tak suka buleh stop. maaf ya

25 February 2011

dah lama kan !

bismillah .

aigoo aigoo . dah lama tak merapu dalam blog kesayangan aku ni . sebenarnya banyak perkara yang berlaku tapi rasa MALASSSS bebeno nak meluahkan di sini . ceh .

okelah . rasanya aktivti yang pertama ialah short-break aku di Genting Highlands . saje je lepak atas tenangkan fikiran setelah kejadian hampir debik ni . hahahah . tapi debik2 pon , aku malas nak simpan lama2 . so aku bawak laa ole2 dari sana . meh tengok gamba sikit ! aku pegi Snow World ngan Strawberry Farm je . tak menyempat nak main indoor apatah lagi nak main outdoor . sejukk kot kalu kene air !


naik cable car (Gondola)


Strawberry Farm

in Snow World (eksyen semata2)

sebelum masuk harus amek gamba !

berry berry .

petani kurang berjaya . hahaha .
oke kemudian pada hari Rabu baru2 ini pula aku ngan satu kumpulan (major Pemulihan Bahasa Melayu) pergi melawat sekolah kluster cemerlang iaitu Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9 (1) . hoh agak best laa kan dapat jenjalan . jangan banyak taip moh tengok gambaaa ~

tunggu bus harus bergamba dulu .



dalam bus juga harus .

sila masuk :)

one word : P.E.R.G.H

di kantin . harus makan dulu .

ini tujuan utama .


this girl is cute !

asal cermin je macam ni . adoi ~

gamba yang paling aku suka :)


tu je lah kot . sekian . hahahaha .

21 February 2011

apsal perlu harsh orang lain ?

aku masih tertanya-tanya . kenapa kita harus menyusahkan orang lain padahal orang tu dah banyak berkorban untuk kita . tapi kita masih layan dia macam dia tak boleh buat apa yang kita buat !

untuk apa kita harsh kepada mereka ini ? mereka sudah banyak berkorban untuk kita . bukan setakat berkorban masa , bahkan tenaga ! tetapi kenapa kita tak boleh bagi mereka sedikit masa untuk menikmati kehidupan ini ??? kenapa kita harus terlalu mengongkong mereka ??

cuba tanya diri sendiri ! adakah kita rasa curiga terhadap mereka itu ? adakah nanti mereka akan berpaling tadah kepada orang lain ? BELUM atau sudah ? jika belum , biarkan mereka asalkan mereka tidak melampaui batas . asalkan mereka masih tahu tanggungjawab masing2 .

kenapa kita hanya nampak orang lain sahaja ? kenapa kita tak berfikir dan bertanya pada diri sendiri ? cukup sempurnakah diri kita ? sudahkan kita menjalankan tanggungjawab kita ?

kita hanya nampak kesalahan orang lain . yelah , mata boleh nampak mulut , belakang dan lubang idung orang lain tapi kita takboleh tengok yang kita sendiri .

tanya lah pada diri kita . jangan kita asyik salahkan Mak / Ayah / Atuk / Nenek / Paklong / Maklong / Pak Ngah / Mak Ngan / kawan / sahabat / kekasih / pakwe / makwe / musuh / cikgu / ketua kelas / ketua kampung / dan lain lain lagi . jangan sampai orang menempelek muka barulah tahu malu .

sekian .

p/s : tak puas hati kepada orang2 di atas . salahkan ambil masa untuk rehatkan diri sedangkan kita hari2 kerja cari duit ?

17 February 2011

kau rasa nak kena debik dahi ke ??

kepada kau yang mulut jahat macam makan cabai pastu tak gosok gigi sepuluh hari ,

meh sini aku nak tanya kau sedikit . hari ni aku pergi kelas tak pakai ape-ape atau istilah lain BOGEL ke ?

apa aku pakai baju badut ke yang boleh buat kau ketawa macam tak ingat nak mati ?

apa aku pakai kain murah kau pakai kain mahal sebab tu kau macam cibai ?

meh lagi nak tanya ada selame ni kau pakai baju buruk macam kain buruk lap jamban tandas awam ade aku kutuk depan-depan ?

dan lagi satu , ADE AKU PAKAI BAJU KAU ??

YE !! memang aku tak puas hati ngan kau . walaupun kau mungkin akan kata "eleh setakat baju je nak kecoh2 ". dengar sini betina jalang yang rasa kau hot sangat . selama ni kau kutuk aku , kau kutuk kawan2 aku dan kau kutuk orang lain aku peduli hape tu masalah kau , aku diam aje . yelah kau kan PEREPEK !!! eh silap eja , perfect kann . muka kau kan lawa macam bunga taik ayam . tapi meh sini aku nak bagitahu kau , mungkin laa kau tak tahu kan , APE-APE PERKARA YANG BERKAITAN NGAN MAK AKU , KAU KUTUK , MEMANG KAU CARI PASAL DENGAN AKU .

bukan sekali kau 'hina' baju Mak aku yang aku pakai tadi . kalau ikutkan hati panas remaja aku ni , nak je aku debik atas dahi kau . tapi aku takmau buat macam tu nanti kesian kat kau nangis macam budak 3 taun sebab otak aku ni masih waras berfikir tentang hati dan perasaan orang lain . CEWAHH !! aku boleh puji diri sendiri kau boleh puji diri kau ??

aku masih waras yang aku ni seorang insan yang gagah perkasa
lemah belajar di institut pendidikan guru . kalau aku buat gitu , memang kompem jadi kes Mahkamah HEP kan . maka aku taklah bodoh macam kau untuk menggunakan kekerasan ke atas insan lemah macam kau .

aku rasa , sebenarnya kau cemburu kan sebab aku pakai baju mahal . kau ingat tu 10 hengget je ke ?? tu rm90 ye . indonesia mari . kau ade ?? lepas tu aku meragam eh bukann , melaram pakai heels Rorine . kau ada ?? pastu aku mekap aku pandai buat eyeliner , kau boleh ?? atau kau sakit hati ngan aku sebab aku berani pakai pelik dari orang lain ?? padahal takde pelik kau je pelik . huh .

KAU BERANI BELIT SELENDANG MACAM NI ???

KAU ADA BAJU MAHAL MACAM NI ???


so , aku harap lepas ni kau tak payah laa nak bukak mulut kau yang bau busuk tengik tu luas-luas ye . kalau kau tak suka keep it in your brain (if you have brain) or tell secretly to your bff yang mulut pun lebih kurang busuk macam kau jugak . hahahaha .

entry ni bukan nak hina kau balik , atau nak kau mitak maaf dekat aku . aku bukan sedesperek macam tu . sekadar luahan hati aku yang aku tahan nak debik dahi kau tadi , dan supaya kau sedar diri sikit .!! dan untuk kau tidak lupa bahawa AKU PUNYA TAHAP KESABARAN JANGAN BIAR SABAR AKU MELAMPAUI BATAS NYA .

sekian .

yang bebenor nak debik dahi kau tadi,
Neuro Shewazni

06 February 2011

scheduled date of breast surgery (part 1)

bismillah .

hari ni aku pergi hospital lagi setelah membuat biopsy pada tahun lepas ,  maka hari ni keluarlah result biopsy tersebut . resultnya , alhamdulillah ketulan tersebut bukanlah kanser atau barah . ia hanya ketumbuhan yang ape ntah doktor tu panggil . lebihan tisu ? ehh aku tak amek port sebab aku terlalu lemah untuk dengar sume ni .

lepas tu doktor lelaki , ye doktor LELAKI tersebut membuat pemeriksaan sekali lagi . aduhh . katanya semakin membesar . masyaALLAH . so doktor tu suggest operate secepat mungkin supaya lump tu tak jadi semakin besar . tarikh yang telah aku ambil adalah pada 16.4.2011 iaitu pada hari Sabtu .

masa nak cari tarikh ni , banyak betul perkara yang bermain di fikiran . aku tak boleh buat bulan 3 sebab aku perlu 'turun padang' (PBS-Pengalaman Berasaskan Sekolah) . ketika kami turun , kami dak2 IPG ni dikehendaki mengumpul maklumat untuk buat assigments . aduhh . terlalu suntuk masa itu .

tambahan lagi esaimen sume tu banyak yang berpartner dan group . aku agak risau . heyy !! bukan aku yang nak tarikh tu okayy !! aku dah cakap banyak kali aku akan sibuk tambahan lepas tu nak exam . korang mesti akan cakap "Apsal tak buat cuti sem nanti ?? " .

beb , sebenarnya otak aku dah berpusing cari alasan takmau operate dalam masa terdekat . namun doktor tu seakan mendesak aku buat secepat mungkin dikhuatiri akan bertambah besar dan payahlah nanti . adooi . aku tertekan . sampaikan aku menangis dalam bilik doktor tu sebab tekanan dari mak aku dan doktor .

tolonglah fahamm . ye memang aku nak mengelak tetapi aku mengelak bersebab . bulan 4 tu semua orang kritikal siapkan esaimen . tapi doktor , mak suruh buat cepat2 . masalahnya aku pun sibukk !! lepas buat pembedahan tu aku terpaksa bercuti selama 5 hari . you tell me 5 hari tu aku boleh buat macam2 . aku risau kalau group work aku salah faham . harap takk . sebab bukan aku nakkk .  waaa !! takutnya pembedahan .

entahlah . semangat aku pun dah hilang . sekarang gerun banyak menguasai diri . otak aku selalu terbayang2 macam mana nanti aku akan dioperate sebab aku hanya akan dibius tempat yang akan dibedah sahaja bermakna aku sedar dan boleh cakap , lihat , hidu dan dengar . aduhh . napa aku takde kekuatan ni .

dahlah . sekian . mood dah lari .

MONAVIE : yang terbaik untuk kesihatan anda .

bismillah .

baiklah . di sini aku takkan taip panjang2 cakap apa itu apa ini . apa yang aku nak tulis kat sini ialah Monavie : untuk kesihatan badan . jus ini baru saje dalam pasaran Malaysia . cakap pasal kebaikan dia , memang lah banyak . WAITTT !! ini bukan pil atau makanan tambahan yang di uar2 kan merbahaya . tidakk . ia hanya jus yang di kisar dari 19 buah jenis buah . ye SEMBILAN BELAS jenis buah dan buah yang menjadi bahan utama ialah buah ACAI , yang hanya terdapat dalam hutan Amazon .

ramai orang kita tidak tahu mengenia jus ini kerana ianya masih baru . maka di sini saya (saya bahasa yang lebih baik) akan nyatakan apakah itu jus Monavie . kredit di sini .



Monavie merupakan satu gabungan buah acai berry yang hanya terdapat di hutan Amazon serta gabungan 18 jenis buah-buahan terpilih dan terbaik dunia untuk membekalkan daya tenaga paling optimum untuk badan kita. Kandungannya telah disahkan oleh pakar-pakar antarabangsa mempunyai unsur-unsur anti-pengoksidaan yang amat tinggi serta nutrient-nutrient berkhasiat yang boleh meransangkan penyembuhan luar biasa serta menyediakan pertahanan badan daripada pelbagai jenis penyakit. Buah acai berry sendiri terdiri daripada kandungan-kandungan protein, lemak, fiber, vitamin, mineral-mineral dan garam-galian unik dan berkualiti untuk pemulihan SEMULAJADI daripada pelbagai penyakit.






baiklah , persoalan yang kedua pula jus Monavie ni datang dari mana ?

Ibu pejabat serta kilang pemprosesan di Utah Amerika Syarikat. Monavie diproses mengikut sistem piawaian GMP yang mementingkan kebersihan, ketulenan serta kepakaran teknologi. Monavie baru diperkenalkan pada 2005 di Amerika Syarikat tetapi telah berkembang dan mendapat pengiktirafan dengan begitu pesat dan pantas di Amerika Syarikat dan Eropah dan kini diMalaysia.


dan persoalan yang paling utama yang di utarakan dalam negara kita yang kebanyakan Muslim ialah halal . dan alhamdulillah , jus Monavie ini adalah HALAL .

MonaVie telah disahkan HALAL oleh The Islamic Food and Nutrition Council of America pada 30 June 2009. Sila lawat www.ifanca.org untuk keterangan lanjut. Bebas dari segala jenis dadah serta tiada kesan sampingan.
Monavie telahpun disahkan HALAL oleh Jakim  pada 1hb September2010



apakah kebaikan Jus Monavie ini ? alhamdulillah , jus Monavie ini dapat membantu memulihkan penyakit seperti di bawah :


  1. Susah tidur malam
  2. Sakit Sendi
  3. Lemah Lutut
  4. Kolestrol Tinggi
  5. Kencing Manis
  6. Buah Pinggang
  7. Gout
  8. Sakit kulit, Gatal-gatal
  9. Arthritis
  10. Sakit Jantung
  11. Kanser
  12. Stroke/Lumpuh
  13. Sakit tulang belakang
  14. Resdung
  15. Eczema
  16. Letih Lesu
  17. Asma
  18. Masalah Haid Tidak Teratur
  19. Lemah Antibodi
  20. Denggi
  21. Sembelit
  22. Buasir
  23. Jangkitan Faraj
  24. Gastrik
  25. Darah Tinggi
  26. Lemah Tenaga Batin/Mati Pucuk
  27. Ingatan lemah/ Mudah Lupa
  28. Alzheimer
  29. Alahan
  30. Mengawal HIV
  31. Senggugut
  32. Masalah Pundi Kencing, Angin Pasang
  33. Migrain
  34. Lain-lain Penyakit


sudah banyak testimoni-testimoni yang mengatakan bahawa mereka berasa bagus setelah mencuba produk ini . cakap banyak pun tak guna . saya sudah mencuba produk ini satu botol . hasilnya , alhamdulilllah . sistem penghadaman saya berjalan dengan lancar . bahkan tanda-tanda jerawat di muka saya juga hilang .

muka saya masa raya . takde mekap . sila abaikan muka yang sengal
setelah saya mencuba selama sebulan , inilah hasilnya :

ini gambar ketika awal percubaan


ini muka 4/2/2011 . alhamdulillah hampir licin
nota : tiada sebarang 'edit' pada gambar kecuali crop untuk membuang bahagian gambar yang tidak diperlukan .

anda berminat ? anda boleh menghubungi saya di nombor 017-2024324 atau emel tik_girlz04@yahoo.com atau di facebook saya http://www.facebook.com/neuroshewazni jika anda berminat dan untuk keterangan lanjut mengenai Jus Monavie ini . anda juga boleh lawati laman web di sini :








akhir kata dari saya , " Harta yang paling bernilai dalam dunia ini adalah KESIHATAN "

05 February 2011

Nampak Dia Kahwin, Kau Rasa Kesal?

bismillah .

artikel ni telah di ambil di sini : Terfaktab yang best . harap maklom .

Gong Xi Fa Chai.
Buat skandal-skandal lama yang bermata sepet, terima kasih sebab ajak aku datang ke rumah.
Nanti raya ke-empat aku pergi.

Mandat yang diberi harus dilunaskan.
Ini cuma cebisan tulisan aku yang ditimba dari tempat aku golek di ranjang.

Pesanan ringkas yang aku terima dari seorang kawan tadi, membuatkan aku teringat akan panggilan telefon lewat petang Ahad. Panggilan yang membuatkan aku mengerti, manusia selalunya begini. Bila kehilangan, baru kita akan mencari semula apa yang ditinggalkan.
*    *    *    *    *    *    *    *    *    *    *    * 
Kawan  : Aku pergi majlis kahwin Ana.
Aku       : Kau pergi?
Kawan  : Dia jemput.
Aku       : Oh, baik. Kuat betul kau pergi kan?
Kawan  : Aku rasa aku mampu tengok, tapi tak rupanya.
Aku       : Habis tu?
Kawan  : Nampak dia bersanding, hati aku sebak.
Aku       : Nak sebak kenapa?
Kawan  : Dulu aku abaikan dia, aku tinggalkan dia sebab kejar perempuan lain.
Aku       : Benda lama.
Kawan  : Tahu, tapi Ana satu-satunya perempuan yang terima aku, cintakan aku sebagaimana diri aku.
Aku       : Habis perempuan lain?
Kawan  : Perempuan lain kenal aku bila aku dah berjaya, tak nampak aku dari susah.
Aku       : Kau yang buat keputusan ni, kau tanggung sendiri.
Kawan  : Pernah aku pujuk Ana, tapi hati dia dah tiada lagi pada aku.
Aku       : Berapa kali kau lukakan hati dia? Banyak sangat kan?
Kawan  : Ya. Aku rasa berdosa sangat.
Aku       : Sudahlah. Ana dah jumpa jalan bahagia dia.
Kawan  : Tiada peluang langsung buat aku kan?
Aku       : Mulakan hidup baru, macam Ana buat bila kau tinggalkan dia dulu.
Kawan  : Dia pernah sakit sebab aku, dia pernah masuk hospital sebab aku.
Aku       : Sudahlah, jangan fikir lagi. Tumpukan apa yang kau ada sekarang.
Kawan  : Aku tahu. Cuma aku perlu luahkan pada seseorang. Teringatkan kau, tu yang aku telefon.
Aku       : Tiada masalah.
Kawan : Kau dah jumpa jalan bahagia kau juga kau?
Aku : Sedang melaluinya, alhamdulillah. Doakan aku jumpa penghujung yang menggembirakan.
Kawan : Pasti.
baiklah . bila aku membaca dialog rakan blogger aku di atas , ada sedikit tertusuk dalam hati aku . bukann !! bukan aku yang jadi macam 'Kawan' , tapi aku sebagai 'Ana' a.k.a bekas awek dia . sebak rasanya . bukan aku rasa aku yang baik , bagus . tapi rasanya orang yang pernah hadir dalam hidup aku biasanya orang yang susah . kemudian mereka menjadi bagus . tatkala itu kami berpisah . dan seperti sekarang juga . aku bersama susah dan senang (banyak susah dari senang) . terfikir . kenapa mereka tidak menghargai ?
dan ! yang paling menusuk hati , bila kita dah senang , dan yang baru tinggalkan mereka , mula lah mereka mencari2 kasih sayang dalam diri ini . and the answer is : NO . good bye is still good bye .

fikir-fikirkanlah dan selamat beramal .

sekian .

01 February 2011

Harimau Malaya ONLY!!!!

bismillah .

meskipon benda ni dah lama , tapi aku nak buat gak entry ni . sebagai bahan bukti . hah . kau apa tahu masa hadapan nanti ? benda ni aku kopipes (dah mitak share ye!) dari http://sokernet.blogspot.com/2010/12/amaran-keras-dari-sokernet.html . beliau kata macam ni :

Belia Sabah mahu digunakan digunakan gelaran Harimau Malaysia, bukan Harimau Malaya

TUARAN: Belia di Sabah teruja dengan skuad bola sepak Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki 2010, tetapi mahu gelaran "Harimau Malaya" yang dirujuk kepada skuad itu digantikan dengan "Harimau Malaysia".

Ramai belia di Sabah dikatakan tersinggung dengan ungkapan Harimau Malaya yang sering digunakan pihak media.

Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Jahid Jahim, berkata ramai golongan belia di Sabah menghubungi beliau yang mengadu tersinggung dengan pihak media yang sering merujuk pasukan Malaysia dengan gelaran Harimau Malaya atau Singa Malaya.

"Saya lihat memang ada asas mereka berperasaan begitu kerana ia tidak melambangkan semangat 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Sepatutnya perkataan Harimau Malaysia yang digunakan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Jahid yang juga Ketua Pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS) berharap media nasional terutama pengarang sukan sentiasa bertanggungjawab dan mengambil kira sensitiviti peminat bola sepak di Sabah khususnya golongan belia berhubung penggunaan perkataan Malaya yang jelas maksudnya secara literal, tidak membabitkan Sabah dan Sarawak.

"Walaupun penggunaan perkataan Harimau Malaya yang merujuk kepada pasukan Malaysia yang memenangi Piala AFF Suzuki itu hanya perkara kecil, namun ia bercanggah dengan aspirasi dan semangat 1Malaysia," katanya.


Sumber: Berita Hairan

Ini adalah hujah paling bodoh dalam sejarah bolasepak Malaysia. Memikirkan yang ianya datang dari seorang menteri sukan hanya menunjukkan yang menteri ini tidak faham sebutir haram pun pasal sukan, khususnya bolasepak.

Datuk Jahid Jahim ini aku berani bertaruh sebelum ini tidak tahu sebutir haram pun pasal bolasepak Malaysia. Dan belia Sabah yang merasa tersinggung kononnya pasukan bolasepak Malaysia diberi gelaran Harimau Malaya yang sebenarnya selama ini hanya tahu tengok perlawanan bolasepak Manchester United.

Inilah masalahnya bila kita menjadi juara. Tiba-tiba semua bercakap pasal bolasepak Malaysia dan Harimau Malaya dan semua mengaku jadi pandai. Tapi kalau betul pandai tidak apa. Masalahnya bila ada yang tak berapa pandai berlagak konon pandai.

Pasukan bolasepak Malaysia wujud lama sebelum Malaysia terbentuk atau Malaya mencapai kemerdekaan,yakni pada tahun 1953 ketika melawan Korea Selatan (sebagai perlawanan antarabangsa diiktiraf yang pertama). Lama sebelum itu pula FAM sudah diasaskan pada 1933, bermula dengan Football Association of Malaya dan kemudiannya ditukar ke Malaysia.

Tetapi nama gelaran pasukan bolasepak kita ialah Harimau Malaya bersempena mengambil nama spesis harimau dari nama yang sama yang hanya wujud di Semenanjung Tanah Melayu. Tidak ada kena-mengena dengan isu politik atau perkauman. Dan Pak Belang bernama Harimau Malaya ini (Panthera tigris malayensis nama saintifiknya di Malaysia, Panthera tigris jacksoni di seluruh dunia) dinamakan Harimau Malaya atau Malayan Tiger sebab alamat rumah dia di Semenanjung Tanah Melayu/Malaya, sebab itu bukan dinamakan Harimau Malaysia atau Harimau 1Malaysia. Tak percaya tanya Animal Planet!

Menamakan pasukan bola kebangsaan dengan nama haiwan tertentu adalah normal dalam bolasepak. Pasukan Filipina digelar Azkal yang membawa maksud anjing jalanan dan tidak ada siapa pun yang nak kecoh walaupun maksudnya agak hina. Indonesia digelar Garuda dan walaupun ianya hayawan mitos tetap tidak menjadi masalah. Iraq digelar 'Lions of Mesapotamia' bukannya 'Lions of Iraq'. Singapura pula dinamakan 'The Lions' walaupun kita tahu tidak ada singa di Singapura (kecuali di zoo). Kenapa Tunisia digelar Les Aigles de Carthage (Helang Carthage) walaupun kerajaan Carthage itu sudah beribu tahun terkubur?

Ini semua soal tradisi. Tradisi dalam bolasepak adalah penting. Dan pasukan bolasepak kita dari berpuluh tahun dulu diberi gelaran Harimau Malaya. Itu tradisi bolasepak kita. Mengubahnya hanya membuat arwah Supermokh menyumpah kita semua nanti.

Jadi aku harap Datuk Jahid Jahim dan mereka yang lain sila fahamkan betul-betul perkara ini. Jangn bodohkan diri sendiri, awak tu menteri merangkap ketua pemuda.

Sekarang aku nak tanya, masa Harimau Malaya tak reti main bola dan asyik kalah dulu, apasal Datuk Jahid Jahim tak pernah kompelin isu nama Harimau Malaya ini?

sekian .

isu-isu semasa di bulan ini . dan aku .

bismillah .

ape yang isu2 semasa ni . aiyook . isu 1st ialah aku balik umah dah ! yay ! dapat rest cukup2 yang penting dapat makan yang cukup2 yang boleh menyebabkan aku buncet dan demok ye bukan gemok . baiklah isu kedua ialah isu Mesir . aku ade jugak godek2 pasal Mesir ni . ishh risau jugak yaa kat rakyat Malaysia di sana . isu ketiga ialah banjir . alhamdulillah kat Kelantan rasanya banjir dah takde . tapi negeri macam Johor ada banjir ea ? moga banjir cepat2 surut ye . isu last yang paling benci aku nak hurai kat sini : isu Tenang . malas nak review . beli paper semalam , itu yang muncul dulu . cehh ! bosan . blah la luu !

ohye cakap pasal tudung aritu kan aku nak apdet . hadoi last2 aku tak pakai pon macam tu sebab dah lambat nak keluar . sampai dekat uma pengantin dah kul 9 lebih2 malam . so buat apa aku nak pakai over kan . so aku pakai je tudung bawal biase warne perperl . ni hasil yang aku dapat :

tudung yang dibeli

gambar dari belakang 1
gambar dari belakang 2
dari depan





dan hasil daripada fotogidikkkk !!

saya yang gedikk !! arghh !!

30 January 2011

dating dan baju kurung

bismillah .

meh sini dekat2 aku nak tanya korang , keluar dating pakai baju kurung lawa2 tudung selendang pada entry yang sebelom ini dengan wedges , sebab asalnya nak g kenduri kawen . korang rasa arghhh apa pendapat korang haa ? grrr geramnya aku !! aku dah nak pakai baju kurung dah ni . tapi sikalang pukul 4lebih petang . apa korang pikirrrr ?????

baju kurung ni kalu pakai nampak pelik ke ? sebab baju kurung ni pakai hanya pada waktu kelas ? atau waktu pejabat ? atau waktu2 majlis formal macam kenduri kahwin dan sebagainya ? bagaimana dengan kua g dating pada hari cuti sebegini ? lain ke ? pelik ke ? arghhh !!!!

ini baju kurung separuh

aku nak pakai baju kurung lepas ni g majlis kahwen walaupun dah petang ni . sedih tau tak penat2 aku try baju pastu mitak pendapat ngan bff aku untuk lilitan selendang . menci laa gini . menci laa . aku nak jadi yang terbaik untuk sidia . tapi kalu pakai aku takut orang kata aku over pulakk . bagaimana ni ? atau ignore je pandangan orang ?? arghhh !!

ini baju kurung ori takde tambah2 . kredit sini .

pegi mampos lah . pakai jelah baju kurung !

sekian . mood : bengang !

tudung kau sanggul unta .

bismillah .

aku rasa ni lah pertama kali aku buat entry tak letak tajuk . taktau nak buat tajuk apa . anyway , semalam aku pergi velo ngan kawan aku , jalan kaki . velo = vellodroom downtown , Cheras . ipg aku ngan tempat tu memang sangat dekat tapi ipg kampus Ilmi Khas lagi lee dekat . aki IPTEK jew , tapi dekat ngan Stadium dan KFC (belagak gile!) . mengapakah aku suka pergi sini ? sebab sini banyak sangat orang jual tudung . banyak pilihan wooh rambang mata muu nanti .

*grrr aku Google gambar downtown takde plak!*

tujuan utama datang sini selain makan sebab donton bukak kul 10malam , aku memang nak beli tudung poon ! ceh hape aku melalut . pastu nak beli hadiah tuk besday kawan aku . anyway , HAPPY BIRTHDAY MY DEAREST THIBA !! .

aku ni punya taste nak beli selendang teramatlah cerewet . satu donton tu aku pusing . kalu berkenan pattern , warna aku nak pulak takde . haishh . tapi seriushit banyak gile choices . kalu ade banyak baju kurung sila ada banyak tudung !

selepas membeli sehelai tudung (setelah lama membeleknya) maka aku pon belilah satuu . aku suka pattern ni . di hujungnya ade macam juraian/juntaian perak dan ohh sangat lah lawa . aku nak kaler perperl tapi takde plak . takpelah , pepandai aku laa nanti nak matchmachingkan dengan baju kurung nanti .


pink untuk nampak ayu! (Thiba, 2011)


selesai akak kedai tu kasi duit baki kat aku , dia tanya aku,
"dik taknak beli sanggul?"
aku dengan pantas terus bertanya
"sanggul ape kak?"
terus dia tunjuk kat depan mata aku "sanggul ni haa"
dengan selamber rock aku terus balas "takpelah kak , saya tak minat . :)"

adess . sanggul . buat apo laa nak pakai sanggul segala ? sebab nak nampak tinggi ? chantek . seriusly nampak sangat hodoh yee !! buat apa nak tipu ? dalam pemakaian menutup aurat pun nak tipu2 . be ori laa . aiyoo . tapi mekap lain cerita , sebab mekap ni nak buat hodoh jadi chantek . tapi sanggul ? nak buat chantek lebih lagi chantek hasilnya : cam gampang ! bukan ampang !

antara contoh sanggul yang akak tu sajes kat aku : macam ni laa lebih kurang .

sumber : sini

seriushit kenapa perlu ada sanggul timpuan ? ahh apasal tak pakai je rambut sebenar . bukan aku tak suka sanggul2 ni . nampak comel jugak sikit-sikit . tapi bile besa macam kepala kau sendiri lawa sangat ke ? kau jawab aku , kau jawab aku . tak ok ! walaupon aku ni berselendang tapi untuk beli benda alah tu , haishh macam tak laa kan . Mak aku sendiri cakap taklawa . then aku Google2 dapat gamba ni :

seriushit menakotkan ! arggh ! sumber sini .

ade aku terpikir lah kan , kalu sanggul tu dia mesti letak ape2 laa untuk bentuk sanggul macam kain etc2 . camne nak basuh ahh ?? kalu dia memang takleh dikeluarkan , kira basuh macam tu macam mana nak kering ? kalau boleh buang , ceh susahnya nak chantek pakai tudung !

bukan aku nak kondem orang yang bersanggul . dah kalau rambot panjang sila lah ikat kan . tapi jangan laa ikat tinggi sangat . pastu kalu yang rambut pendek tu , takyah laa nak beli sanggul pastu letak tinggi . seriushit huduh !

arghhh ! nanti akan di apdet macam mana aku pakai tudung pink pluff pluff lawa tuu nyaw !!

sekian .

28 January 2011

tenang dan selesa

bismillah .

alhamdulillah , semenjak elaun masuk ni , segala yang menghimpit seolah2 tak wujud . bersyukur sangat2 . sekarang waktu cuti . tapi aku tak balik lagi . budak dalam blok aku kebanyakan dah balik . wauuuu !! awal !! paling lewat pon esok . haha aku ?? 31 ni ..

wauuu !! lagi lambat !! napa ? tiket habes ? taklahhh . nak g kenduri chenta hati 30hb ni . aku tak berani naik bus malam so aku amek 31 pagi . serius aku sangat takut naik bus ni tapi nampaknya kene tawakkal pada ALLAH jelah kann .

apa lagi ? tah . malas nak hapdet . idea banyak beberapa hari lepas ilang . maybe esok2 ade kutt .

sekian .

kau ni kenapa ahh ?

kehadapan sedara/sedari (dirahsiakan). bagaimanakah kondisi kau kat sana ? aku harap kau sentiasa sakit sihat walaupun aku rasa kau ni tak sihat , tak cukup kasih sayang mungkin ?

tujuan aku menulis surat aku ni sebenornya aku nak kau buang entry aku yang kau tepek kat blog buruk bunga2 ayu gitew kau tu . dulu aku mitak elok2 kau buang entry suci Hak Milik Terpelihara aku dari blog buruk kau , kau tak nak , kau pijak kepala aku . aku mitak kasar2 kang ilang keayuan dan kesopanan an kesusilaan aku . wei aku belajar Rukun Negara kat maktab aku , kau pulak belajar ke tak ?

aku berasa tersangatlah sayu bila kau degil macam batu jamban tanak buang entry aku yang suci itu . apa laa yang best sangat pasal entry tuh ?? siap bengang2 ngan aku segala . lani habaq mai kat cheq , sapa yang patut bengang kat sapa ?? (haa kau ingat aku tak pandai loghat utara ke ?) kau ke aku ?? mesti la aku kan sebab kau kopipes entry aku .

ye kau ade kredit kat blog buruk kau tu . masalahnye aku tak kasi . eh kau tak paham ea tak kasi tu apa ? tak kasi tu tidak boleh beri kat kau lah . tak maluuuu . piluuuu . suduuu . gerpuuuu . wek wek wek . kau pakai laa otak kau sendiri tak payah amek entry orang lain untuk luahkan perasaan kopipes yang berada di qalbu kau tu .

oh ! oh ! aku lupa nak kasi tau sama kau . tadi kite kan ade chat2 gitewww kan kan . aku tak delete mesej kau yang bangang yang sweet tu . aku simpan . buat kenangan nightmare manis tuk kau lah , untuk aku buat ape aku tak hingin langsung !

aaaa . ah dah malas aku nak berlembut2 ngan kau . ni part 2 part carut marah untuk kau . kau sebenarnya MERAJUK kan dengan LensaRosak dan tambahan pulak aku menyokong depa2 semua . tapi yang aku pelik apsal kau tak amek enrty En/Cik (dirahsiakan) kita yang terang2 ade name kau ?

apsal entry aku yang takde kene mengena banyak (sikit je pon hahaha) kau amek ea ? kau ni cepat perasantan tau . aku takde pon letak nama kau . even Ohh kau yang macam bagus sangat tu . link pon takde . tapi kau amek entry suci aku  sebab ade nama 'dirahsiakan' dan 'privacy' .

kau paham tak ayat aku yang last tu ? aku cuma kagum penulisan mereka hingga kadang2 penulisan aku pon terpengaruh dengan diaorang . tapi tak semua , tak amek sejibik sejiban macam kau buat .

anyway Ohh , kalau aku jadi kau , aku diamkan diri je tau . kalu orang kutuk kau sebab kau salah , kau mitak maaf pastu jangan banyak cakap pot pet sana pot pet sini macam nenek . kau buat macam tu lagi membodohmalukan kau laa .

dalam dunia blogger , kutuk , caci , maki tu biasa la . kene sikit jangan cepat melenting laa . tambah2 kalau kau junior , baru nak jejak ke dunia blog . eh kalau kau tak tahan kau tak yah gedik nak berblog lah !! grr

aku rasa setakat ini sahaja kot ? tapi tujuan utama aku takkan lupa . aku nak kau buang entry aku dari blog buruk kau . kau paham dak ? kau sekolah kan ? jangan malukan famili kau .

sekian . babai .

yang benar,               
pemilik entry yang tak mau entry dia berada di blog buruk kau


p/s updated : aku penah tuju entry kat seseorang ni . tapi dia dah buat ape yang aku nak . so , aku takpayah laa mention nama dia lagi kan . tetapi aku tanak delete entry yang penah tertepek kat blog aku . maka aku edit supaya aku takrugi dan dia pon tak malu . jangan tanya sapa . aku takmau bising2 .

27 January 2011

200 hari

bismillah .

hari ini cukup sudah 200 hari kami bersama . macam pasangan lain , ada pasang ada surut .

arghh !! malas aku nak taip jiwang . babai

sekian .

sedikit kecewa !

bismillah

hari ini merupakan hari bersejarah kepada semua warga Institut Pendidikan Guru Malaysia kampus Pendidikan Teknik kerana telah menjayakan satu Larian Mesra 1M .



dan dari segi peribadi aku pulak , ari ni bersejarah sebab pukul 7 dah turun ke Tasik Permaisuri . wuhuu di kala warga kota sibuk ke tempat kerja . waktu puncak tuu . bersemangat penuh waja ye berjalan kaki ke tasik .

pagi sebelum lari kite kena bersuamkan diri dulu ye dengan erobik dari abang2 dan akak2 senior sem 5 . mabeles laa sis and bro !! best diorang buat gaya yang pelbagai .

haa pastu mula lah lari . aku laa budak perempuan kategori senior yang lari paling lambat dan aku sorang je yang tinggal sampaikan aku dengar ade pensyarah dok kata "aii lembik ni !! lari2" . kata kat aku ngan ade dak2 depan aku . saje laa kan lari2 anak-cucu-cicit . buat ape nak pecut2 ? nanti semput dan pancit .



haha lari punya lari punya lari , alamak kena daki bukit !! untuk pengetahuan anda sekalian , Tasik Permaisuri ni berbukitlah bukau .

ya beginilah kecuraman bukit yang perlu aku hadapi . bukan nak tunjuk bukit tu kecik , tapi kecuraman dia .

bukan satu , bahkan ade laa dalam 4, 5 curaman . fuhhh . mau tercabut lutut akuu . oke pastu dah sampai . boleh plak aku pecut masa last tu sambil tersenyum sebab dalam pale otak aku terbayang yeay dah nak habes dan duit elaun baru masuk . hahaha



tapi sedikit kecewa sebab tahun ni dapat nombor yang agak banyak . adeih . 39 . taun lepas tak silap 18 kot ? kena cek entry yang lepas neh . eh tah tapi lagi sikit laa . dapat sumbang 1 mata je . uwaa . taun lepas sumbang 2 mata .

ape pon . elaun dah masuk . waahh sonok kan pastu raya cina . hadiah lari tadi ialah dapat duit elaun dan cuti 1 minggu kat umaa . yahooo !

ehem . silap . syukur alhamdulillah . tak sabar nak balik kampung .

sekian .

26 January 2011

kopipes (copy paste)

bercakap pasal kopipes ini (ayat baru kat alam maya) panas pasal satu blog 'dirahsiakan' dok bengang kat sorang mamat(dirahsiakan) ni sebab kopipes sejibik sejiban enrty 'dirahsiakan' .

okay aku tanak cakap sape yang terlibat , korang nak tahu korang cari sendiri . yang aku nak kupas sekarang ni 'menciplak idea orang lain'

baru tadi terkena dekat aku . fak ah ! geram bebeno aku . aku punya la bagi cadangan bagai . tapi tak diterima . last2 hasil perbincangan adalah hampir sama dengan idea yang aku kasi tadi . kenapa hampir sama ? dah aku tak habes cerita dia dah mai tibai menjadikan aku stop nak luah idea aku dan aku blah .

watthehell bhai ??? sometimes you don't have to be too stubborn and feel that only You have those ideas . kadang2 , idea kita bukan bagus sangat pon . tapi setelah dicampur aduk dan di tambahbaiki , idea tu akan lebih bagus , lagi bagus dari idea kau tuh . kita jangan jadi macam blog kopipes , amek idea orang pastu kau yang naik nama ?? lama2 orang akan tahu kau tu tak hebat dan orang akan kutuk gak lama2 .

maka , kesimpulannya , jika ada idea sila kongsi . idea orang lain kita terima dan cuba ubah suai . dan yang paling penting !!!!! jangan ciplak hak orang pastu klaim (bahasa indon) itu kita punya . wadefak oke ??

p/s :kredit untuk LensaRosak , kadang2 timbul idea lepas baca blog korang ni . dan blog Terfaktab . ayat korang memang pawer . i laikk . ade lagi blog2 yang beri ilham untuk aku luah kat merapu2 ni . anyway , Terfaktab banyak buat aku fikir hoh dan ada entry kadang2 terjentik batang hidung aku . sapot yu alls ~

sekian .

25 January 2011

PENGUMUMAN ELAUN ! PENGUMUMAN ELAUN !

bismillah .

PENGUMUMAN ! PENGUMUMAN !

DIJANGKA ERR SILAP NOTIS DEPAN HEP MENGATAKAN BAHAWA ELAUN YAA ELAUN MASUK 27 JANUARI 2011 NI !!!!

ini notis dari HEP ea . kalu tak masuk korang boleh cabut atap HEP . dah2 . aku malas nak taip2 panjang2 pasal elaun . baibai .

sekian .

khas untuk Mak saya :)

bismillah .

haa hari ni merupakan ulang tahun kelahiran Mak saya yang tercinta yang ke 5* (rahsia) . kena lah rahsia pasal umur2 ni , sensetap eh sensitip sket kann .

saya sangat bersyukur sebab saya punya Mak yang jaga saya , sayang saya umpama emas kat tangan dia , eh ? tak lah . lebih dari emas2 dia lah . hehe . takde lah , Mak saya tak kaya pun . emas dia pon setebal gelang ikat plastik makanan tu je . tak banyak . satu je pun .

alhamdulillah , tadi dapat tahu elaun keluar 27 hb ni (entry lain) . dapatlah saya beli sedikit hadiah untuk Mak saya . semalam chenta hati talipon dan kami berbincang untuk (sebenarnya idea dia) nak beli baju kurung . erk ! Mak saya sudah punya banyak baju wooh . tengoklah ape yang nak dibeli nanti .

ape-ape pon , jangan jeles dengan saya . hargai Mak anda . untuk Mak : terima kasih sebab sudah besarkan saya . jaga saya dari dalam kandungan hingga sekarang . bagi kasih sayang . segal-galanya . tanpa Mak , saya tak tahulah apa nak jadi dengan saya . semoga ALLAH sentiasa memberkati Mak . saya sayang Mak saya :)

sekian .

p/s : dah tepon Mak ? dah cakap 'I Love U' kat Mak ? dah ucap terima kasih kat Mak ?

20 January 2011

pancit eh pancing laa ~

bismillah .

ouh apa cerita hari ini cuti Taipusam (btol ke aku eja ni?) ada pigi mana2 ka ? ahahah . aku ? tido aja dalam bilik sampai hampir pukul 4 ptg . ehh !! jangan sebarangan pikir aku anak dara bangun tido lewat bagai tak senonoh . cehh . ini lah cara aku mengisi kekosongan hati eh masa .

malam tadi aku pegi teman chenta hati aku mancing lagi buat kali kedua . awalnya , takmau ikut sebab siang nye aku dah buat macam2 aktiviti (kelas+gerko+latihan lari) so amatlah penat dar 8pg hingga 7ptg . kalau duk sesaje tu lain cerita la kann . aku ikut pun kesian dengan kondisi chenta hati yang mabuk kereta . mungkin sebab bertukar angin ? atau mengandung !!! oh tidakk !!

cerita pasal pancing , aku teringat masa zaman kecik-kecik dulu . sebenarnya aku punya seorang abang . mak lain . abah sama . so beliau dikira sebagai abang sebenar dan boleh menjadi wali aku bahkan wali yang utama kut . tetapi sekarang aku dah lost kontek ngan dia . serius aku rindu gila kat dia . nama abang aku : Muhammad Al-Firdaus bin Md Mazir . dulu mase kecik-kecik , mase arwah abah ada lagi , dia selalu datang umah aku waktu cuti sekolah .

aku lebih suka abang aku datang rumah dari kakak aku sebab duk ngan abang buat aku rasa selamat . heh ! aku ni suka jenjalan ngan abang aku . kami pernah pergi sauk ngan kawan2 kat kawasan umah , main tu , main ni . orang lelaki kann . mungkin sebab tu aku lebih ramai kawan laki dari pompuan atau aku memang ganas dari kecik ? ahaha .

aku suka suasana pergi memancing . tapi hari ni tak ramai yang ada . cuma ada aku , Chenta Hati , Abg Kamal , Abg Fathul dan Abg Anwar . aku suka sebab keadaan yang tenang dan sesekali jika ada naik ikan , satu kolam riuh . kelakar . apa tak paham ? kalu korang nak paham baik korang sesekali pegi mancing sedas dua .

tapi oleh disebabkan aku kepenatan semalam , maka pukul 3 pagi aku dah mula rasa penat . maka merangkak lah eh menapak lah aku ke kereta Abg Fathul , dan kroohh kroohh . haha . penat seyh ! bangun2 je dah pagi kul 7 pg . tapi ........ , dua orang je yang dapat ikan . sape ? ah rahsia . haha . lepas tu g bekpes jap kat mamak . aku suka environment ni . rasa macam satu famili besar dikelilingi oleh abang-abang sendiri . tengok muka kecewa ngan happy masing-masing . ahaha . takpa lah mungkin lain kali aku boleh pgi lagi .

sekian !

17 January 2011

mengada sangat kau ni !

Oke . pertama-tama aku nak nyatakan bahawa sekarang ni adalah musim demam . eh ?? aku rase tiap2 musim ade je orang demam . yelah . faktor persekitaran , pemakanan yang tidak sihat seperti jajan , gula . so ramai la yang demam kann termasuk laa aku ni .

Aku ni nak kata demam pon tak jugak , tapi seleseme je . pasal ? malam sabtu lepas aku teman bf aku g mancing kat shah alam . alaahh , bukan gi berdua , tapi ramai2 . tak yah nak pikir aku ni pompuan tak senonoh segala . g mancing bukan buat maksiat . tempat tu ramai orang . kawan2 dia pun bawak awek+tunang+adik pompuan masing2 . so aku takde lah risau sangat . kalu takde diorang tu aku pun takut gak nak kua .

Dah2 merepek lebih dah ni . so akibat perkara di atas aku pon selsema lahh . mau nye tak selseme , pkul 7-10 ujan . pastu kul 3-4 pagi camtu ujan lagi . sejuk wooo !

Oke sekarang habes pasal aku demam . ape kaitan tajuk ngan ceta nye ? haa sikalang baru masuk cerita meyh . aku bukan apa , sedikit meluat ngan pompuan (kalu laki aku tak tau la dia golongan ape) demam sikit tapi mengada lebih . HELLO ? you’re already 20 and above . not a child anymore . sakit sikit tak yah di layan sangat . ni demam sikit dah tak leh wat tu , wat ni . kalu demam panas memang dah sampai bleh pengsan takpe gak . pastu kena seliuh2 sket mula laa muka nak nangis . aku rasa macam nak lempang2 je tau ! ye mungkin korang akan kata sian laa kat dia . dia kan sakit.” Eh HELLO ??? kalu sakit pon tahan laa sikit ! jangan nak manja sangat ! dunia sekarang ni bergerak laju . kau tak dapat tahan kau akan terkebelakang . aku sekarang selsema . kepala pun ade sikit pusing2 . tapi ari ni macam2 aku buat . aku kawad , aku buat latihan lari rumah sukan . kaki plak sakit gara2 buat warm-up yang membuatkan kejutan otot pada paha kanan aku . tapi aku gagahkan diri teman sahabat ke HUKM cucuk duit dan lepas siap taip post ni , aku nak g basuh baju , secara manual ye . pakai tangan . tak main laa mesin2 ni . tak suka plus takut tak cuci dari sabun .

So kat lua sana , tak yah laa ngada sangat ea ? dunia ni kejam bukan macam marshmellow lembut yang kau dok makan tu . kalo sakit sikit sila tahan . tapi kalo ko sakit pastu ko gedik ngadu kat balak kau , tu lain cerita . tu mesra manja nama nya . takpaa . orang tak nampak . kann . macam aku . hahaha .

Sekian .

16 January 2011

yes , I ♥ You

bismillah .

okelah . maybe entry kali ni agak geli dan jiwang , tapi ehh suke hati aku lah dah blog aku , aku nak luah pape ponn .




saya (ehh ni kan jiwang so pkai saye) rasa bertuah dipertemukan dengan kekasih hati saya . saya bersyukur sangat dia hadir dalam hidup saya sekarang . alhamdulillah . insyaALLAH , jika dia jodoh yang telah ditetapkan oleh yang Maha Esa , saya terima . bukan saya mahu mengagungkan dia . bukan!! cuma saya rasa hidup ini penuh dengan warna-warni . di saat saya jauh dari Ibu yang menjadi nyawa saya , dia hadir umpama pahlawan yang melindungi puteri kayangan (sorry perasan puteri lak!) .

walaupun sidia tidaklah begitu hensem , kacak apatah lagi , bukan seorang yang mewah bahkan punya harta berbillion-billion , namun sifat 'care' pada saya buat saya jatuh sayang padanya . tiada kata yang dapat diungkapkan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada beliau . menjaga hati , perasaan bahkan jasad ini . sungguh , saya tidak pernah lagi di layan sedemikian .

ya , mungkin kami kerap bergaduh , memaki hamun . ye , memaki hamun . bangang , bodoh . haha . tapi lepas gaduh tu kan , rasa sayang makin bertambah . aduhh . aduhh . dah jiwang tahap karat nak lebur dahh . wek !

kenapa aku rasa bersyukur dia muncul dalam hidup ? sidia sangat mengambil berat , walau hal remeh temeh . contoh , hantar nasik (sebab aku dah bosan makan makanan kat kafe yang mahal gabak) , pastu bwak handbang aku kalau handbag aku banyak barang dan berat . bukan aku yang nak suh dia bawak !!! takk !!! tapi dia yang nak tolong bawakkan . serius aku sangat suka dan senang hati . bukan sebab dia lembut okeyh ! kau orang memang tahu dengki aje kan . cehh .

lepas tu if aku nak sesuatu , dia tolong amekkan . contoh tadi aku makan , aku nak sup . tapi abang yang amek order tak kasi sup . dua kali aku mintak . sidia suh aku makan je nasik tuh . tapi aku buat muka masyam tercekik . sidia senyap pastu bangun amekkan sup . alahai . comel ! saya sayang dia !




"akhir kata (ceh dah macam surat) , saya nak awak tahu yang saya memang ikhlas sayangkan awak . saya harap awak pun ikhlas ngan saya . saya tak minta harta mahupun paras rupa (walaupun awak buncit saya terima) , saya cuma harap awak dapat jaga saya hingga akhir hayat awak . awak jujur dengan saya . setia dengan saya . sebab saya hanya sayang awak sorang je lepas Ibu saya . sayang awak !!"


sekian .

12 January 2011

elaun lambat semua tersekat

bismillah .

yes . ini adalah entry yang sedih lagi kuciwa . bukan nak mempertikaikan bahkan bukan tidak bersyukur . alhamdulillah , aku bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang . alhamdulillah pointer naik , takde paper fail yang perlu repeat .

bukan mengeluh apatah lagi mengada-ngada . cuma terkilan . aku bukan nya mata duitan . hatta sama sekali duniawi . namun bagaimanakah aku mahu menjalankan hidup yang mendesak sedangkan aku berada di dalam kesulitan yang mencengkam kaki daripada untuk melangkah lebih jauh .

ah malas nak melankolik bahasa segala . takde elaun memang takleh buat ape2 keja yang melibatkan wang seperti beli tu beli ni ( hal-hal pelajaran / maktab) . nak makan pon kene sukat-sukat . rm5-8 sehari .

ok kalu nak beli segala perkara di atas aku tak kesah . with money you can jalan . aku bukannye jenis berkira duit kalo bab2 penting . masalahnya , JANGANLAH MENDESAK . tolonglah fahami kami . bukan aku kedekut , bukan aku idung taik masin (yark) tapi macam mana nak buat kalo benda takde .

terkilan . sangat terkilan .

sekian .

08 January 2011

kalau cinta jangan sekat !

bismillah ~

ahah ! hujung minggu yang amat menyenangkan ! dann pada hari Sabtu jugak lah masa untuk aku membuat segala kerja bilik yang tersadai seperti membasuh baju dan meng'iron' baju2 kuliah untuk satu minggu waktu kuliah . rajin kan rajin kann . . yezza memang laa rajin ! pastu masak nasik buat nasik goreng . alah pakai raiskuker je poon . (rice cookerlah!)

ade orang tanya aku ari ni

"wa , ko tak keluar ke ?"
"wa , ko buat ape je dalam bilik?"

kenapa aku tak keluar jenjalan ari ini ? haha sebab utama TAKDE DUIT lahh . nak jalan2 sume pakai duit bagai bhaiii . lagipun aku nak pegi mane ujung2 minggu ni , sebab my Chenta Hati pegi mencing ehh salah , mancing kat Lumut , Perak .

eh ape de hal lah dia pegi mancing jauh2 ? biarlah . minat dia . hajat nak ikut tapi perlu bermalam di sana so aku sebagai wanita ayu lagi supan mane boleh ikut jantan pegi tah man2 tempat walaupun takde buat ape2 kan . lain laa aklu dia tu suami aku . jadi ape2 maksud aku ialah kalu aku nak tido pun tak bleh sebab takde haram . lelaki ramai . argghh ! korang pikir lah sendirik !

ada orang tanya aku ,

"yeke Faizul gi mancing ni kee g jenjalan kua ngan pempuan lain ? "

aku tak pastu tu ayat tanya atau ayat provokasi hatta mahupun ayat hasut . ah bialah dia nak buat pape pon . dah minat dia mancing kann . kalu dia nak kua ngan pempuan lain pon ade aku kesah ? dia ada hak jugak nak benapas .

eh hape ke benda panjang lebar . haha .

sekian .

p/s : bile elaun nak masuk ni ? banyak barang keperluan yang menunggu ni .

03 January 2011

result oh result .

bismillah .

hari ni hari pertama sem 3 PISMP aku kat maktab . haa ape itu PISMP ? PISMP tu singkatan daripada Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan . benda ni aku akan habes insyaALLAH pada tahun 2013 . dannn insyaALLAH 2014 kuarlah seorang guru yang bernama CHEGU WAWA .

adess ape lah yang aku merepak merepu ni . hok3 . sebenarnya nak cerita pasal result final exam sem lepas . berdebar-debar jugak nak terima . memula kena beraturrrr panjangggggg hahaha biasalah waktu puncak . semua orang nak tahu result .

oke apakah result aku ? result aku adalah :

alhamdulillah LULUS !!!!!!!


alhamdulillah . itu lah yang pertama sekali aku tengok . baru lah aku tengok pointer aku . alhamdulillah . tak payah repeat ape2 paper . aku punya pointer ? 3.56 je . aku rasa pelik jugak . aku ade C+ tapi tinggi . kawan aku takde C tp banyak B dpt rendah dr aku , 3.4+ . apsal aa ? kejap lagi perlu kira balik lah nii . mitak2 laa aku punya pointer sama je dan kawan aku naik . huk4 .

pape pon , aku bersyukur sangat2 sebab lulus dengan cemerlang . azam tahun ni aku nak buat yang terbaik . nak capai 2.7+ insyaALLAH . nanti boleh terima anugerah dari maktab . hik8 .

okelah setakat itu sahaja lah . happy sangat2 . mitak kete ngan mak . dapat ke tak ea ? hak3 joke ajeewww . :P

sekian .