tak suka buleh stop. maaf ya

14 December 2015

Permata Hati 2

bismillah

okey, sambung cite dari Permata Hati 2..

lepas aku bagi baby pada misi, misi terus bawak pergi check..serius lama aku tunggu untuk masuk ke wad ibu2 bersalin..masa sedang menunggu tu, datang misi dia cakap nanti akan datang doktor..aku ni dah tertidur2 dalam wad sementara tu..dengan lemah and mengantuk..kemudian datang seorang doktor datang tanya history masa aku pregnant..lepas aku cite aku ade air ketuban banyak..lepas tu, doktor pergi...tak lama doktor datang balik..katanya pada aku "ma, ma naik ke wad dulu, ma bersihkan pakaian dan ape yang patut..lepas tu kalau ma rasa kuat sikit ma bole tengok anak ade dalam wad 1Nilamwad tu ade kat tingkat bawah ni je"..

aku naik wad ibu bersalin tu dalam jam 12.00 tengah hari..lepas naik setel katil, aku cerita dekat encik hubby, mak, mak n pak mertua serta adik ipar pasal baby dalam wad 1Nilam...so aku terus tukar pad bersihkan badan semua, terus aku ke wad 1Nilam..masa dok depan pintu wad, aku terpandang papan tanda NICU 1Nilam...dalam hati aku, ha sudah apesal baby ade dalam wad NICU plak..

aku dan encik hubby je bole masuk..masuk2 terus cari katil baby..masa di katil baby, ALLAH je tahu betapa terkejut bila ada wayar pada baby..doktor terus ajak aku dan encik hubby masuk untuk doktor terangkan apa yang berlaku pada baby..doktor terangkan pada aku bahawa baby mengalami "tracheoesophageal fistula"...boleh google kalau nak tau..tapi serba ringkas aku boleh katakan bahawa salur makan bayi tidak bersambung..masa tu aku blurr jap 1 minit...

kes Amir ni, memang jarang2 berlaku...boleh dikatakan satu dalam seribu kelahiran..kalau aku baca satu kes di US, 1 dalam 3000-4000 kelahiran setiap tahun.. kat bawah aku tepek gambar untuk bagi korang faham..


ada banyak jenis ketidak sambungan salur makan..Amir punya yang atas sekali, type A..


tiada cara lain selain pembedahan..masa tu aku tengok muka encik hubby, beliau rileks je..dalam hati kita taktau kan..so bila aku tengok encik hubby tenang, aku pun tenang...tiada air mata, yang ada redha..jadi, aku setuju apa sahaja yang dicadangkan oleh doktor..kat bawah ni cara doktor sambung..


doktor akan operate bawah ketiak kanan untuk buka laluan supaya pembedahan berjalan dengan lancar..tambahan plak kedudukan salur makan tu belah kanan..sebab tu aku agak protective kalau ada orang nak pegang Amir..

so, malam tu, aku tidur sendirian..semua balik..mak aku cakap, nak jaga pon baby takde, lagipun aku kuat..sebab aku beranak normal..nanti mak akan datang esok lagi..aku tak kesah..

dan bermula lah perasaan nak meroyan..korang bayangkanlah, aku sorang2 takde baby di sisi..kiri kanan depan belakang sume ada baby..dengar tangisan baby lagi...tengah malam tu, memang aku tak tahan, aku menangis tersedu2 seorang diri teringat kat anak.. (hishh masa taip ni pun bergenang air mata aku)..tapi aku kena kuat! lepas aku nangis, aku tidur..

hari kedua kelahiran Amir, doktor call aku n encik suami untuk sain borang bius..sebelum tu, doktor dan pakar dah terangkan pada aku, this is major operation..so anything can happen..masa tu aku memang redha sangat2 dah..aku dan encik hubby hantar Amir sampai pintu depan dewan bedah..aku bisik pada Amir, "Amir anak ibu..kena kuat..sebab ibu kuat.." Amir masuk dewan bedah jam 9 pagi..

operation Amir tamat pada 12.30 tengah hari lebih kurang..aku terus pegi tengok Amir, nak tengok keadaan Amir..doktor explain pada aku dan encik hubby yang operation berjalan dengan lancar..tiada yang susah sepanjang oepration dijalankan..sorry aku tak reti nak guna istilah doktor neh..Alhamdulillah..tapi doktor kata, Amir akan ditidurkan selama 5-6 hari supaya salur yang disambungkan betul2 bersambung..

lepas tu aku pergi tengok Amir..masa tu ALLAH je tahu betapa remuknya hati seorang ibu apabila lihat anaknya penuh berselirat wayar..hidup dengan mesin oksigen dan lain-lain lagi..aku bisik perlahan dekat Amir, "Amir kena kuat..sebab ibu kuat..Ibu tahu Amir boleh!"

selama Amir dalam NICU, aku ulang alik ke hospital hantar susu..doktor pesan supaya aku sentiasa pam susu dan hantar susu ke hospital..nanti bila Amir dah sedar, bolehlah doktr bagi susu ibu yang penuh khasiat itu..

memang aku dalam pantang..tapi demi anak, aku kuatkan semangat...selang sehari aku ke HUSM..encik suami pulak dapat cuti emergency 2 minggu..tiap kali aku lawat Amir, aku pegang tangan Amir, usap kaki dan bisik "Anak Ibu boleh buat, anak ibu kena kuat..nanti boleh beli cars dengan abah"..encik hubby? dia masih tenang, dan masih boleh main candy crush..huhu.jadi aku pon turut positif di samping bersyukur sangat2 operation went so smooth..

Amir dok HUSM selama 23 hari..6 hari rooming in dengan dia..pada mulanya Amir tak boleh hisap susu ibu..yelah, sejak mula lahir, lepas tu tidur 6 hari, pemantauan berhari2, mana nak reti hisap kan..tapi aku kena usaha ajar jugak nanti Amir lapar pulak..

doktor kata Amir bukan tak reti hisap, tapi dia malas..yelah selama dok NICU, susu disalurkan terus dalam perut tanpa dia perlu hisap..masuk terus kenyang..huhuhu..dan masa dalam NICU jugak, misi kata Amir ni kuat! masa ubat bius masuk, Amir masih lagi bergerak2..kalau baby lain, dah lama tidur..

yes, Amir memang kuat..sebab sekarang ni umur baru 2 bulan 3 minggu, tapi dah pandai melompat..Amir mula berdiri pada usia sebulan, dan 2 bulan pulak dah reti melompat2...kepala lembek tapi kaki kuat..

Alhamdulillah.sekarang Amir dah sembuh..tapi Amir perlu ulang alik hospital sebab doktor nak tengok perkembangan Amir..Amir sekarang ni mudah sangat2 senyum..kalau kena cucuk, takde nak nangis kuat2..agaknya masa dalam NICU, dah banyak kesakitan yang Amir lalui sampaikan sekarang dia dah 'kebah' dengan sakit yang 'kecil' tu..huhuhu

sampai sini sahajalah aku nak cite..kepada yang bertanya kenapa dengan baby masa Amir mula2 lahir..sebab masa tu hati terlalu sedih nak cerita..satu je harapan dan doa aku, supaya Amir sentiasa sihat sejahtera dan menjadi hambaNya yang soleh..insha ALLAH..

till then,

13 December 2015

Permata Hati 1

bismillah..

fuhh, dah lama tidak potpet dalam blog ni..dari nikah haritu, sampailah aku dah beranak sorang..ha tu yang nak cerita hari ni, permata hatiku..

sebenarnya, due date aku untuk deliver adalah pada 4/10/2015..tapi baby nak keluar pada 21/9/2015..nasib baiklah masa tu dah mula cuti so agak jimatlah cuti aku..meh nak cite kronologi..ohya sebelum tu, perkenalkan nama babyboy aku, Amir Aqil bin Muhamad Nasir...nama yang simple, senang nak ingat..

so, kronologi deliver aku :

20/9/2015:
~mak aku n famili ke Pahang hantar menantu..majlis my cuz..masa ni aku stay kat umah mak sedara di Pengkalan Chepa..sume p, tinggal aku berdua dengan encik hubby..tapi encik hubby plak nak balik dah shah alam..so beliau teman sampai petang jam 4..

tapi hari tu, mak n famili balik hari..so aku keseorangan lepas encik hubby balik terengganu sampai jam 8 malam..takpelah, aku dah biasa dok sorang2..so malam tu aku n mak bermalam di PC lah..nanti esoknya sepupu aku hantar lah aku n mak balik Tumpat..kebetulan, esoknya adalah checkup baby..

~jam 2 macam tu kot, aku terjaga jap sebab nak poo poo..tapi aku wat dek sebab aku dah mengantuk sangat2..lepas tu dalam jam 3 macam tu kot, terasa lagi..adui aku pon ape lagi, pi lah tandas nak poo poo..tapi takde ape pun yang keluar..tapi rasa memulas dia tu mak aihh.. oleh sebab takleh keluar poo poo, aku kejutkan mak..mak plak terpisat2 bangun tido, sian plak..mak terus cakap, ke nak beranak? sebab masa tu sakit nak poo poo dah bertukar sakit nak period..

mak suh cek seluar dalam...olomok, dah ade show...dah turun darah sikit...ape lagi semua kalut lah...huhuhu...so tengah get ready nak ke HUSM, tetibe rasa macam ade air keluar dengan banyak.air ketuban dah turun!! ape lagi, semua kalut laa...kak Ain drive pon haruu..nasib baik jam 4 pagi, takde kereta..

~sampai HUSM dalam jam 5 macam tu lah...kena seluk, okey sebenarnya kena seluk tak sakit pun, cuma ngilu je..sekali dah buka 8cm! terus sorong ke bilik standby nak beranak...selagi tak cukup 10, misi tak bagi teran..masa tu contraction, fuh sekali dia datang menyengat..macam mana rasa? rasa senggugut..haa macam tu lah..

bila dah cukup 10, misi pon suh aku push..paham2 jelah orang tak pernah beranak, macam mana push kan..huhuhu..nasib baik Mak ada..Mak ajar macam mana nak push..

ohya lupa nak bagitau, encik hubby tak sempat datang HUSM, dari Terengganu 3 jam kot.tapi takpelah Mak ada teman...dalam dok tengah push, misi kata jangan angkat punggung..terus aku lupa macam mana nak teran..sampailah Mak cakap, teran macam nak poo poo..barulah Amir dapat keluar..masa tu rasa legaaaa, tiada sudah kesakitan...

misi terus bagi Amir kepada aku..skin to skin..sekali Amir kencing atas aku..huhu..dok kejap, misi amek Amir untuk dibersihkan, dan kemudian mulalah sesi menjahit...yezza, misi gunting lepas dia tengok aku lama sangat nak push...pehhh tak rasa pon masa kena gunting tu..

Amir lahir pada 21/9/2015 pada jam 6.58 pagi...Alhamdulillah..

~lepas siap jahit tu aku pindah ke wad sementara..sebab wad beranak penuh..huhuhu..misi bagi air milo n roti untuk pulihkan sedikit tenaga..lepas tu misi bawa Amir untuk susukan dia..so, aku pun try susukan Amir...tapi Amir refuse.. masa tu aku macam "eh kenapa baby taknak susu? mengantuk kot"..so aku biarkan baby tido dulu..masa baby tido, aku dengar sroott sroott dari hidung baby..aku rasa tidak sedap hati..terus panggil misi..sebab aku takut anything happen dekat paru2 baby..

so what happened? aku cite lepas ni..

till then, bai2

15 June 2015

Belanjawan nikah

Bismillah...

ramai kawan2 aku yang tanya, berapa bajet semuanya untuk majlis penikahan tu.. ok akan ku listkan di sini..cuma nak terangkan kat sini, pihak suami hanya bagi Mas Kahwin dengan gelang sahaja. Tiada wang hantaran..maka, semua belanja kenduri belah aku, aku tanggung sendiri. kecuali Mak sponsor jamuan sebab Mak kata alang2 aku kahwin, dia nak join majlis persaraan beliau. ramai kawan2 Mak jemput. i tak kesah pongg..hahah.. ok jom tengok list.

1) katering - RM10 x 300pax = RM3000.00
2) homestay pihak lelaki (1 malam) = RM150.00
3) Bridal (baju 2 persalinan, aksesori, hiasan meja beradab simple, pelamin) = RM1600.00
4) photographer (tak berapa pro tapi ok laa dari tiada) sanding+outdoor = RM700.00
5) doorgift (paperbag+makanan ringan+pengikat) = RM233.70
6) sewa dewan = RM 530.00
7) bilik chalet 1 (separuh hari) = RM80.00
8) bilik chalet 2 (2 malam) = RM 240.00
9) par hantaran kepada pihak lelaki (9 par) = RM773.10
10) bil tok kadi = RM100.00
11) baju akad nikah (jahit sendiri baju kurung putih) = RM50.00
12) baju bertandang = RM190.00
13) kasut majlis = RM60.00
14) bunga telur = RM33.40
15) SPA = RM299.00

jumlah keseluruhan = RM 8039.20.

sebenarnya, ni adalah anggaran belanjawan kasar sepanjang persediaan majlis perkahwinanku. senarai belanjawan yang tiada dalam list adalah beli kertas sendiri untuk print kad jemputan, sampul surat kad jemputan, kos belanjawan balik naik flight uruskan hal nikah, belanjawan urusan mahkamah (wali) dan ada lagi kot. total dalam 10k lah jugak..huhu..

bab wali tu, aku malas dah nak ungkit. buat sakit hati ajo..sekarang ku dah bahagiooo..ALhamdulillah..hehehe..

oklaa..baii

10 February 2015

My First Pregnancy

bismillah..
fuh bersawang blog..vakum sat....vummm...hahahha

Alhamdulillah..takda nak cite banyak pun..sekadar nak kongsi rasa gembira bila aku sah mengandung :) . saat blog ni di taip, baby ku berusia 6 minggu atau sebulan lebih. masih kecik. 5mm je kalau mengikut info dari babycenter.com.my..

Masa mula-mula dapat tau opkos laa bila period dah tak datang. sebab period aku ni memang teratur. kalau tak pun beza sehari je. contoh minggu lepas 26hb, minggu ni 27hb, minggu depanya plak 27hb. so bila dah 3 hari tak datang period, terus amek utp cek sendiri. resultnya ;


Ada dah 2 line yang 1st cek..tapi kabur..so masa tu rasa macam ragu-ragu..tapi hati kuat mengatakan aku dah pregnant. tapi sebab dah ragu-ragu, so ambil keputusan nak tunggu lagi 3,4 hari nak buat test kali kedua.

Bila dah dalam 6 hari macam tu tak datang period, aku buat sekali lagi test. dan resultnya ;



Alhamdulillah..jelas lagi terang dan nyata ada double line, ini bermakna i am positive pregnant! syukur sangat2.. Kalau masuk bab alahan, ada rasa loya-loya jugak..tapi bila dah makan okey takde pening dan loya tu..cuma dah terbalik tak suka makan sup ayam dah..bila ingat je rasa loya..yang bersantan memang kompem takleh masuk tekak..yang pasti, tomyam atau masakan yang masam-masam boleh pulak masuk tekak..hehehe..

Apepun, harap aku dapat bertahan, tabah dan sentiasa bersyukur untuk 9 bulan 10 hari ini..insha ALLAH..harap-harap jugaklah baby dalam perut ni sihat-sihat jek..ummi and abah love baby so much..hik3..