tak suka buleh stop. maaf ya

31 May 2011

"pakaikanku baju" untuk Ayeem Ayam.

HAHAHA . aku dah buat ape yang si Ayeem Ayam ni nak dalam entry dia "Pakaikanku Baju" .

dia suh letak dekat wall pesbuk dia , Ayeem Ayam , tapi aku takleh nak post ! grr !

so aku letak laa printscreen aku kat sini . HAHAHAHA . cayang dia ! *muntah*

dah buat large, kalu tak nampak, sila tekan untuk tumbesaran, pembesaran, haha pape jelah !

sekiann.

19 May 2011

Al-Fatihah kepada pemilik Telordibasuh

bismillah .

aku baru bukak dashboard blog aku . tengok2 dekat update ade orang buat entry pasal arwah yang meninggal dunia . hari ini rasanya . Al-Fatihah .

aku tau first dari sini (cik SCC) , pastu dari sini (critical angle) , dan sini (ayeem ayam) .

arwah merupakan penulis blog telordibasuh . aku memang peminat setia blog arwah . terasa sedikit sedih . aku memang ikhlas follow blog dia . memang blog dia selalu aku nantikan update dari dia sebab ayat dia yang best dan penuh berinformasi .



*tarik nafas panjang-panjang*

ya ALLAH , semoga roh arwah ditempatkan dengan golongan orang yang soleh . amenn 

p/s : tak sempat nak beli tshirt yang dia jual

exam kali ini !

bismillah .

hari ni adalah hari Khamis bersamaan 19 Mei 2011 . aku setat final exam hari ni lah . kod kertas : EDU 3014 . pengurusan tingkah laku dan bilik darjah .

kali ni pelik sedikit kedudukan exam aku . aku biase duduk belakang dewan . sama ada kedua belakang atau ketiga dari belakang eh yang penting memang belakang dewan lah . tup tup aku duk depannn sekaliiiii rupa-rupanya . meh tengok gamba aku amek tadi lepas jawab soalan subjektif 20 soalan , 4 soalan struktur , dan tulis esei LIMA HELAI BELAKANG DEPAN . penat siutt !

depannn sekali .

muka seronok lepas jawab exam .

dalam kepala 'makan,makan,makan'

keluasan dewan . haa

tu aje . sekian . bai .

17 May 2011

sensitip

 masa memula taip menda alah ni , aku taktau nak letak tajuk apa . serius tak tau ? sebab masa ni apa yang aku rasa adalah lebih penting dari memikirkan nak letak tajuk apa . perasaan marah , sedih , kecewa , berkecamuk dalam satu . alah macam ice blended , letak buah , air gula , ais lepas tu blend . oh itu sedap . yang ni takk .

aku taktau macam mana nak mula . elok-elok aku bergembira hari ini , tenangkan fikiran , tapi last-last hati aku sakit . apa guna aktiviti hari ini ? aduhh .

selama ini , aku rasa , semua orang pandang enteng dengan aku . aku ni KASAR , takde keAYUan , takde keSOPANan , eh banyak lagilah . pendek cerita aku ni bukan Wanita Melayu Terakhir .

tapi..

takde sape tahu disebalik kekasaran , ke-tidak-ada-ayu-an itu , aku bukanlah manusia yang teruk . rasanya aku tidak pernah lagi mencuri duit orang . aku tak pernah tetibe nak cari gaduh dengan orang , takde pulak buat taktau bila orang mintak tolong (kecuali kalu tak dapat tolong tu mintak maaple) .

memang aku ni kasar . eh bukan sedikit tapi banyak jugaklah . dulu aku dibesarkan dengan Nenek . hal ini kerana Mak pegi sambung belajar di sekolah jururawat di Ipoh (masa tu aku di Kelantan) , arwah Abah sibuk bekerja sebagai polis . dalam masa aku tinggal ngan Nenek , aku jugak dok ngan seorang sepupu lelaki . dia ni suka sangat buli aku . mungkin sebab itu bila besar aku jadi ganas semacam .

err , tu alasan . sebenarnya dari dulu lagi aku ni hyperaktif . ade seorang guru mengatakan bahawa sesiapa yang lahir ikut tingkap (Ceaseran tak reti eja / pembedahan) memang hyper . aku lah tuuuuu .

semua kawan aku sama ada di sekolah lama atau sekolah baru (menenga) , terkejut tatkala aku bagitau aku sekarang belajar di maktab di KL ni . mereka semua kata "matilah anak murid dapat cikgu macam kau" . sampai macam tu sekali ! tapi bila aku berada di sini , pensyarah puji aku , masih lagi aku ingat dan tidak sekali-kali aku lupa "Wardah , awak dah macam cikgu . tak payah masuk bengkel jadi cikgu lagi dah" sewaktu aku selesai menjalankan simulasi pengajaran dalam bilik kuliah .

 maka di sini . aku nak buat luahan perasaan . aku taktau sape yang baca . dan aku taktau apa yang bermain di fikiran pembaca . mungkin rasa aku ni gedik ? sensitif ? mudah merajuk ? well at least sekasar-kasar aku , aku jugak kaum Hawa . aku punya jiwa .tak lepas dari air mata .

semua orang nampak aku ni kasar , aku ni jahat . tapi diorang silap . aku kasar sebab tu aku boleh berdikari . aku berani . aku berani buat apa saja yang kadang-kadang benda remeh tu pun pompuan lain tergedik-gedik nak buat . kau berani buat pementasan drama atas pentas ? kau berani bercakap dengan orang besar ? kau berani bawak motor atau kereta kat KL ? kalu kau takde salah satu dari di atas , jangan rasa kau pandai berdikari .

sekasar-kasar aku , aku reti hormat orang lain . adalah kasar itu suatu kesalahan ? memang aku ni berperangai macam lelaki . aku lebih banyak kawan lelaki rasanya . pompuan ? entah ? lembik ? entah . jangan tanya aku .

aku sudah puas menangis . sebab walaupun aku kasar , aku masih punyai jiwa . pesanan aku kepada korang si pembaca , jangan nilai aku dari paras rupa aku .

bai .

11 May 2011

kereta baru . masyukk ~

bismillah .

alhamdulillah , sekian lama tunggu kete baru maka hari ni keluarlah PERSONA kaler itam bernombor platkan WVG 5438 . aku bersyukur sangat2 *ceh macam la kete aku* . hehe tahniah Abang . wiwit buleh lee pinjam kan kan kan .

banyak cerita talak guna meyh . mari mari tengok gamba baru . kih3 .

home-made present :) ayat Kursi dan doa naik kenderaan

WVG 5438

PERSONA

eh aku disitu posim plak :)



alhamdulillah again :)

sekian .

08 May 2011

aku dan KAHWIN !!

bismillah .

sebelum ape-ape , aku nak ucapkan tahniah kepada Aida , adik kepada kawan baik aku , Fizah sebab
mendirikan masjid pada 6.5.2011 . maap le tak pergi sebab aku ade kat KL . sob sob sob .

okeh .

semalam 7.5.2011 . tarikh keramat menyatukan dua hati , dua insan dan dua famili . alhamdulillah . abang Anuar dan akak Lyza selamat mendirikan masjid . wawa doakan kalian berdua bahagia hingga ke anak cucu :) insyaALLAH .

meh sini meh sini nak cerita pasal 'rombongan' kami ke sana . hehehe . aku pergi bersama BuBu and kawan BuBu (kawan aku jugalah kiranya) iaitu abang Azam ngan isteri akak Yati .










 
hentian Genting Sempah

warghh !!

makan beradab

sweet :)

future Mom and Dad

gelojos

gediks .



geng sempoi














nak dijadikan cerita ??

serius aku benci perkataan tu bila aku baca apa-apa atau mana-mana artikel , karangan dan lain-lain . seolah-olah sengaja buat cerita tanpa ada bahan bukti yang kukuh . aku benci okeh . mungkin aku ni banyak dipengaruhi oleh cara buat assignment . mana-mana ayat kena ada buku rujukan bukan main pakai otak sendiri .

aku bukan kata korang nak menipu , tapi aku sangat benci perkataan "Nak dijadikan cerita" . puff ! takyah buat gitu !! buat la contoh "meh sini aku nak cerita pengalaman aku / kawan aku dll" . adoi !

bai

Haziq STATIK follow blog aku weyh !

bismillah .

haa kenal tak sape STATIK ?? tak kenal ? bukan sah bukan bukan dak2 yang layan indie kan ? wey sapot laa MADE IN MALAYSIA sikit !! tahu MU , Arsenal tapi takkan laa tak sapot bola sepak tempatan at least negeri ko sendiri ?


ah banyak merapu . seperti tajuk di atas , aku nak bagi tau kat sapa2 yang dok baca entry ni , vokalis STATIK follow blog aku yang banyak merapu neh . ye Haziq STATIK !! bukan Haziq budak batch aku lah . awwww !! shuke shuke . hahah . dak caya ? meh nak tunjuk bukti !



setakat ni , nilah artis yang tak menyombong ngan sapa2 pun . abang Haziq ni sangat2 lah mesra alam . ada satu malam aku berYM ngan dia , dia layan je . sampai ke pagi buta cakap pasal macam2 lah . tanya bila nak kahwin . ohya dia sudah ada yang punya , ade Honey tersendiri dah . hahaha .

sape2 nak sinngah blog dia , sini ada link :) http://haziqataubagak.blogspot.com/

awlaa , abang Haziq kamu ni suwit sangat okeh ! artis yang berjaya gini . insyaALLAH :)

05 May 2011

pertama kali setat blogging

bismillah ~

dah tengah malam sebenarnya ni . tapi mata takmo tutup (sebenarnya ada kerja kena buat!) . tengah on9 tup-tup my lovely sis tanya pasal blogging neh . dengan sedikit ilmu yang ada , aku trylah tolong dia . eh sape-sape yang tak reti berblogging tuh bleh laa tengok sini . hehe . TETAPI !! perkara yang permu diutamakan adalah anda perlu mempunyai emel yang 'valid' . ini bermakna anda perlu membuka satu akaun sama ada Yahoo ataupun Gmail . jika anda sudah mempunyai emel contohnya : otakkau@yahoo.com , maka anda boleh meneruskan misi yang seterusnya .

LANGKAH PERTAMA (1)

mula-mula masuk sini : www.blogger.com/
lepas tu tekan 'Get Started' macam dalam gambar tuh . takyah tengok menda lain ye .


klik untuk pembesaran atau CTRL + klik


LANGKAH KEDUA (2)


lepas tu anda perlu isi mana yang patut . jika anda kurang paham , bleh tengok contoh seperti gambar di bawah :


klik untuk pembesaran atau CTRL + klik


okai isi ye mana yang anda suka . anda perlu isi 'Word Verification' mengikut apa yang anda lihat . seperti contoh di bawah . sebelum anda tekan 'Continue' , sila pastikan anda tick pada ruangan 'Acceptence Of Terms' . kalo tak tekan maknanya anda tidak suka dan watpe buat blog kalo tak suka kan ? okai dah tick bleh tekan 'Continue' .


klik untuk pembesaran atau CTRL + klik


LANGKAH KETIGA (3)


'Name Your Blog' . anda boleh la letak apa nama yang anda nak letak . saya syorkan anda letak nama yang sesuai dengan watak anda . jika anda jenis kasar dan suka cakap lepas , boleh letak macam nama blog saya ni "Aku Yang Suke Merapu" . kalau anda seorang yang sweet gitew , bleh letak nama "This Is My Sweet Diary" . ouch sorry not my taste . ikut suka citarasa andalah ye ? contoh :


klik untuk pembesaran atau CTRL + klik
pastikan anda klik pada 'Check Availability' sebelum klik pada 'Continue' .


LANGKAH KEEMPAT (4)


memilih template dan background untuk blog anda . my opinion , anda ambil sahaja apa yang ada dalam blogger tu sebab anda boleh menghias blog anda kemudian . sekarang anda perlu tahu step dia terlebih dahulu . contohnya : 


klik untuk pembesaran atau CTRL + klik


LANGKAH KELIMA (5)


blog anda sudah siap ! sekarang boleh mula berblogging ! yay !


klik untuk pembesaran atau CTRL + klik


nota : macam mana mahu memulakan entry pertama anda ? sila klik sini untuk membuat entry baru !


sekian . bai :)

gambar dan kenangan

bismillah .

pheeww ! bosan bosan ingat nak buat kerja sikit . haha . malas ah . kali ni nak tepek gamba aku ngan BuBu dan cerita apa di sebali kenangan itew . muleh ? muleh ? hahah .


1. kenangan masa mengurat dulu-dulu (masa pertama kali jumpa)


poyos
gambar ni di ambil masa mula-mula kami bertentang mata . tengah makan kat mekdi KL Sentral . masa ni kawan-kawan lah .aku ingat lagi masa ni aku berjam tunggu dia ! sebab dia tertidur aku call pon tak sedar ape-ape . nasib baik aku ni jenis yang saboor hahah aku tunggu .

tup tup dia call kata lagi 20 minit? dia akan sampai . oke fine aku tunggu . aku ingat lagi waktu dia call aku dan dok cari mana aku . pakai baju merah katanya . haha berdebor jugak rasanya tapi aku buat-buat cool . wek wek wek . memang poyos giler . jujur aku kata , aku rasa nyampah kat dia . sebab ape ? mane leh bagitau . haha BuBu jangan marah . rahsia tetap rahsia !

2) first date .

tak sweet pon !
gambar ni diambil masa naik cruise . haha . bukanlah naik bot dari KTM Serdang ke The Mines . ni kira pertama kali keluar dating ah . tapi masa ni tak declaire ape-ape lagi pon . tapi hati masing-masing dah bertaut . keh keh keh . hati aku la hati dia mana aku tau ! dia ade minta tapi aku takmo sebab tak caya lagi an ~ tapi mulut dia tika berbicara , fuhh manis gile .

3) buat aktiviti sama-sama

berpeloh okai !
haha ni pertama kali jogging sama-sama . seronok juga . tapi tetap tak dapat kempiskan perut dia . cehh ape daa .

pom pam pom !
pertama kali join orang main paintball . tapi tak main pun cuma teman dia ngan kawan-kawan je . gile bosan okai ! yang sebelah kami tu Abang Anuar and his fiancee , Kakak Lyza . diorang insyaALLAH kawin 5.5.2011 ni . wawa doakan kepada ALLAH moga anda berdua bahagia hingga ke anak cucu ! aminn . hiks . tak sabar nak pergi majlis kahwin mereka .
tahniah ~ tahniah ~


4) last dah kot ? haha

banyak aktiviti kami buat sama-sama . makan , tengok wayang , main bowling tu memang dah selalu lah . macam orang lain jugak . tapi gambar yang paling aku suka adalah yang ni . tadaaa !



|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
V


my Mom and him
haa ! nilah gambar paling aku suka ~!! and gamba ni pon paling penting . hik hik hik ! my Mak with my BuBu . ingat senang ke nak bergambar dengan parents awek kau ? nasib baik lah Mak aku seporting . kih kih kih .

k ah . tu je . bai . HAHAHAHA .

04 May 2011

Maddi Jane . love it .

siapa Maddie Jane ? haa aku kenal dia pon dari sini , Blog Serius . actually first time tengok video dia dari Blog Serius , aku terus jatuh suka terus downlod you ! sedap and aku suka tengok tak macam sesetengah pihak . haha . malas aku nak senarai sape yang perasan best . yelah cita rasa lain2 kan orang kata aku ni 'haters' plak .

dah dah malas nak cakap pasal haters2 neh . meh tengok sapa Maddi Jane neh ! dari maklumat aku dapat  dari http://wiki.answers.com/Q/Who_is_maddi_jane ialah : Maddi Jane is a 12 year old singer who you can find on Youtube under the name "maddijanemusic."

banyak video yang aku tengok dari youtube . fuhh best wooh . anyway best lah for her ye tak ?? nah video dia yang aku tengok setakat neh . nak lebih ? cari sendiri lew ~




 
lagu ni paling aku suka . siap download lagi . hiks !





hahaha . dah cukup . wee . bai .



01 May 2011

Geli Geli eh ? Gula Gula rupanya .

ni bukan aku nak cakap sangat pasal artis . aku jarang amek port . tapi yang ni tah camne Geli Geli ni bleh tarik perhatian aku .

bermula dari perasan kpop, 24/7 tah hape kebenda yang aku tengok macam tah hape muka tak sesuai langsung nak tiru Kpop ! okey lupakan aku rasa yang tu memang dah lupus kot korang nak tengok gamba sila Gugel sendirik !

yang aku geram ni aku dok mentroll dekat page Geli Geli Gula Gula ni . sape depa ? depa tuh ade enam orang anak dara perempuan yang pakai dan gaya ala2 Girl Generations tuh .

sumber : Google

ni Girls Generation

ni Wonder Girls



kau tengoklah perbezaan dengan Geli Geli tuh :

ni Geli Geli eh Gula Gula lah

aku takmau cakap pasal depa . cita rasa masing-masing .

sebenarnya takde lah aku nak troll sangat depa tuh . cuma aku pelik dan tak puas hati debut takda apa-apa lagi gaya je lebih . dahla gaya kunun-kunun comel macam GG tapi aku tengok macam yang kat tepi jalan-jalan terbiar (Na'uzubillah!) tuh .

okai ni yang aku pi komen . malas nak cakap banyak meh tengok gambar printscreen aku dulu :



pic 1

2


3

4


wadefak ? hey pompuan kalau setakat tak pakai tudung takyah nak kasi ceramah dekat aku . cermin diri tu sikit . berani nak cakap pasal agama bagai perangai cam tah pape . and , aku pelik ngan pompuan freehair kat atas . aku takde taip pasal agama tup2 mai sound aku baik punya . okai aku ngaku mungkin aku ni sedikit takbur . tapi aku takde nak kata kat Geli Geli ni pasal agama sebab aku tahu kalu cakap pasal agama dengan depa , memang bankruplah Geli Geli tuh .

p/s : aku paling benci pompuan freehair cakap pasal agama dengan aku bajet bagus tapi tak sedar diri .