tak suka buleh stop. maaf ya

12 January 2011

elaun lambat semua tersekat

bismillah .

yes . ini adalah entry yang sedih lagi kuciwa . bukan nak mempertikaikan bahkan bukan tidak bersyukur . alhamdulillah , aku bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang . alhamdulillah pointer naik , takde paper fail yang perlu repeat .

bukan mengeluh apatah lagi mengada-ngada . cuma terkilan . aku bukan nya mata duitan . hatta sama sekali duniawi . namun bagaimanakah aku mahu menjalankan hidup yang mendesak sedangkan aku berada di dalam kesulitan yang mencengkam kaki daripada untuk melangkah lebih jauh .

ah malas nak melankolik bahasa segala . takde elaun memang takleh buat ape2 keja yang melibatkan wang seperti beli tu beli ni ( hal-hal pelajaran / maktab) . nak makan pon kene sukat-sukat . rm5-8 sehari .

ok kalu nak beli segala perkara di atas aku tak kesah . with money you can jalan . aku bukannye jenis berkira duit kalo bab2 penting . masalahnya , JANGANLAH MENDESAK . tolonglah fahami kami . bukan aku kedekut , bukan aku idung taik masin (yark) tapi macam mana nak buat kalo benda takde .

terkilan . sangat terkilan .

sekian .

No comments: