tak suka buleh stop. maaf ya

01 February 2011

Harimau Malaya ONLY!!!!

bismillah .

meskipon benda ni dah lama , tapi aku nak buat gak entry ni . sebagai bahan bukti . hah . kau apa tahu masa hadapan nanti ? benda ni aku kopipes (dah mitak share ye!) dari http://sokernet.blogspot.com/2010/12/amaran-keras-dari-sokernet.html . beliau kata macam ni :

Belia Sabah mahu digunakan digunakan gelaran Harimau Malaysia, bukan Harimau Malaya

TUARAN: Belia di Sabah teruja dengan skuad bola sepak Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki 2010, tetapi mahu gelaran "Harimau Malaya" yang dirujuk kepada skuad itu digantikan dengan "Harimau Malaysia".

Ramai belia di Sabah dikatakan tersinggung dengan ungkapan Harimau Malaya yang sering digunakan pihak media.

Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Jahid Jahim, berkata ramai golongan belia di Sabah menghubungi beliau yang mengadu tersinggung dengan pihak media yang sering merujuk pasukan Malaysia dengan gelaran Harimau Malaya atau Singa Malaya.

"Saya lihat memang ada asas mereka berperasaan begitu kerana ia tidak melambangkan semangat 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Sepatutnya perkataan Harimau Malaysia yang digunakan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Jahid yang juga Ketua Pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS) berharap media nasional terutama pengarang sukan sentiasa bertanggungjawab dan mengambil kira sensitiviti peminat bola sepak di Sabah khususnya golongan belia berhubung penggunaan perkataan Malaya yang jelas maksudnya secara literal, tidak membabitkan Sabah dan Sarawak.

"Walaupun penggunaan perkataan Harimau Malaya yang merujuk kepada pasukan Malaysia yang memenangi Piala AFF Suzuki itu hanya perkara kecil, namun ia bercanggah dengan aspirasi dan semangat 1Malaysia," katanya.


Sumber: Berita Hairan

Ini adalah hujah paling bodoh dalam sejarah bolasepak Malaysia. Memikirkan yang ianya datang dari seorang menteri sukan hanya menunjukkan yang menteri ini tidak faham sebutir haram pun pasal sukan, khususnya bolasepak.

Datuk Jahid Jahim ini aku berani bertaruh sebelum ini tidak tahu sebutir haram pun pasal bolasepak Malaysia. Dan belia Sabah yang merasa tersinggung kononnya pasukan bolasepak Malaysia diberi gelaran Harimau Malaya yang sebenarnya selama ini hanya tahu tengok perlawanan bolasepak Manchester United.

Inilah masalahnya bila kita menjadi juara. Tiba-tiba semua bercakap pasal bolasepak Malaysia dan Harimau Malaya dan semua mengaku jadi pandai. Tapi kalau betul pandai tidak apa. Masalahnya bila ada yang tak berapa pandai berlagak konon pandai.

Pasukan bolasepak Malaysia wujud lama sebelum Malaysia terbentuk atau Malaya mencapai kemerdekaan,yakni pada tahun 1953 ketika melawan Korea Selatan (sebagai perlawanan antarabangsa diiktiraf yang pertama). Lama sebelum itu pula FAM sudah diasaskan pada 1933, bermula dengan Football Association of Malaya dan kemudiannya ditukar ke Malaysia.

Tetapi nama gelaran pasukan bolasepak kita ialah Harimau Malaya bersempena mengambil nama spesis harimau dari nama yang sama yang hanya wujud di Semenanjung Tanah Melayu. Tidak ada kena-mengena dengan isu politik atau perkauman. Dan Pak Belang bernama Harimau Malaya ini (Panthera tigris malayensis nama saintifiknya di Malaysia, Panthera tigris jacksoni di seluruh dunia) dinamakan Harimau Malaya atau Malayan Tiger sebab alamat rumah dia di Semenanjung Tanah Melayu/Malaya, sebab itu bukan dinamakan Harimau Malaysia atau Harimau 1Malaysia. Tak percaya tanya Animal Planet!

Menamakan pasukan bola kebangsaan dengan nama haiwan tertentu adalah normal dalam bolasepak. Pasukan Filipina digelar Azkal yang membawa maksud anjing jalanan dan tidak ada siapa pun yang nak kecoh walaupun maksudnya agak hina. Indonesia digelar Garuda dan walaupun ianya hayawan mitos tetap tidak menjadi masalah. Iraq digelar 'Lions of Mesapotamia' bukannya 'Lions of Iraq'. Singapura pula dinamakan 'The Lions' walaupun kita tahu tidak ada singa di Singapura (kecuali di zoo). Kenapa Tunisia digelar Les Aigles de Carthage (Helang Carthage) walaupun kerajaan Carthage itu sudah beribu tahun terkubur?

Ini semua soal tradisi. Tradisi dalam bolasepak adalah penting. Dan pasukan bolasepak kita dari berpuluh tahun dulu diberi gelaran Harimau Malaya. Itu tradisi bolasepak kita. Mengubahnya hanya membuat arwah Supermokh menyumpah kita semua nanti.

Jadi aku harap Datuk Jahid Jahim dan mereka yang lain sila fahamkan betul-betul perkara ini. Jangn bodohkan diri sendiri, awak tu menteri merangkap ketua pemuda.

Sekarang aku nak tanya, masa Harimau Malaya tak reti main bola dan asyik kalah dulu, apasal Datuk Jahid Jahim tak pernah kompelin isu nama Harimau Malaya ini?

sekian .

1 comment:

meowwmania said...

uishh....panaz panazzzzz~