tak suka buleh stop. maaf ya

22 December 2010

kronologi di Jabatan Pembedahan

bismillah .

sepert yang telah di 'date' kan oleh doktor , maka ari ni aku perlu buat biopsy . kan ari ahad itu aku xjadi buat sebab lemah semangat . so ari ni nak ceta la sket pasal ape yang dah jadi ari ini .

6.17 pagi - bangun pagi2 , hangatkan air , mandi dll , siap2 mekap2 .

7.00 pagi - bertolak dari rumah .

7.30-8.00 pagi - jammed atas Jambatan Sultan Yahya Petra

8.06 pagi - sampai di hospital . terus pegi ke JP (Jabatan Pembedahan) tapi tak bukak lagi sebab date pukul 9.30 pagi .

8.10-9.10 pagi - pegi brekfast kat kafe hospital dan relaks2 tenangkan diri .

9.15 pagi - masuk balik ke JP . urus borang dll tunggu giliran . dapat giliran ke 3 . tengok 2 orang doktor perempuan yang ade dalam bilik rawatan . tarik nafas lega .

10.00 10.15 pagi - lepas orang kedua selesai rawatan , nama dipanggil masuk . baiklah , masuk . duduk di atas katil dengan perasaan berdebar . oh tidak rupanya ade lagi sorang doktor dan ternyata beliau adalah seorang lelaki . terpaksa berspeaking dengan beliau sebab difahamkan bahawa beliau adalah seorang warganegara Iraq (perang Mak aku tambah akekeke) . muka pucat lesi sambil badan menggeletar sepanjang duduk atas katil .

aku diberi penerangan bahawa suntikan akan diberi maximun tiga (3) kali . tetapi sekiranya kali pertama berjaya ambil sample , oke dah habes jika tidak , terpaksa buat sampai 3 kali . jika tak dapat , maka tiada suntikan akan diberikan lagi . aku minta nak tengok jarum . jarum yang dipakai jarum biasa sahaja . walaubagaimana pun , aku tetap gerun . dua orang doktor perempuan member cadangan supaya aku buat rawatan selepas ini sahaja memandangkan aku terlalu gemuruh (kalu patient pengsan susah woo!) dan supaya mereka tidak membazir masa layan aku sorang saja !

10.15 -11.00 pagi - memberi laluan kepada pesakit lain terlebih dahulu . sementara aku bersembang dengan seoran Ibu membawa anak perempuan berusia 13 tahun , sama sakit , sama kes dan sama rawatan seperti aku . tak tahan lalu pergi tandas sebentar .

11.00 pagi - seusai balik dari tandas , adik perempuan tadi sudah masuk dalam bilik rawatan . wahh aku sudah mula rasa tercabar ! walaupun perasaan gerun masih ada .

11.05 pagi - adik itu keluar . aku cuba melangkah dengan berani . YEAH ! kena berani . tapi gerun jugak . meraung2 (membebel dalam nada suara yang kuat) aku dalam tu . tapi bukan nangis ea . haha . mulut tak brenti sebut aduhh , aduhh . tensen ! tensen ! memang mulut aku agak bising . terus buat rawatan .

aku pegang tangan Mak aku erat2 . doktor sentuh kulit . okehh aku dah sedia ngan jarum !! eh , tak sakit ? rupanya doktor itu hanya ukur tempat untuk dicucuk . aduhai tak kena lagi rupanya ! kemudian doktor Iraq tu datang lagi . terus ku palingkan muka . okeh SEDIA DAHH !! aku pejam mata sambil mulut bising "erghh . erghhh " . jarum mula masuk kulit . adess pedih macam kene gget semot . alahh , xde pape pon . macam kita kene injek BCG dulu jer .


sebenarnya aku gerun mase jarum mula3 nak masuk kulit je . okeh lepas tu aku rase macam doktor tu dok pulas2 jarum dalam kulit aku . pedih ? sikit je . lagipon aku dah oke dah . cuma masa nak masuk jarum j aku takut . lepas dia 'godek2' jarum dalam isi terus dia kuarkan jarum dan kasi kapas .

okehh fuhh . aku mahu turun dari katil tapi doktor Iraq kata "waitt!!" . halamakk . takkan nak kena lagi sekali kottt ?
aku tunggu apa yang nak dibuat . aku tengok doktor tu letak jarum baru . ha sudahh ! kena buat sekali lagi ke ?? mulut aku mula bising sekali lagi "alamak kena amek lagi ke ?? alahh janganlah . harap2 laa yang ni dah cukup . mitak MITAKLAHHH TAKK ! " .

doktor suruh aku baring lagi sekali . ha sudahh ! aku dah redha kalu dia nak buat sekali lagi suntikan . aku dah SEDIAA ! tapi bila aku dah sedia ehh?? dia mai letak plaster je dekat tempat cucuk ?? ceit nak mainkan aku apa ?? aku tengok doktor tu bengis je letak plaster tuh . cehh rilex arr ko egat aku ni berani ke bab jarum2 ni haa ?? dah siap kemas baju ucap " thank you very much doctor " dua kali plak tu takut2 dia tak dengarrr . cepat2 kua dari bilik rawatan .

11.30 pagi/tengah hari - amek kad dekat kaunter . difahamkan bahawa result akan keluar 3 minggu akan datang . aduhh . ya ALLAH moga2 tu bukan kanser . aminn .

12.00 tengah hari - kuar dari sepital dengan rasa bahagia yang teramat sangat . hehe !

12.30 - 3.00 petang - makan/ lunch dan shoping barang sket ngan Mak . gaji dia semalam . hehh ! beli barang keperluan laa . bukan benda remeh temeh .

sekarang - rasa amat bahagia . ya ALLAH , syukur pada-MU . alhamdulillahh . takde lagi dahh bayangan jarum bodoh muka ngeri sebesar injek perinter .

PESANAN IKHLAS : SAHABAT2 WANITA , SILA BUAT SELF-EXAMINATION KEPADA BREAST ANDA . ANDA MUNGKIN AKAN TERKENA . SEDANGKAN BUDAK UMUR 13 TAHUN PUN SUDAH ADA . SAYA SAYANG KALIAN . tapi kalu buat biopsy jangan jadi macam saye ye !




catatan : ari ni taip pakai tangan kiri , lambat , sebab kelima-lima jari kanan sudah berinai :)

No comments: