tak suka buleh stop. maaf ya

12 July 2012

2nd anniversary Zulwa

11 Julai 2012 - genap sudah 2 taun kami berkawan . banyak suka duka kami kecapi bersama . dia dah macam kawan baik aku dah . cakap "aku" "kau" , gurau kasar . takde nak detim2 pegi TS ke , Mid Valley ke . sekarang ni fokus pada kerja(dia) dan pelajaran(aku) . nak simpan duit nak kawin lagi . huhuhuhu .

eh eh terlebih 1 hari pulak . huhu sebab taip ni pada pukul 1 pagi


takde ape yang aku dapat beri pada dia , cuma satu album yang kumuatkan gambar kami bersama . seperti waktu mula kenal , mula jumpa , mula dating , buat aktiviti bersama (atau dengan kawan2 lain)

thanx abang sebab kasi sayang purse ni . sayang dah google , purse ni paling murah pun rm65 . mahal tuu . tapi takpelah orang dah kasi , sayang terima aja . thanx a lots .


ehh , terbalik pulee

07 May 2012

kau lupa sama aku ?!!

puii lah . aku ni sape bagi kau hah ? kau buleh lupa ? kau buleh lupa padahal aku dah mesej kau , ade pape bagitau dekat fon celcom . balik dari makan tadi kul 11 baru aku dapat tau ko g Nilai ? apasal kau tak bagitau aku ? ohh sorry lupa nak mesej tadi dekat nombor celcom sebab jalan2 . puii lah kau . fine . dulu sebelum nak bercinta hamboi kemain lagi kau ! aku tak balas mesej sikit kau tepon aku . aku tak mesej kau tepon aku lagi . kau memang ea . mudah lupa . takpe . kau akan rasa apa yang aku rasa sekarang . thanx a lot okeyh !

12 April 2012

1ST PRAKTIKUM

bismillah .

sepatutnya orang post pasal praktikum ni pada minggu pertama hari pertama yakni 19 Mac 2012 . tapi aku hapdet ni sehari sebelum tamatnya praktikum aku yang pertama pada esoknya hari yakni 13 April 2012 . kenapa aku tak buat macam tu . sebab pertama aku malas . kedua aku takde mood sebab nak tumpu pada RPH (rancangan pengajaran harian) budak2 ni . even gambo pon aku rasa malas nak amek !

so aku dah habis di interview , eh silap di observed oleh pensyarah dan guru pembimbing (terima kasih Puan Chin dan Kak Sharifah Hafizah-sebab banyak membantu) pada hari senin lepas . so memang rasa lega gila2 . elok plak hari rabu semalam cuti . memang heaven laa . tak sedor2 diri esaimen banyak boleh plak layan Dangerous Boys *sila google* yang SNSD buta reality show .

pening aku ngan dashbord baru blogger . adehh

dan paling bersyukur , markah praktikum adalah A untuk diriku dan partner praktikum miss Aini :) syukur alhamdulillah sangat2 .

so , sebelum tamat aku nak tepek gambar aku ngan anak murid yang aku kasihi . hew hew hew . sedih jugak deknon ooi , aku nak tinggalkan sekolah ni sebab senolah ni best . serius best tak tipu .



19 March 2012

1st Praktikum .

Bismillah ~

takde nak taip pape .
cuma nak habaq mai esok dah mula praktikum untuk 1st .

ok sekian .

13 March 2012

BUNOHAN

bismillah .

pada sape2 yang tak tau , aku tinggal di Kampung Bunohan . ye nama "Bunohan" telah jadi satu nama komersial movie . takut baca atau dengar perkataan Bunohan ? haha

mari berkenalan dulu dengan Kg Bunohan . masih berada di dalam negara Malaysia . terletak lebih kurang 24km (kot) dari Kota Bharu . berada dalam daerah Tumpat , Kelantan .

selama aku menetap di sini , alhamdulillah baik-baik aja . lagi mengerikan kot kalau dengar nama Kampung Bunohan , lepas tu pergi membeli belah dekat kawasan bebas cukai Pengkalan Kubor.

dulu sebelum dok sini risau , ngeri , menggelabah . tapi lama2 , takde pape pun . kampung dia pun takde laa besar sangat .

tak sabar nak tengok cite tu . har har har . meh tengok trailer dia dulu . >>>

12 March 2012

N.O

taktau nak taruk tajuk apa .

dulu aku dikatakan sebagai amek duit dia .
tanpa dikau ketahui , selame ni aku lah yang tolong hidup dia . heh seorang pelajar support pekerja ?
walau hutang pon , akan dibayar balik pon . dikira aku dah tolong jugak .
bukan sekali , tapi boleh kira kalau ade 40 bulan setaun , 40 kali laa aku tolong dia .

then , aku dikatakan mengontrol sidia .
ouch . aku taktau sidia busy ! aku lagi sekali kena .
if you don't like me then fine .

inikah harga kesabaran yang perlu aku bayar ?

11 March 2012

myBaby-WS741

bismillah .

lama betul tak menconteng !

syukur kepada ALLAH sangat2 sebab urusan beli kereta 2nd-hand dah selesai . huhu . so aku panggil dia as "myBaby" .

bernombor-plat-kan WLS 741 , dibuat pada taun 2004 . harga ? aku rahsiakan lah . hahahha .

i'm just thinking about this since i paid the car deposit long time ago . W-L-S is Wawa Love School , while 741 is wawa always at school at 7.41 am early in the morning . haha . tapi kawan aku si A kata "Wawa Love Saiful" . citt ! tu ex aku lah ! dah jadi laki orang dah pon . ah barang yang lepas usah dikenang . so ade pulak kawan si B ni kata , "Wawa Leaves Saiful" HAHAHAHA yang ni aku sangat2 laikk !

kereta ni aku beli bukan sebab kehendak , tapi keperluan . since aku kena pergi praktikum (akan cite next entry) so aku takde transport . memang ada dak batch aku satu sekolah , tapi course lain-lain . so aku dengan Aini je lah berdua dak course Pemulihan BM . takpe , at least aku leh biasakan diri bawak kereta .

meh tengok myBaby saya . sekarang ada dekat rumah bakal-mertua famili myBuBu dekat Rawang . hope okeylah dekat sana at least da orang jaga . huk3 .


myBaby and myBuBu

07 March 2012

Wordless Wednesday . hik3



INSYAALLAH .
COMING SOON .




25 January 2012

Happy Bestday Bonda .

bismillah .

hari ni mengikut kalendar omputeh (bukan kalendar Islam lah maksud i) , 25 Januari 2012 adalah bestday Bonda yang ke 57 . biasa pangkat umoq macam ni dah ade seorang dua cucu . hik3 gatai noh ! 

so , sesudah amek wuduk before solat , i pergi dekat salam cium tangan , ucap happy bestday , cium pipi dan hugs . my Bonda tak sangka , i mean dia tak ingat hari ni bestday dia . oh ade ye orang yang lupa ? sorry aku pun kadang2 lupa juga .

by the way Bonda , may ALLAH bless you always . i love you so so so so muchhh .

Bonda saya :)

23 January 2012

balik lambat dan Papa Meow

bismillah .

aku balik kampung pada cuti raya Cina ni amatlah terlewat 2,3 hari sebab tiket ketapi habes . well i said , aku beli tiket ni masa mula-mula dia bukak pada tahun lepas . yes , TAHUN LEPAS . i was sad tapi takpelah . then satu hari (lepas amek tiket) , i bacalah new entry Papa Meow nye , dia kata 21/1/2012 ni nak buat potluck . WAAA !! ada can . ada hikmah disebalik lewat balik kampung .

so i bagitau myBuBu nak pegi sana . hehe leh jumpa Papa Meow . apa ? tak kenal sapa Papa Meow ? boleh tekan sini untuk baca blog beliau . truly animal lover .

so pergilah i ke sana . disebabkan i dok asrama , so payah laa nak masak kan . so i belikan je 1 kotak Teh Bunga i karton . hik3 . nasib baik laku .

mari saya perkenalkan beberapa animal lover yang menjadi inspirasi saya selama ni .

 ni Papa Meow .
ni link blog beliau : Kucing Terbiar

ni plak Tatak GT Hans , dia seorang guru .
ni link blog dia : Shomey Shayang

ni kak MeowwMania .
ni link blog dia : MeowwMania

 ekceli ramai lagi animal lover kat sana macam Kak Chika and Mami , Kak Ruby , Pak Ngah dan Mak Ngah , sape lagi erk . tapi tak de laa kenal rapat sangat . tapi bile dah jumpe tu perasaan macam jumpa artis ! wohoo . i love this feeling .





mari mari tengok lagik gambau di pesbuk i . miahahaha .

06 January 2012

calon JPP

bismillah .

aku taktaulah sama ada kejadian ni ada kesinambungan dengan kes haritu (kelik sini:tak payah perli) . tapi aku memang terkozut haa dengan undian untuk jadi calon JPP sesi 2012/2013 .

hari ni ketua kelas suh semua dak2 kelas aku cabut undi nama untuk pencalonan JPP lah . aku p tulis orang lain . memang main tulis aje ah . pastu bile tau result ciss sila tengok gambar di bawah :

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
V


apakah ini ??? woooo nama aku tercalun pulakkkk . adessssss . tapi takpe , ni baru pencalonan . ade berpuluh2 orang lagi yang dicalonkan . mungkin orang lain takkan pilih aku sebab aku pon taknak . miahahaha . orang yang suka buat masalah macam aku ni nak jadi JPP ? kirim salam aje lah . buat rosak maketab je . bio lah aku takde ape2 jawatan pomm . hahaha . takde sape kenal bahawa Neuro Shewazni : Nur Wardah . hahahaha .

05 January 2012

siapa meng-screening number-kan aku?

bismillah .

kira straight to the point lah eh . sejak dua menjak ni , erm ade laa dalam 4 hari ni aku susah bebeno nak kontak ngan sidia . yes kau bayangkan bila call berpuluh kali tak angkat , mesej beribu tak berbalas . dan bila dia call kita tau apa jawapan ??

"tak dapat pun mesej mama , langsung takde taktau kenapa?"

walhal depan2 aku dia buleh call dan mesej rakan sekerja , buleh berbalas dan terima sms orang lain .

maka pada malam itu aku pun berpikirlah sampai aku pergi mandi . masa tengah mandi tu pun aku duk pikir lagi , "what happen exceli ni ?" . and aku taktaulah kenapa setiap aku aku berpikir dalam tandas mesti akan muncul idea2 bernas .

AHHA ! kepala aku ni memang bernas . aku membuat hipotesis bahawa nombor aku telah discreeningkan dalam henfon sidia tuh . maka aku pun jalankanlah uji kaji dekat henfon aku , btw aku pakai henfon nokia cabuk(celcom) ngan sony erricson yang cabuk juge (maxis) .

okey aku letakkan nombor maxis aku dalam screening number . then aku try call celcom pakai maxis aku tuh . sememangnya kalau call no tu je yang naik . langsung takde bunyi takde getaran . mesej yang dihantar tidak muncul pada henfon nokia aku .

aku taktaula korang paham ke tak part atas ni . maksud aku screening number tu kita guna bila ada nombor yang menyemakkan dalam hidup korang asik ganggu korang . tak perlu pergi maxis atau celcom atau digi centre untuk sekat atau blockkan nombor tu . tapi benda ni ade dalam henfon nokia cabuk je . yang lain aku taktau .

so hari ni aku keluar ngan sidia dan aku mula menjalankan sepot cek . aku cuba mesej tapi takde mesej yang muncul di henfon dia . lepas tu aku call , huh memang ada tanda2 seperti di atas .

maka aku pun bukalah senarai nombor yang discreeningkan itu . ternyata memang ada nombor aku dekat situ . dan serius aku rasa sebak sangat ... well bagi aku kita akan sekat nombor tu sebab pemilik tu umpama penyebok dalam hidup kita . tapi kenapa nombor aku ade dalam senarai sekat ? aku ni kan gf dia .

serius aku sebak , tangan aku menggigil menahan sebak dan tangis air mata . malu kot sebab dalam kedai makan yang ramai orang pule . aku direct cakap dekat dia ,

"orang taktau laa dia sengaja atau tidak sengaja letak nombor orang dalam ni . ni cara orang nak sekat nimbor yang tidak dikehendaki "

lepas tu masing2 sume jadi badmood . aku cuba untuk kool kan diri . aku taknak salahkan dia walau hati aku sakit dan dia takde pulak nak mintak maaf ke hape .

tapi yang aku sedih , sebak sangat bila dia hantar mesej lepas hantar aku balik maktab ,

"AKU DATANG DARI JAUH MCAM NI KO BUAT. K"

what the heck ??? aku pulak yang kena ?? serius shit aku takkan maafkan siapa yang letakkan nombor aku dalam tu . kalau betul tak suka aku , fine pegi pm inbox aku , taip "wey aku tak suka kau kapel ngan faizul" then settle aku putus je ngan dia biar semua orang happy . puas hati !

sekarang ni susah nak caya kan . hatta sidia sendiri . memang lepas ni aku takkan kacau dah . lepas ni dia nak buat ape buatlah . bukan semua orang sukakan kita kann . k fine .