tak suka buleh stop. maaf ya

01 January 2014

Trip Kelas ke Universal Studio Singapore. (Part 2)

Bismillah.

hoho sambungan part 1 yek. part 1 tu pasal passport. yang part 2 ni pulak aku nak cite pasal tukaran wang Ringgit Malaysia (MYR) kepada Singapore Dollar (SGD). tarikh aku taip ni masih tarikh yang sama iaitu pada 27/10/2013 hari Sabtu.

aku dah banyak buat 'kajian' (kajianlah sangattt kann) dekat Pakcik Google neh pasal tips-tips pelancongan ke USS dan tips-tips tukar matawang. nak tukar-tukar ni kena pandai survery tempat money changer yang murah-murah sebab rate antara satu sama lain berbeza. biasalah ade yang nak untung banyak, ade yang nak untung sikit kan. lagipun ni PERTAMA KALI aku nak convert duit neh. pehh pengalamannn...

maka hari ni hari Sabtu aku pun turunlah KL. tujuan utama sebenarnya nak jalan-jalan dengan buah hati jek. nak tukar matawang tu alasan je. haha! tapi jalan-jalan kejap je sebab dia balik awal, esok dia kerja. so aku pun melilau carik port money changer dekat Jalan Masjid India tu sorang-sorang. ramai betul orang hari ni~! yelah hari baru gaji tambah kaum India buat persiapan untuk Deepavali kan.

melilau mata aku meliar cari perkataan "Pengurup Wang Berlesen".kebanyakkan pemilik pengurup ni berbangsa India. jangan tanya aku nape tau. mungkin sebab ramai orang India dekat situ. banyak kedai pengurup wang. sambil lalu sambil aku jeling rate yang depa letak. nanti kalau nak compare lihat perkataan "We Buy" lah. haa gitu..

tapi waktu aku pergi tu dah lambat. dah pukul 6 petang. so tak banyak tempat aku leh terjah. kedai yang aku pergi ni pekerja perempuan pakai tudung. mungkin India-Muslim. dia bagi rate 1 SDG = 2.57 MYR. ermm mungkin kalau aku survey dapat carik port lagi murah kot. tapi takde beza sangat pun. beza salah satu sama lain dalam 2.52, 2.58, 2.53 dan lain-lain (nampak sikit tapi beza beringgit juga okey!)

maka, aku dapat 128.50 MYR = 50 SGD. erm, cukuplah tu kot. tak perlu banyak-banyak sebab tiket kenderaan semua dah setel. so duit bawak tu untuk beli barang-barang cenderamata dalam USS untuk Bonda dan erm siapa-siapa yang aku rasa nak bagi. wakaka.

meh tengok duit SGD. ohya sebelum terlupa, kalau nak convert duit tu, jangan lupa convert duit kecil-kecil macam $2, $5, atau $1 senang nak buat kiraan bila melancong nanti.


duit Singapore Dollar.



No comments: