tak suka buleh stop. maaf ya

Showing posts with label export ke luar.. Show all posts
Showing posts with label export ke luar.. Show all posts

01 January 2014

Trip Kelas ke Universal Studio Singapore. (Part 3)

bismillah..

fuh, berdekad baru aku update pasal trip kelas aku pegi USS neh. hahah. kitorang plan laa nak g 30/10/2013 aritu. tapi bas akan amek kitorang pada pukul 2 pagi 30/10/2013.

yang menjadi masalahnya, pihak bas tak boleh amek kitorang dalam IPG sebab pak guard tak bagi masuk melainkan ade surat. aduduuu banyak plak songehnye kan. maka kami amek keputusan untuk keluar awal dalam pukul 10.30 dan lepak di MyMydin Kota Serimas. hohoho. sib baik ade surau dengan mamak 24jam. kalau tak, melolong laa kitorang. pape pun, Alhamdulillah bas sampai seperti yang dijanjikan, pukul 2 pagi. :)


tak aci muka aku takdek! hahah

ok bile dah ade dalam bas tu, ape lagi tidoq laa. kang pagi yang menyinari nanti nak g main benda pelik2 pulak kann. kami sampai dekat Tol ape ntah jap aku tanya pakcik Gugel.........ahh tak jumpa tak ingat nama. takpe nanti aku tau aku update je dekat sini haa.

dalam pukul 6.30 kami pun sampai lah di tol tersebut. dah sampai Johorlah yek. berenti kejap kat sini untuk rest, solat, breakfast, cuci muka atau mandi. aku tak mandi dah, sebab sebelum naik bas aku dah mandi. aku cuci muka, gosok gigi dan membuang je. hahaha. lepas tu, kami tunggu abang Farid. beliaulah penjual tiket kepada kami. ni fb dia : https://www.facebook.com/pakejuss in case korang nak pegi USS kan. kami pegi aritu ade harga promo. now taktaulah kena tanya abang tu tau!

then kami tunggu dan kami dapatlah tiket-tiket kami ni. iyeahuuu. gambar sikitt


okeyy,, muka eksaited !

ada lagi satu gambar kami amek ramai2. ntah pegi mana. takpe nanti kalau dah jumpa, aku update je kat sini. hik2.

then bermula lah pengembaraan kami ~ jom2 tengok gambaqq

jambatan yang menghubungkan Malaysia dengan Singapura

Sudah sampai ke Pulau Sentosa~ USS semakin menghampiri~

ahahah. takat ni dulu laa yee.. nanti sambung part 4 pulak. wuu wuu wuu . nanti aku cite tips2 nak masuk dalam USS. iyeahuuu!

Trip Kelas ke Universal Studio Singapore. (Part 2)

Bismillah.

hoho sambungan part 1 yek. part 1 tu pasal passport. yang part 2 ni pulak aku nak cite pasal tukaran wang Ringgit Malaysia (MYR) kepada Singapore Dollar (SGD). tarikh aku taip ni masih tarikh yang sama iaitu pada 27/10/2013 hari Sabtu.

aku dah banyak buat 'kajian' (kajianlah sangattt kann) dekat Pakcik Google neh pasal tips-tips pelancongan ke USS dan tips-tips tukar matawang. nak tukar-tukar ni kena pandai survery tempat money changer yang murah-murah sebab rate antara satu sama lain berbeza. biasalah ade yang nak untung banyak, ade yang nak untung sikit kan. lagipun ni PERTAMA KALI aku nak convert duit neh. pehh pengalamannn...

maka hari ni hari Sabtu aku pun turunlah KL. tujuan utama sebenarnya nak jalan-jalan dengan buah hati jek. nak tukar matawang tu alasan je. haha! tapi jalan-jalan kejap je sebab dia balik awal, esok dia kerja. so aku pun melilau carik port money changer dekat Jalan Masjid India tu sorang-sorang. ramai betul orang hari ni~! yelah hari baru gaji tambah kaum India buat persiapan untuk Deepavali kan.

melilau mata aku meliar cari perkataan "Pengurup Wang Berlesen".kebanyakkan pemilik pengurup ni berbangsa India. jangan tanya aku nape tau. mungkin sebab ramai orang India dekat situ. banyak kedai pengurup wang. sambil lalu sambil aku jeling rate yang depa letak. nanti kalau nak compare lihat perkataan "We Buy" lah. haa gitu..

tapi waktu aku pergi tu dah lambat. dah pukul 6 petang. so tak banyak tempat aku leh terjah. kedai yang aku pergi ni pekerja perempuan pakai tudung. mungkin India-Muslim. dia bagi rate 1 SDG = 2.57 MYR. ermm mungkin kalau aku survey dapat carik port lagi murah kot. tapi takde beza sangat pun. beza salah satu sama lain dalam 2.52, 2.58, 2.53 dan lain-lain (nampak sikit tapi beza beringgit juga okey!)

maka, aku dapat 128.50 MYR = 50 SGD. erm, cukuplah tu kot. tak perlu banyak-banyak sebab tiket kenderaan semua dah setel. so duit bawak tu untuk beli barang-barang cenderamata dalam USS untuk Bonda dan erm siapa-siapa yang aku rasa nak bagi. wakaka.

meh tengok duit SGD. ohya sebelum terlupa, kalau nak convert duit tu, jangan lupa convert duit kecil-kecil macam $2, $5, atau $1 senang nak buat kiraan bila melancong nanti.


duit Singapore Dollar.



Trip Kelas ke Universal Studio Singapore. (Part 1)

Bismillah ..

(sapu-sapu sawang . uhuk berhabuk sudah blog ni)

intro dulu lah. pejam celik pejam celik dah hampir 5 tahun 6 bulan dah dekat IPG Teknik ni. walaupun sudah berpindah kampus [dari KL ke Enstek, Nilai] namun isi hati kami masih IPG Teknik. wahh panjang gitu intro. bila dah nak habis ni, so pakat-pakatlah nak buat trip kelas yang terakhir yang bagi aku agak 'gila' haha. biasa pegi Sungai Gabai, Port Dickson, Melaka. tapi untuk kali terakhir ni, kami sepakat nak pegi ..... USS ! pegi Singaporee . weee~

waktu aku taip entry ni pada 27/10/2013 hari Sabtu. lambat taip entry. hasil kesepakatan dak-dak kelas ni, nak g USS ni dah lama, sebelum hari raya Aidiladha lagi sebenarnya. musyawarah punya musyawarah, maka kami sepakatlah nak g USS pada 29 atau 30/10/2013. jadi, pada 9/10/2013 hari Rabu kami pun bergeraklaa ke Imigresen Seremban nak buat passport. nilah pertama kali aku masuk pejabat Imigresen nak buat passport. eksaited jugaklah.

lepas berkumpul 18 orang, kami pun pegi laa ke Imigresen (naik 4 biji kete). masa tu takde sape pun yang pernah tau macam mana nak buat passport berkumpulan. memang ada yang pernah buat buku merah ni tapi bukan berkumpulan. yang berkumpulan ni sah untuk sekali guna je. so kami beramai-ramai masuklaa. masa kat kaunter pertanyaan tu, akak Imigresen tu cakap kami kena buat appointment dulu untuk passport berkumpulan ni. lagi pula pegawai Imigresen pulak takde hari ni. ha sudahh, kalau macam ni lambatlaa nak tempah tiket.

tapi ALLAH Maha Kaya, Dia permudahkan urusan kami. ketua trip masuk semula dalam pejabat tu nak amek no pegawai sebab nak letak tarikh appoinment. tetibe je pegawai tu ade. eh pelik bin ajaib neh. oleh sebab kami semua dah ade, pegawai tu bagi cadangan untuk dia uruskan semua pada hari tu. Alhamdulillah. tapi kami punya kalutlah, nak g potostet IC lah, amek gambar passport instant lah. sebab syarat dia gambar passport perlu sama latar belakang. maksudnya kalau latar biru, semua latar biru, kalau putih semua putih siap ada ukuran yang ditetapkan. so, kami dah nak cepat kami pegi je buat passport instant tuh depat pintu pejabat Imigresen. tapi mahallah, 4 keping RM12. amekau. nih gambar baki. buat passport tuh nak 2 keping jek.

gambar sememeh

lawak betul masa nak amek gambar neh. yelah syarat nak amek gambar kena pakai tudung yang gelap. sape yang pakai tudung hitam/gelap terpaksa bagi pinjam/tukar-tukar tudung ah. haha nasib baik tandas dekat jek. aku tak tukar, tapi aku amek selendang baju punjabi classmate aku, Thiba buat macam kat atas tu. serius sememehhhh. nak letak gambar passport kumpulan takde pulak. nantilah aku update gambar tu yekk.

*update gambo passport berkumpulan




lepas siap urusan amek cop jari bagai semua, kitorang pun keluarlah dengan perasaan LEGA YANG AMAT ~ syukur Alhamdulillah sangat-sangat. lepas tu tanpa membuang masa dah lapaq ni, kami pegi solat kat Giant Senawang pastu makan dekat Nasi Arab Damsyik dekat Senawang jugee. nak tepek 1 gambar lah



sekian dahulu setakat ini. nanti sambung part 2.

30 July 2011

bolaku Malaysia .

bismillah .

tajuk entry entah pape . tapi seriously bila cakap pasal bola , aku jadi sedih ! terharu ! (tanda seru penting untuk menyatakan keseriusan perasaan) .

setelah melihat perlawanan bola di stadium , jujurla katakan agak kecewa setelah kita kalah , tapi walaubagaimanapun aku bangga dengan cara kita main . mungkin ada yang mengatakan corak permainan tah pape , tapi sekurang2nya kita bermain secara bersih tidak seperti cara permainan Singapura-pura (ya aku sangat marah mereka pada malam itu) .

banyak perkara yang boleh mencetuskan emosi yang tidak stabil bila cakap pasal Harimau Malaya ni .

1. Khairul Fahmi yang sentiasa menjadi penyelamat gawang gol Malaysia .
2. Pemain2 yang sentiasa berusaha untuk memberikan usaha yang terbaik .
3. Pemain2 meminta maaf di padang setelah tamat perlawanan (tak apa , saya maafkan)
4. Semua rakyat Malaysia bersatu di bawah satu bumbung untuk memberikan sokongan .

cakap lebih2 pon tak guna . aku letak gamba sikit .






janganlah marah2 . bersyukurlah kita berada pada tahap yang sepatutnya . jangan TAMAK . saya sayang Malaysia saya .

29 July 2011

Harimau Malaya

" wlaupn Harimau patah taring , sekurang2nya takde laa tecabot bulu a.k.a singa betina jatuh sikit macam sakit 10 ari tak makan nasik . ceh . kena sikit meraung2 . tak jantang langsung !! yang penting team kita steady . apepon trjadi , HarimauMalaya tetap dihati . sapa kutuk toksah duk Mesia , g duk tempat lain "

04 July 2011

Broga Hill and Sungai Congkak

bismillah ~

lepas je aku hadirkan diri dalam aktiviti Larian 1Murid 1Sukan ni , malamnye aku gerak nak naik Bukit Broga pulak . perghh memang mencabar wa cakap sama luuuu . yelah naik pukul 4 pagi ye dalam gelap gelita .

kali ni pergi dengan myBuBu , married couple , a'anuar , k'lyza , then k'anna , a.din , a'shari dan akak ape tatau nama . tapi ade jugak yang tak dapat sampai ke puncak kerana masalah kesihatan . takpa takpa nanti kita pegi lagi ~

this is my first time hiking in dark , and second time hiking a hill . perghh berBI kau !! jangan banyak cerita , gambar gambar gambar pliss ~





haa lepas dah turun tu ape lagii makan laa duluw , sowi takde gamba makan2 .

lepas makan kita worang gerak g Sungai Chongkak . jadi putera dan puteri dugong jap . har har har . i ikan keli jew . jangan marahhhh ~ layan gambar jom !




nota kaki : sakit kaki dowh !! takde nota kaki dahhh ~ kekeke . thanx to all . happy cangat2 . cewahh .

12 June 2011

bola Kelantan

bismillah ~

aku sebagai rakyat Kelantan , aku bersyukur :)
  1. Piala Malaysia = dah
  2. Piala Liga Super = dah
maka , bila bola kalah semalam , kita patut rasa bersyukur kan ?


sekian .

11 June 2011

iau iau !!

dalam blog aku ni , jarang ade ceta pasal kucing . aku memang minat kucing tapi aku takde kucing untuk dibela . macam mana nak bela kalo duk hostel ? kompem nanti kucing aku warden amek pastu buang . aku hanya menumpang kasih kat kucing jalanan sama ada dekat kawasan maktab aku atau luar kawasan .

ni salah seekor stray cat dalam maktab aku . aku taktau kucing ni sape punya . saje kaco dia . kih kih kih .




*
*

*

*

*

*

*

beberapa minit kemudian





okei . okei . orang blah . uwaaaa .

HAHAHAHAHAHA !!

PLKN Kem Tasoh -part1-

bismillah .

camne aku nak mula ya ? baiklah aku ni pernah jalani Latihan Khidmat Negara . siri 5 taun 2008 . masa aku form 5 , memang aku berharap gak lah nak pergi PLKN neh . masa aku cek dekat sms , aku dapat . punya lah gumbira . tapi masa tu taktau lagi dapat kat mana .

satu hari dapat surat . aku kena dekat Kem Tasoh , Perlis . pergh kemain aku happy ! sebab aku tak pernah pergi negeri Perlis tuh .

kat sana , aku tak de kenal sesape pun . menggunakan kemahiran yang ada , aku cuba buat kawan dengan kawan2 yang baru aku kenal . alhamdulillah . wanita pertama yang aku kenal adalah Wan Zainab . orangnya gila-gila lebih sikit dari aku .

ini muka manyak sengal .
okelah , ceta pasal PLKN ni lain kali lah .

lani aku nak ceta pasal reunion . sebenarnya , beberapa hari yang lepas aku ada termimpikan pasal PLKN . termimpi kisah centa pulak tuh !! *gatal* .

then semalam kawan aku tadi Wan Zainab a.k.a Za add aku dalam pesbuk kem tasoh . WAHHH !! dapat jumpa ramai kawan lama ouh . mungkin itu petanda mimpi aku ? mungkin ?

pastu aku baca je wallpost dalam tuh . ooh , nak buat reunion dekat Bukit Jalil . insyaALLAH aku cuba hadirkan diri . tapi masalahnya aku dalam muskil . dengar kabo , bukan dengar tapi nampak dengan mata sebab alam maya katanya ditunda pulak dari 3Julai hingga tarikh yang bakal ditetapkan nanti . tak caya ? meh aku taruk printscreen .



aku dah tak tahu nak percaya yang mana satu ?????

kbai

31 May 2011

"pakaikanku baju" untuk Ayeem Ayam.

HAHAHA . aku dah buat ape yang si Ayeem Ayam ni nak dalam entry dia "Pakaikanku Baju" .

dia suh letak dekat wall pesbuk dia , Ayeem Ayam , tapi aku takleh nak post ! grr !

so aku letak laa printscreen aku kat sini . HAHAHAHA . cayang dia ! *muntah*

dah buat large, kalu tak nampak, sila tekan untuk tumbesaran, pembesaran, haha pape jelah !

sekiann.

19 May 2011

Al-Fatihah kepada pemilik Telordibasuh

bismillah .

aku baru bukak dashboard blog aku . tengok2 dekat update ade orang buat entry pasal arwah yang meninggal dunia . hari ini rasanya . Al-Fatihah .

aku tau first dari sini (cik SCC) , pastu dari sini (critical angle) , dan sini (ayeem ayam) .

arwah merupakan penulis blog telordibasuh . aku memang peminat setia blog arwah . terasa sedikit sedih . aku memang ikhlas follow blog dia . memang blog dia selalu aku nantikan update dari dia sebab ayat dia yang best dan penuh berinformasi .



*tarik nafas panjang-panjang*

ya ALLAH , semoga roh arwah ditempatkan dengan golongan orang yang soleh . amenn 

p/s : tak sempat nak beli tshirt yang dia jual

05 May 2011

pertama kali setat blogging

bismillah ~

dah tengah malam sebenarnya ni . tapi mata takmo tutup (sebenarnya ada kerja kena buat!) . tengah on9 tup-tup my lovely sis tanya pasal blogging neh . dengan sedikit ilmu yang ada , aku trylah tolong dia . eh sape-sape yang tak reti berblogging tuh bleh laa tengok sini . hehe . TETAPI !! perkara yang permu diutamakan adalah anda perlu mempunyai emel yang 'valid' . ini bermakna anda perlu membuka satu akaun sama ada Yahoo ataupun Gmail . jika anda sudah mempunyai emel contohnya : otakkau@yahoo.com , maka anda boleh meneruskan misi yang seterusnya .

LANGKAH PERTAMA (1)

mula-mula masuk sini : www.blogger.com/. 
lepas tu tekan 'Get Started' macam dalam gambar tuh . takyah tengok menda lain ye .


klik untuk pembesaran atau CTRL + klik


LANGKAH KEDUA (2)


lepas tu anda perlu isi mana yang patut . jika anda kurang paham , bleh tengok contoh seperti gambar di bawah :


klik untuk pembesaran atau CTRL + klik


okai isi ye mana yang anda suka . anda perlu isi 'Word Verification' mengikut apa yang anda lihat . seperti contoh di bawah . sebelum anda tekan 'Continue' , sila pastikan anda tick pada ruangan 'Acceptence Of Terms' . kalo tak tekan maknanya anda tidak suka dan watpe buat blog kalo tak suka kan ? okai dah tick bleh tekan 'Continue' .


klik untuk pembesaran atau CTRL + klik


LANGKAH KETIGA (3)


'Name Your Blog' . anda boleh la letak apa nama yang anda nak letak . saya syorkan anda letak nama yang sesuai dengan watak anda . jika anda jenis kasar dan suka cakap lepas , boleh letak macam nama blog saya ni "Aku Yang Suke Merapu" . kalau anda seorang yang sweet gitew , bleh letak nama "This Is My Sweet Diary" . ouch sorry not my taste . ikut suka citarasa andalah ye ? contoh :


klik untuk pembesaran atau CTRL + klik
pastikan anda klik pada 'Check Availability' sebelum klik pada 'Continue' .


LANGKAH KEEMPAT (4)


memilih template dan background untuk blog anda . my opinion , anda ambil sahaja apa yang ada dalam blogger tu sebab anda boleh menghias blog anda kemudian . sekarang anda perlu tahu step dia terlebih dahulu . contohnya : 


klik untuk pembesaran atau CTRL + klik


LANGKAH KELIMA (5)


blog anda sudah siap ! sekarang boleh mula berblogging ! yay !


klik untuk pembesaran atau CTRL + klik


nota : macam mana mahu memulakan entry pertama anda ? sila klik sini untuk membuat entry baru !


sekian . bai :)

04 May 2011

Maddi Jane . love it .

siapa Maddie Jane ? haa aku kenal dia pon dari sini , Blog Serius . actually first time tengok video dia dari Blog Serius , aku terus jatuh suka terus downlod you ! sedap and aku suka tengok tak macam sesetengah pihak . haha . malas aku nak senarai sape yang perasan best . yelah cita rasa lain2 kan orang kata aku ni 'haters' plak .

dah dah malas nak cakap pasal haters2 neh . meh tengok sapa Maddi Jane neh ! dari maklumat aku dapat  dari http://wiki.answers.com/Q/Who_is_maddi_jane ialah : Maddi Jane is a 12 year old singer who you can find on Youtube under the name "maddijanemusic."

banyak video yang aku tengok dari youtube . fuhh best wooh . anyway best lah for her ye tak ?? nah video dia yang aku tengok setakat neh . nak lebih ? cari sendiri lew ~




 
lagu ni paling aku suka . siap download lagi . hiks !





hahaha . dah cukup . wee . bai .



01 May 2011

Geli Geli eh ? Gula Gula rupanya .

ni bukan aku nak cakap sangat pasal artis . aku jarang amek port . tapi yang ni tah camne Geli Geli ni bleh tarik perhatian aku .

bermula dari perasan kpop, 24/7 tah hape kebenda yang aku tengok macam tah hape muka tak sesuai langsung nak tiru Kpop ! okey lupakan aku rasa yang tu memang dah lupus kot korang nak tengok gamba sila Gugel sendirik !

yang aku geram ni aku dok mentroll dekat page Geli Geli Gula Gula ni . sape depa ? depa tuh ade enam orang anak dara perempuan yang pakai dan gaya ala2 Girl Generations tuh .

sumber : Google

ni Girls Generation

ni Wonder Girls



kau tengoklah perbezaan dengan Geli Geli tuh :

ni Geli Geli eh Gula Gula lah

aku takmau cakap pasal depa . cita rasa masing-masing .

sebenarnya takde lah aku nak troll sangat depa tuh . cuma aku pelik dan tak puas hati debut takda apa-apa lagi gaya je lebih . dahla gaya kunun-kunun comel macam GG tapi aku tengok macam yang kat tepi jalan-jalan terbiar (Na'uzubillah!) tuh .

okai ni yang aku pi komen . malas nak cakap banyak meh tengok gambar printscreen aku dulu :



pic 1

2


3

4


wadefak ? hey pompuan kalau setakat tak pakai tudung takyah nak kasi ceramah dekat aku . cermin diri tu sikit . berani nak cakap pasal agama bagai perangai cam tah pape . and , aku pelik ngan pompuan freehair kat atas . aku takde taip pasal agama tup2 mai sound aku baik punya . okai aku ngaku mungkin aku ni sedikit takbur . tapi aku takde nak kata kat Geli Geli ni pasal agama sebab aku tahu kalu cakap pasal agama dengan depa , memang bankruplah Geli Geli tuh .

p/s : aku paling benci pompuan freehair cakap pasal agama dengan aku bajet bagus tapi tak sedar diri .

25 March 2011

ni orang bodoh !

petikan myMetro :


PUJUK...anggota bomba memujuk gadis yang cuba membunuh diri.

KOTA BHARU: Sekeping tilam yang dipinjam dari premis berdekatan memisahkan seorang gadis berusia lingkungan 20-an dengan maut selepas dipercayai cuba membunuh diri dengan terjun dari tingkat tiga pusat beli-belah KB Mall di sini, petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.50 petang itu, gadis berkenaan yang memakai baju-T putih dan berseluar jeans biru, sempat mengacukan pisau kepada anggota bomba yang cuba menghalangnya dari terjun dari ketinggian kira-kira 30 meter.

Kejadian yang mengundang panik ratusan pengunjung pusat beli-belah berkenaan itu, turut menyaksikan drama mendebarkan apabila gadis itu tergantung kira-kira tiga minit ketika anggota bomba cuba memaut tangannya sebelum dia jatuh dan mendarat di atas tilam berkenaan.

Difahamkan, gadis itu cuba membunuh diri kerana menghadapi masalah cinta dengan teman lelakinya.


Saksi kejadian, Mohd Syah Azrul Afandi Yusof, 25, berkata, sebelum menyaksikan aksi mendebarkan itu, dia melihat gadis berkenaan mundar-mandir di tingkat berkenaan dan terkejut apabila dia cuba mengelar lengannya dengan pisau.

“Sebelum jam 4 petang, saya lihat dia di berlegar-legar di tingkat tiga pusat beli-belah KB Mall. Dia juga dilihat cuba mengelar leher dan lengannya.

“Tindakannya itu disedari orang ramai yang kemudian menghubungi bomba,” katanya.

Sementara itu, Penguasa Bahagian Operasi Negeri Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, Shahrin Yusmal Mat Yusof berkata, pihaknya menerima panggilan jam 3.54 petang sebelum bergegas ke tempat kejadian bersama 16 anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu serta Pengkalan Chepa.

Menurutnya, mereka terpaksa memujuk dan bergelut selama 20 minit dengan gadis terbabit memandangkan dia enggan bekerjasama, malah mengacukan pisau menyebabkan tiga anggota bomba yang cuba menyelamatkannya mengambil langkah berhati-hati.

“Mangsa enggan bekerjasama dan meronta-ronta minta dilepaskan menyebabkan berlakunya pergelutan. Ketika usaha memujuk, mangsa yang memegang sebilah pisau turut mengacukan senjata itu kepada anggota bomba.

“Kita sempat memaut tangannya tetapi gadis itu meronta-ronta menyebabkan dia terjatuh selepas pautan tangannya terlepas daripada pegangan anggota bomba,” katanya.


pandangan aku :


bodoh la kau ni pompuan ! sakit hati aku tengok kau ! sebab aku aku benci kau ? 
1. kau lemah !
2. kau nak glemer
3. kau bodoh
4. kau nyusahkan orang ramai (bomba, orang datang shoping)


kalu aku ade kat sana masa tu , aku dah tampar2 muka kau . dasar betina sungguh ! apsal kau tak mampos je terjun dalam kolam buaya ke , terjun kat Billion ke . hey sister ! dulu aku pon penah frust , pernah dikecewakan lelaki . tapi tu semua aku tukar jadi sumbu pembakar semangat aku . hasil ? aku belajar tinggi sekarang . bekas balak kayu aku ??? nyesal pastu mintak kapel balik . jawapan ??? kau boleh g mampos . huh . tak paham aku . menyusahkan orang je kau ni .


p/s : dapat kat aku minah ni memang aku tampar laju2 .

meow , woof . cit cit . kok kok kok . etc . kau dan aku

bismillah .

semenjak dua menjak ni , tiap kali aku pegi melawat err berblogwalking (Inglish sikitt) blog2 kegemaran aku seperti KucingTerbiarDotCom , Sunyi Ingin Bercerita , Kakimotong,Com dan ade beberapa lagi yang aku tak sempat nak follow lagi kebanyakkannya meluahkan perasaan sedih terhadap orang yang tak reti bahasa hati bau busuk sampah tepi tandas awam 30sen . adooi .

kepada manusia yang tak-reti-bahasa-hati-bau-busuk-sampah-tepi-tandas , apsal kau nak sakit-sakit hati sangat ? apa berdosa besarkah kami sebagai pencinta haiwan (walaupun aku takde bela kucing dalam rumah!) untuk memberi perlindungan kepada haiwan-haiwan dalam donia ini ?



apahal ? tak cukup omel ke si Blacky ni ? kau buta hati !
aku rasa , dalam donia ni , binatang yang berkeliling rumah (fokus kucing , arnab dll yang seangkatan dengannya) tak comel ke ha ?? kau suka teddy bear lah , ape lah . tapi tak suka kucing dll . bukan ke diorang sama berbulu ?? kalau benda macam lipas , cicak boleh jugak masuk akal . aku pun geli gak . geli kat ulat bulu sebab kalau kena dia haruslah gatal . tapi haiwan yang punya bulu lain rasanya takdak gatal2 .

ah sudah lah . aku malas nak taip banyak2 . cuma satu je pesanan aku :

TAK SUKA KAMI PEDULI PASAL HAIWAN2 NI JANGAN NAK MENYEBOK LAH !! JANGAN NAK SAKITI HATI KAMI !! KAMI PON TAK PEDULIK PASAL KAU WOLANG !! DAN INGATLAH , SETIAP BALASAN JAHAT AKAN ADALAH 'GANJARAN'NYA . INGAT !! KITA HANYA MENUMPANG SAHAJA DI MUKA BOMI INI !!

sekian .

nota kaki : saya sayang omel Blacky . mish yu huk8 .

22 March 2011

entry khas untuk HERO

bismillah .

ini HERO :)


hari ni (malan sudahh) baru ada masa untuk tulis pasal Hero . sebenarnya tujuan aku pergi rumah Papa Hero (PH) bukan nak tunjuk berlagak ataupun nak tumpang famos si Hero . aku memang ikhlas nak pergi tengok keadaan Hero , depan mata aku sendiri .

perkenalan , eh boleh kira perkenalan ea , aku dengan Hero ni , aku pun dah lupa macam mana . tapi yang pasti daripada FB ni lah . rasanya sebab aku ada masuk satu fanclub Kucing . pastu ada video pasal Hero ni . benda ni dah lama . tahun lepas lagi . ke dua tahun lepas ea .

pernah air mata menitis tengok klip video Hero yang awal2 PH buat dulu . masa Hero kecik2 lagi . sekarang Hero dah jadi jejaka macho dah . bukan budak jantan lagi dah . masa tu , rasa menusuk kalbu . bagusnya ada insan yang berani , untuk ambil kucing yang telah tiada tangan depan gara2 dipotong oleh setan bertopengkan manusia tu , yelah darah banyak . kalau aku , menangis je depan kucing tu . tapi PH kuat !

sekarang ni , dioranglah inspirasi aku . kalau aku pergi kedai makan , kalau ada kucing yang kelaparan tanpa segan sili aku akan kasi makan . pedulik dengan mata2 juling yang dok tengok aku . aku berpegang pada satu je . kita Khalifah yang telah di amanahkan untuk menjaga alam flora dan fauna di atas muka bumi ini . salahkah aku menjalankan tanggungjawab aku walaupun hanya sedikit sahaja ??? aku juga akan belai2 kucing2 jalanan tu . tapi jika ada yang kurap banyak , aku takkan sentuh . aku takut kucing tu rasa lebih gatal dan kurap akan merebak ke bahagian lain .

aku nak tolong kucing-kucing ini . tapi apakan daya aku ? aku hanya seorang perantau di sini . mencari ilmu membanggakan Bonda ku . hanya ku mampu lakukan , beri makan dan belai dan beri perlindungan sekiranya ada pembuli yang suka sepak , tendang , lepar batu kat kucing .

sedih rasanya teringat pada Hero . tapi semangat dalam diri Hero juga aku kagumi . meresap jauh dalam sanubari . jika haiwan yang tiada akal mampu untuk menempuh dugaan hidup , apatah lagi kita manusia yang mempunyai akal ini ??

sekiranya anda membaca entry ini , sayangilah haiwan . kita juga menumpang seperti mereka . janganlah takbur .

sekian .

nota kaki : hampir menitis air mata .

Anwar dan Najib

tah hape ke benda aku pegi mimpi pasal diorang plak . tah hape kes diorang ade dalam mimpi aku . deym .

camne mimpi aku ? aku mimpi si Anwar ni banyak gile duit , orang kaya , bini sesksis dan lawa . Najib plak miskin datang buat muka sedih kat Anwar .

p/s : aku tak minat mana2 nama di atas . mimpi sahaja . harap maklom !

20 March 2011

sepetang bersama HERO .

bismillah .

maka pada hari ini , 20/03/2011 bersamaan hari Ahad , seperti yang telah dirancang , aku pon pergilah ke rumah Papa Hero . hahaha . tujuan ? melihat dengan mata kepala sendiri Hero . jika anda pecinta haiwan , anda pasti kenal siapakah Hero ini .

aku malas nak cakap banyak . tengok jelah gamba kat fb . kalu aku rajin aku aplod di blog . hua hua hua .

updated : baiklah . aku rasa macam kejam je kan tak aplod gamba aku ngan Hero . oke oke ai aplodkan . hee ~

salam perkenalan

si Blacky ni main tudung aku plak . hahaha

ni laa si omel Blacky

omel kan Hero berdiri

Papa Hero and twins

bau keropok la tu .

masham Hero ni . omell ~

manja nii Hero .

jom ikut kami muncungkan mulut .

berani ke tu Bubu ????

saya nak anak kembar jugak boleh ???? *gatal*

happy family . ehhh ???? hahahah .

hehehe . maka , marilah ke rumah Papa Hero jika anda mempunyai masalah jiwa luar dan dalam . haa ~

sekian .