tak suka buleh stop. maaf ya

30 April 2011

sebab duit

sedih sangat bila aku kena marah . kena marah sebab apa ? sebab duit . aku malas nak bukak kesah pasal ni . yang pasti aku bukan sengaja nak buat macam tu , kira tanpa niat lah . tapi tak sangka orang marah pastu marah2 aku . sape yang tak sentap beb ? terus hilang mood aku terus hilang semua nya !!! buat penat je aku mekap bagai . sedih sangat sangat .

17 April 2011

semua udah selesei !

bismillah .

alhamdulillah , semua perkara dah selesai . operation breast aku dah berjaya . dan aku baru sahaja hantar si BuBu balik kL semula .

semasa tiga hari ada kat kampung ni , macam2 perkara err boleh dikatakan sebagai pengalaman lah . yang paling penting BuBu saya dah jumpa ngan Mak saya . nampaknya BuBu boleh sesuaikan diri dengan keadaan di Kelantan .

saya amat bersenang lenang bila Mak tak marah2 (dalam hati tak tau le kan) . tapi tadi Mak cakap Mak taknak lebih2 biar aku habes belajar dan keje . huhu . haa BuBu ada cann kot ?

alhamdulillah , urusan di kampung dah selesai . urusan di Kuala Lumpoq belom lagii . Ujian Akhir Kursus (UAK) menjelma . huhuuu ~

meh letak gambaq sikitt .

sengal sangat . nak balik kelantan

16 April 2011

scheduled date of breast surgery part 2

bismillah .

alhamdulillah , selesai sudah pembedahan aku pada hari ini . seperti yang pernah ditulis di sini , maka aku pun pergilah ke hospital . masa ni aku bermalam kat umah makcik kat Pengkalan Chepa . malas nak taip panjang , maka aku akan shortkan ke dalam bentuk kronologi .

6.30 pagi = bangun mandi dan solat Subuh .

7.30 pagi = mula bertolak ke hospital kota bharu

8.00 pagi = sampai hospital dan menuju ke dewan bedah Zamrud . tunggu giliran tetapi orang yang kat situ kata aku kena pergi dewan bedah Intan .

8.30 pagi = naik tingkat satu tempat dewan bedah Intan . tunggu giliran . nama dipanggil namun sebab dah tersalah dewan bedah tadi , nama jadi last . doktor kata kul 12 datang balik .

9.00 pagi - 11 pagi = jenjalan kat pasar Siti Khadijah , makan nasi ayam dan habes lahh .

11 pagi - 12.30 tengah hari = menunggu dan menunggu giliran . perasaan bercampur gaul .

12.30 tengah hari = nama dipanggil masuk . masuk ke dewan bedah . tukar baju kepada baju bedah . berdebar-debar .

12.50 tengah hari = dibawa masuk ke bilik bedah khas . tukar baju kepada gaun bedah . donotr tanda tempat pembedahan dengan marker . nurse pembantu pasang tirai memisahkan pandangan aku pada tempat pembedahan . doktor mula cucuk bius . well sedikit sakit , bese lah kene jarum kann . ade laa dalam 2 , 3 jarum .

lepas tu rasa macam kene hiris tapi tak sakit . pastu bnyik 'srett srett' dan berbau hangit . oh man pakai laser rupanya baru tahu ! pastu dia godek2 cari ketulan . susah nak cari sebab dia ke dalam dan 'mobile' . masa ni memang lama lah .

adui ALLAH je tahu betapa aku TAKUT rasa sakit . sebenarnya tak sakitpoonn . tapi seriau . tau seriau ? haha . lepas cari , jumpa , kerat . nurse tunjuk kat aku . besar jugak . tak sangka !

lepas tu doktor jahit . aku tak tau bile dia jahit . tau2 dah siap . memang rasa pergerakan tapi tak sakit . rasa dia tarik kulit , pegang tapi tak sakit .

2.30 petang = alhamdulillah , semua dah selesai . result ? aku rest atas troli jap , tukar baju gaun tadi kepada baju bedah , lepas tu tukar baju biasa balik . keluar dari sana pergi farmasi amek ubat .

3.00 petang = amek ubat kat farmasi dan BALIK !!


huhu . inilah pengalaman aku . aku rasa takmau dah rasa macam ni . takot jugak . tapi tak sakit . yang penting kuat semangat . hihihi .

Imam saya :)

bismillah .

entry khas untuk BuBu saya .

terima kasih Abang sebab jadi imam masa solat tadi :) Sayang suka sangat . terasa sejuk telinga mendengar bacaan ayat suci Al-Quran dari mulut Abang .

kalau boleh Sayang nak Abang teruskan macam ni . wahh . ni kalau Mak perhati betul2 boleh jadi calon menantu ! hiks ~

terima kasih sekali lagi Abang :)

ntah .

bismillah .

tajuk atas tu aku tak taw nak letak tajuk apa . sekarang ni aku tunggu masa nak operate je . aduhh . risau amat risau . tapi apa boleh buat . malas nak apdet pape . penat .

13 April 2011

aku jadi mangsa plak !

dah lama tak menconteng dalam blog Merapu ni . dalam seminggu dua ni macam2 perkara berlaku . argh biasa laa esaimen lah , tugasan lah . ok  aku takmau ulas banyak2 pasal esaimen walaupun banyak perkara yang berlaku sekarang . now i want to talk about what happend today .

ari ni aku ke HEP sebab aku minta pengecualian kuliah . hal ini kerana .... (ceh skema lak ayat) aku ada schedule operate breast aku yang aku ceta dulu tu . apa tak tau ? meh kelik sini .

oleh kerana aku buat tu hari Sabtu , maka aku nak lah balik awal sikit hari Jumaat . sape tak takot kene bedah weii . so aku mitak la cuti ari Jumaat sebab ari Jumaat tu aku ade kelas lagi .

so permohonan aku ditolak . aku tak puas hati . aku tanya kenapa permohonan aku tak diluluskan ? kerani tu cakap tak tahu dan kalu nak tahu tanya kepada orang yang bertanggungjawab (OYB) .

so aku kua lah jumpa OYB . aku tanya kenapa . dia pon explen aku operate hari Sabtu bukan Jumaat . maka aku pon explen more lah aku kata aku buat di Kelantan . maka aku nak balik awal . boleh dia kata "balik la malam tu' .

wth ??? okai aku tenangkan diri aku kata "saya nak rehatkan badan dan fikiran . saya ni bukannya berani sangat" . okai lepas tu aku bagitau lagi maybe pihak hospital akan kasi cuti 1 minggu .

tau apa dia tanya ? kredit intraksi dah cukup atau belom . aku plak tak pasti . pastu OYB terus cakap panjang lebar yang kalau aku tak cukup interaksi aku tak leh masuk dewan exam . aku protes . aku kata macam mana saya tak dapat masuk sedangkan saya ada cuti ??

dia kata lagi "tak semestinya awak ada surat cuti kalu awak tak cukup jam interaksi awak tak leh masuk dewan jugak" . again aku menyumpah wth .

aku cakap kat dia bukan aku yang nak tarikh ini . pihak hospital yang kasi . last2 dia kata terpulang pada aku then dia luluskan permohonan aku .


seriushit aku tak paham dengan orang atasan ini . dulu pihak hospital mendesak aku melakukan bedah pada tarikh yang genting . saan aku nak pegi PBS (Pengalaman Berasaskan Sekolah - kene perhati proses PNP di sekolah dan ada kerja tugasan PROJEK kot!) . okai skip the next month . dapat laa tarikh tu . aku dah cakap kat doktor yang maktab ni macam leceh sikit . tau apa dia cakap "pihak kami akan hantar surat notis kepada pihak kolej anda . anda ada hak ke atas kesihatan diri anda" .

sekarang ni aku takmau cakap banyak . aku geram ! aku menjadi mangsa kepada dua2 pihak . apakah ???? satu pihak nak aku buat cepat2 sebab takut lump aku membesar . satu pihak lagi seolah2 tak nak kasi aku cuti . eh WHAT THE HELL hah ?????

nak salahkan siapa ni ??? nak salahkan penyakit ?? nak salahkan Tuhan sebab bagi penyakit ni ?? sumpah aku tak merungut dapat sakit ni . aku terima . tapi bila keadaan menekankan aku macam ni , aku geram tahu tak !!

sudahlah . dua2 macam B***H !!!