tak suka buleh stop. maaf ya

21 September 2010

hari ini besday dia :)

alhmdulillah , setelah hampir menyiapkan tugasan group , maka dapat jua aku kua diner ngan chenta hati . hari ni diner ngn dia n his lovely sister , kak Siti and kak Isha dekat Taman Melati . tapi rasanya besday boyfie tahun ni macam takbest je . sorry abang , sayang takde mase nak g cari adiah besday abang sebab sibuk . sian abang . walaupun abang kata abang dah biasa , tapi sekarang ni abang dah bersama ngan sayang . sayang nak orang yang ade connection ngan sayang , rasa special . maaf sangat-sangat . hanya kad hand-made ni je yang sayang dapat kasi kat abang . maaf sangat-sangat .


20 September 2010

happy besday to my boyfie !!


ALLAH selamatkan kamu ,
ALLAH selamatkan kamu ,
ALLAH selamatkan abang sayang ,
ALLAH selamatkan kamu ~~

happy besday abang ! abang dah tueee . *huk8*
may ALLAH bless yu abang . semuge abang dipanjangkan umo , di murahkan rezeki *nanti bole beli kete satu untuk sayang* , semuge mendapat keberkatan dunia dan akhirat .

sayang harap tahun baru ni , lebih baik berbanding tahun-tahun yang lalu .

19 September 2010

g raye umah mak chenta hati ~

hari ni aku berbesar hati nak pergi melawat dan berhari raye di rumah chenta hati ku di Rawang . perjalanan ke sane memakan mase 1 jam kerana naik moto . aku rase naik moto lagi cepat dari kete sebab jalan jam . sangat gembira bila dapat bersosial ngan ahli keluarga chenta hati . uhh . aku sekarang gila penat doe . perlu taip sikit2 kejap lagi mau tido . uhuh .

beraye sakan raye .

fuhh . hari ni penat berjalan-jalan beraye di rumah makcik dan kawan2 si chenta hati .
kua dari maktab dari pukul 8 malam , selesai beraye lebih kurang pukul 10.30 malam .
tapi aku singgah McD jap belikan makanan Thiba , ma bff .
tetibe je ujan lebat .
terpaksa laa lepak sane .
tapi apepun , ari ni the best
.(i love yu abg ! )

18 September 2010

hari ni di hostel .

ohoh . buka mata tengok2 bilik aku .
yelah dah semalam aku naik bus balik kL .
semalam sampai agak lewat , 10 jam perjalanan .
maka aku sampai kul 7 kat sini .
then tunggu chenta hati datang amek , lewat 30minit sebab jem .
pastu gi hostel letak bagasi aku and amek kawan sebab dia nak mitak tolong .
lepas selesai urusan dia dalam kul 10 cam uh , kami g anta kawan tu balik maktab .
sebab mase tu dia takmau balik lewat .
pastu aku terus ke agenda aku jumpa kak julie dekat setapak .
kak julie ni kawan aku mase kecik , dia ni cucu kepada pengasuh aku .
mulanya nak tido rumah dia , tapi tak jadi sebab thiba dah ade kat maktab .
so baik je aku tido maktab .
pastu jumpa , makan , dahla aku baru merasa nasik malam tu .
mase tu dah kul 11 .
tetibe kawan chenta hati aku ade kt sane .
almaklumlah dia dulu duk sini , dah 20 tahun duk sini .
dah makan2 suma , aku dah kenyang , kami balik . lepas anta kak julie .
mase tu dah pukul hampir 12 kot .
pintu pak gad kunci .
dia tanya aku kenapa lewat .
aku cakap pegi makan *hello aku memang pegi makan lah !*
after that aku tanya , kene tulis name lam buku ke , sebab aku dah lewatkan .
dia tanya aku balik ade tulis mase kua .
aku jawap tak sebab baru balik dari kampung .
aku tengok dia tak cakap pape *atau maybe dia nak sambung lag* , aku terus blah ar .
xde pasai aku nak dok situ lelama .
aku dah gile ngantuk macam ulo dah kenyang .
haha yang penting dah terubat rindu aku dekat chenta hati .
thanx sayang !

09 September 2010

untitled

masihkah ada cinta untuk nya ?
oh kejam soalan itu .
bukan begitu .
hangatkah lagi cinta untuk nya ?
ya baru betul .

semenjak ku tahu cerita sebenar ,
seolah-olah ada batu besar menghempap hatiku .
hatiku hancur .

aku tidak tahu apa yang aku rasakan sekarang .
kosong .
mengapa aku perlu hadapi semua ini ?
patutkah aku mengangkat bendera putih dan
mengundukan diri ?

aku seolah-olah kaku .
perasaanku batu .

jodohku .

dengan nama ALLAH yang maha Pemurah lagi maha Penyayang.

"Perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji (pula), sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik (pula). Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia (surga)."

(maksud surah An-Nur ayat 26)



InsyaALLAH . aku berpegang pada ayat ini . dan aku yakin dengan janji ALLAH pada hamba-Nya . aku tidak akan berputus doa semoga ALLAH memberikan jodoh yang baik dan panjang kepada ku . namun sebelum itu , aku harus memperbaiki diri ku . aminn~



kenali daku , kami tidak sama

kami sama .
kami serupa .
tiada yang beza pada fizikal kami .
kami bernama wanita .
tapi kami berlainan .

aku tidak sama seperti wanita lain .
ya aku wanita , namun keinginan , sifat dan perangaiku bukan seperti yang lain .
aku tidak sama , wala hakikat kami hampir sama .

diri aku adalah harta yang sangat penting .
betul aku adalah milik ALLAH .
tapi aku dipertanggungjawab untuk menjaga jasad ini .
tiada siapa yang boleh meminda dengan sesuka hati .

kau melihat dengan mata kepala .
sememangnya kau tidak akan menemui jawapan hatta kebenaran .
kenali aku !
perhatikan aku !
bersahabat dengan ku !
baru kau tahu aku siapa .
lihat aku dengan mata hatimu .

kata org puteh a.k.a mat salleh ,
"don't judge a book by it's cover" ,
ya betul tu .
jika kau melihat aku berseri , jangan difikir dalam ku baik ,
namun jika kau melihat aku buruk , jangan terusan menuduhku jahat .
fikirkan dulu segala tindak tandukku .

aku bukan seperti wanita lain .
jika kau kata aku sama sekali pun .
prinsip hidupku berbeza daripada fikiran mereka .
kau tengok mereka jatuh .
jatuh kecewa .
mungkin kecewa putus cinta , putus kasih , gagal dalam hidup .
tapi aku bukan begitu .
air mata memang tidak dapat dipisahkan dariku .
namun bukan bermakna aku harus tersembam ke bumi selama nya !
aku harus bangkit !
aku wanita alaf baru !
aku berani akan segalanya !
tiada siapa sewenangnya boleh memberikan arahan pada ku !

kenali dahulu aku .
sebelum kau membuat keputusan .

04 September 2010

SELAMAT HARI RAYE SUME !

esaimen punye pasal , takdan laa aku nak mengepos kad-kad raye .
maka aku mengambil inisiatif tambahan asik online , maka aku buat kad raya online .
pergh !



amacam ? lawa tak ? haha .

03 September 2010

" maaf saye tak sempat nak bagitahu awak semua ini"

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya. (betul)

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan). (betul)

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain. (sangat betul)

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!! (kadang-kadang)

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akanlakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka. (betul)

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal. (tak jugak)

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri. (betul)

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!! (sangat betul)

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui. (sangat betul)

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik. (terSANGAT betul)

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi. (sangat betul)

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati.. (tak dapat disangkalkan-sangat betul)

27. Senjata wanita adalah airmata!! (hehe nak ngaku ke tak aa)

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah... (betul)

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa. (sangat betul-fahamilah saya!)

01 September 2010

mimpi burok !

demmit . aku tak kire aku nak luah gak dekat blog aku .
pasal mimpi aku just now . . .

aku mimpi , aku berkahwin ngan ... sape laki ngan pakwe aku laa .
dari jauh aku mimpi dia akad nikah dengan tok kadi .
mase tu aku nampak pakwe aku macam tak suka je kawen ngan aku .
aku keliru .

after that aku sembang dengan salah seorang kawan dia .
katanya kawan dari kecik (ni yang dunia realiti) .
aku namakan kawan nye sebagai Kak Ki .
sembang punye sembang (tapi aku taktawu butir bicara kami berda ketika itu)
yang aku faham , Kak Ki banyak mengetahui dan memahami pakweku.
barulah aku faham kenapa pakwe aku kelihatan tidak suka berkawen dengan aku .
rupanya Kak Ki sukakan pakwe aku . dan pakwe aku pun sukakan dia .
kira aku ni macam batu penghalang diorang kawen .

dushh ! betapa aku rasa seolah-olah ada batu besar menghempap kepala aku .
kalau begitu mengapa kami berkawen ? cerai aja lah .
lalu aku mendapatkan suami ku (pakwe aku dah selamat akad nikah ngan tok kadi).
lalu aku minta cerai dengan nya . dia kelihatan terkejut .
aku dengan menahan sebak di dada , mengulang sekali lagi , "kita cerailah" dan terus berlalu pergi .

suami ku mengejar ku , dan bertanya mengapa perlu bercerai ?
ketika itu dia sudah menangis teresak-esak .
aku hairan , mengapa dia mennagis pula ?
bukankah ini yang dia mahu ?
perpisahan supaya dia dapat bersama dengan yang tersayang .
aku menjelaskan segala-galanya supaya dia faham , supaya cepat kaki aku melangkah dari hidup dia .
selepas mendengar segala mengucapanku , dia ketawa berdekah-dekah .
"eh ni kenapa pulak ketawa tadi nanges" getus hati aku .

"sayang , oo sayang . abang ade sayang sorang je . Kak Ki tu kawan lame dari kecik lagi . abang sayang kat sayang sorang je lah . abang memang nak kawen dengan sayang pun , bukan ngan Kak Ki sebab sayang tu cinta abang . abang nampak macam tak hepi tadi sebab abang tengah risau macam mane nak jawab soalan-soalan tok kadi ngan akad nikah . adui sayang ni "

maunye aku tak terkejot . terpana kebluran aku seketika . bermakna memang dia sayangkan aku , mahu aku jadi isterinya bukan Kak Ki . mase tu aku kembali senyum dan bahagia .

********************************************************

itu mimpi aku . sebak masih terasa . lalu aku tepon pakwe aku . ketika itu dalam perjalanan turn dari genting (kerja) . aku terus ceritakan mimpiku itu . pakwe ku hanya ketawa kecil . katanya

" sayang , tu mimpi mainan buruk . abang sebenarnya pernah mimpi pasal Kak Ki . abang mimpi abang tido dengan dia dekat suatu tempat lepas kenduri dan hampir 'buat dengan dia . balik tempat kenduri tu mak dia nak abang kawen dengan dia sebab Kak Ki cakap kami penah 'bersama' . tapi tu semua mainan tido . mungkin dia rindu abang , abang rindu dia kot . yelah dah lama tak jumpa . bukan rindu cinta ke ape , rindu sebagai kawan , rindu teringat kat kita . kan ari tu abang masuk hospital . mungkin sebab jadi rindu tuh "

lebih kurang macam tu ayat pakwe aku .
DUSHH !! DEGUMMM !!
umpama batu menghempap dada aku !
ya ALLAH , lagilah sebak hatiku mendengar ucapan pakwe ku itu .
*sekarang tengah tahan sebak , tengah tahan air mata walaupun dah jatuh sikit*

permainan apakah yang sedang berlaku ?
kecil hatiku mendengar pengucapan itu .
dahlah mimpi tadi macam betul .
bukan aku cemburu .
namun bagi aku , jika seseorang lelaki bermimpi 'buat' dengan seseorang wanita itu , bermakna wanita itu sangat istimewa baginya .

kenapa aku taip macam tu ?
sebab dulu ketika aku bersama ex ku, Saiful , dia dua tiga kali bermimpi tido ngan kawen dengan ku . memang ketika itu aku lah yang istimewa di hatinya . aku percaya .
*kami putus pun sebab salah aku . tidak memahami dan asyik mendesaknya berjumpa , dari Perlis ke Kl*

sekarang ni , hati aku pedih sungguh . apa yang berlaku sebenarnya ? permainan apakah ini ?
ya ALLAH , sebak sungguh rasanya . betulkah hanya aku dihatinya ? sesungguhnya aku tidak rela bermadu kasih apatah lagi merampas hak orang lain . jika ya , jauhkan lah aku darinya . aku tidak sanggup menghancurkan hati wanita lain hanya untuk kebahagiaan diri sendiri . aku bukan wanita yang sanggup menikam kaum ku sendiri . tolonglah ya ALLAH . beri petunjuk kepada ku.

rasanya , sudah tidak tertahan lagi kolam mataku ini , mendesak hendak melimpah keluar . . . .