tak suka buleh stop. maaf ya

06 February 2011

scheduled date of breast surgery (part 1)

bismillah .

hari ni aku pergi hospital lagi setelah membuat biopsy pada tahun lepas ,  maka hari ni keluarlah result biopsy tersebut . resultnya , alhamdulillah ketulan tersebut bukanlah kanser atau barah . ia hanya ketumbuhan yang ape ntah doktor tu panggil . lebihan tisu ? ehh aku tak amek port sebab aku terlalu lemah untuk dengar sume ni .

lepas tu doktor lelaki , ye doktor LELAKI tersebut membuat pemeriksaan sekali lagi . aduhh . katanya semakin membesar . masyaALLAH . so doktor tu suggest operate secepat mungkin supaya lump tu tak jadi semakin besar . tarikh yang telah aku ambil adalah pada 16.4.2011 iaitu pada hari Sabtu .

masa nak cari tarikh ni , banyak betul perkara yang bermain di fikiran . aku tak boleh buat bulan 3 sebab aku perlu 'turun padang' (PBS-Pengalaman Berasaskan Sekolah) . ketika kami turun , kami dak2 IPG ni dikehendaki mengumpul maklumat untuk buat assigments . aduhh . terlalu suntuk masa itu .

tambahan lagi esaimen sume tu banyak yang berpartner dan group . aku agak risau . heyy !! bukan aku yang nak tarikh tu okayy !! aku dah cakap banyak kali aku akan sibuk tambahan lepas tu nak exam . korang mesti akan cakap "Apsal tak buat cuti sem nanti ?? " .

beb , sebenarnya otak aku dah berpusing cari alasan takmau operate dalam masa terdekat . namun doktor tu seakan mendesak aku buat secepat mungkin dikhuatiri akan bertambah besar dan payahlah nanti . adooi . aku tertekan . sampaikan aku menangis dalam bilik doktor tu sebab tekanan dari mak aku dan doktor .

tolonglah fahamm . ye memang aku nak mengelak tetapi aku mengelak bersebab . bulan 4 tu semua orang kritikal siapkan esaimen . tapi doktor , mak suruh buat cepat2 . masalahnya aku pun sibukk !! lepas buat pembedahan tu aku terpaksa bercuti selama 5 hari . you tell me 5 hari tu aku boleh buat macam2 . aku risau kalau group work aku salah faham . harap takk . sebab bukan aku nakkk .  waaa !! takutnya pembedahan .

entahlah . semangat aku pun dah hilang . sekarang gerun banyak menguasai diri . otak aku selalu terbayang2 macam mana nanti aku akan dioperate sebab aku hanya akan dibius tempat yang akan dibedah sahaja bermakna aku sedar dan boleh cakap , lihat , hidu dan dengar . aduhh . napa aku takde kekuatan ni .

dahlah . sekian . mood dah lari .

1 comment:

meowwmania said...

adik jgn risau walaupon sedar tp adik takan rasa sakit...

baik ikut nasihat doktor tu, toksah takut...

akk doakan smoga semuanya berjalan lancar, insya'Allah mudah-mudahan..