tak suka buleh stop. maaf ya

17 May 2011

sensitip

 masa memula taip menda alah ni , aku taktau nak letak tajuk apa . serius tak tau ? sebab masa ni apa yang aku rasa adalah lebih penting dari memikirkan nak letak tajuk apa . perasaan marah , sedih , kecewa , berkecamuk dalam satu . alah macam ice blended , letak buah , air gula , ais lepas tu blend . oh itu sedap . yang ni takk .

aku taktau macam mana nak mula . elok-elok aku bergembira hari ini , tenangkan fikiran , tapi last-last hati aku sakit . apa guna aktiviti hari ini ? aduhh .

selama ini , aku rasa , semua orang pandang enteng dengan aku . aku ni KASAR , takde keAYUan , takde keSOPANan , eh banyak lagilah . pendek cerita aku ni bukan Wanita Melayu Terakhir .

tapi..

takde sape tahu disebalik kekasaran , ke-tidak-ada-ayu-an itu , aku bukanlah manusia yang teruk . rasanya aku tidak pernah lagi mencuri duit orang . aku tak pernah tetibe nak cari gaduh dengan orang , takde pulak buat taktau bila orang mintak tolong (kecuali kalu tak dapat tolong tu mintak maaple) .

memang aku ni kasar . eh bukan sedikit tapi banyak jugaklah . dulu aku dibesarkan dengan Nenek . hal ini kerana Mak pegi sambung belajar di sekolah jururawat di Ipoh (masa tu aku di Kelantan) , arwah Abah sibuk bekerja sebagai polis . dalam masa aku tinggal ngan Nenek , aku jugak dok ngan seorang sepupu lelaki . dia ni suka sangat buli aku . mungkin sebab itu bila besar aku jadi ganas semacam .

err , tu alasan . sebenarnya dari dulu lagi aku ni hyperaktif . ade seorang guru mengatakan bahawa sesiapa yang lahir ikut tingkap (Ceaseran tak reti eja / pembedahan) memang hyper . aku lah tuuuuu .

semua kawan aku sama ada di sekolah lama atau sekolah baru (menenga) , terkejut tatkala aku bagitau aku sekarang belajar di maktab di KL ni . mereka semua kata "matilah anak murid dapat cikgu macam kau" . sampai macam tu sekali ! tapi bila aku berada di sini , pensyarah puji aku , masih lagi aku ingat dan tidak sekali-kali aku lupa "Wardah , awak dah macam cikgu . tak payah masuk bengkel jadi cikgu lagi dah" sewaktu aku selesai menjalankan simulasi pengajaran dalam bilik kuliah .

 maka di sini . aku nak buat luahan perasaan . aku taktau sape yang baca . dan aku taktau apa yang bermain di fikiran pembaca . mungkin rasa aku ni gedik ? sensitif ? mudah merajuk ? well at least sekasar-kasar aku , aku jugak kaum Hawa . aku punya jiwa .tak lepas dari air mata .

semua orang nampak aku ni kasar , aku ni jahat . tapi diorang silap . aku kasar sebab tu aku boleh berdikari . aku berani . aku berani buat apa saja yang kadang-kadang benda remeh tu pun pompuan lain tergedik-gedik nak buat . kau berani buat pementasan drama atas pentas ? kau berani bercakap dengan orang besar ? kau berani bawak motor atau kereta kat KL ? kalu kau takde salah satu dari di atas , jangan rasa kau pandai berdikari .

sekasar-kasar aku , aku reti hormat orang lain . adalah kasar itu suatu kesalahan ? memang aku ni berperangai macam lelaki . aku lebih banyak kawan lelaki rasanya . pompuan ? entah ? lembik ? entah . jangan tanya aku .

aku sudah puas menangis . sebab walaupun aku kasar , aku masih punyai jiwa . pesanan aku kepada korang si pembaca , jangan nilai aku dari paras rupa aku .

bai .

2 comments:

Akma Rosle said...

we accept people as the way they're. Not for what we want they're.

Tak pa cuk! Selagi tak kacau orang lain, yang penting jadi diri sendiri je!

nEuR0 shEwAzni said...

yelah along . sabo2 gak tapi rasa macam nak mengamok pun ada .