tak suka buleh stop. maaf ya

Showing posts with label sahabat. Show all posts
Showing posts with label sahabat. Show all posts

01 January 2014

Trip Kelas ke Universal Studio Singapore. (Part 3)

bismillah..

fuh, berdekad baru aku update pasal trip kelas aku pegi USS neh. hahah. kitorang plan laa nak g 30/10/2013 aritu. tapi bas akan amek kitorang pada pukul 2 pagi 30/10/2013.

yang menjadi masalahnya, pihak bas tak boleh amek kitorang dalam IPG sebab pak guard tak bagi masuk melainkan ade surat. aduduuu banyak plak songehnye kan. maka kami amek keputusan untuk keluar awal dalam pukul 10.30 dan lepak di MyMydin Kota Serimas. hohoho. sib baik ade surau dengan mamak 24jam. kalau tak, melolong laa kitorang. pape pun, Alhamdulillah bas sampai seperti yang dijanjikan, pukul 2 pagi. :)


tak aci muka aku takdek! hahah

ok bile dah ade dalam bas tu, ape lagi tidoq laa. kang pagi yang menyinari nanti nak g main benda pelik2 pulak kann. kami sampai dekat Tol ape ntah jap aku tanya pakcik Gugel.........ahh tak jumpa tak ingat nama. takpe nanti aku tau aku update je dekat sini haa.

dalam pukul 6.30 kami pun sampai lah di tol tersebut. dah sampai Johorlah yek. berenti kejap kat sini untuk rest, solat, breakfast, cuci muka atau mandi. aku tak mandi dah, sebab sebelum naik bas aku dah mandi. aku cuci muka, gosok gigi dan membuang je. hahaha. lepas tu, kami tunggu abang Farid. beliaulah penjual tiket kepada kami. ni fb dia : https://www.facebook.com/pakejuss in case korang nak pegi USS kan. kami pegi aritu ade harga promo. now taktaulah kena tanya abang tu tau!

then kami tunggu dan kami dapatlah tiket-tiket kami ni. iyeahuuu. gambar sikitt


okeyy,, muka eksaited !

ada lagi satu gambar kami amek ramai2. ntah pegi mana. takpe nanti kalau dah jumpa, aku update je kat sini. hik2.

then bermula lah pengembaraan kami ~ jom2 tengok gambaqq

jambatan yang menghubungkan Malaysia dengan Singapura

Sudah sampai ke Pulau Sentosa~ USS semakin menghampiri~

ahahah. takat ni dulu laa yee.. nanti sambung part 4 pulak. wuu wuu wuu . nanti aku cite tips2 nak masuk dalam USS. iyeahuuu!

Trip Kelas ke Universal Studio Singapore. (Part 2)

Bismillah.

hoho sambungan part 1 yek. part 1 tu pasal passport. yang part 2 ni pulak aku nak cite pasal tukaran wang Ringgit Malaysia (MYR) kepada Singapore Dollar (SGD). tarikh aku taip ni masih tarikh yang sama iaitu pada 27/10/2013 hari Sabtu.

aku dah banyak buat 'kajian' (kajianlah sangattt kann) dekat Pakcik Google neh pasal tips-tips pelancongan ke USS dan tips-tips tukar matawang. nak tukar-tukar ni kena pandai survery tempat money changer yang murah-murah sebab rate antara satu sama lain berbeza. biasalah ade yang nak untung banyak, ade yang nak untung sikit kan. lagipun ni PERTAMA KALI aku nak convert duit neh. pehh pengalamannn...

maka hari ni hari Sabtu aku pun turunlah KL. tujuan utama sebenarnya nak jalan-jalan dengan buah hati jek. nak tukar matawang tu alasan je. haha! tapi jalan-jalan kejap je sebab dia balik awal, esok dia kerja. so aku pun melilau carik port money changer dekat Jalan Masjid India tu sorang-sorang. ramai betul orang hari ni~! yelah hari baru gaji tambah kaum India buat persiapan untuk Deepavali kan.

melilau mata aku meliar cari perkataan "Pengurup Wang Berlesen".kebanyakkan pemilik pengurup ni berbangsa India. jangan tanya aku nape tau. mungkin sebab ramai orang India dekat situ. banyak kedai pengurup wang. sambil lalu sambil aku jeling rate yang depa letak. nanti kalau nak compare lihat perkataan "We Buy" lah. haa gitu..

tapi waktu aku pergi tu dah lambat. dah pukul 6 petang. so tak banyak tempat aku leh terjah. kedai yang aku pergi ni pekerja perempuan pakai tudung. mungkin India-Muslim. dia bagi rate 1 SDG = 2.57 MYR. ermm mungkin kalau aku survey dapat carik port lagi murah kot. tapi takde beza sangat pun. beza salah satu sama lain dalam 2.52, 2.58, 2.53 dan lain-lain (nampak sikit tapi beza beringgit juga okey!)

maka, aku dapat 128.50 MYR = 50 SGD. erm, cukuplah tu kot. tak perlu banyak-banyak sebab tiket kenderaan semua dah setel. so duit bawak tu untuk beli barang-barang cenderamata dalam USS untuk Bonda dan erm siapa-siapa yang aku rasa nak bagi. wakaka.

meh tengok duit SGD. ohya sebelum terlupa, kalau nak convert duit tu, jangan lupa convert duit kecil-kecil macam $2, $5, atau $1 senang nak buat kiraan bila melancong nanti.


duit Singapore Dollar.



Trip Kelas ke Universal Studio Singapore. (Part 1)

Bismillah ..

(sapu-sapu sawang . uhuk berhabuk sudah blog ni)

intro dulu lah. pejam celik pejam celik dah hampir 5 tahun 6 bulan dah dekat IPG Teknik ni. walaupun sudah berpindah kampus [dari KL ke Enstek, Nilai] namun isi hati kami masih IPG Teknik. wahh panjang gitu intro. bila dah nak habis ni, so pakat-pakatlah nak buat trip kelas yang terakhir yang bagi aku agak 'gila' haha. biasa pegi Sungai Gabai, Port Dickson, Melaka. tapi untuk kali terakhir ni, kami sepakat nak pegi ..... USS ! pegi Singaporee . weee~

waktu aku taip entry ni pada 27/10/2013 hari Sabtu. lambat taip entry. hasil kesepakatan dak-dak kelas ni, nak g USS ni dah lama, sebelum hari raya Aidiladha lagi sebenarnya. musyawarah punya musyawarah, maka kami sepakatlah nak g USS pada 29 atau 30/10/2013. jadi, pada 9/10/2013 hari Rabu kami pun bergeraklaa ke Imigresen Seremban nak buat passport. nilah pertama kali aku masuk pejabat Imigresen nak buat passport. eksaited jugaklah.

lepas berkumpul 18 orang, kami pun pegi laa ke Imigresen (naik 4 biji kete). masa tu takde sape pun yang pernah tau macam mana nak buat passport berkumpulan. memang ada yang pernah buat buku merah ni tapi bukan berkumpulan. yang berkumpulan ni sah untuk sekali guna je. so kami beramai-ramai masuklaa. masa kat kaunter pertanyaan tu, akak Imigresen tu cakap kami kena buat appointment dulu untuk passport berkumpulan ni. lagi pula pegawai Imigresen pulak takde hari ni. ha sudahh, kalau macam ni lambatlaa nak tempah tiket.

tapi ALLAH Maha Kaya, Dia permudahkan urusan kami. ketua trip masuk semula dalam pejabat tu nak amek no pegawai sebab nak letak tarikh appoinment. tetibe je pegawai tu ade. eh pelik bin ajaib neh. oleh sebab kami semua dah ade, pegawai tu bagi cadangan untuk dia uruskan semua pada hari tu. Alhamdulillah. tapi kami punya kalutlah, nak g potostet IC lah, amek gambar passport instant lah. sebab syarat dia gambar passport perlu sama latar belakang. maksudnya kalau latar biru, semua latar biru, kalau putih semua putih siap ada ukuran yang ditetapkan. so, kami dah nak cepat kami pegi je buat passport instant tuh depat pintu pejabat Imigresen. tapi mahallah, 4 keping RM12. amekau. nih gambar baki. buat passport tuh nak 2 keping jek.

gambar sememeh

lawak betul masa nak amek gambar neh. yelah syarat nak amek gambar kena pakai tudung yang gelap. sape yang pakai tudung hitam/gelap terpaksa bagi pinjam/tukar-tukar tudung ah. haha nasib baik tandas dekat jek. aku tak tukar, tapi aku amek selendang baju punjabi classmate aku, Thiba buat macam kat atas tu. serius sememehhhh. nak letak gambar passport kumpulan takde pulak. nantilah aku update gambar tu yekk.

*update gambo passport berkumpulan




lepas siap urusan amek cop jari bagai semua, kitorang pun keluarlah dengan perasaan LEGA YANG AMAT ~ syukur Alhamdulillah sangat-sangat. lepas tu tanpa membuang masa dah lapaq ni, kami pegi solat kat Giant Senawang pastu makan dekat Nasi Arab Damsyik dekat Senawang jugee. nak tepek 1 gambar lah



sekian dahulu setakat ini. nanti sambung part 2.

23 June 2013

Tahniah , semoga bahagia hingga ke syurga :)

bismillah ..

hari ni bukak blogger , belek2 dashboard macam biasa . mata terpaku pada tajuk "Empat Minggu" . tangan pantas klik . ohhh , Akak Zara dah kahwin :) alhamdulillah ..

blog Akak Zara dah lama aku follow . tak silap tahun 2008 or 2009 or 2010 . masa tu Terfaktab baru nak mendirikan tapak . lupa lah tahun berapa . dan Akak Zara ni salah seorang penulis di situ .

walaupun dia mungkin tak kenal aku , tapi aku kenal dia . syukur , semuanya berjalan dengan lancar . tahniah kak . aku kirimkan sekeping doa buat mu :)

p/s Google je Terfaktab , and ni belog Akak Zara , sila kelik .

20 December 2010

dia yang cabar !

ye . entry ni dbuat khas bukanlah sesaje nak mengutuk , mencaci , merendahkan martabat (eh ko jual murtabak kee?) mahupun nak melemahkan semangat beliau , namun beliau sendiri yang mencabar aku membuat entry seperti ini .


tengah tahan senak ke bang ?????


kenapa ko buat ?


aku buat benda ni sebab orang di atas , ye ye btol tu yang dalam gambar tu yang cabar aku . kalau berani buat satu entry pasal dia . dan YEAH ! aku sekarang telah membuat nye . ceh macam buat kek jee .

aku tak paham lagi la ape ko cakap ?

ok . ok . begini . sebenarnya lelaki di atas ade buat satu perjanjian dengan aku . ermm . perlu ke aku cakap ye ? haha

laa . cakap je laa ape perjanjian korang . ok2 ni rahsia kita .

haha . ko nak tahu keee ? aku dengan dia dah janji kalu aku sepak+tumbuk dan lain-lain lagi sebanyak sepuluh kali . aku dah lupa . haha . aku nak kene tanya balik Holand Brute . tak kesah yang penting kalu dia tak dapat bertahan dalam masa 5 minit , aku dikira pemenang dan orang yang kalah perlu belanja orang yang menang . sekiranya dia dapat bertahan , aku kalah so aku laa yang akan belanje dia .

tapi kenapa dia buat macam tu ?

kenapa ko tanya ? sebab dia sengal . suka cabar orang . kalu orang lain macam Faraidayu Shakila mungkin laa dia bleh buat main-main . ngan aku ? sorry . aku geram+tahap babun ade dia kata aku penakot ? haa sekarang ko yang penakot . aku dah buat entry ni . padan muka kau !

ok . ok . agak paham . tapi sape Holand Brute tu ?

hahaha . ok budak ni aku panggil dia Alam je . sahabat baik si senak kat atas . dia lah mastermind sume ni . dia lah segala mala yang rancang semua ni .

ok . ehh ! lupa nak tanya . sape mamat kat atas tu ye ?

mamat tu ? dialah

Muhamad Hafiz !!!!!!!!!!!!! a.k.a Tay !!!

aaa . aku nak kenal dia boleh ?

boleh boleh ! sila kelik nama dia . HAHAHAHA


sekian ~

27 November 2010

besties at SMK Tumpat . luv ya ! :)

bismillahirrahmanirrahim ~ assalamualaikum . hoho di petang yang dingin >sebab gelombang banjir kedua< aku rase bersemangat nak buat entry khas pasal sahabat-sahabat rakan seperjuangan yang sesama berjuang tuk SPM .

dalam sibuk menimba ilmu , sahabat-sahabat inilah yang membuat hidup bertambah ceria . akan ku cerita kan satu persatu . diorang ni happy go lucky . ada jugak sahabat yang same2 ponteng , same2 makan meesup . (korg ingat lagi tak ! ) same2 rempit ke tempat tuisyen kat Kota Baharu , bermalam di rumah aku . hehe .

sebelum aku berada di sini , aku telah bersekolah di SMK Zainab 1 di Kota Baharu . lantaran result PMR aku hanya 3A , aku memutuskan untuk keluar dari sekolah ini dan bersekolah di kampung . tak payah nak dok asrama lagi .


1) NURUL FARHANI (hunny, honey, hani)



aku selalu panggil dia honey . kami same-same budak baru kat SMKT . dia dulu dari SMK Ahmad Maher . member yang agak gila2 . bab2 mengarut bagi kat dia . wekk :P sekarang ade kat Uitm Machang , tempat aku dulu . tapi sebelum tu dia masuk matrik . so tak sempat mau ketemu .

2) NURAIN (ain)



ni pon sama kes ngan aku . budak baru . dia dari sekolah MPKB . apeh ? korang taktahu ape MPKB ? MPKB tu sekolah Maahad Muhammadi Perempuan Kota Baharu . dia ni cool je . and budak paling pandai dalam kelas aku . tapi dia jenis rilex . dia kawan je ngan sume orang . tak macam sesetengah orang kalo dah pandai memilih kawan . love yu lah ! sekarang ade kat UPSI . hoho . gud2 . nanti leh ganti cikgu2 kat SMKT yep .

3) SITI NORDIYANA (yana, mc'na)



ini budak same jugak laa ngan kes aku . sekolah dia dulu hampir sama dengan sekolah si Ain tapi lain sikit . dia dari MP3 , iaitu Maahad Muhammadi Perempuan Pasir Pekan . sekarang berada di Kolej Kejururawatan kat Terengganu . dah nak habes kot . japg jadi le Nurse Yana . pergh . kekekek .

4) TUAN NURUL HIDAYAH (nurul, nuyu, yu)




hahahah . ramai yang sama kes macam aku neh . Nurul ni pon sama . dulu sekolah kat SMK Geting . dekat je ngan SMKT . dia macam Yana , sekarang ade kat Kolej Kejururawatan kat Kedah tak silap . pon nak habes gak . aku tuggu depa2 ni belanje aku je . gagaga .

5) NOR HAFIZAH (pijah)




ni lah otai . taiko . haha sume kasi kat dia lah . dia penduduk tetap kat SMKT tuh . memang asal kat situ . dia ni jenis rileks . perangai gile2 dan happy go lucky . kekeke . sekarang ade kat Uitm Machang . dulu sebelom aku ke IPG , aku dok ngn dia kat Uitm lah . kos sama . kolej kediaman sama . sama-sama orientasi . dem aku benci orientasi kat sana . hahah . rasanya ni dah last sem diorang kot . aku pon tak tahu sangat .

6) SITI KHUZAIFAH (jpah)


sama cam Pijah tu . penduduk asal kat SMKT . sekarang pon ade kat Uitm Machang tapi lain kos . kami sama2 masuk lah ngn Pijah . seronok kalo jenjalan kat pantai ngan dia neh . gile2 jugak . aku suke kalo buat keje jahat ngan dia . haha !

7) NOR ATIYAH (tiyah)



tiyahhhh ! Mak aku paling ingat dia ni . yang lain Mak aku ingat jugak tapi yang ni paling ingat sebab dia pandai masak . nasik goreng yang dia masak tu Mak aku cakap sedap . aritu dia masak ngan sapa eh ? ngan Jpah ye . kui2 . sekarang ni tak silap aku dia ade kat Uitm Terengganu . part mana aku dah lupe . sowii ~ kekeke

8) JULEANA (mc'jue)



pergh ni sahabat aku yang paling vogue . sekarang study kat sebuah Kolej kat Pahang . aku tak ingat/taktau nama Kolej dia . haha korang jangan tengok pada paras rupa . dia ni baik sangat walaupon perangai gila2 . aku suka cakap merapu ngan dia . haha mcjue2 .

9) HABIBAH HANIM (bibah)


bibah ... aku kenal dia sebab dulu mase aku form4 aku masuk asrama kejap . sebab Mak aku outstation . kami satu dorm dan dia budak kelas sebelah aku . kami same je aliran . dia penduduk asal SMKT . seronok kawan ngan dia ni . gila-gila . haha . sekarang ada kat UIA . amek ape aku taktahu lah . kekeke .

10) NOR RUZIANA ISMI (ismiey)


hehe ismiey . same lah macam Bibah . kenal sebab kami satu dorm mase kat asrama dulu . sekelas ngan Bibah . suka kawan . dia happy . sekarang Uitm kat mana aku dah lupa laa . hehe .


p/s : sampai sekarang aku masih kawan ngan diorg2 ni . walaupon masing2 dah jauh , dah sambung study tempat berlainan , dah ade bff baru , tapi kawan lama tak lupa . diorang leh terima aku . terima kasih sahabat ! susah nak cari sahabat macam korang !

03 October 2010

PERANG PAINTBALL BERMULA !

alhamdulillah , hari ni jadi jugak lawan paintball .
eh jgn sala pham . yang main si chenta hati , bukan aku .
tapi sebagai seorang kekasih yang baik *ayat xleh blah*,
maka aku kene laa bg sokongan .
pagi2 bute da bangun n masak untuk dia .
tapi dsebabkan tak sempat , maka kawan baik ku tolong masakkan .

habes satu bekas . diorang kata sedap .
haha bukan saye masak ye abang2 sume .
tapi kawan . saya tolong2 je .

main bende ni sebenarnya bagus .
dapat eratkan silaturahim . hehehe .

24 August 2010

syukur , ku punya kamu .

aku mau berTERIMA KASIH kepada sahabat dunia akhirat , Nor Ain and Thiba sebab take care about aku . walau kadang-kadang kebenaran itu susah untuk ditelan , tapi hakikatnya kebenaran tetap kebenaran . aku hanya pasrah kerna aku tahu ALLAH itu ada untuk aku . aku tahu DIA telah ciptakan jalan yang terbaik untukku . apa yang aku perlu buat ialah berikan sesuatu yang terbaik untuku sendiri , yang mana tidak menyanggah peraturan-NYA . insyaALLAH , yang penting , family , careerku , dan juga diri ku sendiri . sang lelaki yang bernama kekasih , adalah pelengkap pemanis rasa kehidupan semata-mata . tabahkan diri dalam menghadapi kehidupan . kadang-kadang itu yang mendewasakan kita .

31 July 2010

good day at genting !



huhuh ~ rini sgt sonok meyh ! berdating ngn chenta hati ku , encik mohd faizul ngn shbat erin . sgt sonok !

evendo kami da smpi lewat dalam petang , tapi mase pukul 6 sangat sejukk dan berkabus . rerupenye nak hujan . huhu . sangat sejuk masa tu .

23 July 2010

1st BOWLING !

wawawa . ari ni 1st aku blaja cmne nak baling bola boling ngn betul . kire aku ni beginner lah . *eh da memang beginner pon ceit! * bersama-sama my bff : Nor Ain Nizri and Thiba R. Vinthan maka kami pon belajar laa macam mana nak baling bola tuh dengan betul . agak seronok !
(cara balingan yang betul)

baling punya baling sebanyak tiga game , ye diulangi TIGA GAME , maka kami telah memperoleh kemajuan di tahap yang memberansangkan . tidak percaya ? ini buktinya :

dari ini kepada yang dibawah ini >>>

teeettttt . itu da cukup menggembirakan . tapi ade lagi yang lebih-lebih gembire meyh ! iaitu :

BERGAMBAR DENGAN KAK SHALIN !!

26 June 2010

ABG *angkt* AKU MUNGKIR JANJI !! majok !!

aku ade abg angkat, ha yela aku an tade ADIK BERADIK .
malam ni dia kata mau blanje belut paprik . tapi sampai skarang dia ta meseh aku ni .
aku da kebuluQ da tunggu dia anta meseh . adoi . lapaaa~