terlebih dahulu haruslah dinyatakan bahawa aku dah terpilih masuk badan beruniform Bulan Sabit Merah Malaysia . huuu ~ my Mom dah la nurse , so sebenarnya aku tak suka sangat bab2 yang berkaitan ngan nurse ni . but , what to do ? aku nak sangat masuk KRS (Kadet Remaja Sekolah) sebab aku memang sukaaa sangat kawad . tapi tak dapat . dah banyak kali berusaha nak tukar , tapi pensyarah tak kasi . siap kasi brainwash kat aku lagi taww ~
tapi , tu cerita dulu . kini aku dah sedar apa hikmah disebaliknya . dulu aku sering tertanya2 kenapa aku tak dapat KRS atau Pengakap sebab itu pilihan pertama dan kedua aku . yang aku dapat pilihan ketiga . namun , aku tak nampak . aku hanya nampak apa yang aku suka , tanpa menyedari apa yang terbaik untuk diri aku .
sekarang aku dah sedar apa hikmahnya . pertama , ramai budak perempuan kelas aku yang terpilih . jap aku kira . ada ..... dalam 4 orang . ramai tuu . dan yang paling penting , kawad dalam BSMM bermula kaki kiri . sedangkan KRS bermula dari kaki kanan .
dari aku tingkatan 1 hingga aku masuk PLKN , aku tak pernah kawad kaki kanan . aku dah cuba , tapi masih pening . nasib baik aku tak masuk KRS . mereka pakai kaki kana untuk memulakan apa2 langkah . sekarang , aku dah mula memperkukuhkan lagi kepercayaan aku kepada yang Maha Esa .
kita mungkin tak dapat apa yang kita suka kan . tapi kita duberi pilihan yang lain . sesungguhnya , ALLAH itu Maha Mengetahu . DIA tahu mana yang terbaik buat kita . tak semestinya apa yang kita suka dan minat baik untuk diri kita .
mari lihat gamba aku kawad . ngeh3 .
![]() |
tabik hormat !! |
![]() |
selepas kawad , my rumek injured lorh . |
No comments:
Post a Comment