tak suka buleh stop. maaf ya

31 March 2011

ex balak aku dah tunang .

aku tersentak ! serius ini yang aku rasa . sebelum ni kami memang ada berhubung sebagai kawan dalam facebook . dan aku ada tanya bila nak tunang dan kawin . ku kata padanya , kalau tunag dan kawin sila ajak . yang paling penting masa kawen .

tapi tak ku sangka , semalam aku skodeng facebook dia . mataku tertancap pada seseorang ucap tahniah bertunang maaf tak hadir dekat wall facebook dia . apakah ?? dia tak bagitau pun nak tunang . mungkin sebab dia jarang dah tak bukak facebook .

ni gamba ex aku . aku letak gamba dia yang paling hensem . ahahah .


terus ku mesej pada salah seorang sepupunya . aku memang begitu . ketika dalam zaman bercinta dengan dia , aku memang mahu rapat dengan semua orang . hatta sepupu yang ku mesej itu masih lagi berhubung dan bermesra . yelah , aku putus dengan dia bukan dengan orang lain .

masih lagi dalam rasa tidak percaya . tapi aku rasa itu lebih baik untuk dia untuk aku . lagipun tiada untung aku bersama dengan dia . ahh sudah lah tu cerita lama .

apepon , aku harap dia bahagiakan tunang dia . jangan jadi macam kami dulu . harap dia dah berubah . sebenarnya dalam hati aku nak jumpa ngan dia sekali lagi . hello bawak balak aku sekali lah . hahah .

sekian .

30 March 2011

Really dont understand people like this ! caharem .


Yeah , seperti tajuk di atas , aku memang tak paham orang macam ni . aku tak tau lah sama ada memang azali perangai semua manusia macam tu , atau hanya dia saja yang macam tu !

Sebelum bercinta , di awal perkenalan (lelaki suka kat pompuan) ambooiii tiap2 hari tanya khabar . pagi , tengah hari , petang , maghrib , malam , tengah malam sume kau sapu . kalau kita tak balas mesej sket , tak jawab tepon sekali , macam2 dia tanya kenapa . huh .

Pastu pastu cakap bunga2 . ambooii . 

assalamualaikum awak . awak sihat ? awak dah berakpest ? dah ? makan apa ? sedapnyeeee~ / belum ? kenapa tak makan lagi ? baiklah awak , jaga diri elok2 ya . assalamualaikum hehehe “

Huh . taking care lah sangat kan ..

Okei , pastu si wanita dah tertarik dengan cara pendekatan si lelaki . ouh !! romantik nya diaaa ~ hari2 mesej dan tepon tanya khabar . tak reply dah mula risau .

“assalamualaikum awak ! kenapa awak tak mesej saya ? / kenapa awak tak balas mesej saya tadi ? kenapa awak tak angkat saya call tadi ? awak oke ke tak ni ? saya risau lah”

Citpodah !

Pastu pastu si pompuan ni pulak kalu dah ada orang taking care bagai , mula lah jatuh sayang . dah memang pompuan ni sensitif . tengok bayi aww comel ! tengok teddy bear aww kiut ! tengok kucing aww manja ! mula lah rindu2 kat si lelaki kan . dah mula suka kan .

assalamualaikum awak . ape , awak teringatkan saya . aww . awak ni comel/suwit/gula lah . saya pun teringatkan awak ni . tu yang call / mesej ni . taip2 hari dok pikir pasal awal”

Pentipu !

Pastu mula mintak kapel lah kan . dah nampak si girl dah tertaik ehh tertarik dengan ‘keperibadian’ yang menyerlah umpama mentol lampu jalan tu .

“assalamualaikum awak . wakk , saya rasa saya tak boleh dah nak menipu diri saya . saya dah tak boleh tahan perasaan ini . saya takut awak terlepas dari mimpi saya . saya suka sangat kat awak . saya nak awak jadi peneman hidup saya . awakk , sudi tak awak jadi gilpren saya ?? APA AWAK !! TERIMA KASIH AWAK !! saya sayang awak . ye saya pun rindu awak . luv yu”

Tiap2 hari berkasih sayang . merajuk sikit call nyanyi lagu main gitar . sikit2 dating . hari2 jumpa pon tak jemu . ambooii ~ rela berkorban apa saja .

Putuihh ! dasar lelaki tanan tebu di bibir.

Dan beberapa lama dah kapel , si lelaki mula lah rasa “oh dia dah jadi milik aku so tak payahla aku nak susah payah tepon hari2 . dah ada dalam genggaman aku . takyah dah nak susah2 jerat” . mula lah jarang mesej , jarang call . jumpa pun nak tak nak .

Kalau macam ni perangai , kenapa awal-awal tadi bergedik nak mitak kapel , buat baik segala ? lepas dah dapat , tak jaga pulak . kau jenis tak bersyukur ke hape ??? jangan sampai gilpren ko dah FEDAP ngan kau , baru kau nak nyesal . waktu tu dah terrrrlambat !

Nota kaki : serius aku dah fedap ngan kau . sekarang ni suka hati kaulah . kau nak jaga ke taknak . aku malas nak pikir pasal kau lagi . bye .

27 March 2011

nenek aku kuat .


Bismillah.

agak jarang aku menulis pasal famili aku . biasa dok ceta pasal aku aje kan . haha . pentipuu . aku ade jugak ceta pasal famili aku .

okei , malam ni aku nak ceta pasal NENEK aku . haa . nenek akuu . super Grandma . kenapa aku kata nenek aku Super Grandma ? sebab nenek aku kuat . yeah ! kuat sangat .

apsal nenek aku kuat . begini ceritanya . dahulu famili aku (masa zaman dolu2 aku pon takdak lagi , mak aku ceta untuk aku lah . takkan aku ada masa tu) famili yang susah . Mak aku selalu ceta dia kena jaga adik , pagi2 dah pergi menoreh getah . pergi sekolah jalan kaki , kena angkut air , cari kayu api , nak study pon pakai pelita ayam . pagi2 lobang idung mesti itam . susah kan zaman dulu ?? zaman kita sekarang , pergh takde letrik 10 minit dah kecoh . yelah , aku dan kau lah sapa lagi . hahaha .

maka dapatlah disimpulkan bahawa nenek aku tu seorang yang kuat . apa yang aku tengok pada masa sekarang ni , walau anak2 dah senang , cucu dah besar siap ada yang dah melahirkan anak . kira nenek aku dah naik pangkat jadi moyang , nenek aku tetap seorang yang rajin . dia takkan duduk diam goyang kaki macam orang lain . dia mesti bekerja sama ada mengemas atau bercucuk tanam .

aku dok buat entry ni sebenarnya sebab aku punya kawan punya nenek dia sakit . err , bukan aku nak mengata atau ape2 aja , Cuma bersyukur nenek aku masih lagi kuat . hatta sakit pun tak ada walau umur sudah terlalu emas . alhamdulillah .

dan dan dan !!! nenek aku ni cantek . sebab apa , sebab selama aku tengok dia , dia tak pernah pakai tudung indon , iubuk arini , asikin dll tuh . dia hanya akan pakai tudung bawal je . lawa plak tuh takde kemek2 gelembong2 . haha . kau ada ?

apa lagi mau cakap pasal nenek aku ya ? yang aku tau aku sayang nenek aku ! dia pernah jaga aku waktu parents aku sibuk .

oh !! dan dan dan masakan nenek aku superberb lah ! aku paling suka nenek bila balik kampung (biasa beliau dok ngan makcik aku di N9 , Sutie)

kau ada ?? jangan jeles . dan dan dan , ALHAMDULILLAH ~
dari kiri : budak uduh , budak uduh , super Grandma , budak omel . hahaha *ketawa jahat*

sekian .

26 March 2011

hari ni gua nanges

Gua rasa , gua dah lama tak nanges . lama maksud gua takda la sampai setahun . dalam sebulan kot ? tapi malam ni gua nanges . gua nanges sebab gua rasa kecewa yang teramat . gua nak marah , tapi tak boleh . kadang2 ada perkara yang kita nak marah sangat , tapi tak boleh nak marah . tapi menahan kecewa+marah merupakan satu perkara yang amat teruk untuk disimpan dalam hati .

Nape gua nanges malam ni ? gua kecewa ada manusia yang mungkir janji . ya gua tau lu orang mesti akan kata “dia sibuk kot” . gua tak kesah kalu dia ada hal urgent . tapi sebelum tiba masa , dia tak ada nak bagitau semua kensel . gua paling marah bab itu . tahukah bahawa berterus terang pada awal dapat buat hati gua sejuk ? bila dah berjam tuggu , baru di mesej sibuk . tapi maafkan gua brader , rasa kecewa yang sedikit itu , bila diperam lama-lama sudah menjadi satu dendam buat gua .

Gua takkan mintak maaf pada lu jika satu hari nanti gua menyakitkan hati lu . bukan niat gua nak balas dendam , tapi kadang2 apabila kita sudah terbiasa , yelah dah peram lama-lama kan , dia mulalah mengeluarkan sesuatu yang busuk . alah macam lu tak pernah tengok ikan asin/ikan kering/budu/cencaluk/pekasam . ah sudahlah gua terangkan bukan lu paham pon .

Ape pon , gua nak bagitau lu , walaupun gua dah kata “saya maafkan awak” tidak bermakna hati gua berubah bentuk asal . seperti mana lu letak paku dekat dinding , walau lu dah cabut paku tu , lekuk kesan paku masih ada . gitulah hati gua . gua maafkan lu , tapi gua takkan berbelas kasihan pada lu . naseb lu lah .
Apepon , lu pikirlah buat masa depan lu sendiri . gua malas nak pikir pasal lu . dan gua dah berhenti berharap pada lu .

Sekian .


p/s : gua pakai gua sebab gua dah terlampau kecik hati sama lu .

25 March 2011

ni orang bodoh !

petikan myMetro :


PUJUK...anggota bomba memujuk gadis yang cuba membunuh diri.

KOTA BHARU: Sekeping tilam yang dipinjam dari premis berdekatan memisahkan seorang gadis berusia lingkungan 20-an dengan maut selepas dipercayai cuba membunuh diri dengan terjun dari tingkat tiga pusat beli-belah KB Mall di sini, petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.50 petang itu, gadis berkenaan yang memakai baju-T putih dan berseluar jeans biru, sempat mengacukan pisau kepada anggota bomba yang cuba menghalangnya dari terjun dari ketinggian kira-kira 30 meter.

Kejadian yang mengundang panik ratusan pengunjung pusat beli-belah berkenaan itu, turut menyaksikan drama mendebarkan apabila gadis itu tergantung kira-kira tiga minit ketika anggota bomba cuba memaut tangannya sebelum dia jatuh dan mendarat di atas tilam berkenaan.

Difahamkan, gadis itu cuba membunuh diri kerana menghadapi masalah cinta dengan teman lelakinya.


Saksi kejadian, Mohd Syah Azrul Afandi Yusof, 25, berkata, sebelum menyaksikan aksi mendebarkan itu, dia melihat gadis berkenaan mundar-mandir di tingkat berkenaan dan terkejut apabila dia cuba mengelar lengannya dengan pisau.

“Sebelum jam 4 petang, saya lihat dia di berlegar-legar di tingkat tiga pusat beli-belah KB Mall. Dia juga dilihat cuba mengelar leher dan lengannya.

“Tindakannya itu disedari orang ramai yang kemudian menghubungi bomba,” katanya.

Sementara itu, Penguasa Bahagian Operasi Negeri Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, Shahrin Yusmal Mat Yusof berkata, pihaknya menerima panggilan jam 3.54 petang sebelum bergegas ke tempat kejadian bersama 16 anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu serta Pengkalan Chepa.

Menurutnya, mereka terpaksa memujuk dan bergelut selama 20 minit dengan gadis terbabit memandangkan dia enggan bekerjasama, malah mengacukan pisau menyebabkan tiga anggota bomba yang cuba menyelamatkannya mengambil langkah berhati-hati.

“Mangsa enggan bekerjasama dan meronta-ronta minta dilepaskan menyebabkan berlakunya pergelutan. Ketika usaha memujuk, mangsa yang memegang sebilah pisau turut mengacukan senjata itu kepada anggota bomba.

“Kita sempat memaut tangannya tetapi gadis itu meronta-ronta menyebabkan dia terjatuh selepas pautan tangannya terlepas daripada pegangan anggota bomba,” katanya.


pandangan aku :


bodoh la kau ni pompuan ! sakit hati aku tengok kau ! sebab aku aku benci kau ? 
1. kau lemah !
2. kau nak glemer
3. kau bodoh
4. kau nyusahkan orang ramai (bomba, orang datang shoping)


kalu aku ade kat sana masa tu , aku dah tampar2 muka kau . dasar betina sungguh ! apsal kau tak mampos je terjun dalam kolam buaya ke , terjun kat Billion ke . hey sister ! dulu aku pon penah frust , pernah dikecewakan lelaki . tapi tu semua aku tukar jadi sumbu pembakar semangat aku . hasil ? aku belajar tinggi sekarang . bekas balak kayu aku ??? nyesal pastu mintak kapel balik . jawapan ??? kau boleh g mampos . huh . tak paham aku . menyusahkan orang je kau ni .


p/s : dapat kat aku minah ni memang aku tampar laju2 .

meow , woof . cit cit . kok kok kok . etc . kau dan aku

bismillah .

semenjak dua menjak ni , tiap kali aku pegi melawat err berblogwalking (Inglish sikitt) blog2 kegemaran aku seperti KucingTerbiarDotCom , Sunyi Ingin Bercerita , Kakimotong,Com dan ade beberapa lagi yang aku tak sempat nak follow lagi kebanyakkannya meluahkan perasaan sedih terhadap orang yang tak reti bahasa hati bau busuk sampah tepi tandas awam 30sen . adooi .

kepada manusia yang tak-reti-bahasa-hati-bau-busuk-sampah-tepi-tandas , apsal kau nak sakit-sakit hati sangat ? apa berdosa besarkah kami sebagai pencinta haiwan (walaupun aku takde bela kucing dalam rumah!) untuk memberi perlindungan kepada haiwan-haiwan dalam donia ini ?



apahal ? tak cukup omel ke si Blacky ni ? kau buta hati !
aku rasa , dalam donia ni , binatang yang berkeliling rumah (fokus kucing , arnab dll yang seangkatan dengannya) tak comel ke ha ?? kau suka teddy bear lah , ape lah . tapi tak suka kucing dll . bukan ke diorang sama berbulu ?? kalau benda macam lipas , cicak boleh jugak masuk akal . aku pun geli gak . geli kat ulat bulu sebab kalau kena dia haruslah gatal . tapi haiwan yang punya bulu lain rasanya takdak gatal2 .

ah sudah lah . aku malas nak taip banyak2 . cuma satu je pesanan aku :

TAK SUKA KAMI PEDULI PASAL HAIWAN2 NI JANGAN NAK MENYEBOK LAH !! JANGAN NAK SAKITI HATI KAMI !! KAMI PON TAK PEDULIK PASAL KAU WOLANG !! DAN INGATLAH , SETIAP BALASAN JAHAT AKAN ADALAH 'GANJARAN'NYA . INGAT !! KITA HANYA MENUMPANG SAHAJA DI MUKA BOMI INI !!

sekian .

nota kaki : saya sayang omel Blacky . mish yu huk8 .

23 March 2011

saya adalah saya .

saya tahu lelaki suka pandang wanita cantik .


saya tahu saya tak lawa macam dia
sebab muka saya penuh jerawat .
takde jerawat !
penuh dengan jerawat batu .



saya tahu saya takpakai selendang belit2 wane wani macam dia .
sebab saya pakai tudung bawal warna krim sebar biasa je .


just wanna show her style , not her face .
one colour only .



saya tahu saya takpakai baju 'high class' macam dia .
sebab saya pakai baju tshirt hitam je .

jusr wanna show her style , not her face .

tshirt hitam bodoh je .



saya tahu saya takpakai heels macam dia .
sebab saya pakai selipar jepun warna putih je .
wegdes putih = lawa

selipar jepun putih = low class




 saya tahu dia pakai eyeliner macam kucing . mata galak
sebab saya pakai kaca mata je . nerd .

mata menggodaa~

nafsu pon boleh lari ketakutan gini .



saya tak kisah awak nak pandang dia . dia cantik . saya tak . memang lumrah kita suka tengok orang lawa . saya pun suka tengok lelaki taf dan macho .

TAPI BILA SAYA CAKAP DENGAN AWAK , TOLONGLAH BERI PERHATIAN 100% DAN UTAMAKAN SAYA DAHULU .

sape GF awak sekarang ni ? SAYA atau DIA ??

nota kaki : fuck off !

22 March 2011

entry khas untuk HERO

bismillah .

ini HERO :)


hari ni (malan sudahh) baru ada masa untuk tulis pasal Hero . sebenarnya tujuan aku pergi rumah Papa Hero (PH) bukan nak tunjuk berlagak ataupun nak tumpang famos si Hero . aku memang ikhlas nak pergi tengok keadaan Hero , depan mata aku sendiri .

perkenalan , eh boleh kira perkenalan ea , aku dengan Hero ni , aku pun dah lupa macam mana . tapi yang pasti daripada FB ni lah . rasanya sebab aku ada masuk satu fanclub Kucing . pastu ada video pasal Hero ni . benda ni dah lama . tahun lepas lagi . ke dua tahun lepas ea .

pernah air mata menitis tengok klip video Hero yang awal2 PH buat dulu . masa Hero kecik2 lagi . sekarang Hero dah jadi jejaka macho dah . bukan budak jantan lagi dah . masa tu , rasa menusuk kalbu . bagusnya ada insan yang berani , untuk ambil kucing yang telah tiada tangan depan gara2 dipotong oleh setan bertopengkan manusia tu , yelah darah banyak . kalau aku , menangis je depan kucing tu . tapi PH kuat !

sekarang ni , dioranglah inspirasi aku . kalau aku pergi kedai makan , kalau ada kucing yang kelaparan tanpa segan sili aku akan kasi makan . pedulik dengan mata2 juling yang dok tengok aku . aku berpegang pada satu je . kita Khalifah yang telah di amanahkan untuk menjaga alam flora dan fauna di atas muka bumi ini . salahkah aku menjalankan tanggungjawab aku walaupun hanya sedikit sahaja ??? aku juga akan belai2 kucing2 jalanan tu . tapi jika ada yang kurap banyak , aku takkan sentuh . aku takut kucing tu rasa lebih gatal dan kurap akan merebak ke bahagian lain .

aku nak tolong kucing-kucing ini . tapi apakan daya aku ? aku hanya seorang perantau di sini . mencari ilmu membanggakan Bonda ku . hanya ku mampu lakukan , beri makan dan belai dan beri perlindungan sekiranya ada pembuli yang suka sepak , tendang , lepar batu kat kucing .

sedih rasanya teringat pada Hero . tapi semangat dalam diri Hero juga aku kagumi . meresap jauh dalam sanubari . jika haiwan yang tiada akal mampu untuk menempuh dugaan hidup , apatah lagi kita manusia yang mempunyai akal ini ??

sekiranya anda membaca entry ini , sayangilah haiwan . kita juga menumpang seperti mereka . janganlah takbur .

sekian .

nota kaki : hampir menitis air mata .

kau ku kondem balik .

haihh . aku tak rasa kecik hati pun . cuma rasa nak tergelak pon ada . napa ? ni.



hehehe . sebab tu jangan cari pasal ngan aku . kan dah kena kondem balik . weee ~

Anwar dan Najib

tah hape ke benda aku pegi mimpi pasal diorang plak . tah hape kes diorang ade dalam mimpi aku . deym .

camne mimpi aku ? aku mimpi si Anwar ni banyak gile duit , orang kaya , bini sesksis dan lawa . Najib plak miskin datang buat muka sedih kat Anwar .

p/s : aku tak minat mana2 nama di atas . mimpi sahaja . harap maklom !

20 March 2011

sepetang bersama HERO .

bismillah .

maka pada hari ini , 20/03/2011 bersamaan hari Ahad , seperti yang telah dirancang , aku pon pergilah ke rumah Papa Hero . hahaha . tujuan ? melihat dengan mata kepala sendiri Hero . jika anda pecinta haiwan , anda pasti kenal siapakah Hero ini .

aku malas nak cakap banyak . tengok jelah gamba kat fb . kalu aku rajin aku aplod di blog . hua hua hua .

updated : baiklah . aku rasa macam kejam je kan tak aplod gamba aku ngan Hero . oke oke ai aplodkan . hee ~

salam perkenalan

si Blacky ni main tudung aku plak . hahaha

ni laa si omel Blacky

omel kan Hero berdiri

Papa Hero and twins

bau keropok la tu .

masham Hero ni . omell ~

manja nii Hero .

jom ikut kami muncungkan mulut .

berani ke tu Bubu ????

saya nak anak kembar jugak boleh ???? *gatal*

happy family . ehhh ???? hahahah .

hehehe . maka , marilah ke rumah Papa Hero jika anda mempunyai masalah jiwa luar dan dalam . haa ~

sekian .

16 March 2011

keropok keping dan aku

bismillah .

haa ni entry nak ceta pasal makanan . so pada yang lapar sila terliur .

aku sangat suka balik rumah . kenapa ? sebab aku boleh makan keropok banyak2 . HAHAHA . aku boleh habeskan 3 balang keropok dalam masa sehari setengah . ala balang yang letak gula2 chocklairs tu (tak reti eja) .

aku boleh je makan keropok dengan ikan senggang sahaja . ikan singgang tu macam sup ikan lah (kalu korang nak kenal pada sapa yang tak kenal) . sedap woooo !

so , aku ade kat Kelantan ni . ade sape2 nak kirim kopok keping ? pos2 tak main okeh . and aku cas rm2 . boleh ??

HAHAHA . oke aku serius korang boleh kirim nanti aku beli . tak jauh pon . budu pon boleh .