tak suka buleh stop. maaf ya

31 December 2014

Engaged-The End Year Story

Bismillah...

Udah taktau nak update ape, maka aku mengupdatekan pasal aku tunang bulan 9 haritu. Bukan taknak heboh, tapi macam tak elok pulak kan pertunangan dirahsiakan. Tapi sekarang dah nikah, macam nak lakar dekat sini sebagai kenang-kenangan.

Aku bertunang haritu pada 14/9/2014. Sebenarnya, plan nak tunang akhir tahun ni yakni bulan 11. Entah mengapa family lelaki nak awal. Rupa-rupanya kakak En. Hubby dilamar oleh seorang jejaka. Heheh comel je. Jadi, eloklah dibuat sekali lah kan?

So, pada pukul berapa ek, lepas Zohor tak silap, maka sampailah rombongan meminang. Malas nak cakap banyak, meh nak tepek gambar.

My-Luvly Cuz, My Bonda, Me, My-Luvly Cus a.k.a mak andam


Simple je kan mekap dia.


Barang-barang hantaran, terdiri daripada makanan

My Family & Rombongan. Buka majlis baca doa selamat dulu :)

Sarung cincin :)

Family kini

Majlis pertunangan yang simple, memang menjadi idaman kalbu ku. Part kerusi tu, haaa idea sepupu-sepupu ku. Hik3. Memang nak macam ni, nak buat stail zaman-zaman dulu. Takde pelamin. Takde baju yang banyak2 batu. Baju jubah aku beli dekat butik ape ntah lupa nama RM60 je. Tudung beli kain sendiri suh tukang jahit manik. Tapi dua-dua boleh pakai jalan-jalan. Tak payah belanja banyak-banyak untuk bertunang, simpan duit tu untuk lepas nikah nanti :) . Tapi kalau dah mampu buat jelah nokkkk. Mak tak kesahhh. Yang penting mak dah selesai semua, dan lepas nikah mak takdak hutang nokkk.

Ok lah, stop sini dulu. Hik3

10 December 2014

ALhamdulillah, Sudah Nikah

Bismillah..

Rasanya ramai yang tertanya2 dan terkejut bila dapat undangan nikah. Paling terkejut sebab bukan dengan yang 4 tahun, tapi yang lain. Hehe..so, let me story this lah..

Aku sebenarnya kenal En Suami di FB. ye FB. Kenal pada tahun 2010. Tapi pada masa tu aku baru je couple dengan si F. Oleh sebab dah ade bf, so aku malas nak layan lelaki lain. Yang aku paling teringat, aku pernah private message dengan En Suami ajak dia join kursus praperkahwinan yang dianjurkan IPG aku (masa tu IPG kat KL..tapi aku sendiri tak sempat join,bz). Tapi beliau cakap takleh join sebab dok jauh (Uitm Perak tak silap)

So, dalam tahun 2011 macam tu tak silap, aku remove En Suami dari FB. Konon2 'eh tak kenal lah sape ni buat semak FB aku je'. Konon2 nak setia lah katakan. Hua3. Aku teruskan hidup seperti biasa dan masih couple dengan si F sampai tahun 2013. Lama tu kawan 4 tahun. Tapi si F buat hal, so aku amek langkah tinggalkan dia. Jangan tanya kenapa malas nak ungkit dalam ni.

Akhir tahun 2013. Memang hati pedih sangat, kita ni kira jadi lah 4 tahun kawan. Plan nak tunang nikah bagai. Tapi, aku buat keputusan, banyakkan ingat ALLAH. Buat solat taubat, buat semua seperti saudara baru. Doa dengan ALLAH semoga ingatan dihapuskan. ALhamdulillah, ALLAH tunaikan permintaan itu. Selang beberapa bulan, kira masuk awal tahun 2014, En Suami muncul.

Muncul bagaimana? Hehe. Dia 'add' aku semula dalam FB. Dan entah kenapa aku boleh ingat beliau. Macam 'Eh dia ni, dulu aku pernah remove. Alamak, approve jelah. Hope dia tak marah aku pernah remove dia dulu'. So, aku approve. Kebetulan masa tu guna profile picture dukung anak kawan. Then dia private message aku, tanya aku dah kawin @ belum. Aku terus cakap belum lagi. Dukung anak kawan. Lepas tu aku tak ingat sama mintak ID wechat sape so aku teruskan berhubung dengan dia as friend dalam Wechat.

Tapi En Suami hanya Wechat aku lepas kerja, yakni waktu siang hari sebab malam dia kerja. Tak lama lepas tu, beliau minta no fon. Aku bagi jela. Taktau kenapa laju je bagi dekat dia.

2 bulan lepas kami kawan alam maya, beliau menyatakan beliau suka aku. Tapi aku masa tu wat deekkk je sebab sebelum ni pernah ada lelaki cakap suka aku padahal dah ada tunang. Cuma masa beliau kata 'mahu jadikan yang halal', taktau kenapa hati is beating sooo fast.
Mula pada saat itu, aku buat solat hajat, aku buat istikarah. aku tak pernah jumpa beliau sebelum ni. Jadi aku berdoa kalau betul jodoh, dekatkan kami.

Pada masa tu, aku belum posting lagi. Pernah 1 hari aku tanya En Suami , apa akan jadi kalau aku posting jauh. Seriusly beliau hanya kata 'takpe, nanti kita tengok macam mana'. Lupa nak mention, En Suami kerja di Subang dan menetap di Seksyen 7, Shah Alam. ALLAH Maha Kaya Maha Berkuasa. Pada akhir bulan 3, keputusan posting tapi hanya negeri sahaja di war2 kan. Dalam banyak2 negeri yang aku pilih, 1st-Kelantan, 2nd-Negeri Sembilan, 3rd-Selangor, aku dapat 3rd choice! Masa tu perasaan bercampur baur. En Suami pula dah happy sebab aku dapat kat situ.

Seminggu lepas tu (kalau tak silap) keluar pula keputusan PPD mana yang aku bakal berkhidmat. Aku dapat PPD Petaling Perdana. Then aku cari semua sekolah yang berada dalam PPD PP. Wau, banyak. Based on jarak rumah dia dengan sekolah yang paling jauh adalah 50 km! Paling dekat? Haha SK Seksyen 7 belakang rumah dia sewa je. Namun sekolah mana tidak dinyatakan lagi. Kami guru yang fresh ni perlu melapor diri di Pusat Konvensyen Ladang Midlands. AND WHO KNOWS?? Pusat konvensyen tu dekat jee dengan rumah sewa En Suami, dalam jarak 2km jeee. So, kami decide nak jumpa face to face for the 1st time after aku setel lapor diri.

Masa kat pusat konvensyen tu, agak lama laa nak dapat tau keputusan sebab kena dengar ceramah macam2 lagi. Dah tengah hari pukul 12 baru dapat tahu. Masa tu berdebar-debar ALLAH saja yang tahu. Bila dapat keputusan, aku dapat posting di SKBA! just 6-7 km from his house! ALLAHU, masa tu taktau nak cakap. Jodoh ke ape ni.

Lepas dapat posting, aku tinggal dengan sepupu buat sementara waktu di Klang. Tapi takkan selamanya nak duduk kat sana kan. Sepupu dah nikah. Tak elok lama2 anak dara duk rumah dia. So, aku memulakan operasi mencari rumah sewa yang dekat dengan sekolah. Masa tu dah jumpa 1 rumah, dekat je dengan area En Suami sewa, tapi penyewa rumah tu dah bagi sewa dekat orang lain. Hurmm, bukan rezeki. Aku dengan En Suami cari lagi rumah sewa, dan jumpa 2 rumah yang agak murah. Tapi yang mengejutkan rumah yang aku nak sewa, betul2 berhadapan dengan rumah sewa En Suami! ALLAH, makin dekat kami berdua.

ALLAH itu Maha Kaya. Apa yang telah ditentukan oleh-Nya adalah yang terbaik untuk kita. Kami berkawan dan bulan 6 beliau bawak jumpa Mak nya di Terengganu. Kemudian, 14.9.2014 kami bertunang. Kami bertunang tak lama, dalam 2 bulan 2 minggu. Kami nikah pula pada 23.11.2014 (birthday En Suami ni). It happen soo fast.

Itu cerita aku. Cerita nikah aku. Jumpa En Suami dalam FB. Tak salah nak cari jodoh dalam FB. Cuma janganlah terlalu taksub & percaya dengan janji manis seorang lelaki yang belum dikenali. Yang paling penting, sentiasa berdoa kepada ALLAH agar kita selamat dunia akhirat. Perbaiki diri kita. kan ALLAH dan janji dalam surah An Nur? "Lelaki baik untuk wanita yang baik dan sebaliknya".

meh nak tepek gambar sikit..



New Look

Bismilllah.

New Year. 2014
Tahun ni aku dah mula kerja. sebagai seorang Guru. Takdir menentukan 1 April 2014 aku melapor diri di sebuah sekolah di Seksyen 6, Shah Alam. Alhamdulillah rezeki..

Lepas tu bulan 6 konvo..then bulan 9 bertunang..then bulan 11 nikah, with other person not that 4-years-lover.. dapat bela miau, nama Ruru, tapi dah hilang lepas dia beranak..huaa i still miss Ruru..

Ruru dan anak2, Roro, Miyu, Muk2


in one year, everything is changed. But is me lahh.. Same lahh..haha

meh tepek gambar Cikgu Wardah sekeping


okbai!

Finish Everything, Open New Book

Bismillah..

fuhhhhhh *sapu2 sawang*

it almost a year i didn't post anything!
tau2 je dah berubah status.
BUT !! before that, let me finish all the 'sisa2' cerita yang ada.

post pasal my ex. last post "cerita ex aku #7" (tak payah klik, aku malas nak joint link. pandai2 cari dalam entry, haha!).. Lepas exShukri, aku tak ingat couple dengan sape tapi rasanya terus Faizul kot. oh, he's my ex. Also. 4 tahun kawan tak kemana. betul takdir ALLAH sudah tertulis di Luh Mahfuz..so, aku tamatkan cerita ex aku kat sini. no more. kena jaga hati Encik Suami. ehhhhh dah ade suami... wuwuw macam tak percaya udah nikahhhh..

so, tunggu next entry. kwang3

01 January 2014

Jom tukar lirik! (1)

salam uols. hai2~

aku saje je bosan2, nak tukar lirik. aku penah try terlintas nak nyanyi lagu ni tapi lirik terbalik. macam nganjing penyanyi asal ado, nak balas dendam pun ado.

lagu yang terpilih, haha jeng2 lagu::: JUDIKA - Aku Yang Tersakiti. lirik asal adalah seperti yang di bawah :

Pernahkah kau merasa
Jarak antara kita
Kini semakin terasa
Setelah kau kenal dia
Aku tiada percaya
Teganya kau putuskan
Indahnya cinta kita
Yang tak ingin ku akhiri
Kau pergi tinggalkanku
Tak pernahkah kau sadari
Akulah yang kau sakiti
Engkau pergi dengan janjimu yang telah kau ingkari
Oh Tuhan tolonglah aku
Hapuskan rasa cintaku
Akupun ingin bahagia
Walau tak bersama dia
Memang tak ‘kan mudah
Bagiku ‘tuk lupakan segalanya
Aku pergi untuk dia
Tak pernahkah kau sadari
Akulah yang kau sakiti
Engkau pergi dengan janjimu yang telah kau ingkari
Oh Tuhan tolonglah aku
Hapuskan rasa cintaku
Akupun ingin bahagia
Walau tak bersama dia… dia…
Oh Tuhan tolonglah aku
Hapuskan rasa cintaku
Akupun ingin bahagia
Walau tak bersama dia
tapi aku nak tukar lirik tu dengan lirik yang ala-ala kejam. hak2 . korang nanti nyanyi laa guna lirik ni tapi melodi yang sama. hahahaha

Pernahkah kau merasa
Jarak antara kita
Kini semakin terasa
Setelah aku kenal dia
Kau tiada percaya
Teganya aku putuskan
Indahnya cinta kita
Yang tak ingin kau akhiri
Ku pergi tinggalkan kau
Tak pernahkah kau sadari
Kau lah yang ku sakiti
Aku pergi dengan janji ku yang telah ku ingkari
Oh Tuhan tolonglah aku
Hapuskan rasa cintaku
Akupun ingin bahagia
Walau tak bersama dia
Memang tak ‘kan mudah
Bagi mu ‘tuk lupakan segalanya
Engkau pergi untuk dia
Tak pernahkah kau sadari
Kau lah yang aku sakiti
Aku pergi dengan janji ku yang telah ku ingkari
Oh Tuhan tolonglah aku
Hapuskan rasa cintaku
Akupun ingin bahagia
Walau tak bersama dia… dia…
Oh Tuhan tolonglah aku
Hapuskan rasa cintaku
Akupun ingin bahagia
Walau tak bersama dia
ni maknanya takde kerja. hahaha kbai uolssss~

p/s : lagu yang asal dan lagu yang diubah memang ade kena mengena dengan aku.

Trip Kelas ke Universal Studio Singapore. (Part 3)

bismillah..

fuh, berdekad baru aku update pasal trip kelas aku pegi USS neh. hahah. kitorang plan laa nak g 30/10/2013 aritu. tapi bas akan amek kitorang pada pukul 2 pagi 30/10/2013.

yang menjadi masalahnya, pihak bas tak boleh amek kitorang dalam IPG sebab pak guard tak bagi masuk melainkan ade surat. aduduuu banyak plak songehnye kan. maka kami amek keputusan untuk keluar awal dalam pukul 10.30 dan lepak di MyMydin Kota Serimas. hohoho. sib baik ade surau dengan mamak 24jam. kalau tak, melolong laa kitorang. pape pun, Alhamdulillah bas sampai seperti yang dijanjikan, pukul 2 pagi. :)


tak aci muka aku takdek! hahah

ok bile dah ade dalam bas tu, ape lagi tidoq laa. kang pagi yang menyinari nanti nak g main benda pelik2 pulak kann. kami sampai dekat Tol ape ntah jap aku tanya pakcik Gugel.........ahh tak jumpa tak ingat nama. takpe nanti aku tau aku update je dekat sini haa.

dalam pukul 6.30 kami pun sampai lah di tol tersebut. dah sampai Johorlah yek. berenti kejap kat sini untuk rest, solat, breakfast, cuci muka atau mandi. aku tak mandi dah, sebab sebelum naik bas aku dah mandi. aku cuci muka, gosok gigi dan membuang je. hahaha. lepas tu, kami tunggu abang Farid. beliaulah penjual tiket kepada kami. ni fb dia : https://www.facebook.com/pakejuss in case korang nak pegi USS kan. kami pegi aritu ade harga promo. now taktaulah kena tanya abang tu tau!

then kami tunggu dan kami dapatlah tiket-tiket kami ni. iyeahuuu. gambar sikitt


okeyy,, muka eksaited !

ada lagi satu gambar kami amek ramai2. ntah pegi mana. takpe nanti kalau dah jumpa, aku update je kat sini. hik2.

then bermula lah pengembaraan kami ~ jom2 tengok gambaqq

jambatan yang menghubungkan Malaysia dengan Singapura

Sudah sampai ke Pulau Sentosa~ USS semakin menghampiri~

ahahah. takat ni dulu laa yee.. nanti sambung part 4 pulak. wuu wuu wuu . nanti aku cite tips2 nak masuk dalam USS. iyeahuuu!

Trip Kelas ke Universal Studio Singapore. (Part 2)

Bismillah.

hoho sambungan part 1 yek. part 1 tu pasal passport. yang part 2 ni pulak aku nak cite pasal tukaran wang Ringgit Malaysia (MYR) kepada Singapore Dollar (SGD). tarikh aku taip ni masih tarikh yang sama iaitu pada 27/10/2013 hari Sabtu.

aku dah banyak buat 'kajian' (kajianlah sangattt kann) dekat Pakcik Google neh pasal tips-tips pelancongan ke USS dan tips-tips tukar matawang. nak tukar-tukar ni kena pandai survery tempat money changer yang murah-murah sebab rate antara satu sama lain berbeza. biasalah ade yang nak untung banyak, ade yang nak untung sikit kan. lagipun ni PERTAMA KALI aku nak convert duit neh. pehh pengalamannn...

maka hari ni hari Sabtu aku pun turunlah KL. tujuan utama sebenarnya nak jalan-jalan dengan buah hati jek. nak tukar matawang tu alasan je. haha! tapi jalan-jalan kejap je sebab dia balik awal, esok dia kerja. so aku pun melilau carik port money changer dekat Jalan Masjid India tu sorang-sorang. ramai betul orang hari ni~! yelah hari baru gaji tambah kaum India buat persiapan untuk Deepavali kan.

melilau mata aku meliar cari perkataan "Pengurup Wang Berlesen".kebanyakkan pemilik pengurup ni berbangsa India. jangan tanya aku nape tau. mungkin sebab ramai orang India dekat situ. banyak kedai pengurup wang. sambil lalu sambil aku jeling rate yang depa letak. nanti kalau nak compare lihat perkataan "We Buy" lah. haa gitu..

tapi waktu aku pergi tu dah lambat. dah pukul 6 petang. so tak banyak tempat aku leh terjah. kedai yang aku pergi ni pekerja perempuan pakai tudung. mungkin India-Muslim. dia bagi rate 1 SDG = 2.57 MYR. ermm mungkin kalau aku survey dapat carik port lagi murah kot. tapi takde beza sangat pun. beza salah satu sama lain dalam 2.52, 2.58, 2.53 dan lain-lain (nampak sikit tapi beza beringgit juga okey!)

maka, aku dapat 128.50 MYR = 50 SGD. erm, cukuplah tu kot. tak perlu banyak-banyak sebab tiket kenderaan semua dah setel. so duit bawak tu untuk beli barang-barang cenderamata dalam USS untuk Bonda dan erm siapa-siapa yang aku rasa nak bagi. wakaka.

meh tengok duit SGD. ohya sebelum terlupa, kalau nak convert duit tu, jangan lupa convert duit kecil-kecil macam $2, $5, atau $1 senang nak buat kiraan bila melancong nanti.


duit Singapore Dollar.



Trip Kelas ke Universal Studio Singapore. (Part 1)

Bismillah ..

(sapu-sapu sawang . uhuk berhabuk sudah blog ni)

intro dulu lah. pejam celik pejam celik dah hampir 5 tahun 6 bulan dah dekat IPG Teknik ni. walaupun sudah berpindah kampus [dari KL ke Enstek, Nilai] namun isi hati kami masih IPG Teknik. wahh panjang gitu intro. bila dah nak habis ni, so pakat-pakatlah nak buat trip kelas yang terakhir yang bagi aku agak 'gila' haha. biasa pegi Sungai Gabai, Port Dickson, Melaka. tapi untuk kali terakhir ni, kami sepakat nak pegi ..... USS ! pegi Singaporee . weee~

waktu aku taip entry ni pada 27/10/2013 hari Sabtu. lambat taip entry. hasil kesepakatan dak-dak kelas ni, nak g USS ni dah lama, sebelum hari raya Aidiladha lagi sebenarnya. musyawarah punya musyawarah, maka kami sepakatlah nak g USS pada 29 atau 30/10/2013. jadi, pada 9/10/2013 hari Rabu kami pun bergeraklaa ke Imigresen Seremban nak buat passport. nilah pertama kali aku masuk pejabat Imigresen nak buat passport. eksaited jugaklah.

lepas berkumpul 18 orang, kami pun pegi laa ke Imigresen (naik 4 biji kete). masa tu takde sape pun yang pernah tau macam mana nak buat passport berkumpulan. memang ada yang pernah buat buku merah ni tapi bukan berkumpulan. yang berkumpulan ni sah untuk sekali guna je. so kami beramai-ramai masuklaa. masa kat kaunter pertanyaan tu, akak Imigresen tu cakap kami kena buat appointment dulu untuk passport berkumpulan ni. lagi pula pegawai Imigresen pulak takde hari ni. ha sudahh, kalau macam ni lambatlaa nak tempah tiket.

tapi ALLAH Maha Kaya, Dia permudahkan urusan kami. ketua trip masuk semula dalam pejabat tu nak amek no pegawai sebab nak letak tarikh appoinment. tetibe je pegawai tu ade. eh pelik bin ajaib neh. oleh sebab kami semua dah ade, pegawai tu bagi cadangan untuk dia uruskan semua pada hari tu. Alhamdulillah. tapi kami punya kalutlah, nak g potostet IC lah, amek gambar passport instant lah. sebab syarat dia gambar passport perlu sama latar belakang. maksudnya kalau latar biru, semua latar biru, kalau putih semua putih siap ada ukuran yang ditetapkan. so, kami dah nak cepat kami pegi je buat passport instant tuh depat pintu pejabat Imigresen. tapi mahallah, 4 keping RM12. amekau. nih gambar baki. buat passport tuh nak 2 keping jek.

gambar sememeh

lawak betul masa nak amek gambar neh. yelah syarat nak amek gambar kena pakai tudung yang gelap. sape yang pakai tudung hitam/gelap terpaksa bagi pinjam/tukar-tukar tudung ah. haha nasib baik tandas dekat jek. aku tak tukar, tapi aku amek selendang baju punjabi classmate aku, Thiba buat macam kat atas tu. serius sememehhhh. nak letak gambar passport kumpulan takde pulak. nantilah aku update gambar tu yekk.

*update gambo passport berkumpulan




lepas siap urusan amek cop jari bagai semua, kitorang pun keluarlah dengan perasaan LEGA YANG AMAT ~ syukur Alhamdulillah sangat-sangat. lepas tu tanpa membuang masa dah lapaq ni, kami pegi solat kat Giant Senawang pastu makan dekat Nasi Arab Damsyik dekat Senawang jugee. nak tepek 1 gambar lah



sekian dahulu setakat ini. nanti sambung part 2.