tak suka buleh stop. maaf ya

01 January 2014

Trip Kelas ke Universal Studio Singapore. (Part 1)

Bismillah ..

(sapu-sapu sawang . uhuk berhabuk sudah blog ni)

intro dulu lah. pejam celik pejam celik dah hampir 5 tahun 6 bulan dah dekat IPG Teknik ni. walaupun sudah berpindah kampus [dari KL ke Enstek, Nilai] namun isi hati kami masih IPG Teknik. wahh panjang gitu intro. bila dah nak habis ni, so pakat-pakatlah nak buat trip kelas yang terakhir yang bagi aku agak 'gila' haha. biasa pegi Sungai Gabai, Port Dickson, Melaka. tapi untuk kali terakhir ni, kami sepakat nak pegi ..... USS ! pegi Singaporee . weee~

waktu aku taip entry ni pada 27/10/2013 hari Sabtu. lambat taip entry. hasil kesepakatan dak-dak kelas ni, nak g USS ni dah lama, sebelum hari raya Aidiladha lagi sebenarnya. musyawarah punya musyawarah, maka kami sepakatlah nak g USS pada 29 atau 30/10/2013. jadi, pada 9/10/2013 hari Rabu kami pun bergeraklaa ke Imigresen Seremban nak buat passport. nilah pertama kali aku masuk pejabat Imigresen nak buat passport. eksaited jugaklah.

lepas berkumpul 18 orang, kami pun pegi laa ke Imigresen (naik 4 biji kete). masa tu takde sape pun yang pernah tau macam mana nak buat passport berkumpulan. memang ada yang pernah buat buku merah ni tapi bukan berkumpulan. yang berkumpulan ni sah untuk sekali guna je. so kami beramai-ramai masuklaa. masa kat kaunter pertanyaan tu, akak Imigresen tu cakap kami kena buat appointment dulu untuk passport berkumpulan ni. lagi pula pegawai Imigresen pulak takde hari ni. ha sudahh, kalau macam ni lambatlaa nak tempah tiket.

tapi ALLAH Maha Kaya, Dia permudahkan urusan kami. ketua trip masuk semula dalam pejabat tu nak amek no pegawai sebab nak letak tarikh appoinment. tetibe je pegawai tu ade. eh pelik bin ajaib neh. oleh sebab kami semua dah ade, pegawai tu bagi cadangan untuk dia uruskan semua pada hari tu. Alhamdulillah. tapi kami punya kalutlah, nak g potostet IC lah, amek gambar passport instant lah. sebab syarat dia gambar passport perlu sama latar belakang. maksudnya kalau latar biru, semua latar biru, kalau putih semua putih siap ada ukuran yang ditetapkan. so, kami dah nak cepat kami pegi je buat passport instant tuh depat pintu pejabat Imigresen. tapi mahallah, 4 keping RM12. amekau. nih gambar baki. buat passport tuh nak 2 keping jek.

gambar sememeh

lawak betul masa nak amek gambar neh. yelah syarat nak amek gambar kena pakai tudung yang gelap. sape yang pakai tudung hitam/gelap terpaksa bagi pinjam/tukar-tukar tudung ah. haha nasib baik tandas dekat jek. aku tak tukar, tapi aku amek selendang baju punjabi classmate aku, Thiba buat macam kat atas tu. serius sememehhhh. nak letak gambar passport kumpulan takde pulak. nantilah aku update gambar tu yekk.

*update gambo passport berkumpulan




lepas siap urusan amek cop jari bagai semua, kitorang pun keluarlah dengan perasaan LEGA YANG AMAT ~ syukur Alhamdulillah sangat-sangat. lepas tu tanpa membuang masa dah lapaq ni, kami pegi solat kat Giant Senawang pastu makan dekat Nasi Arab Damsyik dekat Senawang jugee. nak tepek 1 gambar lah



sekian dahulu setakat ini. nanti sambung part 2.

2 comments:

uzair zubli said...

Salam. Sis. Nak tanya. Berapa lama passport berkumpulan tu nak siap eh.

uzair zubli said...

Salam. Sis. Berapa lama eh passport berkumpulan tu nak siap eh