negeri Sembilan- . walaupun bakal menghadapi final exam ari selasa , tapi semangat Kelantan punye pasal aku pegi jugak . tu pun sebab makcik aku , Suti , ajak aku pegi . dia yang sponsor . *thanx a lot Sutie!* . that's was my first time aku pegi stadium . lepas tu aku beli selendang ngan pakai kat kepala macam ninja tuhh .


wahh ~ aku sangat teruja . 4/5 jumlah kerusi stadium dikonker oleh penyokong dari Kelantan . semangat ouhh ~


amek kau . yang depan aku tu just penyokong Negeri Sembilan .

tapi , satu je yang buat aku terkilan dengan penyokong Kelantan . bila emosi baling botol dan mercun . bukan aku tak suka , tapi aku takut . nasib baik aku dok kat ats sekali . kesian orang kat bawah sana kena botol . kalau nak sumpah seranah , aku tak kesah sebab perkataan tak mencederakan tubuh badan orang lain . dosa tau . aniaya orang . aku pon ade gak maki hamun . biasa la . tapi kalu baling botol , harap jangan lah buat . kesian ouh . yang mercun tuh , fuhh kalu terbakar orang bawah camano ?

tu je lah yang aku terkilan . bab2 lain , ni halll ~ aku tabik spring sebab semangat kita orang Kelantan menebal . barulah betul perpaduan hidup . dan MENANG !! wauuu suke gileee ! sakit tekak aku bersorak . dan bersyukur ke hadrat ILLAHI atas kemenangan pasukan Kelantan .



yang paling best tu pertama kali aku masuk stadium , masuk stadium tengok bola , masuk stadium tengok bola dengan yang tercinta , masuk stadium tengok bola orang sponser . amek kau perkaitan dia . huhu sangat2 terima kasih dekat Sutie .

okeh dah habes cerita pasal bola , now cerita pasal exam pulak . aku punye tarikh keramat - 2, 10, 11, 15 ari bulan November . aduhh . aku dah study cukup-cukup , esok-esok serah pada takdir ALLAH je . moga-moga dengan izin-Nya aku dapat jawab semua soalan dengan jayanya ~ aminn .

dah cukup . sambung study lak ....

01 October 2010

keje.penat.rehat

alhamdulillah . setelah 2 minggu brtungkuh lumuh menyiapkan segala mala esemen , akhirnya AKU!! berjaya juga menyiapkannya walaopon ade lagi 1 taksempat nak hantar . takesah laa . janji dah siap . penat gile . sekarang ni aku rase nak tidoooo

zZzZzZzZzZzZzZZzzzzz~~

18 September 2010

hari ni di hostel .

ohoh . buka mata tengok2 bilik aku .
yelah dah semalam aku naik bus balik kL .
semalam sampai agak lewat , 10 jam perjalanan .
maka aku sampai kul 7 kat sini .
then tunggu chenta hati datang amek , lewat 30minit sebab jem .
pastu gi hostel letak bagasi aku and amek kawan sebab dia nak mitak tolong .
lepas selesai urusan dia dalam kul 10 cam uh , kami g anta kawan tu balik maktab .
sebab mase tu dia takmau balik lewat .
pastu aku terus ke agenda aku jumpa kak julie dekat setapak .
kak julie ni kawan aku mase kecik , dia ni cucu kepada pengasuh aku .
mulanya nak tido rumah dia , tapi tak jadi sebab thiba dah ade kat maktab .
so baik je aku tido maktab .
pastu jumpa , makan , dahla aku baru merasa nasik malam tu .
mase tu dah kul 11 .
tetibe kawan chenta hati aku ade kt sane .
almaklumlah dia dulu duk sini , dah 20 tahun duk sini .
dah makan2 suma , aku dah kenyang , kami balik . lepas anta kak julie .
mase tu dah pukul hampir 12 kot .
pintu pak gad kunci .
dia tanya aku kenapa lewat .
aku cakap pegi makan *hello aku memang pegi makan lah !*
after that aku tanya , kene tulis name lam buku ke , sebab aku dah lewatkan .
dia tanya aku balik ade tulis mase kua .
aku jawap tak sebab baru balik dari kampung .
aku tengok dia tak cakap pape *atau maybe dia nak sambung lag* , aku terus blah ar .
xde pasai aku nak dok situ lelama .
aku dah gile ngantuk macam ulo dah kenyang .
haha yang penting dah terubat rindu aku dekat chenta hati .
thanx sayang !

29 August 2010

1ST DAY SBE AT SK SRI NETING , KELANTAN

huu ~ ari petama-tama dah sampai lewat , gara-gara tertido lepas sahur . ngek tul . subuh tah kemana , baju kurung tak iron lagi . wdhjfk tol lah . tu laa malam tadi dok "nantilah prepare , nantilah prepare " . HAMBIK KAU NANTI ! da lewat padan muke aku .

aku masuk dalam sekolah dengan penuh tawadduk *cis xleh blah . tengok-tengok diorg dah berhimpun cis malu aku . then ade guru pompuan gamit aku dok kt depan perhimpunan . maluu sioott .

habes perhimpunan aku salam cium tangan ngan chegu-chegu pompuan kat tapak perhimpunan tuh . sume tanye , cikgu ganti ke , ros ke . aku dengan sopan santunye cakap " tak , saya pbs je *sume blurr* pengalaman berasaskan sekolah 1 minggu . then sume "ooo" . huhuhu . buat sorang-sorang kene laa pandai bawak diri . after that aku greet puan guru besar , mitak maaf sebab lewat then naik pejabat kumpul maklumat sekolah . alhamdulillah aku dah ade pengalaman mase 1stSBE dlu . so takde laa kekok sangat . after that aku terus cao gi bilik pemulihan . aku lepak situ *dengan keadaan sangat boring dan ngantuk* dari pagi sampai laa balik sekolah . chegu pemulihan situ , kak da ajak aku gi bilik guru . tapi aku segannn . lagipun esaimen sem ni berfokuskan major aku iaitu pemulihan bahasa Melayu so aku leh laa wat alasan lepaks situ . *sumpah esok kene bawak laptop* .

esok aku kene setat buat keje dah . after this kene cari printer and print soalan . hope sempat buat laaaaaaa ~ esuk nak g sekolah naik kete boleh tak ??? urrmmm .

18 August 2010

semalam~

alhamdulillah . seronok dapat berbuka bersama yang tersayang . terima kasih kepada en. MOHD FAIZUL sebab bawak saye pegi makan kat steak house . walaupun tekak kureng bab-bab makanan Barat ni, tapi alhamdulillah dapat gak dihabiskan jua . hehe . walaupun sebelom nak dapatkan steak house tu kene majok-majok dulu , namun berkat kesabaran Ramadhan *eh ade kaitan keee?* dapat jua laa makan kat situ . kesimpulannya , cakap pakai akal bukan perasaan .


bercakap pasal semalam , haa semalam merupakan majlis persaraan puan pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik Kuala Lumpur . betapa grand nye majlis beliau . yang paling best, 'kami' kasi dia loket berlian emas . pergh . kenangan yang sangat grannndd . wjfdkf . haha . mari layan gambar yang aku amek , kat bawah ni .



*sempat lagi si Haziq neh . haha*

09 August 2010

BIG yg seronok !

hari ni aku dan ahli kumpulan Pemulihan Bahasa Melayu telah menjalankan aktiviti BIG ( Bina Insan Guru ) di salah sebuah sekolah agama rendah d Klang . aku lupe plak name skolah tu . ampuan ape ntah . maafin yaa guru-guru di sana . sangat seronok sebab aku bersama lagi 3 orang sahabat telah mengendalikan senam taru yang terdiri daripada murid-murid tahun 5 . lepas tu kami buat mural . sangat chantek ! seronok buat ! mase tu lah ade murid pempuan kasi surat kat aku . nak tandatangan . pergh sekali macam artis daa . huhuh . malas nak cakap panjang-panjang , layan je gamba ~ zasssssss ~!!!!!!








04 August 2010

hari ini hari selasa ;)

kenapa ari ni ari selasa ? dah memang ari ni ari selasa laa .
tapi ape kene ngan ari selasa ? haa , ari ni kami telah menjalankan aktiviti mewarna di Prasekolah di IPG kami . memang sangat seronok sebab kami dapat ilmu camne nak kaler ngan cantik dan betul pakai CRAYON . hehe ni hasil nye . tapi hasil aku sorang jelah . sebab gamba lain ade ngn dak kelas aku .

sila , sila tengok .


haaa . cantik tak . chegu Prasekolah tu cakap warne zifarah , eh zirafah lagi susah . aku ni pulak suke an benda susa , so aku try buat sendiri lukisan ni dbimbing oleh beliau .

ni gamba 1st aku siap warne . camne , oke ke tak ? any commento ?


pastu oleh sebab aku punye gambar takleh warne warni , maka aku pun tambah laa sikit kaler kat bawah kaki zirafah tuh . hoho .


cantik kan ? ye saya suka !


23 July 2010

1st BOWLING !

wawawa . ari ni 1st aku blaja cmne nak baling bola boling ngn betul . kire aku ni beginner lah . *eh da memang beginner pon ceit! * bersama-sama my bff : Nor Ain Nizri and Thiba R. Vinthan maka kami pon belajar laa macam mana nak baling bola tuh dengan betul . agak seronok !
(cara balingan yang betul)

baling punya baling sebanyak tiga game , ye diulangi TIGA GAME , maka kami telah memperoleh kemajuan di tahap yang memberansangkan . tidak percaya ? ini buktinya :

dari ini kepada yang dibawah ini >>>

teeettttt . itu da cukup menggembirakan . tapi ade lagi yang lebih-lebih gembire meyh ! iaitu :

BERGAMBAR DENGAN KAK SHALIN !!