tak suka buleh stop. maaf ya

21 September 2010

hari ini besday dia :)

alhmdulillah , setelah hampir menyiapkan tugasan group , maka dapat jua aku kua diner ngan chenta hati . hari ni diner ngn dia n his lovely sister , kak Siti and kak Isha dekat Taman Melati . tapi rasanya besday boyfie tahun ni macam takbest je . sorry abang , sayang takde mase nak g cari adiah besday abang sebab sibuk . sian abang . walaupun abang kata abang dah biasa , tapi sekarang ni abang dah bersama ngan sayang . sayang nak orang yang ade connection ngan sayang , rasa special . maaf sangat-sangat . hanya kad hand-made ni je yang sayang dapat kasi kat abang . maaf sangat-sangat .


20 September 2010

happy besday to my boyfie !!


ALLAH selamatkan kamu ,
ALLAH selamatkan kamu ,
ALLAH selamatkan abang sayang ,
ALLAH selamatkan kamu ~~

happy besday abang ! abang dah tueee . *huk8*
may ALLAH bless yu abang . semuge abang dipanjangkan umo , di murahkan rezeki *nanti bole beli kete satu untuk sayang* , semuge mendapat keberkatan dunia dan akhirat .

sayang harap tahun baru ni , lebih baik berbanding tahun-tahun yang lalu .

19 September 2010

g raye umah mak chenta hati ~

hari ni aku berbesar hati nak pergi melawat dan berhari raye di rumah chenta hati ku di Rawang . perjalanan ke sane memakan mase 1 jam kerana naik moto . aku rase naik moto lagi cepat dari kete sebab jalan jam . sangat gembira bila dapat bersosial ngan ahli keluarga chenta hati . uhh . aku sekarang gila penat doe . perlu taip sikit2 kejap lagi mau tido . uhuh .

beraye sakan raye .

fuhh . hari ni penat berjalan-jalan beraye di rumah makcik dan kawan2 si chenta hati .
kua dari maktab dari pukul 8 malam , selesai beraye lebih kurang pukul 10.30 malam .
tapi aku singgah McD jap belikan makanan Thiba , ma bff .
tetibe je ujan lebat .
terpaksa laa lepak sane .
tapi apepun , ari ni the best
.(i love yu abg ! )

18 September 2010

hari ni di hostel .

ohoh . buka mata tengok2 bilik aku .
yelah dah semalam aku naik bus balik kL .
semalam sampai agak lewat , 10 jam perjalanan .
maka aku sampai kul 7 kat sini .
then tunggu chenta hati datang amek , lewat 30minit sebab jem .
pastu gi hostel letak bagasi aku and amek kawan sebab dia nak mitak tolong .
lepas selesai urusan dia dalam kul 10 cam uh , kami g anta kawan tu balik maktab .
sebab mase tu dia takmau balik lewat .
pastu aku terus ke agenda aku jumpa kak julie dekat setapak .
kak julie ni kawan aku mase kecik , dia ni cucu kepada pengasuh aku .
mulanya nak tido rumah dia , tapi tak jadi sebab thiba dah ade kat maktab .
so baik je aku tido maktab .
pastu jumpa , makan , dahla aku baru merasa nasik malam tu .
mase tu dah kul 11 .
tetibe kawan chenta hati aku ade kt sane .
almaklumlah dia dulu duk sini , dah 20 tahun duk sini .
dah makan2 suma , aku dah kenyang , kami balik . lepas anta kak julie .
mase tu dah pukul hampir 12 kot .
pintu pak gad kunci .
dia tanya aku kenapa lewat .
aku cakap pegi makan *hello aku memang pegi makan lah !*
after that aku tanya , kene tulis name lam buku ke , sebab aku dah lewatkan .
dia tanya aku balik ade tulis mase kua .
aku jawap tak sebab baru balik dari kampung .
aku tengok dia tak cakap pape *atau maybe dia nak sambung lag* , aku terus blah ar .
xde pasai aku nak dok situ lelama .
aku dah gile ngantuk macam ulo dah kenyang .
haha yang penting dah terubat rindu aku dekat chenta hati .
thanx sayang !

09 September 2010

untitled

masihkah ada cinta untuk nya ?
oh kejam soalan itu .
bukan begitu .
hangatkah lagi cinta untuk nya ?
ya baru betul .

semenjak ku tahu cerita sebenar ,
seolah-olah ada batu besar menghempap hatiku .
hatiku hancur .

aku tidak tahu apa yang aku rasakan sekarang .
kosong .
mengapa aku perlu hadapi semua ini ?
patutkah aku mengangkat bendera putih dan
mengundukan diri ?

aku seolah-olah kaku .
perasaanku batu .

jodohku .

dengan nama ALLAH yang maha Pemurah lagi maha Penyayang.

"Perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji (pula), sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik (pula). Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia (surga)."

(maksud surah An-Nur ayat 26)



InsyaALLAH . aku berpegang pada ayat ini . dan aku yakin dengan janji ALLAH pada hamba-Nya . aku tidak akan berputus doa semoga ALLAH memberikan jodoh yang baik dan panjang kepada ku . namun sebelum itu , aku harus memperbaiki diri ku . aminn~



kenali daku , kami tidak sama

kami sama .
kami serupa .
tiada yang beza pada fizikal kami .
kami bernama wanita .
tapi kami berlainan .

aku tidak sama seperti wanita lain .
ya aku wanita , namun keinginan , sifat dan perangaiku bukan seperti yang lain .
aku tidak sama , wala hakikat kami hampir sama .

diri aku adalah harta yang sangat penting .
betul aku adalah milik ALLAH .
tapi aku dipertanggungjawab untuk menjaga jasad ini .
tiada siapa yang boleh meminda dengan sesuka hati .

kau melihat dengan mata kepala .
sememangnya kau tidak akan menemui jawapan hatta kebenaran .
kenali aku !
perhatikan aku !
bersahabat dengan ku !
baru kau tahu aku siapa .
lihat aku dengan mata hatimu .

kata org puteh a.k.a mat salleh ,
"don't judge a book by it's cover" ,
ya betul tu .
jika kau melihat aku berseri , jangan difikir dalam ku baik ,
namun jika kau melihat aku buruk , jangan terusan menuduhku jahat .
fikirkan dulu segala tindak tandukku .

aku bukan seperti wanita lain .
jika kau kata aku sama sekali pun .
prinsip hidupku berbeza daripada fikiran mereka .
kau tengok mereka jatuh .
jatuh kecewa .
mungkin kecewa putus cinta , putus kasih , gagal dalam hidup .
tapi aku bukan begitu .
air mata memang tidak dapat dipisahkan dariku .
namun bukan bermakna aku harus tersembam ke bumi selama nya !
aku harus bangkit !
aku wanita alaf baru !
aku berani akan segalanya !
tiada siapa sewenangnya boleh memberikan arahan pada ku !

kenali dahulu aku .
sebelum kau membuat keputusan .

04 September 2010

SELAMAT HARI RAYE SUME !

esaimen punye pasal , takdan laa aku nak mengepos kad-kad raye .
maka aku mengambil inisiatif tambahan asik online , maka aku buat kad raya online .
pergh !



amacam ? lawa tak ? haha .

03 September 2010

" maaf saye tak sempat nak bagitahu awak semua ini"

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya. (betul)

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan). (betul)

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain. (sangat betul)

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!! (kadang-kadang)

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akanlakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka. (betul)

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal. (tak jugak)

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri. (betul)

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!! (sangat betul)

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui. (sangat betul)

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik. (terSANGAT betul)

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi. (sangat betul)

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati.. (tak dapat disangkalkan-sangat betul)

27. Senjata wanita adalah airmata!! (hehe nak ngaku ke tak aa)

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah... (betul)

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa. (sangat betul-fahamilah saya!)

01 September 2010

mimpi burok !

demmit . aku tak kire aku nak luah gak dekat blog aku .
pasal mimpi aku just now . . .

aku mimpi , aku berkahwin ngan ... sape laki ngan pakwe aku laa .
dari jauh aku mimpi dia akad nikah dengan tok kadi .
mase tu aku nampak pakwe aku macam tak suka je kawen ngan aku .
aku keliru .

after that aku sembang dengan salah seorang kawan dia .
katanya kawan dari kecik (ni yang dunia realiti) .
aku namakan kawan nye sebagai Kak Ki .
sembang punye sembang (tapi aku taktawu butir bicara kami berda ketika itu)
yang aku faham , Kak Ki banyak mengetahui dan memahami pakweku.
barulah aku faham kenapa pakwe aku kelihatan tidak suka berkawen dengan aku .
rupanya Kak Ki sukakan pakwe aku . dan pakwe aku pun sukakan dia .
kira aku ni macam batu penghalang diorang kawen .

dushh ! betapa aku rasa seolah-olah ada batu besar menghempap kepala aku .
kalau begitu mengapa kami berkawen ? cerai aja lah .
lalu aku mendapatkan suami ku (pakwe aku dah selamat akad nikah ngan tok kadi).
lalu aku minta cerai dengan nya . dia kelihatan terkejut .
aku dengan menahan sebak di dada , mengulang sekali lagi , "kita cerailah" dan terus berlalu pergi .

suami ku mengejar ku , dan bertanya mengapa perlu bercerai ?
ketika itu dia sudah menangis teresak-esak .
aku hairan , mengapa dia mennagis pula ?
bukankah ini yang dia mahu ?
perpisahan supaya dia dapat bersama dengan yang tersayang .
aku menjelaskan segala-galanya supaya dia faham , supaya cepat kaki aku melangkah dari hidup dia .
selepas mendengar segala mengucapanku , dia ketawa berdekah-dekah .
"eh ni kenapa pulak ketawa tadi nanges" getus hati aku .

"sayang , oo sayang . abang ade sayang sorang je . Kak Ki tu kawan lame dari kecik lagi . abang sayang kat sayang sorang je lah . abang memang nak kawen dengan sayang pun , bukan ngan Kak Ki sebab sayang tu cinta abang . abang nampak macam tak hepi tadi sebab abang tengah risau macam mane nak jawab soalan-soalan tok kadi ngan akad nikah . adui sayang ni "

maunye aku tak terkejot . terpana kebluran aku seketika . bermakna memang dia sayangkan aku , mahu aku jadi isterinya bukan Kak Ki . mase tu aku kembali senyum dan bahagia .

********************************************************

itu mimpi aku . sebak masih terasa . lalu aku tepon pakwe aku . ketika itu dalam perjalanan turn dari genting (kerja) . aku terus ceritakan mimpiku itu . pakwe ku hanya ketawa kecil . katanya

" sayang , tu mimpi mainan buruk . abang sebenarnya pernah mimpi pasal Kak Ki . abang mimpi abang tido dengan dia dekat suatu tempat lepas kenduri dan hampir 'buat dengan dia . balik tempat kenduri tu mak dia nak abang kawen dengan dia sebab Kak Ki cakap kami penah 'bersama' . tapi tu semua mainan tido . mungkin dia rindu abang , abang rindu dia kot . yelah dah lama tak jumpa . bukan rindu cinta ke ape , rindu sebagai kawan , rindu teringat kat kita . kan ari tu abang masuk hospital . mungkin sebab jadi rindu tuh "

lebih kurang macam tu ayat pakwe aku .
DUSHH !! DEGUMMM !!
umpama batu menghempap dada aku !
ya ALLAH , lagilah sebak hatiku mendengar ucapan pakwe ku itu .
*sekarang tengah tahan sebak , tengah tahan air mata walaupun dah jatuh sikit*

permainan apakah yang sedang berlaku ?
kecil hatiku mendengar pengucapan itu .
dahlah mimpi tadi macam betul .
bukan aku cemburu .
namun bagi aku , jika seseorang lelaki bermimpi 'buat' dengan seseorang wanita itu , bermakna wanita itu sangat istimewa baginya .

kenapa aku taip macam tu ?
sebab dulu ketika aku bersama ex ku, Saiful , dia dua tiga kali bermimpi tido ngan kawen dengan ku . memang ketika itu aku lah yang istimewa di hatinya . aku percaya .
*kami putus pun sebab salah aku . tidak memahami dan asyik mendesaknya berjumpa , dari Perlis ke Kl*

sekarang ni , hati aku pedih sungguh . apa yang berlaku sebenarnya ? permainan apakah ini ?
ya ALLAH , sebak sungguh rasanya . betulkah hanya aku dihatinya ? sesungguhnya aku tidak rela bermadu kasih apatah lagi merampas hak orang lain . jika ya , jauhkan lah aku darinya . aku tidak sanggup menghancurkan hati wanita lain hanya untuk kebahagiaan diri sendiri . aku bukan wanita yang sanggup menikam kaum ku sendiri . tolonglah ya ALLAH . beri petunjuk kepada ku.

rasanya , sudah tidak tertahan lagi kolam mataku ini , mendesak hendak melimpah keluar . . . .

29 August 2010

1ST DAY SBE AT SK SRI NETING , KELANTAN

huu ~ ari petama-tama dah sampai lewat , gara-gara tertido lepas sahur . ngek tul . subuh tah kemana , baju kurung tak iron lagi . wdhjfk tol lah . tu laa malam tadi dok "nantilah prepare , nantilah prepare " . HAMBIK KAU NANTI ! da lewat padan muke aku .

aku masuk dalam sekolah dengan penuh tawadduk *cis xleh blah . tengok-tengok diorg dah berhimpun cis malu aku . then ade guru pompuan gamit aku dok kt depan perhimpunan . maluu sioott .

habes perhimpunan aku salam cium tangan ngan chegu-chegu pompuan kat tapak perhimpunan tuh . sume tanye , cikgu ganti ke , ros ke . aku dengan sopan santunye cakap " tak , saya pbs je *sume blurr* pengalaman berasaskan sekolah 1 minggu . then sume "ooo" . huhuhu . buat sorang-sorang kene laa pandai bawak diri . after that aku greet puan guru besar , mitak maaf sebab lewat then naik pejabat kumpul maklumat sekolah . alhamdulillah aku dah ade pengalaman mase 1stSBE dlu . so takde laa kekok sangat . after that aku terus cao gi bilik pemulihan . aku lepak situ *dengan keadaan sangat boring dan ngantuk* dari pagi sampai laa balik sekolah . chegu pemulihan situ , kak da ajak aku gi bilik guru . tapi aku segannn . lagipun esaimen sem ni berfokuskan major aku iaitu pemulihan bahasa Melayu so aku leh laa wat alasan lepaks situ . *sumpah esok kene bawak laptop* .

esok aku kene setat buat keje dah . after this kene cari printer and print soalan . hope sempat buat laaaaaaa ~ esuk nak g sekolah naik kete boleh tak ??? urrmmm .

26 August 2010

SATU MUHASABAH ; Kenapa Yahudi Bijak

mase aku dok berfacebooking td , aku terbace ni . so aku egat aku nk share lam blog aku . tah dpt tah tidak . klo tak dapat , taip url jelah .

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?". Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran? Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin. Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, "ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak" Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu, dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka.. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah ...... tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar matematik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!! !. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) di sini murid-murid ditekan dengan pelajaran sains dan mereka digalakkan mencipta produk. Segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yang diberi keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Di akhir tahun di universiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan mempraktikkannya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

pameran seni di spanyol
dgn berani mmenzahirkan penghinaan
sbg bukti islam semakin lemah.
xkira dari pucuk pimpinan hingga ke orang bwahan

Berpusat di New York, Dewan Perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja). Jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell, Coca cola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah. Barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan matematik yg mudah tetapi konsisten di samping mendengar musik klasik (bagi umat Islam lebih baik diperdengarkan bacaan ayat suci Al-Quran - admin). Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berkhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk pertumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka. Demikian juga sukan yg memerlukan kosentrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak. Merokok menjanjikan generasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali! Di sini perokok seperti di anak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok, dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menakjubkan sekali!!! Dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel , maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan !!

Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi goblok? Saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, di mana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke muzium, hidung anda akan segera terbau asap rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti terdapat di sana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan matematik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita dapat melahirkan generasi yg bijak seperti Yahudi? Jawapannya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan di atas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esei sepanjang 5 mukasurat penuh. Eseinya hanyalah mengenai 'Mengapa saya gemarkan tomato! ' Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Penulis : Dr. Stephen Carr Leon

Di alih bahasa oleh :Adibah Mohd NoorMatriculation Lecturer, Department of SciencesUIA Matriculation Centre, Petaling Jaya, Selangor.

(Bukan menyokong Hitler, tetapi hanya untuk membuka minda kita - Admin)

http://syurgadidunia.blogspot.com/

25 August 2010

dia puteraku .

aku mahu , puteraku itu , di matanya ada wajahku , di hatinya ada namaku , di jiwanya ada cinta hanya untukku . . .

tiada menerima madu daripada rama-rama yang menawan , melainkan hanya aku , lebah hodoh serba kekurangan . . .

aku , umpama ratu , satu-satunya yang bertakhta di hantinya . . .

akulah yang tiada gantinya , jika satu hari aku pergi menjauh darinya . . .

tiada ku meminta emas permata yang mengaburi mata . . .

itu semua tidak bisa menindas kepercayaan , kejujuran dan kesetiaan yang telah ku hamparkan . . .

kerna dia , puteraku , begitulah ku rasa padanya . . .

dia arjunaku . . .

tiada ku mahu dia berpaling tadah dariku , melainkan pergilah menjauh dariku , hingga tiada lagi ku lihat kelibatnya . . .

suara , dengarkan aku , apa ku mahu . . .

24 August 2010

syukur , ku punya kamu .

aku mau berTERIMA KASIH kepada sahabat dunia akhirat , Nor Ain and Thiba sebab take care about aku . walau kadang-kadang kebenaran itu susah untuk ditelan , tapi hakikatnya kebenaran tetap kebenaran . aku hanya pasrah kerna aku tahu ALLAH itu ada untuk aku . aku tahu DIA telah ciptakan jalan yang terbaik untukku . apa yang aku perlu buat ialah berikan sesuatu yang terbaik untuku sendiri , yang mana tidak menyanggah peraturan-NYA . insyaALLAH , yang penting , family , careerku , dan juga diri ku sendiri . sang lelaki yang bernama kekasih , adalah pelengkap pemanis rasa kehidupan semata-mata . tabahkan diri dalam menghadapi kehidupan . kadang-kadang itu yang mendewasakan kita .

23 August 2010

tak paham !

aku sangat pelik laa ngan sorang pompuan ni . emosi tak tentu pasal . aku bukan tak kasi pakwe aku tolong ke pape . aku cuma bertanya . salah ke ? bukan nak cari gaduh ngn ko la ngek ! bodoh punye pompuan . hee . berbulu aku ngan pompuan macam ni . sikit-sikit nak emo . emo sebab laki plak tuh . aku tanye ngan perasaan kosong je . bukan nak cari gaduh . blah ar . menci aku pompuan macam ni . bukan kata nak jaga kaum sendiri . damn !

22 August 2010

kamera baru !

alhamdulillah , dengan nikmat dari ALLAH , dapat jugak aku beli kamera digital yang baru . rm399 je ! klo korang nak beli , baik g cepat . tadi aku beli , dapat free gift : payung *sgt besar doe! , bateri satu , beg waterproof , tripod stand , and memori 4GIGABYTE . ya 4 . so tunggu ape lagi ?

boleh pulak kan aku baik ngan sidia balik . haha semalam kemain gaduh . itulah kami . sidia lah yang temani aku ke Low Yat untuk beli kamera tersebut . hehe . rasanya tak rugi aku beli sebab 12megapixel and 3x zoom . oke lah tu . kalo nak beli yang terer-terer, nampaknya kene laa tunggu habes grad . hehe . oke papai !

18 August 2010

semalam~

alhamdulillah . seronok dapat berbuka bersama yang tersayang . terima kasih kepada en. MOHD FAIZUL sebab bawak saye pegi makan kat steak house . walaupun tekak kureng bab-bab makanan Barat ni, tapi alhamdulillah dapat gak dihabiskan jua . hehe . walaupun sebelom nak dapatkan steak house tu kene majok-majok dulu , namun berkat kesabaran Ramadhan *eh ade kaitan keee?* dapat jua laa makan kat situ . kesimpulannya , cakap pakai akal bukan perasaan .


bercakap pasal semalam , haa semalam merupakan majlis persaraan puan pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik Kuala Lumpur . betapa grand nye majlis beliau . yang paling best, 'kami' kasi dia loket berlian emas . pergh . kenangan yang sangat grannndd . wjfdkf . haha . mari layan gambar yang aku amek , kat bawah ni .



*sempat lagi si Haziq neh . haha*

13 August 2010

kucing itu seksi !

ari ni aku nak taip pasal kuceng . sebab aku ni cat-lover . tahukah anda bahawa kucing itu seksi ? hal ini kerana 'cat-walk' . biasanya 'cat-walk' diguna pakai oleh model-model ketika memperagakan pakaian atau fesyen terkini .




SEE SEE ? seksi an . hahaha . wjfdh btol lah . ni laa bile takde keje . merapu je bulan-bulan pose . ohye ! lupe laa nk wish ! SELAMAT BERPUASA saye ucapkan kepada my MOTHER , sanak saudara , pakwe = faizul ,mak-mak ayah-ayah sedara = mama lomg , abah nawi , mami , ayah mad , mok jah , ayah jik , mak ayah , ayah yo , mokcik najah , ayah din , cik dah , sepupu-sepupu = kinah , mimi , kak ain , abang lan , kak nija , bee , amir , amir , abe sya , kak ja , kak long aa , kak long ee , ejo , ejat , udin , sahabat-sahabat = ain , eryn , thiba , azril , pijah , hunny , ismi , yana , nurul , eming , bla bla bla . adoiii ~ banyak sangat neh ! to all lah senang . haha ~ papai !

p/s : jangan lupe niat . nah ni niat dia

09 August 2010

BIG yg seronok !

hari ni aku dan ahli kumpulan Pemulihan Bahasa Melayu telah menjalankan aktiviti BIG ( Bina Insan Guru ) di salah sebuah sekolah agama rendah d Klang . aku lupe plak name skolah tu . ampuan ape ntah . maafin yaa guru-guru di sana . sangat seronok sebab aku bersama lagi 3 orang sahabat telah mengendalikan senam taru yang terdiri daripada murid-murid tahun 5 . lepas tu kami buat mural . sangat chantek ! seronok buat ! mase tu lah ade murid pempuan kasi surat kat aku . nak tandatangan . pergh sekali macam artis daa . huhuh . malas nak cakap panjang-panjang , layan je gamba ~ zasssssss ~!!!!!!








08 August 2010

pulang dengan hati yang sangat kecewa !

mungkin bagi sesetengah orang , perkara tu sangattt kecik dan tak perlulah ambil hati sangat . namun adakah mereka berada dalam diri aku dan merasai nya ? pedih sangat . kenapa mesra sangat layanannya ? namun bukan pada aku . ye , aku memang sensitif . dari dulu telah ku beri amaran , aku bukan wanita yang kuat dari segi emosi . aku lemah . hatiku minta dibelai , di jaga , di manja . namun yang terima adakah hati yang pedih . kenapa ? susah sangat kah menjaga hati ku ? jika susah , pulangkan balik hati itu . tidak usahlah kau simpan jika hanya membasi kannya .

06 August 2010

ya ALLAH , selamatkan dia

hari ni aku mendapat khabar berita bahawa chenta hati ku suspek denggi . aduhai . risaunye aku . tapi masalah besar sekarang aku sibuk ! tension nye aku . aku nak g melawat si dia . aku sangat risau . sekarang dia ade dekat hospital tawakal , kL . petang ni aku ade tournement boling . aduh penting jugak sebab ni amek markah . balik pulak petang . kalau balik pukul 6 mungkin aku sempat jenguk dia sekejap . hari sabtu aku ade kelas . hari ahad pula aku ade pertandingan pantun . hari isnin ade BIG (bina insan guru) and aku kene reka senam tari yang sesuai . aduhai ! sibuknye . sekarang aku kena rancang betul-betul supaya masa berjalan seiring dengan duit dan kesibukkanku . minta-minta lah aku sempat menemuinya . risaunya aku .

04 August 2010

hari ini hari selasa ;)

kenapa ari ni ari selasa ? dah memang ari ni ari selasa laa .
tapi ape kene ngan ari selasa ? haa , ari ni kami telah menjalankan aktiviti mewarna di Prasekolah di IPG kami . memang sangat seronok sebab kami dapat ilmu camne nak kaler ngan cantik dan betul pakai CRAYON . hehe ni hasil nye . tapi hasil aku sorang jelah . sebab gamba lain ade ngn dak kelas aku .

sila , sila tengok .


haaa . cantik tak . chegu Prasekolah tu cakap warne zifarah , eh zirafah lagi susah . aku ni pulak suke an benda susa , so aku try buat sendiri lukisan ni dbimbing oleh beliau .

ni gamba 1st aku siap warne . camne , oke ke tak ? any commento ?


pastu oleh sebab aku punye gambar takleh warne warni , maka aku pun tambah laa sikit kaler kat bawah kaki zirafah tuh . hoho .


cantik kan ? ye saya suka !


31 July 2010

good day at genting !



huhuh ~ rini sgt sonok meyh ! berdating ngn chenta hati ku , encik mohd faizul ngn shbat erin . sgt sonok !

evendo kami da smpi lewat dalam petang , tapi mase pukul 6 sangat sejukk dan berkabus . rerupenye nak hujan . huhu . sangat sejuk masa tu .

27 July 2010

‎" mitak maaf !! saya tak leh terima awak buat saya macam ni !!

hati terasa sakit . teramat sakit . inilah padah cemburu dalam percintaan . kita tak mungkin terlepas dari perasaan cemburu , sakit hati , tergugat dan sebagainya . terasa seperti tidak selamat . aku paling benci perasaan ini . pertama , hati ku akan sakit . kedua , pabila aku sakit hati , pastinya aku akan memberi tekanan kepada pihak yang berkenaan . dan pastinya beliau akan tertekan dan kami akan bergaduh . lihat lah padah bercinta . kepada sesiapa yang nak mula bercinta , berfikirlah dua kali sekiranya orang yang anda suka itu mempunyai wajah yang kacak dan ramai peminat , dan juga peramah . aku juga wanita . pastinya aku mudah lembut hati terhadap lelaki yang lemah lembut bicaranya . jadi LELAKI ! jika mahu memikat wanita idaman anda , sila berlemah lembut . tapi jangan meracun perempuan dengan ayat-ayat anda yang bakal membunuh mereka !

eh ape yang aku melalut ni ! sekarang ni aku rasa sangattttt tergugat , sedih , sakit hati hjyudkerof !! aku tidak yakin dengan semua yang telah terjadi . mana mungkin jika bukti ada di depan mata ? arrghhhh !!! aku tidak suka akan perasaan ini . alangkah indahnya jika perasaan ini tidak hadir dalam hidup aku , semasa aku 'single' dahulu . hidup terasa tenang senantiasa . tidak perlu difikirkan perasaan orang lain . mengapa tiada siapa yang boleh menjaga hati dan perasaan ini ? mengapa aku yang perlu menjaga hati dan perasaan mereka ! apakah aku ini anak patung ! *kalu comel macam Barbie takpe la jugak!* .

entry kali ini memang paling panjang aku rasa . tapi biarlah . biarlah aku meluahkan segalanya di sini . hanya tangan yang berkata-kata , dan biar mulut terkunci . biarkan ia terkunci . jangan biarkan ia terlepas , melainkan ada hati yang akan terluka . sakittt !! tolonglah . jika mahu aku , jangan buat aku begini . hatiku ini mudah rapuh . jangan buat aku berlalu pergi , dan di saat itu , air mata darah tiada lagi nilainya .

25 July 2010

tidak sedap hati !

bru lepas telefon sidia . sidia tertido . tapi katanya sakit-sakit sendi . apa yang sudah berlaku ? tidak mungkin bawak kereta boleh menyebabkan sedemikian . hati kecilku berbisik sesuatu . sesuatu yang kurang enak untuk diterima . aku susah hati . sidia meminta supaya esok sahaja dikhabarkan aoa yang telah terjadi . aduh ! gundah gulana aku . apa yang telah terjadi ? na'uzubillah~ mintak jauh .

24 July 2010

aku menangis .

aku tak tahu ape yang tidak kena kat aku ari ni . bila bersendirian , semuanya kelam . hatiku sakit . adakah disebabkan oleh selsema ? aku tidak pasti . terasa seperti , aku ini , makhluk asing , lain dari manusia lain . jika makhluk asing , adakah padan kalau digandingkan dengan jenis yang berlainan ? bersama sahabat yang tersayang , semuanya hilang . kepedihan , kesedihan . umpama hidup serba warna warni . tapi dasar hati ku , aku bukan begitu . kenangan silam membaluti kembali jiwa raga . seringkali terlintas di fikiran . kenapa aku mesti menjadi seseorang yang bermakna dalam hidup dia ? tidak sempurna aku ini padanya . tidak sanggup lagi rasanya menjadi duri dalam daging , menjadi parasit yang lama kelamaan menghapus segala nutrien yang berguna . apakah betul tindakan ini ? atau patut kah aku mengundurkan diri ? aku tak rasa aku boleh , tak mampu menjadi yang terbaik . hanya kekecewaan yang bakal menjengah nanti . aku tidak punya siapa-siapa . dan siapa-siapa pun tidak mahukan aku . aku menangis lagi . mengenang , meratapi yang lampau . maaf . aku bukan yang terbaik . dan aku akan terus-terusan begini . aku tidak tahu adakah kau bahagia bersama dengan ku atau hanya menambah garam di luka , merebakkan ke seluruh semangat . sekali lagi ku ucapkan dalam tangisan , kalimah Maaf yang hanya seluncur ucapannya . Maaf , kerna aku tidak dapat jadi yang terbaik , dan tak mungkin akan jadi yang terbaik untuk mu .

23 July 2010

1st BOWLING !

wawawa . ari ni 1st aku blaja cmne nak baling bola boling ngn betul . kire aku ni beginner lah . *eh da memang beginner pon ceit! * bersama-sama my bff : Nor Ain Nizri and Thiba R. Vinthan maka kami pon belajar laa macam mana nak baling bola tuh dengan betul . agak seronok !
(cara balingan yang betul)

baling punya baling sebanyak tiga game , ye diulangi TIGA GAME , maka kami telah memperoleh kemajuan di tahap yang memberansangkan . tidak percaya ? ini buktinya :

dari ini kepada yang dibawah ini >>>

teeettttt . itu da cukup menggembirakan . tapi ade lagi yang lebih-lebih gembire meyh ! iaitu :

BERGAMBAR DENGAN KAK SHALIN !!

ya AALLAH , ape kene ngan aku malam ni ?

aku tak taw la nape hati aku sayu sangat arini . nanges dari pukul 9.30 mlm tadi lagi . aku ni terlalu fikirkan yang bukan2 kah ? aku pun tak tahu laa ape kene ni . siap gaduh lagi dengan encik Faizul . aku pun tak tahu laa . hendak luah takleh, nak telan pon tak boleh . sakitnya hati , sayunya hati , Tuhan aje yang tahu . rasa macam aku yang tertindas ada , rasa bersalah pun ada . ya ALLAH , yang mana satukah jalan penyelesaiannya ? ya ALLAH , tunjukkanlah aku yang benar , bukakanlah pintu hatiku . hanya Engkau yang maha Mengetahui . aku hanya mahukan yang terbaik di dalam hidupku . aku hanya berserah pada-Mu .

22 July 2010

ke-rinduan , ke-mestian, ke-ingatan , ke-ke-ke-!


mrindui dirinya jauh di sana .
terkenang-kenang di ingatan .
kemestian tidak melupakanmu .
semoga kau . ke ke ke ke .
hehe . miss you encik Faizul !