tak suka buleh stop. maaf ya

12 July 2012

2nd anniversary Zulwa

11 Julai 2012 - genap sudah 2 taun kami berkawan . banyak suka duka kami kecapi bersama . dia dah macam kawan baik aku dah . cakap "aku" "kau" , gurau kasar . takde nak detim2 pegi TS ke , Mid Valley ke . sekarang ni fokus pada kerja(dia) dan pelajaran(aku) . nak simpan duit nak kawin lagi . huhuhuhu .

eh eh terlebih 1 hari pulak . huhu sebab taip ni pada pukul 1 pagi


takde ape yang aku dapat beri pada dia , cuma satu album yang kumuatkan gambar kami bersama . seperti waktu mula kenal , mula jumpa , mula dating , buat aktiviti bersama (atau dengan kawan2 lain)

thanx abang sebab kasi sayang purse ni . sayang dah google , purse ni paling murah pun rm65 . mahal tuu . tapi takpelah orang dah kasi , sayang terima aja . thanx a lots .


ehh , terbalik pulee

07 May 2012

cerita ex aku #5

bismillah .

malam ni aku nak sambung cite pasal ex aku selepas yang ni (kelik sini) . tah malam ni aku jiwang sikit gara2 kes mamat ni . yep memang sekarang ni aku dok jiwang sambil dengaq lagu-lagu 90an . pergh malam-malam buta ni pulak.

okey sambung . lepas aku break ngan si Adie , tak lama aku 'dirisik' oleh Nazri . orang panggil dia abe Yie . hok3 . kami kenal pong lepas aku stay umah bff aku . kira dia ni sepupu la ngan bff aku .

cite aku ngan dia bermula bila satu malam ade 2 orang sepupu lelaki bff aku datang umah . yelah aku stay uma dia , so ade laa yang gatal nak kenal kan . dah nak tengah malam sikit , diorang nak balik . aku memang stayy je dalam bilik sebab aku ni kan pemalu *pewasan!* . bff aku masuk bilik cakap "wey wawa ada orang nak nombor tepong mu" . dah aku single mingle kan , so aku kasi jelah . mesej punye mesej lah malam tu . adooi . lawak2 .

tah bile si Nazri ni mitak kapel aku pong dah lupe . yang aku ingat masa tu aku masih lagi dok umah bff aku , sebab kursus BI ngan komputer ada 3 hari seminggu tak silap . waktu tu kami dating dalam rumah je pong . jangan salah paham . dalam rumah bff aku tu ada mak ayah dia , adik beradik dia ada 6 termasuk bff aku tuh . kami dating depan pintu umah sambil hirup udara malam . hak3 . bila dia dah balik umah , sambung mesej lagi . 

ada satu hari aku ada bukak mesej bergambar dari seseorang . mesej love2 . dulu2 pakai nokia 3310 je pong . bila aku tanya ni sapa , dia kata kawan dia pakai henset dia untuk terima mesej awek dia . mati2 aku caya doh . innocent betei ! tapi waktu tu , hubungan kami macam dah renggang . dulu selalu je kua dating hari Jumaat *hari dia cuti* . lepas solat Jumaat aku pi jumpa dia . tapi lepas tu aku keje , susah betul nak kua . ade je alasan nak pegi sana lah , sini lah . aku pong caya lah kan . memang aku ni senang nak mempercayai orang .

ada satu kenangan yang aku takkan lupa ialah masa tu ada pilihanraya taun 2007 . masa tu aku dok sokong BN , dia lak sokong PAS . aku berdebatlah ngan dia . aku cakap kita takleh nak kejar akhirat saja , dunia pong kita kena jaga juga . lepas kami berdebat gitu dia terus kata "Macam mana nak jadi isteri kalau masa ni dah tak dengar cakap abang?" . heh , punya la aku hangin doh dia cakap gitu . eh helo ko tu baru je boipreng aku . bukan laki aku . tak semestinya aku perangai kasar masa kawan , dah kawin pong sama gak . dah kawin mestila aku tau batas2 percakapan seorang isteri kepada suami supaya suami tak terasa hati dengan kita . syurga bawah tapak kaki suami . tu aku taulah . ngek tul . haha memang aku takkan lupa kenangan ni .

tak lama lepas tu , aku dapat tau aku kena gi Program  Khidmat Negara atau nama pendek PLKN , dapat dekat Perlis pulak tu . waktu tu hubungan kami macam dah pudar . tapi aku try pertahankan lah . okey aku bertolak dari Kota Bharu dalam pukul 8 macam tu . sedih juga nak tinggalkan Bonda kesayangan sorang2 . 3 bulan beb . adeeii . aku sampai sana petang dalam pukul 5,6 petang macam tu . ari tu kami bebas lagi lah . henset masih lagi dekat tangan . pihak pengurusan PLKN kasi can lagilah .

waktu tu malam . aku terima satu sms ni . dia tanya aku , apa hubungan aku ngan Yie . aku cakap lah aku ni gf dia . dah memang aku gf dia kan . dia balas balik , dia kata dia adik angkat Yie . so i just "ohh yeke ok" . tapi tak lama lepas tu , dia kata dia gf Yie pulakk ! aku pong dah heran mana satu betul ni . pastu si Nazri ni plak tepon2 aku , marah2 aku sebab aku bagitau kat minah tadi yang aku gf dia . eh watdehel dah memang aku gf dia . seriusly aku sedih gile hari tu . dahla hari 1st aku sampai dekat sini , dapat balak pulak buat hal . memang terbaik .

the next day , pompuan tu konon2 nak komplot ngan aku supaya kami jangan ada apa2 hubungan ngan si Nazri tuh . aku say ok lah . plus aku memang dah rasa sangat2 sakit hati ngan Nazri . tapi ... adoila minah ni boleh plak suh aku jangan kontek Nazri sebab dia takleh tinggalkan si Nazri tuh . apahal laa minah ni . kau nak amek , amek jelah . si Nazri plak suh aku jangan buat aweks dia sakit hati sebab diorang nak tunang masa keputeraan Kelantan . aku just , fine ~ do wateber you want . macam laa haku kesah kan .

beberapa hari lepas tu , henset kami kena simpan ngan pengurusan PLKN . aku pong dah jadi lupa dekat si Nazri tuh . sebab busy dengan aktiviti , seronok banyak aktiviti , kawan2 baru . memang aku bahagia . syukur , ada hikmah di sebaliknya .

so , weekend tiba . tiap2 minggu setat malam sabtu henset akan diberi kepada pelatih . tapi masa minggu pertama tu diorang kasi pagi sabtu . bila aku bukak je , bertalu-talu mesej masuk . huh kebanyakannya dari si Nazri . boleh dia mitak aku balik ? eh eh awok ni . nak tau apa dia tulis ? dia suh aku call balik . dia mitak maaf . dia tak jadi tunang ngan pompuan tu . dia kata pompuan tu pakai guna2 sihirkan dia . eh ape2 jelah . tapi tah kenapa hati aku lembut , aku on balik ngan dia . lepas peristiwa tuh , aku rasa macam dia taking care aku lebih . tapi tahlah . kita tak nampak kan ?

waktu kat PLKN tu , aku ada cuti raya cina , so baliklah Kelantan jap . masa cuti tu , aku ada jumpa dengan  dia . haha aku dah tak lembut macam mula2 kapel dulu . memang aku macam kasar . siap dia kata lepas aku g PLKN aku jadi kurang ajar ngan dia . aku tanya dia balik , sape yang buat hal . tak ngaku woo .

aku pegi PLKN balik . tapi aku tak sure aku on lagi ke tak lepas tu . sebab masa kat PLKN aku kapel ngan dak PLKN aku sendiri . alah bukan lama pong . tu pong jantan tu ramai pompuan . haha . buleh pulak dia tipu aku nama dia Armand . mati2 aku caya . padahal nama dia tak silap aku , Muhammad bin Ya . eh yeke ntah dah lupa . selingan lah sikit ye . tapi aku tak anggap dia sebagai ex aku pong . sebab dah macam main2 je . lupa kann ~

so , macam tu jelah kisah aku ngan si Nazri . takde la lama sangat ngan mamat ni . 3,4 bulan je kot ? lepas aku masuk IPG (baca : maktab) masa aku single , si mamat ni ada mitak kapel balik . tapi huh tak hingin aku . aku dah masuk IPG baru nak terhegeh2 . sorry bro . dulu masa aku takde pape ko tak hargai aku . so , watpe aku nak hargai ko ?

nanti aku sambung ex aku yang ke 5 . :P

kau lupa sama aku ?!!

puii lah . aku ni sape bagi kau hah ? kau buleh lupa ? kau buleh lupa padahal aku dah mesej kau , ade pape bagitau dekat fon celcom . balik dari makan tadi kul 11 baru aku dapat tau ko g Nilai ? apasal kau tak bagitau aku ? ohh sorry lupa nak mesej tadi dekat nombor celcom sebab jalan2 . puii lah kau . fine . dulu sebelum nak bercinta hamboi kemain lagi kau ! aku tak balas mesej sikit kau tepon aku . aku tak mesej kau tepon aku lagi . kau memang ea . mudah lupa . takpe . kau akan rasa apa yang aku rasa sekarang . thanx a lot okeyh !

12 April 2012

1ST PRAKTIKUM

bismillah .

sepatutnya orang post pasal praktikum ni pada minggu pertama hari pertama yakni 19 Mac 2012 . tapi aku hapdet ni sehari sebelum tamatnya praktikum aku yang pertama pada esoknya hari yakni 13 April 2012 . kenapa aku tak buat macam tu . sebab pertama aku malas . kedua aku takde mood sebab nak tumpu pada RPH (rancangan pengajaran harian) budak2 ni . even gambo pon aku rasa malas nak amek !

so aku dah habis di interview , eh silap di observed oleh pensyarah dan guru pembimbing (terima kasih Puan Chin dan Kak Sharifah Hafizah-sebab banyak membantu) pada hari senin lepas . so memang rasa lega gila2 . elok plak hari rabu semalam cuti . memang heaven laa . tak sedor2 diri esaimen banyak boleh plak layan Dangerous Boys *sila google* yang SNSD buta reality show .

pening aku ngan dashbord baru blogger . adehh

dan paling bersyukur , markah praktikum adalah A untuk diriku dan partner praktikum miss Aini :) syukur alhamdulillah sangat2 .

so , sebelum tamat aku nak tepek gambar aku ngan anak murid yang aku kasihi . hew hew hew . sedih jugak deknon ooi , aku nak tinggalkan sekolah ni sebab senolah ni best . serius best tak tipu .



19 March 2012

1st Praktikum .

Bismillah ~

takde nak taip pape .
cuma nak habaq mai esok dah mula praktikum untuk 1st .

ok sekian .

13 March 2012

BUNOHAN

bismillah .

pada sape2 yang tak tau , aku tinggal di Kampung Bunohan . ye nama "Bunohan" telah jadi satu nama komersial movie . takut baca atau dengar perkataan Bunohan ? haha

mari berkenalan dulu dengan Kg Bunohan . masih berada di dalam negara Malaysia . terletak lebih kurang 24km (kot) dari Kota Bharu . berada dalam daerah Tumpat , Kelantan .

selama aku menetap di sini , alhamdulillah baik-baik aja . lagi mengerikan kot kalau dengar nama Kampung Bunohan , lepas tu pergi membeli belah dekat kawasan bebas cukai Pengkalan Kubor.

dulu sebelum dok sini risau , ngeri , menggelabah . tapi lama2 , takde pape pun . kampung dia pun takde laa besar sangat .

tak sabar nak tengok cite tu . har har har . meh tengok trailer dia dulu . >>>

12 March 2012

N.O

taktau nak taruk tajuk apa .

dulu aku dikatakan sebagai amek duit dia .
tanpa dikau ketahui , selame ni aku lah yang tolong hidup dia . heh seorang pelajar support pekerja ?
walau hutang pon , akan dibayar balik pon . dikira aku dah tolong jugak .
bukan sekali , tapi boleh kira kalau ade 40 bulan setaun , 40 kali laa aku tolong dia .

then , aku dikatakan mengontrol sidia .
ouch . aku taktau sidia busy ! aku lagi sekali kena .
if you don't like me then fine .

inikah harga kesabaran yang perlu aku bayar ?

11 March 2012

myBaby-WS741

bismillah .

lama betul tak menconteng !

syukur kepada ALLAH sangat2 sebab urusan beli kereta 2nd-hand dah selesai . huhu . so aku panggil dia as "myBaby" .

bernombor-plat-kan WLS 741 , dibuat pada taun 2004 . harga ? aku rahsiakan lah . hahahha .

i'm just thinking about this since i paid the car deposit long time ago . W-L-S is Wawa Love School , while 741 is wawa always at school at 7.41 am early in the morning . haha . tapi kawan aku si A kata "Wawa Love Saiful" . citt ! tu ex aku lah ! dah jadi laki orang dah pon . ah barang yang lepas usah dikenang . so ade pulak kawan si B ni kata , "Wawa Leaves Saiful" HAHAHAHA yang ni aku sangat2 laikk !

kereta ni aku beli bukan sebab kehendak , tapi keperluan . since aku kena pergi praktikum (akan cite next entry) so aku takde transport . memang ada dak batch aku satu sekolah , tapi course lain-lain . so aku dengan Aini je lah berdua dak course Pemulihan BM . takpe , at least aku leh biasakan diri bawak kereta .

meh tengok myBaby saya . sekarang ada dekat rumah bakal-mertua famili myBuBu dekat Rawang . hope okeylah dekat sana at least da orang jaga . huk3 .


myBaby and myBuBu

07 March 2012

Wordless Wednesday . hik3



INSYAALLAH .
COMING SOON .




25 January 2012

Happy Bestday Bonda .

bismillah .

hari ni mengikut kalendar omputeh (bukan kalendar Islam lah maksud i) , 25 Januari 2012 adalah bestday Bonda yang ke 57 . biasa pangkat umoq macam ni dah ade seorang dua cucu . hik3 gatai noh ! 

so , sesudah amek wuduk before solat , i pergi dekat salam cium tangan , ucap happy bestday , cium pipi dan hugs . my Bonda tak sangka , i mean dia tak ingat hari ni bestday dia . oh ade ye orang yang lupa ? sorry aku pun kadang2 lupa juga .

by the way Bonda , may ALLAH bless you always . i love you so so so so muchhh .

Bonda saya :)

23 January 2012

balik lambat dan Papa Meow

bismillah .

aku balik kampung pada cuti raya Cina ni amatlah terlewat 2,3 hari sebab tiket ketapi habes . well i said , aku beli tiket ni masa mula-mula dia bukak pada tahun lepas . yes , TAHUN LEPAS . i was sad tapi takpelah . then satu hari (lepas amek tiket) , i bacalah new entry Papa Meow nye , dia kata 21/1/2012 ni nak buat potluck . WAAA !! ada can . ada hikmah disebalik lewat balik kampung .

so i bagitau myBuBu nak pegi sana . hehe leh jumpa Papa Meow . apa ? tak kenal sapa Papa Meow ? boleh tekan sini untuk baca blog beliau . truly animal lover .

so pergilah i ke sana . disebabkan i dok asrama , so payah laa nak masak kan . so i belikan je 1 kotak Teh Bunga i karton . hik3 . nasib baik laku .

mari saya perkenalkan beberapa animal lover yang menjadi inspirasi saya selama ni .

 ni Papa Meow .
ni link blog beliau : Kucing Terbiar

ni plak Tatak GT Hans , dia seorang guru .
ni link blog dia : Shomey Shayang

ni kak MeowwMania .
ni link blog dia : MeowwMania

 ekceli ramai lagi animal lover kat sana macam Kak Chika and Mami , Kak Ruby , Pak Ngah dan Mak Ngah , sape lagi erk . tapi tak de laa kenal rapat sangat . tapi bile dah jumpe tu perasaan macam jumpa artis ! wohoo . i love this feeling .





mari mari tengok lagik gambau di pesbuk i . miahahaha .

06 January 2012

calon JPP

bismillah .

aku taktaulah sama ada kejadian ni ada kesinambungan dengan kes haritu (kelik sini:tak payah perli) . tapi aku memang terkozut haa dengan undian untuk jadi calon JPP sesi 2012/2013 .

hari ni ketua kelas suh semua dak2 kelas aku cabut undi nama untuk pencalonan JPP lah . aku p tulis orang lain . memang main tulis aje ah . pastu bile tau result ciss sila tengok gambar di bawah :

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
V


apakah ini ??? woooo nama aku tercalun pulakkkk . adessssss . tapi takpe , ni baru pencalonan . ade berpuluh2 orang lagi yang dicalonkan . mungkin orang lain takkan pilih aku sebab aku pon taknak . miahahaha . orang yang suka buat masalah macam aku ni nak jadi JPP ? kirim salam aje lah . buat rosak maketab je . bio lah aku takde ape2 jawatan pomm . hahaha . takde sape kenal bahawa Neuro Shewazni : Nur Wardah . hahahaha .

05 January 2012

siapa meng-screening number-kan aku?

bismillah .

kira straight to the point lah eh . sejak dua menjak ni , erm ade laa dalam 4 hari ni aku susah bebeno nak kontak ngan sidia . yes kau bayangkan bila call berpuluh kali tak angkat , mesej beribu tak berbalas . dan bila dia call kita tau apa jawapan ??

"tak dapat pun mesej mama , langsung takde taktau kenapa?"

walhal depan2 aku dia buleh call dan mesej rakan sekerja , buleh berbalas dan terima sms orang lain .

maka pada malam itu aku pun berpikirlah sampai aku pergi mandi . masa tengah mandi tu pun aku duk pikir lagi , "what happen exceli ni ?" . and aku taktaulah kenapa setiap aku aku berpikir dalam tandas mesti akan muncul idea2 bernas .

AHHA ! kepala aku ni memang bernas . aku membuat hipotesis bahawa nombor aku telah discreeningkan dalam henfon sidia tuh . maka aku pun jalankanlah uji kaji dekat henfon aku , btw aku pakai henfon nokia cabuk(celcom) ngan sony erricson yang cabuk juge (maxis) .

okey aku letakkan nombor maxis aku dalam screening number . then aku try call celcom pakai maxis aku tuh . sememangnya kalau call no tu je yang naik . langsung takde bunyi takde getaran . mesej yang dihantar tidak muncul pada henfon nokia aku .

aku taktaula korang paham ke tak part atas ni . maksud aku screening number tu kita guna bila ada nombor yang menyemakkan dalam hidup korang asik ganggu korang . tak perlu pergi maxis atau celcom atau digi centre untuk sekat atau blockkan nombor tu . tapi benda ni ade dalam henfon nokia cabuk je . yang lain aku taktau .

so hari ni aku keluar ngan sidia dan aku mula menjalankan sepot cek . aku cuba mesej tapi takde mesej yang muncul di henfon dia . lepas tu aku call , huh memang ada tanda2 seperti di atas .

maka aku pun bukalah senarai nombor yang discreeningkan itu . ternyata memang ada nombor aku dekat situ . dan serius aku rasa sebak sangat ... well bagi aku kita akan sekat nombor tu sebab pemilik tu umpama penyebok dalam hidup kita . tapi kenapa nombor aku ade dalam senarai sekat ? aku ni kan gf dia .

serius aku sebak , tangan aku menggigil menahan sebak dan tangis air mata . malu kot sebab dalam kedai makan yang ramai orang pule . aku direct cakap dekat dia ,

"orang taktau laa dia sengaja atau tidak sengaja letak nombor orang dalam ni . ni cara orang nak sekat nimbor yang tidak dikehendaki "

lepas tu masing2 sume jadi badmood . aku cuba untuk kool kan diri . aku taknak salahkan dia walau hati aku sakit dan dia takde pulak nak mintak maaf ke hape .

tapi yang aku sedih , sebak sangat bila dia hantar mesej lepas hantar aku balik maktab ,

"AKU DATANG DARI JAUH MCAM NI KO BUAT. K"

what the heck ??? aku pulak yang kena ?? serius shit aku takkan maafkan siapa yang letakkan nombor aku dalam tu . kalau betul tak suka aku , fine pegi pm inbox aku , taip "wey aku tak suka kau kapel ngan faizul" then settle aku putus je ngan dia biar semua orang happy . puas hati !

sekarang ni susah nak caya kan . hatta sidia sendiri . memang lepas ni aku takkan kacau dah . lepas ni dia nak buat ape buatlah . bukan semua orang sukakan kita kann . k fine .

31 December 2011

tak payah perli

bismillah .

entry ni aku taip sejurus aku rasa tersentap dengan seorang hamba ALLAH ni . serius niat aku bertanya sebab nak tahu . kalau ada boleh aku join . dan aku bertanya bukan nak tarik perhatian . tapi apelah nasib badan kena PERLI laa pulak .

serius aku tersentap dengan komen2 beliau . berbau negatif . tapi bagi pihak lain yang memberi repon positif kepada soalan saya , terima kasih banyak2 .

ceritanya bermula aku tanya sesuatu pada wall group JPP maktab aku . bawah ni cerita dia :


 lepas tu ade orang komen2 , timbul laa satu komen menyentapkan aku :


 dak aih , apa masalah sampai nak perli2 aku ?? aku ade nganjing korang ke ?? aku bukan attention seeker lah . kalau aku nak buat pon , aku tak buat dekat situ . hatta nak iklankan ape2 pun aku malas .

aku pun ade group sendiri kalau rasa nak attention seeker sekali pun . neh group tercinta aku , ye yang aku buat sendiri .






MALAYSIAN SPECIALIST REMEDIAL TEACHER'S GROUP 

(AMBILAN JAN 2010) 



so , aku harap lepas ni takde laa orang yang suka perli2 orang lain , suka sentap2 orang ikut suka hati je . tak baik tau buat orang lain sakit hati . okbai .

17 December 2011

pishing !

bismillah .

aku nak cakap pasal pishing ye , bukan fishing . mengikut kefahaman aku , pishing ni macam mintak direct emel dan password seseorang itu menggunakan satu laman web yang konon2 perlu emel dan pasword untuk masuk dan dapat bla bla bla~

ade satu kes yang aku baru sedar malam ni . dah lama dah aku tengok ade dalam 2 hari kot . baru hari ini aku tergerak nak tengok . biasanya kawan fb kita yang akan kuarkan benda ni melalui status iaitu :



try nak sign up dulu . tapi ternyata tak buleh . maknanya memang betullah tu pishing . kalau betul lah ni facebook Malaysia punya , kenapa perlu minta emel dan password terus ? adakah dia link terus pada Facebook ? tapi url lain . so kena la sign up dulu kan . naahh nampak sangat penipuan di situ .

bile kita kelik pada link tu , dia akan keluar sebijik macam ni :


nah , sebijik kan ? tapi korang perhatikan betul2 , dari atas hingga ke bawah , ada yang tidak kena . yess yang abwah sekali tu . kenapa ada tanda ???????? banyak sangat ?

aku dah try sign up benda alah ni , tapi tap buleh . pastu aku try fake account , emel wateber@yahoo.com , password : hellyou , tetiba plak masuk ke fb aku . pergh memang cuak ah ! aku terus tukar password fb aku , ngan emel sekali . dua-dua aku tukar .

bahaya ni kawan2 . kalau ada yang pernah tekan benda ni , cepat2lah tukar password . kbai .

14 December 2011

cerita ex aku #4

bismillah .

kali ni aku nak sambung balik cerita-cerita pasal ex . kalo sesape nak baca ceita yang sebelumnya bule pegi sini > kelik sini . aku tulis cerita bukan untuk buka aib sape2 . tapi sebagai satu kenangan pada aku . tak ramai yang baca blog aku ni , hanya yang terdekat saja .

okeylah , kalo korang nak cakap ape pon ikutlah . aku nak sambung kisah aku lepas ex no 3 tuh . yang no 4 ni lain dari yang dulu-dulu , sebab yang ni bukan budak sekolah dah . kiranya dah dewasa dalam 20-an gitu . masa ni aku form 5 lagi . tengah bulan kot .

yang no 4 ni namanya Adie . kisahnya bermula bila aku dapat satu mesej dari stranger . kami mesej2 dan decide nak jumpa , nak kenal . dia bagitau dia dapat nombor aku dari adik angkat aku . tapi taknak kasitau sapa nama . okey fine takpelah .

sejarah masa aku bercintun ngan dia ni agak tragis lah . sebab dia ni memang lelaki yang tak baik . walau bagaimanapun dia ni memang hensem antara ex-ex aku masa tu . sampai kawan baik aku pun berkenan . dia ni memang lah player dan ekceli telan pil . you know , pil kuda .

aku tak ingat urutan masa cintun ngan dia ni . yang aku ingat , dia penah amek nombor talipon kawan baik aku (yang lain) . kawan baik aku ni si A memang lah cantik dan bijak . tapi dia tak layan laa beb lelaki macam tu . paling bawah pon layan budak U . yelah si A ni siap terima anugerah pelajar terbaik sekolah kot !

so selamber badaknya si A gitau aku yang balak aku tuh mesej ajak kapel . so si A ni tanya lah apa hubungan dia dengan aku sekarang (masa tu lah) , ade ke patut dia kata aku ngan dia hanya KAWAN ? woohh aku terus tepon mitak break ah tapi tak jadi . fine .

penah jadi satu hari aku pegi pantai ngan dia . dia nak cium aku ! ciss aku terus bagi penampar (lembut takdela kuat sangat) pastu aku kasi amaran kalo buat lagi aku break betul2 . memang cis lah nasib baik tak kena . aku memang tak suka .

aku on ngan dia sampailah aku SPM . aku ingat lagi besday aku masa tu jatuh paper Agama Islam . aku dapat call free so aku call lah dia , pastu aku hafaz ayat Al - Quran lah , rukun nikah dll . dia dengar je ape yang aku bebel . bila time exam , alhamdulillah aku dapat jawab ! dan keputusan aku dalam SPM , kertas Agama Islam ni aku dapat 5A1 . alhamdulillah sekali lagi .

lepas tu ade satu kes yang dia datang umah aku . masa tu tak silap aku dah lepas SPM dah . masa tu mak aku ada . so aku ngan dia sembang luar rumah aje lah . lepas tu dia balik . mak aku pun tanya lah aku kawan ngan budak mana . aku jawab ajelah budak Pengkalan Kubor . lepas tu buleh mak aku cakap macam ni "kawan ngan sape2 laa Wardah ni. Mak tengok macam muka penghisap dadah je"

OMAIGOAT !

malam tu aku terus mitak break . dia hampir2 nanges wooh tanya aku kenapa aku nak putus . aku terus cakap yang mak aku cakap muka dia macam penghisap dadah . merayu2 dia kata yang dia ni baik , tak hisap dadah bla bla bla . tapi aku tetap dengan keputusan aku yang aku taknak dah ngan dia . sebab aku tahu kata ibu tu betul . naluri ibu memang betul .

lepas aku break tuh aku stay dekat umah kawan baik aku si F . sebab aku ngan dia join satu kursus komputer ngan bahasa inggeris dekat KB . malas nak ulang ali dari rumah yang jauh so aku stay umah dia lah , dekat sikit . masa dok umah si F , Adie call ugut2 aku .

dia ugut nak bunuh aku , nak rogol aku ngan kawan aku pastu tanam satu kubur . memang aku takut gile . yelah sebab dia tahu rumah aku , pastu mak aku dok sorang2 pulak . lelaki macam tu bukan buleh buat kira . so aku bagitaulah dia yang aku takde kat rumah . buleh plak dia kata dia nak bunuh mak aku pastu tanam satu kubur . PERGHH ! bila dia kata gitu terus ilang rasa takut , timbul rasa nak marah giless . aku terus jerkah dia kalau dia buat ape2 dekat Mak aku , memang aku akan seksa dia dan pastikan yang dia tak akan hidup tenang !

esokkan hari , dia call lagi . dia mitak maaf sebab cakap gitu dekat aku , sebab dia mabuk . wadehel ! memang dia banyak ganggu aku lah lepas break tuh . nasib baik lah dah lepas SPM . sampaikan sepupu si F , Nazri , kena tolong aku . memang lawak gile ah masa tu . memang si Adie kena tipu hidup-hidup bile Nazri angkat call dia pastu kata aku tertinggal telefon sebab keluar ngan orang lain . satu rumah termasuk adik-adik si F gelakkan Adie lepas dia letak telefon .

lepas tu takde dah berita si Adie sampailah aku masuk maktab . ada laa dalam setahun kot . masa aku dekat maktab , masa tu aku tengah on9 atau study atau buat esaimen , aku pon tak pasti yang pasti aku terima satu panggilan dari Adie . berderau darah aku ! aku tanya mana dapat nombor , dia kata dapat dari Mak aku ! lagi laa berderau aku dibuatnya !

apa lagi mamat ni nak . rupanya dia nak minta maaf dengan aku atas apa yang dia dah buat dekat aku . dia mintak halal makan minum semuanya lah . laahh , rupa-rupanya dia nak kawen . nak kawen pulak dengan budak UITM Shah Alam . well aku tau ape dalam kepala korang tapi takpelah , kalau dah jodoh nak buat macam mana kann . tapi kitorang tak sempat cakap lama lepas tu putus . takde kredit agaknya ~

tapi lepas tu aku terus call mak aku . rupanya si Adie ni datang klinik buat ujian HIV sebab nak kawen . mak aku cakap dia sekarang dah berpakaian kemas (ore kelate sebut smart) hahaha . okeylah . pastu aku tanya plak macam mana keputusan tu . mak aku kata negatif AIDS . alhamdulillah . kih3 :P

p/s : kalo korang yang baca ni perasan nama nazri kat atas tu , sebenarnya dia ada kaitan dengan cerita EX aku yang nombor lima . cau cin cau ! ZasSSssS ~

tugasan cuti sekolah !

bismillah .

hoho nampaknya cuti sem akhir tahun aku ni memang dipenuhi dengan aktiviti berpaedah ! aku dapat satu job dari makcik aku untuk ajar anak-anak dia Matematik . yang utama si Kakak yang lemah sangat , exam dapat markah 4/100 . memang kesian sangat . okeylah takdelah aku bosan duk rumah cuti2 kan .

so , lepas aku pegi Kedah aritu sebab ade program  , aku balik dok rumah terus . dalam 3 , 4 hari macam tu aku terus gerak pergi rumah makcik aku dekat negeri 9 , aku datang ngan sepupu aku lagi sorang untuk ajar si Eka .

masa aku buat entry ni rasanya ni dah minggu ketiga . insyaALLAH 20haribulan nanti aku baliklah . balik untuk memalaskan diri dekat rumah . ke~ke~ke~ .

masa dok sini fuh asik full je perut . rumah makcik aku ni memang penuh dengan makanan ! memang buncit je perut aku . si sepupu aku yang lagi sorang tu berat badan dah bertambah .

adess takde idea lah . moh tengok gambow ~

operasi melukis

TADA !! hasilnya .
 sekian . kbai

09 December 2011

cerita ex aku #3

bismillah .

sekarang aku nak cerita plak pasal ex aku yang ketiga . yang no 1 ngan no 2 buleh kelik dekat sini : Cerita Ex Aku #1 & Cerita Ex Aku #2 .

hoho . maka hari ni aku nak cerita pasal no 3 lah . no 3 ni tak lama, kejap je . sebulan ke seminggu eh ? tak silap sebulan je kot . kisahnya tah laa . dia ni budak sekolah aku . tapi dia amek aliran sastera , aku plak aliran akaun . kira kelas dia belakang kelas aku aje lah .

sebenarnya , dia ni satu kelas lah dengan ex aku yang pertama . seorang yang agak samseng di sekolah . i mean , dia takde laa gengster sangat cuma dia ni selalu kawan ngan geng2 yang macam tu . nama dia Ihsan Izzat . sedapkan nama dia .

masa aku ngan dia kan tak lama . so takde laa kenangan yang best2 . alah cinta munyit . hahaha . aku tau dia tak suka aku sangat . aku je yang memaksa . ni lah sebab kita jangan kapel sebab bosan .

cuma kenangan yang aku ingat ialah waktu dating dekat pantai Ndo , dekat Tumpat . masa tu kami share lagu yang sama , iaitu Panic! At The Disco . bawah ni kelip video dia .


haha tu ajelah cerita ex aku yang ketiga . bersambung lagi nanti ~~

03 December 2011

rindu ? zina hati ?

bismillah .
aku dapat benda ni dekat fb . tengok dulu .

CTRL + klik untuk tumbesaran .

CTRL + klik untuk tumbesaran .

CTRL + klik untuk tumbesaran .

CTRL + klik untuk tumbesaran .

my opinion lah kan , kalu teringat ikhlas tu takpe laa kan . kalo ingat pasal romen tu memang lah masuk dalam zina hati . tapi aku rasa , orang yang duk stalk atau cakap pasal crush dia lagi laa menjengkelkan . kih3 .

hahaha . kbai . jangan butthurt .

27 November 2011

Program Semarak Rukun Negara, Jom Ke Felda.

bismillah .

nah amek kau . panjang bebenor nama program tu . aku join satu program ni , lebih kurang macam program anak angkat jugak lah . stay dekat Felda .

program ni diadakan di sebuah Felda di Pendang , Kedah iaitu di Felda Lubuk Merbau . perghh memang best lah kan .

sebenarnya aku join program ni sebab aku nak release tensen . kau bayangkan lah 4 killer paper + 1 paper BSMM (Bulan Sabit Merah Malaysia) . dari 14/11 besday aku ni! sampai laa 18/11 . so aku pun join lee di samping tambah pengalaman . nak melancong je pon sebenornya .

perjalanan makan masa hampir 8 jam dari KL setat kul 9 pagi . tapi bahagia dapat tengok kiri dan kanan padi menghijau .

well aku malas nak cerita sangat pasal program ni . yang aku sangat2 hepi sebab aku dapat jumpa kawan lama yang memang lamaaa gilaaa tak jumpa . adala dalam setahun ? dua tahun ?

meh tengok aku tempek gambar beliau . hik3 single lagi ni ade sape berkenan tak ?


ok bai .

awak sah Suami dia.tahniah

bismilllah .

tiada apa yang mahu aku ceritakan di sini .
cuma tersentak melihat satu status .
bermulanya aku membuka FB seorang insan .
terus kepada FB anak keduanya .
dan secara tidak sengaja membaca status ini :

" taniah kepada Mohd Saiful Affandi ngan skali lafaz tros mjadi seowng suami skrg nie... taniah wat along... dtg larh kenduri t at kangar perlis semua kwn2 aq... ( November 17 at 6:58pm) "

hati tiba-tiba terasa tersentak umpama dihempuk bantal berisikan kekabu halus . haluss , tetapi masih terasa .

tak apa lah , kenangan dahulu akan tersimpan kejap dalam memori ingatan .



14 November 2011

Aku cukup sudah 21 . spesel from Abang Madan .

bismillah .

alhamdulillah . maka hari ni dah cukup dah 21tahun umur aku . dah buleh mengundi dah tapi aku tak daftar lagi . rasa malas bebetul nak daftar bile tengok politik kotor dekat negara kita sekarang ni .

dah dah lupakan pasal politik . hari yang amat bersejarah ni memang takde buat ape2 pon sebab FINAL EXAM !! arghh . dahla tu sreett je setat arini yakni 14, 15, 16, 17 . tu pun aku rasa 18 tu ade exam Bulan Sabit Merah . adeh adehh .

tapi itu tak penting sangat . yang penting doa dari Bonda tersayang , tercinta , terkasih dan doa rakan2 . semoga dapat jawab final exam dengan baiklah hendaknya . InsyaALLAH .

oh hari ni dapat ucapan khas dari Abang Madan . apa ? tak kenal Abang Madan ? buleh kelik sini . nak tau kena baca dari awal hingga akhir sapa Abang Madan atau Ramadhan nama penuhnye .

meh sini tengok ucapan Abang Madan ,


hak3 aww comel laa Abang Madan ! tenkiu very much !

11 November 2011

11.11.11

bismillah .

belek2 fb tadi , ramai yang buat status tarikh hari ni iaitu 11 November 2011 (11.11.11) , nak buat tarikh kawen . kalau jadi alhamdulillah lah . tapi kalau sekadar nak berangan macam aku pon boleh . berangan itu penting okay untuk jadikan ia satu motivasi dalam diri . eh tah pape aku merapu .

aku ade print screen contoh laa . amek dekat fb aku je . hahaha . comey2 la diorang nii . i like !

CTRL + klik untuk tumbesaran

CTRL + klik untuk tumbesaran


so , aku ni suka bebeno ngan tarikh2 cantik ni . sebab tu otomatik aku akan cek dah berapa lama aku ber'kawan' dengan myBuBu . wahh tak leh lawan gak . dah 1 tahun 4 bulan tepat tepat .



ahaks ! comey nye comey nye !

kbai .

02 November 2011

nombor lawa lagi ! 1331

lawa nii .

1 tahun 3 bulan 3 minggu 1 hari .

31 October 2011

the ring, thanx sayang !

bismillah .

cerita ni sepatutnye semalam lagi aku update . tapi dah terlanjur tertido , bangun pagi esoknya busy tolong orang pindah rumah . so ari ni aku nak cerita lah .

malam sabtu lepas aku ngan bff aku , Thiba ngan myBuBu kua tengok midnite movie dekat Times Square . nak tengok movie "Ape Tengok-tengok" . sekali cerita tu takde orang tengok langsung ! so kakak GSC tu kata movie ni akan dikenselkan . pastu myBuBu call , cari aku tak jumpa . aku pulak tengah kalut nak tengok senarai cerita malam tu .

marah beno BuBu tak ingat jalan dalam Times Square . haihh mase ni laa dia nak marah2 . pastu aku cari dia . masih bengkek lagi nii . sekali , "nah" . terus dia bagi kotak hadiah kecik tetengah bengkek dalam Times Square yang kosong pada pukul 12.00 am . hahahaha . terus hilang rasa bengkek .

ototo . dapat cincin emas 750 . so sweet lah BuBu ni .


sebenarnya , cincin ni dia kasi aku sebab ari tu aku dah hilangkan cincin yang Bonda kasi . tak sengaja :( . tengah pakai losyen dalam kete , pastu nak g beli air terus lupa dah nak pakai balik . nasib baik Bonda tak marah sangat . risau juge !

anyway , terima kasih Abang sebab hadiahkan cincin emas ni untuk Sayang . hik3 . yeah i do love you .

29 October 2011

tuto : taruk lagu dalam blog.

bismillah .

dulu aku penah buat tutorial pasal mula2 nak buat blog , sila kelik sini .

hari ini dapat IM dari adik angkat kesayangan ku , Miss Umi tanya pasal macam mana nak letak lagu dekat dalam blog . cara nya teramat lah mudah akekeke .




LANGKAH 1

sila kelik sini untuk ke page lagu itu . nanti dia akan kua macam ni :


CTRL + klik untuk pembesaran gambar
oke dah kua macam dekat atas ye ? jom ke langkah 2 plak.




LANGKAH 2

ok dah bukak link macam dekat atas tu, korang buleh taip tajuk lagu kegemaran korang dekat tempat carian .  lepas dah taip tekan laa "Search" . apa ? tak jumpa ? sila tengok gambar rajah di bawah untuk penjelasan lebih lanjut .


CTRL + klik untuk pembesaran gambar


nak taip Perfect Two ke, Loving You ke , Meriah Kari ke , up to you lah . oke jum ke langkah ke 3 pulak ye adik kakak .




LANGKAH 3
tadi aku taip "Mariah Carey" . banyak jugak lagu yang keluar . lepas tu bile korang dah jumpe lagu yang korang nak , kelik dekat senarai dia tuh mana yang berkenan di hati ye . tengok gambar kalau tak paham .


CTRL + klik untuk pembesaran gambar


LANGKAH 4 

bile dah pilih lagu tu, dia akan loading page baru . biarkan dia selesai loading . selepas itu dia akan keluar page baru lah adooi . pastu scroll ke bawah dan lihat di bahagian kanan page , seperti gambar rajah di bawah .


CTRL + klik untuk pembesaran gambar
CTRL + klik untuk pembesaran gambar




LANGKAH 5

ada beberapa options nak taruk lagu tu dalam blog , iaitu :

(Option A)

haa tekan logo B seperti yang ditunjukkan dalam gambar di atas (LANGKAH 4) . selepas itu dia akan keluar macam ni,



CTRL + klik untuk pembesaran gambar


lepas tu isilah ape yang dia nak . dia akann otomatik akan masukkan lagu dalam blog.




(Option B)

benda ni boleh dibuat sekiranya anda sudah mahir pasal nak add widget dalam blog . apa itu widget ? kalo ade masa nanti aku terangkan ya .




tekan copy untuk men-copy-kan embed code . kemudian copy la dekat blog .


CTRL + klik untuk pembesaran gambar


*                    *                    *                    *                    *                    *

ha amacam ? dapat tak dengar lagu dekat blog tuh ? kalo tak dapat nanti komen2 ye . kbooii .

21 October 2011

lemah dan kuat

bismillah .

semalam ada perjumpaan bagi semua . kohort Pemulihan Bahasa Melayu . maksudnya semua junior dan senior dalam major Pemulihan berkumpul dalam dewan kuliah . anjuran Datin Rasyidah . tujuannya untuk menyatukan kami .

so senior buatlah beberapa aktiviti . sedikit malangnya junior ambilan 2011 ada yang tak hadirkan diri . sebab ape aku taktau . salah satunya mentor mentee . aku dapat senior Kak Nas . orang Kelantan and nice 'kakak' .

sebelum berakhir kami main game personaliti . sepotong kertas dibahagi kepada dua bahagian . satu untuk kelemahan dan satu lagi untuk kekuatan . tak paham ape aku taip ? memang aku fail lah . tengok gambar jom .


Kekuatan :
-berani
-yakin
-berdikari
-rajin buat ABM (alat bantu mengajar)
-kreatif
-berani mati punya orang (ni aku tau Aleng yang tulis)

Kelemahan :
-makan banyak
-suka merapu
-berjimat sangat
-kuat dengar lagu
-banyak cakap
-couple (jadahnye jadi kaitan ?)
-ngada2

sempat laa aku snap before bahagian kelemahan dikoyakkan dan dibuang manakala bahagian kekuatan disimpan dalam balang dan bakal disimpan dalam bilik Pemulihan .

sekian .

18 October 2011

penat dan miskin

minggu ni busy gile . serius . hari khamis ngan jumaat lepas ada pameran Hari Ilmu Pendidikan . untuk MQA tak habes habes ngan MQA!! rasanya . oke fine Sabtu Ahad rehat . hari senin ade kelas , oh kena setting untuk pameran ICT . ye pameran lagi . dan hari ni pameran ICT . habes dalam pukul 3.30 petang . pastu latihan kawad kaki plak pukul 5 sampai pukul 7 . malam setat balik pukul 8 lebih centu . habes kul 11 malam .

esok ade pertandingan kawad kaki . omaigoat oh kambing saya . penat siot . dahla takde duit .

MISKIN 

MISKIN 

MISKIN 

PENAT 


PENAT 


MISKIN PENAT 


kbai .

14 October 2011

cerita ex aku #2

bismillah .

semalam aku ade post pasal cerita ex aku #1 . post kali ni aku nak cerita pasal ex aku yang nombor 2 .

aku jumpa dengan ex aku nombor dua ni lepas aku frust ngan ex aku yang 1st . Pesal namanya . yelah lepas satu mestila dua kan . aku jumpa dia dekat tempat aku tusyen . tempat tusyen aku ni pegi sebab sepupu aku Cik Ki ada kat situ . kira senang laa nak pantau kan . lagipun Uncle aku a.k.a ayah Cik Ki adalah salah seorang tenaga pengajar dekat situ .

masa mula2 aku kenal , Cik Ki yang perkenalkan dekat aku . Cik Ki ni memang peramah bising orangya . so bile aku dengan dia otomatik aku jadi terjangkit bising macam dia . aku dengan Pesal kawan2 jelah . kawan tusyen lah katakan .

aku dah lupa macam mana kami boleh ter-declare jadi pasangan cintun monyet ni . yang aku ingat kami pernah bertukar nombor telefon dan mesej2 je . masa tu dia ade tanya aku , aku ni ade bf ke tak . aku jujur lah kan kata tak ada . dia kata dia pun sama baru break-up . tah camano kami couple aku pon tak sedor . hahaha .

masa dengan dia ni aku rasa bahagia gak ar (kira status student) . belajar tusyen sama2 , lunch sama2 (dia belanja) , balik naik bus sama2 (aku plak belanje) . kire sweet laa kan ? kami lain2 sekolah . aku sekolah kampung dia sekolah agama dekat bandar . pusat tusyen dekat bandar .

beza umur kami adalah setahun . kan kat sekolah agama ada kelas peralihan . Pesal seorang yang kelakar , take care . aku ingat lagi saat2 indah dia bawak aku pegi Muzium Kesenian dekat KB . kami sama2 pakai baju warna merah . dulu aku minat merah dia minat hijau . kami jenjalan sama2 tengok barang yang ada dalam Muzium tu .

aku dah lupa banyak kenangan ngan dia . cuma yang aku ingat saat2 kami nak putus . aku ngan dia ade date dan dalam masa yang sama kitorang lepak dengan kawan pompuan dia . nama apa yaa ....dah lupa lah ... oh Epiey namanya . tengah lepak2 buleh plak diorang main tampar2 ngan cubit2 . aku dengan rasa marah terus angkat bontot punggung blah dari situ . tercungap2 si Pesal kejar aku . pastu aku terus naik bus .

seminggu lepas tu jumpa di pusat tusyen kami masing2 tak bercakap . masa tu kami dah 6 bulan bercintun . yang part paling tragis bila aku terima satu panggilan telefon . rupanya dari kawan dia . boleh plak kawan dia kata macam ni dekat aku ,

" boleh cakap dengan Wawa ? saya kawan Pesal . Pesal nak putus dengan awak sebab dia ada sakit dalam otak (lebih kurang macam ni ayat dia) dan tak dapat idup lama . dia nak awak pergi cari lelaki lain sebab dia taknak awak terseksa dengan dia ."

amek kau ! ape perasaan korang bila dengar amcam tu ? terus mata aku mengalirkan cecair jernih . sebak dowh ! lepas kawan dia cakap dia pass gagang telefon kasi kat Pesal . dia nak putus ngan aku sebab dia tak dapat idup lama so dia suh aku cari lelaki lain . omaigoat . aku kata aku taknak . aku nak bersama dengan dia sampai akhir hayat dia . tapi dia taknak , dia nak putus jugak .

so malam tu tamat laa kisah aku dengan Pesal . memang agak tunggang langgang gak kehidupan aku lepas tu sebab aku rasa kisah aku ngan dia adalah yang paling real . siap ada cipta nama anak lagi gabungan F ngan W . contoh nama anak Farah Wahida , Fatin Wardina , (aku lupa lak anak lelaki) . aku tak g kelas satu minggu . kebetulan masa tu aku sibuk dengan latihan nasyid untuk pertandingan nasyid peringkat PPD .

memang miserable . dok sekolah buleh laa happy2 ade ramai kawan kan . tapi bila balik rumah , aku monyok . lebih2 lagi bile aku ternampak patung bebear yang dia kasi dekat aku .

mesti korang tertanya-tanya bagaimana keadaan dia sekarang kan ? dia masih hidup . ya masih hidup dan meneruskan pengajian di Jordan . rasanya dah banyak tahun dia tak balik Malaysia . last aku jumpa dia sebelum dia bertolak ke sana . waktu tu bulan puasa . dia datang Cheras dan teman aku dan kawan aku pegi bazaar Ramadhan . dan dia dah ada kekasih baru .

well kita tak tahu kan apa yang telah ditakdirkan . biarlah . aku tidak akan berdendam dengan Pesal .

*bersambung...*

13 October 2011

cerita ex aku #1

bismillah .

kali ni aku nak muatkan cerita pasal ex-ex aku yang dahulu kala . ye ex-ex bermaksud aku banyak bercinta dulu . but before judging me , aku bercinta bukan macam budak2 zaman sekarang pegang2 raba2 cium2 . cara cinta aku dulu , hanya ada perasaan tertarik dan sayang (i mean suka) kepada seseorang budak lelaki . so bile aku kata aku ade banyak ex , atau perempuan ramai ex tu tak suci , tak bagus bla bla bla .

aku mula bercinta , i mean cinta monyet pada umur 16 tahun (form 4) . gatal kan ? haha aku tahu itu yang terlintas dalam kepala pembaca . tapi jangan kata orang , pembaca juga mungkin pernah mengalami perasaan tertarik kepada lawan jantina cuma malu nak luah . aku ni pula jenis berani , luah je . hoho .

masa aku form 1 - 3 , aku sekolah perempuan je . Zainab Girls School . sape2 orang kelantan tahu lah sekolah ni . so masa kat sini aku nak bercinta dengan sapa ? ce cite . tapi aku pernah mengalami perasaan tertarik kepada sama jenis . nasib baik senior tu tak layan aku . dun worry , sekarang dah normal . thanx senior sebab tak layan aku ! hihi

lepas PMR , aku bagitau Bonda yang aku nak tukar sekolah . Bonda terus setuju sebab beliau kata aku ni macam takut dekat lelaki . by the way , pengalaman aku semasa sekolah satu jantina ni ialah perasaan takut / segan melampau terhadap lelaki atau rasa teramat gedik dan gatal terhadap lelaki dan aku tergolong dalam golongan yang pertama dinyatakan .

bermula situ , aku berpindah sekolah di kampung . okay lah sebab dekat Zainab Girls School aku kena dok asrama so Bonda tak dapat pantau sangat . oh aku dapat 3A je masa PMR . tu salah satu sebab jugak aku pindah sekolah . dok di rumah Bonda dapat pantau aku .

pertama kali jejak kaki ke sekolah dua jantina ni aku rasa amat lain . yelah beratur je sebelah ade budak lelaki . kelas depan belakang ade budak lelaki . dalam kelas duduk sebelah lelaki . oh man rasa lain sangat !

budak lelaki yang mula-mula suka adalah budak lelaki yang mejanya sebelah meja aku . Emy (nama sebenar) namanya . aku suka cakap , suka tengok dia . hensem ? takdelah hensem sangat (sorry Emy) tapi sedap mata memandang . aku suka cara penerimaan dia dalam kelas . malangya dia suka kawan yang satu meja dengan aku (budak baru masuk jugak) . Nuyu memang lawa . so tak hairan lah dia suka Nuyu . tapi sekarang Nuyu dah kahwin dan sedang pregnant . tak lama jadi Auntie Wawa . hoho .

then lepas tu , ade sorang mamat mesej aku . dia kata nak kenal . aku on jelah . rupanya si Emy kasi nombor aku dekat mamat tuh . aku ade laa rasa macam terasa hati macam taknak aku suka dia . tapi takpe aku layan je mamat tu . Haz ni memang misteri . aku mesej sampai satu hari aku kata nak jumpa dia . ya ampun , pemalu tahap jiwa ! sepanjang aku cintun dengan dia , kami tak pernah keluar bersama , even bercakap depan2 pon tak !

tapi dia baik . aku tahu dia lelaki yang baik . dia topup dekat aku masa tu aku dalam asrama (terpaksa duk 4 bulan-Bonda outstation) dan tak dapat keluar . dia layan mesej2 aku . dia kasi aku pinjam henfon dia . haha . sebab kami putus , dia nak tumpu pada pelajaran . wahh meraung gak aku masa tu . masa tu dalam asrama . sume orang tenangkan aku . memang mase sebelum putus tu banyak perkara berlaku . last2 dia cakap dia nak tumpu study .

masa tu agak bengang gak ar . sampaikan aku 'sumpah' dia , aku nak tengok sejauh mana dia pergi lepas dia tumpu study . hehe jahatkan aku . tapi sekarang alhamdulillah , kami masih lagi berkawan . sekarang dia dah berjaya melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah dekat UUM . tahniah bro . hik3 .

lepas tu aku pun teruskan study aku jugak . pedulik hape dengan sakit hati ini . aku pergi tuisyen (Bonda dah habes outstation) , buat kerja sekolah , chill ngan kawan2 macam biasa hinggalah aku berjumpa dengan ex aku yang nombor dua .


***bersambung***