tak suka buleh stop. maaf ya

14 December 2015

Permata Hati 2

bismillah

okey, sambung cite dari Permata Hati 2..

lepas aku bagi baby pada misi, misi terus bawak pergi check..serius lama aku tunggu untuk masuk ke wad ibu2 bersalin..masa sedang menunggu tu, datang misi dia cakap nanti akan datang doktor..aku ni dah tertidur2 dalam wad sementara tu..dengan lemah and mengantuk..kemudian datang seorang doktor datang tanya history masa aku pregnant..lepas aku cite aku ade air ketuban banyak..lepas tu, doktor pergi...tak lama doktor datang balik..katanya pada aku "ma, ma naik ke wad dulu, ma bersihkan pakaian dan ape yang patut..lepas tu kalau ma rasa kuat sikit ma bole tengok anak ade dalam wad 1Nilamwad tu ade kat tingkat bawah ni je"..

aku naik wad ibu bersalin tu dalam jam 12.00 tengah hari..lepas naik setel katil, aku cerita dekat encik hubby, mak, mak n pak mertua serta adik ipar pasal baby dalam wad 1Nilam...so aku terus tukar pad bersihkan badan semua, terus aku ke wad 1Nilam..masa dok depan pintu wad, aku terpandang papan tanda NICU 1Nilam...dalam hati aku, ha sudah apesal baby ade dalam wad NICU plak..

aku dan encik hubby je bole masuk..masuk2 terus cari katil baby..masa di katil baby, ALLAH je tahu betapa terkejut bila ada wayar pada baby..doktor terus ajak aku dan encik hubby masuk untuk doktor terangkan apa yang berlaku pada baby..doktor terangkan pada aku bahawa baby mengalami "tracheoesophageal fistula"...boleh google kalau nak tau..tapi serba ringkas aku boleh katakan bahawa salur makan bayi tidak bersambung..masa tu aku blurr jap 1 minit...

kes Amir ni, memang jarang2 berlaku...boleh dikatakan satu dalam seribu kelahiran..kalau aku baca satu kes di US, 1 dalam 3000-4000 kelahiran setiap tahun.. kat bawah aku tepek gambar untuk bagi korang faham..


ada banyak jenis ketidak sambungan salur makan..Amir punya yang atas sekali, type A..


tiada cara lain selain pembedahan..masa tu aku tengok muka encik hubby, beliau rileks je..dalam hati kita taktau kan..so bila aku tengok encik hubby tenang, aku pun tenang...tiada air mata, yang ada redha..jadi, aku setuju apa sahaja yang dicadangkan oleh doktor..kat bawah ni cara doktor sambung..


doktor akan operate bawah ketiak kanan untuk buka laluan supaya pembedahan berjalan dengan lancar..tambahan plak kedudukan salur makan tu belah kanan..sebab tu aku agak protective kalau ada orang nak pegang Amir..

so, malam tu, aku tidur sendirian..semua balik..mak aku cakap, nak jaga pon baby takde, lagipun aku kuat..sebab aku beranak normal..nanti mak akan datang esok lagi..aku tak kesah..

dan bermula lah perasaan nak meroyan..korang bayangkanlah, aku sorang2 takde baby di sisi..kiri kanan depan belakang sume ada baby..dengar tangisan baby lagi...tengah malam tu, memang aku tak tahan, aku menangis tersedu2 seorang diri teringat kat anak.. (hishh masa taip ni pun bergenang air mata aku)..tapi aku kena kuat! lepas aku nangis, aku tidur..

hari kedua kelahiran Amir, doktor call aku n encik suami untuk sain borang bius..sebelum tu, doktor dan pakar dah terangkan pada aku, this is major operation..so anything can happen..masa tu aku memang redha sangat2 dah..aku dan encik hubby hantar Amir sampai pintu depan dewan bedah..aku bisik pada Amir, "Amir anak ibu..kena kuat..sebab ibu kuat.." Amir masuk dewan bedah jam 9 pagi..

operation Amir tamat pada 12.30 tengah hari lebih kurang..aku terus pegi tengok Amir, nak tengok keadaan Amir..doktor explain pada aku dan encik hubby yang operation berjalan dengan lancar..tiada yang susah sepanjang oepration dijalankan..sorry aku tak reti nak guna istilah doktor neh..Alhamdulillah..tapi doktor kata, Amir akan ditidurkan selama 5-6 hari supaya salur yang disambungkan betul2 bersambung..

lepas tu aku pergi tengok Amir..masa tu ALLAH je tahu betapa remuknya hati seorang ibu apabila lihat anaknya penuh berselirat wayar..hidup dengan mesin oksigen dan lain-lain lagi..aku bisik perlahan dekat Amir, "Amir kena kuat..sebab ibu kuat..Ibu tahu Amir boleh!"

selama Amir dalam NICU, aku ulang alik ke hospital hantar susu..doktor pesan supaya aku sentiasa pam susu dan hantar susu ke hospital..nanti bila Amir dah sedar, bolehlah doktr bagi susu ibu yang penuh khasiat itu..

memang aku dalam pantang..tapi demi anak, aku kuatkan semangat...selang sehari aku ke HUSM..encik suami pulak dapat cuti emergency 2 minggu..tiap kali aku lawat Amir, aku pegang tangan Amir, usap kaki dan bisik "Anak Ibu boleh buat, anak ibu kena kuat..nanti boleh beli cars dengan abah"..encik hubby? dia masih tenang, dan masih boleh main candy crush..huhu.jadi aku pon turut positif di samping bersyukur sangat2 operation went so smooth..

Amir dok HUSM selama 23 hari..6 hari rooming in dengan dia..pada mulanya Amir tak boleh hisap susu ibu..yelah, sejak mula lahir, lepas tu tidur 6 hari, pemantauan berhari2, mana nak reti hisap kan..tapi aku kena usaha ajar jugak nanti Amir lapar pulak..

doktor kata Amir bukan tak reti hisap, tapi dia malas..yelah selama dok NICU, susu disalurkan terus dalam perut tanpa dia perlu hisap..masuk terus kenyang..huhuhu..dan masa dalam NICU jugak, misi kata Amir ni kuat! masa ubat bius masuk, Amir masih lagi bergerak2..kalau baby lain, dah lama tidur..

yes, Amir memang kuat..sebab sekarang ni umur baru 2 bulan 3 minggu, tapi dah pandai melompat..Amir mula berdiri pada usia sebulan, dan 2 bulan pulak dah reti melompat2...kepala lembek tapi kaki kuat..

Alhamdulillah.sekarang Amir dah sembuh..tapi Amir perlu ulang alik hospital sebab doktor nak tengok perkembangan Amir..Amir sekarang ni mudah sangat2 senyum..kalau kena cucuk, takde nak nangis kuat2..agaknya masa dalam NICU, dah banyak kesakitan yang Amir lalui sampaikan sekarang dia dah 'kebah' dengan sakit yang 'kecil' tu..huhuhu

sampai sini sahajalah aku nak cite..kepada yang bertanya kenapa dengan baby masa Amir mula2 lahir..sebab masa tu hati terlalu sedih nak cerita..satu je harapan dan doa aku, supaya Amir sentiasa sihat sejahtera dan menjadi hambaNya yang soleh..insha ALLAH..

till then,

No comments: