masa memula taip menda alah ni , aku taktau nak letak tajuk apa . serius tak tau ? sebab masa ni apa yang aku rasa adalah lebih penting dari memikirkan nak letak tajuk apa . perasaan marah , sedih , kecewa , berkecamuk dalam satu . alah macam ice blended , letak buah , air gula , ais lepas tu blend . oh itu sedap . yang ni takk .
aku taktau macam mana nak mula . elok-elok aku bergembira hari ini , tenangkan fikiran , tapi last-last hati aku sakit . apa guna aktiviti hari ini ? aduhh .
selama ini , aku rasa , semua orang pandang enteng dengan aku . aku ni KASAR , takde keAYUan , takde keSOPANan , eh banyak lagilah . pendek cerita aku ni bukan Wanita Melayu Terakhir .
tapi..
takde sape tahu disebalik kekasaran , ke-tidak-ada-ayu-an itu , aku bukanlah manusia yang teruk . rasanya aku tidak pernah lagi mencuri duit orang . aku tak pernah tetibe nak cari gaduh dengan orang , takde pulak buat taktau bila orang mintak tolong (kecuali kalu tak dapat tolong tu mintak maaple) .
memang aku ni kasar . eh bukan sedikit tapi banyak jugaklah . dulu aku dibesarkan dengan Nenek . hal ini kerana Mak pegi sambung belajar di sekolah jururawat di Ipoh (masa tu aku di Kelantan) , arwah Abah sibuk bekerja sebagai polis . dalam masa aku tinggal ngan Nenek , aku jugak dok ngan seorang sepupu lelaki . dia ni suka sangat buli aku . mungkin sebab itu bila besar aku jadi ganas semacam .
err , tu alasan . sebenarnya dari dulu lagi aku ni hyperaktif . ade seorang guru mengatakan bahawa sesiapa yang lahir ikut tingkap (Ceaseran
tak reti eja / pembedahan) memang hyper . aku lah tuuuuu .
semua kawan aku sama ada di sekolah lama atau sekolah baru (menenga) , terkejut tatkala aku bagitau aku sekarang belajar di maktab di KL ni . mereka semua kata "
matilah anak murid dapat cikgu macam kau" . sampai macam tu sekali ! tapi bila aku berada di sini , pensyarah puji aku , masih lagi aku ingat dan tidak sekali-kali aku lupa "
Wardah , awak dah macam cikgu . tak payah masuk bengkel jadi cikgu lagi dah" sewaktu aku selesai menjalankan simulasi pengajaran dalam bilik kuliah .
maka di sini . aku nak buat luahan perasaan . aku taktau sape yang baca . dan aku taktau apa yang bermain di fikiran pembaca . mungkin rasa aku ni gedik ? sensitif ? mudah merajuk ? well at least sekasar-kasar aku , aku jugak kaum Hawa . aku punya jiwa .tak lepas dari air mata .
semua orang nampak aku ni kasar , aku ni jahat . tapi diorang silap . aku kasar sebab tu aku boleh berdikari . aku berani . aku berani buat apa saja yang kadang-kadang benda remeh tu pun pompuan lain tergedik-gedik nak buat . kau berani buat pementasan drama atas pentas ? kau berani bercakap dengan orang besar ? kau berani bawak motor atau kereta kat KL ? kalu kau takde salah satu dari di atas , jangan rasa kau pandai berdikari .
sekasar-kasar aku , aku reti hormat orang lain . adalah kasar itu suatu kesalahan ? memang aku ni berperangai macam lelaki . aku lebih banyak kawan lelaki rasanya . pompuan ? entah ? lembik ? entah . jangan tanya aku .
aku sudah puas menangis . sebab walaupun aku kasar , aku masih punyai jiwa . pesanan aku kepada korang si pembaca , jangan nilai aku dari paras rupa aku .
bai .